Isnin, November 08, 2010

MAIN-MAIN LA BEST....DAH KOTOR KITA MANDI...!!

Tadi masa aku melantak bersama Tok,Mak dan adik-adik,tiba-tina tok bersuara..

"Issshh..apala nak jadi dekat si Pasha Sendat tu..."Kata tok sambil geleng kepala lalu sumbat cucuq udang masuk dalam mulut dia..

"Lohh..awat plak tokkk?"Mirul plak menyoal.

"Awat la dia pi party holo-holo tu..tak elok tu..dah la pakai seksi bagai..Jin in the botoi konon..dia la jin tu.."jawab tok sambil geleng-geleng kepala.

"Ala tok..zaman moden..besa la tu.."aku jawab sambil suap baby makan..kucing aku manja macam baby orang..

"Isshhh..aku pun moden jugak dulu masa kat singapore dulu..berbikini kat pantai lagi..tapi holo-holo ni aku tak main laa...tu orang putih punya sambut raya..pagan-pagan tu..."Tok jawab sambil jegil mata kat aku..marah nampak..

"Mak dia tak marah ka?takpun Ramlie Ngah Taib tak marah ka anak dia dok berkawan ngan Pasha Sendat tu?"mak pulak soal..adooiiii...

"Ala mak..Rizal tu bukan nak buat bini pun kat Pasha sendat tu..otak dia tak center tu Si Rizal tu..dia nak buat main-main ja si Pasha tu.."Aloyah plak jawab..

"Haaa..nak buat main-main..sampai mampuih la depa dok main..tak sempat nak taubat..,mati masa dok main..Isssshhhh..takmau la hampa jadi lagu tu.."Kata tok sambil bangun dari kerusi nak pi ambik ayaq sembahyang..


Uiikkkk..tok aku sekali segala dasyat jugak mulut dia...
Wanita moden zaman 60an...besa la tu.
Nora Zain...haikkkk!



Pasha Sendat :Bee..tok kata u nak main-main ja..senyum dalam terseksa ni..

Jejai:mana da main-main..betoi ooo..tok saja buat spekulasi liaq tu..

Pasha Sendat:U tipu!!!

Jejjai: Shhhhhh!!!!

HANTU YANG CANTIK

Tadi aku taip perkataan hantu kat Incik Google..sekala terkeluar perkataan Hantuchova..
Hantu pa plak ni?mesti seram giler..mesti hodoh dari hantu jangan pandang belakang.Takpun lebih angker dari hantu mantra..aku pun klik la...
Tarraa...


Gua la hantu tu..
Nama minah niDaniela Hantuchova.Pemain Tenis untuk negara Slovakia..
Beliau adalah..ehhhh???
Apahal plak aku nak cerita pasal pemain sukan petang-petang ni?
Konfius-konfius!
Blah-blah..

SUPERHERO ALPINE IBEX!

Ingat Manusia macam Clark Kent tu saha ja ka ada kuasa..Kambing pun adala..Aku rasa kambing-kambing spesis ni mesti jadi kegilaan diantara spesis kambing-kambing yang lain macam la orang-orang yang minat gila kat Superman kan..
Wah..Dasyat ni...






Ni sebuah empangan..ada apa pada empangan?
Ada kambing la....


Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki. Kambing ini gemar menjilat garam pada batu(Aku rasa garam tu macam tonik dia kot..wakakaka). Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain


Kambing diatas:Jaga-jaga..licin tu..

Kambing di bawah:Baiklah!



Best giler jilat garam..konfom dpt darh tinggi lpas ni..huu


Siapa sampai dulu kat atas dapat hadiah sebongkah garam!!



Penat ni..rehat dulu...
Dasyat gila Kambing-kambing ni..
Empangan yang setinggi 4600 meter tu dia panjat relax ja tanpa gunakan tali keselamatan..
Muka pun menarik..
badan pun gumuk..
Goreng pun sodap ni..
hohoho..





