Isnin, Julai 29, 2013

MERCUN 2013

Seperti biasa,tiap-tiap tahun bila puasa nak raya ni..Benda pertama yang aku pikiaq nak beli ialah mercun pasai aku ni kan gila main mercun dari kecik sampai la bakal nak jadi mak budak ni kan..
Tahun ni macam biasa aku beli mercun sampai berhabis RM360..hahahhaha..tapi bukan semua aku bayaq...adik aku Mirul tu bayaq RM100..Incik Bachok plak bayaq RM170....So bakinya aku yang bayaq sebab kami beli ikut mercun yang kami minat..mana yang kami nak beli..kami bayaq la sendri kan..Tahun ni tiada bunga api...huuu...


Aku tak sangka plak Incik Bachok minat plak nak main mercun bagai ni kan..sebelum ni masa kami bercintan cintun dulu bukan main lagi dia kutuk aku perangai macam budak-budak main mercun lagi...Ohh..mesti tak best puasa-ouasa yang dia sambut sebelum ni pasai tak mercun..sunyinya kehidupanmu masa puasa..huuu!!

Tapi tahun ni aku nampak dia plak yang pulun lebih..Semalam saa main sampai tak ingat dunia..syok sungguh main mercun macam esok nak raya dah..Kalah aku aihh...oleh sebab aku mengandung..aku dok ataih kerusi ja sambil baling-baling mercun bola...yang Incik Bachok ni siap berlari bagai..hahahahhahahaha...
Aku rasa dia dah terjangkit dengan aku ni...takpun pembawakan budak tempias kat dia..hahahhaha..

So,malam ni aku rasa macam nak control pengunaan mercun api tu..dok crita kat aku kemain lagi nak nak bawa balik main kat Kelantan sana..kalau aku tak kawal..silap2 malam ni jugak habis semua mercun yang kami beli..karang x pasal-pasal malam raya kat sana aku buat meriam buluh sendiri..hahahhaha..

Jumaat, Julai 12, 2013

HB LOW

Kelmarin,aku pi buat pemeriksaan perut aku yang comel ni kat klinik kerajaan.Dan keputusan darah yang diambik,HB aku low...Aku malas la nak cerita apabenda menatang HB ni..yang aku tau HB ni adalah singkatan untuk Hemoglobin..Yang aku tau dalam istilah pasar dikalangan ibu-ibu mengandung ni masudnya..Darah cayaq atau darah kurang dalam badan..
Effect dia bila kita ada HB low ni ialah mybe kita akan beranak tak cukup bulan..ni yang aku takut ni..aku dah 7 bulan setengah..nurse kata 7 bulan bolh beranak dah pasai bayi dah cukup sempurna kan..aku nak beranak lepaih raya..Waaa!!
Lagi satu effect dia mybe kita akan menhadapi pendarahan masa beranak..ni yang aku takut sangat ni..huuuu!!

Jadi aku ni dah buat macam-macam cara sebelum ni sbb 2 minggu lepaih lg memang depa kesan aku ada HB lOW..Bila pe check lagi sekali kelmarin..dok HB low tu lagi..Aku dah makan hati lembu la...makan itu..makan ini..kerang bagai..pun takdak kesan..so aku try la search dalam tenet kan kot-kot ada cara lain..tapi bila aku taip ja 'Cara-cara mengatasi masalah HB Low' memang la keluar artikel-artikel bagai..blog-blog bagai..tapi semua dok promot vitamin Shaklee...

Adoi..what the Hell...lain aku cari..lain yang keluaq..
Aisshh..tensen..

Rabu, Julai 10, 2013

PUASA 2013

Oleh sebab hari ni adalah hari pertama kita umat islam kat Malaysia ni berpuasa..Aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua!! Syok pulak rasanya berpuasa tahun ni..hahahah..

Syoknya bukan apa..tahun ni...adalah tahun pertama aku berpuasa sebagai bini orang..lepaih tu plak tahun pertama aku berpuasa sebagai ibu mengandung..nampak dak keterujaan aku kat situ...Tapi tu la..aku dok harap aku dapat la puasa penuh tahun ni...Tapi taktau la boleh ka dak sebab anak aku dalam perut ni..Awal-awal pagi ni dah mengelupuq sakan ja...Lapaq ka hapa ka aku pun taktau..selalunya ok ja..Mau tak ok..mulut aku dok ngapp ja sepanjang masa...ngap roti la..ngap aiskrim la..satgi pi ngap nasi..pastu ngap benda lain plak..sampai malam dok ngap ja kerja aku..hari ni last aku ngap pukoi 5 pagi tadi masa soq tadi..Soq tu Sahur maksud dia..hahaha..Jadi dah berapa jam dah aku tak ngap kan..so dia pun macam mengelupuq tak tahan...

Sabaq la anakku sayang...mak hang ni dok berangan nak pecah rekod posa penuh tahun ni..hahahahhaha...


Lepaih soal buka puasa plak..aku rasa macam tahun ni juadah buka puasa hari-hari kat rumah aku mesti sikit pasai orang dalam rumah aku pakat diet la..jaga pemakanan la..macam-macam mak nenek la..
Dah laki aku Incik Bachok tu sekarang proses diet tak habis lagi..makan herbalife berbotol-botol dah..badan dok tera tu jugak..hahahhahhahhahah...tahun ni dok berazam pulak..selain buat ibadah..nak buat bagi badan kecut plak dah..adoii...yang mak aku ni tiba-tiba plak masuk umuq 50 tahun ni..ada plak darah tinggi..sebelum ni takdak..jadi nak jaga pemakanan bagai..abah aku pun sama la..nak jaga juga...

Kalau makanan penuh meja jugak..tu kerja aku la tu..kan la ni nafsu makan aku tinggi melangit..hahha..
Sekarang ni aku ada kat opis...opis sunyi ja..pakat cuti la hari ni sebab nak sambut hari pertama puasa..tinggai la aku dok terkapaq kat sini...Kesian kat aku..huuuuu!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!