SELAMAT HARI ISNIN

Wat pagi-pagi isnin rasa malas taktau nak buat kerja..
memang kurang dedikasi punya pekerja la aku ni..
huuuu!

Ahad, November 07, 2010

TIAP-TIAP BULAN BILL TINGGI..MAAF YEERR

Malam ni gerenti aku tidoq dengan lampu bilik terpasang..sangat yakin!!

MENARI DI KUBUR..KALAU AKU JADI HANTU TU..AKU PUN AKAN HANTUI HAMPA JUGAK..STUPID!

Abah..Kaklong minta maaf sebab telah melanggar larangan abah.
Kaklong telah menengok cerita seram padahal abah cukup marah kalau kaklong tengok cerita seram.Abah kata lepas kaklong tengok cerita seram,kaklong akan terkena simptom-simptom menjerit macam orang gila masa tidoq..Kaklong minta maaf sebab akan buat abah tak boleh tidoq malam ni..

Selama ni semua DVD cerita Horror yang kaklong beli semua abah buang dalam tong sampah.Tak pun abah bakaq..Abah buat macam tu sebab abah takmau Azhan terlibat sama dengan hobi pelik kaklong ni.Paham-paham la Azhan kan penakut tahap ayam..kalau dia tengok cerita horror,malam-malam mesti dia lari tidoq dengan mak dan abah..
Tapi kaklong beli jugak filem-filem horror dan sorokkan depa..

Kaklong nak buat macam mana kalau dah kaklong minat cerita horror..abah pun sama gak ada keminatan yang tersendiri.Abah minat tengok cerita perang,sejarah,koboi,red indian.Walaupun kaklong menyampah tengok semua cerita tu tapi kaklong layan jugak sebab bill elektrik abah yang bayaq..huhuhuhuhu...

Tadikan abah..kaklong tengok cerita horror seram gila..sampai la kaklong teringat lagi muka hantu dalam filem tu..sebelum ni kaklong hanya takut dekat hantu dalam filem Exorcist..tapi malam ni..kaklong dah takut tengok muka hantu dalam filem ni.Sekarang kaklong tak boleh tidoq lagi..sebab kaklong dok teringat muka hantu-hantu tu..
kalau abah tak percaya..try tengok ni..




Maafkan kaklong sebab malam ni abah akan dengar jeritan macam orang gila meroyan dari kaklong..
Abah tidoq la awal..sekurang-kurangnya kalau abah terjaga nanti..abah cukup tidoq..
huhuhuhu..

KUCING PUN TAU JELES..NASIB BAIK DIA TAK SIMBAH ASID KAT MUKA AKU..HAHAHHA

Aku ingatkan manusia ja tau cemburu.Rupanya kucing pun sama..
Dasyat dari manusia samapi berdarah tangan aku kena cakar..
Waaa....

Sebenarnya ada seekor kucing betina kat rumah paksu telah selamat melahirkan tiga ekor anak yang comel-comel.Bulu putih keseluruhannya dengan bulu cantik gila,al maklumlah..spesis baby jugak...Oleh sebab paksu jarang ada rumah dan balik pun tak tentu masa maka paksu pun suruh la aku bawa balik si Ibu ni sekali dengan tiga ekor anak dia tu.Aku dengan Mirul pun bawa balik la..Tiba-tiba..
Jeng..Jeng..Jeng..

Baby yang dianggap sebagai kucing penakut dan tak pernah berbunyi macam kucing nak bergaduh tiba-tiba ja buat bunyi camtu..Aaaaiii..pelik gila...Lepas tu aku letak kucing tu dengan anak-anaknya kat hujung dapur..Kasi makan..usap sikit-sikit..tiba-tiba ja baby melompat tinggi Pap!!!! dia guna kaki depa dia tampar muka si ibu..waahhh..macam drama Tv plak..tak cukup dengan tu..dia siap cakar lagi..dah la ibu tu dalam pantang(kucing berpantang ka?kokokoko).Diam ja dalam kotak tu..Bila aku marah baby..jangan buat macam tu..tiba-tiba dia mai gigit betis aku..aiyoohhh...sakit gila..aku try nak dukung baby..dia pi cakar..pastu gigit tangan aku.adoi!!

Gila ganas..pastu dia lari keluar dari rumah duk bawah kereta aku.Aku panggil dia pun dia buat tak reti ja..
kucing pun ada perasaan noh.
Tok kata baby jeles..
huhuhuhuhu..

Nasib baik baby ni kucing..
kalau la manusia.entah-entah apala dia akan buat nanti..
eeiii..takutnya!

OLD SKOOL LA PLAK DEPA KATA..TAPI AKU SUKA GUNA..DAN AKU TERPAKSA TINGGALKAN DIA..WAAAAAAA

Semalam Incik Bachok dah bising sebab dia dapat kesan ada lelaki gatai dok ganggu aku kat YM.Dia bagitau aku dia ada buka ym aku.Ok..Untuk yang demikian dia suh aku guna dia punya YM kalau nak berYM dengan kawan-kawan dan dia mahu aku add kawan-kawan aku guna YM dia..hahahahhahaha...

Ok-ok..dari pagi tadi lagi aku dok buat proses remeh temeh ni..
Kepada kawan-kawan..kalau ada YM bernama Ameer..tu aku la tu.
sila Accept yaaaa...
huhuuhuhu..

Aku rindu gila YM aku..dan satu lagi..ada beratus kawan kat dalam tu...Walaupun penggunaan YM dikatakan Old Skool oleh adik aku,tapi aku suka guna menatang ni..macam mana ni??kerana 2 3 orang lelaki yang tidak dikenali tah dari mana dapat alamat YM aku,aku terpaksa stop guna..
Incik Bachok..sat jela noh..ceq akan buang depa dari senarai list kawan-kawan ceq..
huhuhuhuhuhu..

Sabtu, November 06, 2010

KALAULAH DAPAT MIMPIKAN DIA..SHAH RUKH KHAN PUN PASTI MENANGIS KECEWA TAK DAPAT MASUK DALAM MIMPI AKU..HAHAHAA..

Sekarang dah pukul 12tghmalam lebih sikit...sat ja noh..dah masuk hari ahad.Tapi la ni aku dok berkira-kira nak tengok cerita apa sebelum aku tidoq.Kalau nak tengok cerita hindustan memang aku takmau dah.Fobia pasal mimpi semalam.Cilaka..kenapa Ashkay Kumar..Kenapa???

Tengah Pening sambil merenung DVD..
Rasa macam nak tengok filem The Perfect Gateway..tapi aku takut aku mimpi jadi pembunuh gila plak..huhuhuhuhu..Aku kan cepat terpengaruh..tengok apa-apa cerita sikit..terus mimpi..

Adik aku si Mirul tengah dok layan tengok cerita Siam.Aku dah muak tengok cerita tu dah..Kalau Tony Jaa yang berlakon takpa la jugak nak layan..Ni muka hero licin takdak jerawat langsung..macam pondan! Kalau tengok filem Tony Jaa dan mimpikan dia,mana tau boleh mimpi blajar muay Thai dengan dia..bukan senang weh nak belajar Muay Thai..abah aku pernah belajar..3 hari ja terus cabut lari sebab tak tahan dengan cara pembelajaran dia.Hari-hari kena belasah batang pisang apa kes..?bengkak betis abah aku..wahahahhhaahha..last-last anak-anak dia,dia kasi belajar Taek Kwan Do ja..huhuhu..
Apahal cerita pasal pengalaman abah aku belajar Muay Thai plak ni?
huhuhuhu..

Kalau aku dapat mimpi Tony Jaa dating ngan aku pun jadi la..biaq la orang kata aku tak taste sebab nak dating dengan mamat tak hensem macam si Tony Jaa tu..janji aku dapat belajar tips menyiku orang..hahahaha..




Yeaahhh! Miss Poyo nak mimpikan aku..cayalah!!!
ada semangat nak menyiku orang dengan lebih jitu lagi..
Yeaaahhh!
Tengok cerita pengembaraan Doreamon dan rakan-rakan ke Dunia Robot lagi best..
hehehe..

DARI PAGI SAMPAI PETANG..MALAM NI MACAM MANA LA..

Gila!

Hari ni aku layan tengok filem dari pagi sampai petang.
Efek dia,aku sakit kepala gila-gila,nak termuntah dan rasa jemu tahap cipan sampai nak makan pun jadi tak lalu.Mata berpinau-pinau telinga pekak sebelah...
Aku rasa malam ni aku tidoq awal..seiring dengan Incik Bachok yang tiap-tiap malam tidoq awal kecuali time ada bola..owwhh..lupa..malam ni konfom Incik achok tidoq lewat.


Sekarang ni pun kepala tak center lagi..macam sakit-sakit tambah pening-pening giu..
baik aku pi mandi bagi hilang segala sakit berkaitan kat kepala ni..
huuuuu!

MIMPI YANG SUMPAH AKU TAKMAU MIMPI LAGI DAH.WAHHH..TENSION-TENSION

Semalam aku mimpi serius gila..
aku tak pernah mimpi seserius tu sebab aku punya mimpi menjurus ke arah fantasi yang tah pape contohnya aku mimpi Incik Bachok ada sayap takpun mimpi abah aku ada kereta terbang.Takpun aku mimpi azhan pi sekolah naik bus terbang.Memang aku suka mimpi pelik-pelik macam tu..

Tapi semalam aku mimpi serius sampai aku bangun pagi rasa airmata kat pipi aku..
Gila serius menangis dalam mimpi..dasyat tu..aku kalau menangis dalam mimpi pun time mimpi kena ligan dengan hantuTime tu abah mesti mai bilik aku tengok aku dok terjerit-erit macam orang gila sawan.Lepas abah setel tnangkan aku dia terus pi tengok tv sebab dia kalau terjaga dari tidoq memang takleh tidpq balik dah..bestnya dapat abah macam aku..
hahahahhahahhaha..

Mimpi aku serius gila sebab aku mimpi aku kena kahwin dengan Ashkay Kumar padahal aku dah ada Incik Bachok.Laki aku skema gila dan baik gila nak mampus.Asyik buat muka innoncent sepanjang masa.Tension au tengok muka dia.benci gila aku.huhuhu..Lepas tu aku kena tinggal dengan mak mntua tiri sama ipar-ipar tiri yang perangai macam cilaka nak mampus..
Bayangkan betapa aku hari-hari kena perli-perli sama depa semua time laki aku pi kerja...(apahal plak aku jadi suri rumah ni padahal aku wanita bekerjaya sekarang..hahahahahahaha)

Jadi aku lancarkan perang sama depa sebab laki aku memang skema ngongek sayang depa padahal depa hari-hari kutuk dia..
Contohnya aku lawan breakdance dengan adik laki dia dan lawan masak dengan mak dia dengan Cheff Wan jadi pengadil(lihat disitu..masih ada lagi unsur merepak walaupun tengah serius..)

Tapi aku lupa pengakhiran mimpi aku..
Demmmm!!




Tang time Sunil Shetty tu muncul..
bayangan la Incik Bachok..
hahahahha...
macamm cilaka punya mimpi...


p/s:Lepas ni aku takmau tengok cerita hindustan dah leapas tidur..kena tengk cerita Hollywood balik bila nak tidoq..demmm1 Fobia gila!

OT..OT..DAN OT...DUIT..DUIT..DAN DUIT...

Sekarang dah pukul 12.52 pagi tapi paksu still tak balik lagi.OT katanya..Wahh..sekarang ni..sejak nak bertunang ni paksu bukan main gigih buat OT.Kalah abah aku.Kalau abah balik buat OT pukul 3 pagi pagi,paksu lagi terer hantam sampai 4pagi..huh!

Aku pun buat OT gak..tapi takat 7 malam ja..hahahhaha..

Kenapa orang sekeliling aku ni gigih sangat buat OT ni?Abah memang dari muda lagi kami adik beradik tau tabiat dia workholic..pi kerja malam pun siap bawa bini lagi(mak aku la tu).Paksu plak..owh..lupa plak yang dia nak kumpul duit hantaran..Incik Bachok..apahal plak rajin buat OT sampai 7 hari seminggu ni?Nak kahwin jugak ke?hahahhahhaha...
Aku tau kenapa Incik Bacchok rajin OT..tapi takdak kena mengena dengan kahwin.Hanya aku ja tau..Nantikan kemunculan hasil OT-OTnya..

Aku?Awat aku kalut nak buat OT sangat sampai sabtu ahad pun pi opis?
Sebab aku terngin nak beli kereta Kebal.
Sekian terima kasih..

BIDANG YANG SUDAH LAMA DITINGGALKAN

Baru habis tengok filem hindustan..wah..pehal plak tiba-tiba layan hindustan balik ni.?
Dah 5 tahun aku tinggalkan dunia perhindustanian..tiba-tiba aku ceburi balik ni..
Waaaahhh...
konfius..konfius..

Jumaat, November 05, 2010

MEROYAN DI HARI RAYA INDIA..

Hari ni sepatutnya aku pi OT...Tapi aku tak pi...Pehal raya-raya pi buat OT?Dok rumah tengok Box OFfice Astro Tanghatirai lagi best sambil layan maruku..
huhuhuhuhuhu..

Malam semalam aku tak cukup tidur sebab bunyi mercun dum dam dumdam sampai awal pagi..Jangan dok buat main-main..orang India dah pandai mai meriam buluh kalau hampa nak tau..Oleh sebab kampung aku boleh Dikategorikan sebagai kampung 1 malaysia..nah..hari raya melayu bunyi mercun,raya india bunyi mercun..raya cina bunyi mercun siap dengan wayang cina lagi kat hujung kampung..Chong cheng chong cheng...tapi aku layan....

Tapi awat gambar kat Tv semua tak best taktau..aku rasa macam nak belasah ja geng astro..Cilaka..aku bayar beratus-ratus setiap bulan(abah aku punya duit..aku tukang bayar..)..cerita bulan lepas korang tayang balik..
Cissss!

Khamis, November 04, 2010

TAK TAU NAK BUH TAJUK APA PART 4

Hai..nama aku Junaidah Nabila Binti Jamil.Pada episod yang lalu aku ada cerita mengenai Fikrie,lelaki yang paling aku taksuka tiba-tiba jadi pengapit laki-laki dimajlis sanding adik aku kahwin.Walaupun aku takmau jadi pengapit bila dapat tau dia akan jadi pengapit lelaki,tapi aku terpaksa jugak atas arahan mak aku.Ini sambungan cerita aku....


Sekarang aku baru tau..kenapa tiba-tiba ja Fikrie muncul kat Penang.Rupa-rupanya Company dia dengan company aku bekerjasama dalam satu projek perumahan mewah kat Bertam.Sejak dia muncul,semua orang ofis aku kenal dia.Tambah-tambah dia baik betul dengan bos aku.Naik menyampah pulak bila tengok dia dengan muka perasan macho tak tahu malu tu hari-hari menapak masuk opis aku.Dia takdak kerja lain ka..Dah tu,semua perempuan dalam opis ni macam suka sangat dekat dia termasuk yang dah bergelar mak budak..heeiii..tolong la..

Satu tengahari.,semasa aku tengah layan makan mee tomyam kat Perda yang dekat dengan opis aku,tiba-tiba Fikrie muncul depan kedai..Allahh..hilang seleraaku bila tengok muka dia..bertambah tak lalu bila dia tiba-tiba ja menghampiri meja aku.

"Hai..seorang je layan makan..mana kawan yang lain?"Soal dia sambil mengambil tempat duduk dihadapan aku tanpa dijemput.Tak malu betul.

"Ye..aku sorang je..yang lain bawa bekal..biiasa la..tengah bulan.."Jawab aku acuh tak acuh.Dia hanya ketawa.Lucu barangkali bagi dia.Aku meneruskan aktiviti makan aku sedangkan dia sebuk membuat pesanan.Selepas dia membuat pesanan,dia hanya memerhati aku makan.Ala..apahal plak ushar aku ni..

"Apa tengok-tengok..tak puas hati?"Soal aku kasar.Dia sebaliknya ketawa.Lagi buat aku sakit hati.

"Takde pape la..lawak tengok kau makan..macam dulu gak.."Jawab dia sambil menyedut minuman yang tiba-tiba sahaja muncul atas meja.Amboii..laju betul pelayan tu hantar minuman.Tapi nanti dulu!! Macam dulu?bila masa plak dia pernah tengok cara aku makan??

"Aku dulukan couple ngan Sharlinie..roomate kau dari kelantan tu..masa aku ushar Sharlinie kat Cafe dulu..terushar kau sekali..buruk betul cara kau makan..hahahha"dia memberi jawapan pada aku sebaik sahaja aku bertanya soal itu pada dia..
Buruk pun buruk la..bukan aku awek kau pun..penyibuk..huh!

"Aku rasakan..kau patut cari kerja lain..macam mana kau kerja ngan Arkitek ni sedangkan kau belajar Kejuruteraan Awam dulu.Dah tu,dapat bahagian pentabbiran plak..tak pernah cari kerja lain ka??"Soalnya lagi.Aku hanya diam sambil menyumbat makanan ke dalam mulut.Malas la nak layan.Dia ingat senang nak cari kerja zaman sekarang ni?Apa yang ada kat depan mata aku rembat je la bangang oii dari takdak kerja.Nasib kau baik la sebab kau dapat kerja yang menepati piawaian hang masa belajar dulu.

Sebaik sahaja sudah makan,aku terus bangun dari tempat duduk nak ke kaunter bayaran,malas nak layan mamat ni yang bercakap dari tadi tanpa henti.Time mulut penuh makanan pun tringin nak cakap lagi..nasib baik tak tersembur kat muka aku.Kalau tak bukan takat dia aku terajang..sekali dengan tokey restoren ni,sama pelayan-pelayan dia sekali aku belasah walaupun pun aku tau depa tak salah.

"Eh..nak kemana ni.."Tiba-tiba Fikrie memegang tangan aku.Tersentap jugak la..Wahhh..kenapa aku terkedu plak ni bila dia pegang tangan aku ni..macam kejutan elektrik plak..huhuhuhu..Dengan kekuatan yang ada,aku tarik balik tangan aku..hiappp! berjaya jugak..

"Apahal hang pegang-pegang aku ni..?"Aku soal dia sambil buat muka garang.

"Loh..lepak la dulu..sembang ngan aku..awal lagi ni..baru pukul 1.30ptg..rehat abis pukul dua.."Fikrie cuba pujuk aku..walaupun aku tolak berkali-kali..tapi akhirnya aku mengalah jugak..hampeh..

Kami mula berbual walaupun aku mulanya rasa tak selesa langsung nak berbual dengan dia.Dari satu cerita ke satu cerita dia bualkan sampaikan ke cerita majlis persandingan adik aku yang bakal berlangsung 3 hari lagi.Aku tengok ada kelainan pada mamat ni berbanding dulu kecuali gaya machonya yang tak pernah berubah.Dia sekarang dah jadi seorang yang banyak cakap dan suka ketawa.Tapi agaknya memang dari dulu kot perangai dia macam ni..yela kan..aku bukan cakap sangat dengan dia pun dulu..kenal-kenal macam tu ja..Sebab tu aku taktau perangai sebenar dia.Bukan tu saja..mata dia pun tak meliar pun tengok perempuan cantik yang lalu di depan kami macam yang Sharlinie ceritakan dulu..Mata keranjang katanya si Fikrie ni.

"Kenapa kau tak dulu dari adik kau hah??"Pertanyaan Fikrie membuatkan aku tersentap sekejap.aPA aku nak jawab ni.

"Mesti ak laku kan..sebab tu adik kau kawin dulu..hahahahaha"
Ciisss,..kau kata aku tak laku..tak guna..bukan tak laku la..aku takmau kawin lagi la..

"Kau cakap baik-baik sikit,,aku tibai kang.."Aku bagi amaran.Sakit hati jugak la dia kata macam tu.

"Hahahahahha..Aku gurau jela..tapi kalau betul kau tak laku pun..aku dudi kahwin dengan kau..hahaha"

Heh..nak kawin ngan aku konon..

"Kalau hang sorang ja kat dunia ni..aku rela tak kahwin dari bersuamikan buaya macam hang.."Aku balas balik kata-kata dia..

"Kalau aku cakap aku dah berubah dan sudi kahwin ngan kau macam mana?"Soalan Fikrie buatkan aku diam sketika dan kemudian aku ketawa.Dia pun turut ketawa.Bergurau pulak mamat ni.Tak kuasa aku..



Bersambung...






CHOCOLATE YANG GANAS

Aku rasa aku agak ketinggalan la nak cerita pasal filem ni.
Filem tajuk Chocolate ni adalah filem keluaran Tony Jaa..pelakon cerita ONG BAK tu..
Filem tahun 2008 ni mengisahkan seorang budak perempuan yang ada penyakit Autisme.Penyakit dimana pengidapnya seolah-olah ada dalam dunia dia sendiri la..macam otak lembap gitu..Budak perempuan Istimewa ni tinggal bersama mak dia yang mengidap penyakit kanser dan memerlukan rawatan terapi.Dengan bantuan kawan dia yang penakut,budak perempuan ni pergi kutip hutang pada sesiapa sahaja yang pernah berhutang dengan mak dia dulu sebab mak dia ni dulu gangster..along la tu..hohoho..

Bila si penghutang taknak bayar..dan buli dia balik sebab keadan dia tu,dia lawan balik la..Kebolehan dia berlawan tu terjadi sebab mak dia berjiran dengan tempat budak-budak berlatih muay thai..Sebab hari-hari dia tengok budak-budak tu berlatih..dia pun ikut sekali la...gitu la ceritanya..

Yang hebatnya pasal cerita ni ialah pelakon dia yang bernama Jee Jaa tu merupakan anak murid Tony Jaa..Yang best lagi,semua adegan lawan-lawan ni dilakukan oleh Jee jaa ni sendiri..The making dia aku dah tengok kat Box Office Astro..dasatnya..

Paling aku suka sekali time last..masa dia dan mak dia serbu tempat musuh lama mak dia..time dia lawan dengan budak laki yang sama-sama cacat macam dia..gila hebat...




Gila hebat..
yang ja yang aku mampu cakap..
Incik Bachok bagitau budak ni ada blakon dalam satu lagi filem arahan Tony Jaa gak bertajuk Raging Pheonix..tahun lepas punya keluaran..
Sekali lagi aku ketinggalan..
Tu la..
banyak sangat tengok Filem Hollywood ja ni..
huhuhuhu..

PUSPAKOM PUNYA CERITA LAGI...

Tadi balik ja dari kerja,aku terus selongkar laci kat bilik aku.Aku mau cari surat tukar enjin,surat kastam,segala resit-resit dan geran kereta serta segala harta merdak yang patut aku bawa masa nak ke PUSPAKOM nanti..

Menurut otai-otai lama aku,aku mybe mempunyai masalah sebab bodykit aku boleh dikatakan 100% bodykit Daihatsu Mira.
Waaaaa...
Macam mana ni??salah sorang dari otai aku pernah tukar balik ke body kancil semata-mata nak lepas PUSPAKOM.Aku ni macam mana?
huhuhuhuhuhu

Minggu depan salah sorang dari otai mau amik surat kawal selia kat JPJ..Aku taktau apa benda semua ni..aku serah semua kat depa,bagi depa yang urus....
Aku dah tak larat nak lari dari JPJ gara-gara enjin aku ni.
Pengalaman aku kena tahan JPJ buat aku serik..tak pasal-pasal aku terpaksa goda mamat pegawai tu..
Wakakakkakakkakakka..Sorry Incik Bachok..
Lepas ja semua setel..aku nak hias bagai nak rak Kancil Mira ni ok la..
hihihihihi..

Sekarang aku akan tunjuk wajah baru Kancil Mira aku..
Tarrraaaaa!







No plat patah sikit sebab aku baru selesai langgar sorang pakcik dengan motornya..hahahhahaha
Gambar di ambil dari dalam rumah yerr





Abaikan kereta aku yang berdebu lumpur..hujan-hujan ni malas nak basuh kereta

Bukan warna pilihan aku..tapi pilihan abah aku..huhuhuhu..orang support..kita ikut jer..waaaaa
Moga-moga segalanya ok la noh..
huhuhu..
nak pi mana lepas ni mesti rasa selamat gila..





LETIH OOO...

Hadoii..penat ooo banyak kerja hari ni..dah la MR.Eksekutif MC plak..banyaknya kerja aku...
sampai takdan nak buat apa-apa kecuali berbalas emel dengan kawan-kawan satu tempat kerja ja...
huhuhuhuhu

ADOIIII

Kepala rasa berat..
huhuhuhu..
banyaknya kerja aku..

Rabu, November 03, 2010

TAKTAU NAK BUH TAJUK APA PART 3

Hai..nama aku Junaidah Nabila Binti Jamil.Pada Episode yang lalu aku ada cerita mengenai lelaki yang paling aku tak suka selama ini tiba-tiba muncul dalam hidup aku.Lepas tu tempat kerja dia berebelahan pulak dengan tempat kerja aku.Memang tak senang duduk..Skarang aku nak cerita utuk yang seterusnya..



Sejak makin dekat nak kenduri kahwin ni.Adik aku selalu saja minta pertolongan aku dari pelbagai segi.Beli itu,beli ini..cat sana cat sini...pasang sana,pasang sini..Tak pasal-pasal aku terlibat dalam konpirasi orang perempuan yang nak kahwin ni..Tapi nak buat macam mana,dah dia ja sorang adik perempuan yang aku ada..Jadi aku layan pi lah..lepas ni mana ada siapa-siapa nak minta tolong aku dah..

Pagi sabtu yang indah dan damai ni,aku terpaksa pulak pi ke kedai hantaran.Nak ambik gubahan sejadah dan kain semayang yang adik aku tempah.Apasal la nak gubah-gubah semua ni..lipat-lipat sejadah sama kain telekung,lepas tu letak atas dulang hantaran sudah la.Lagipun apa kes pulak aku yang kena amik..hantaran tu untuk adik aku.Sepatutnya pihak tunang dia la pi ambik.Satu kerja plak aku kena hantar pulak kat rumah tunang dia.Nasib baik satu negeri,kalau lain-lain negeri..adik aku,tunang dia sekali dengan tokey kedai hantaran tu aku belasah.

Sampai ja kat rumah tunang adik aku,aku tengok ramai la plak.Keduri apa plak ni.tak jemput pun.Aku jadi segan la plak..Semua pakai baju kurung ni.aku ja pakai seluar jeans ni.Aduh,Azreen tak bagitau apa pun..Lama jugak la aku melepak dalam kereta dok tinjau-tinjau.Nak keluar dari keretta tak sanggup.Kang aku seorang ja Alien kat situ.Tengah aku dok tertinjau-tinjau dalam kereta,tiba-tiba cermin tingkap kereta aku diketuk-ketuk.Cahaya matahari yang terang tu buat mata aku silau sampai tak nampak muka orang yang ketuk cermin kereta aku.Jadi aku pun turunkan la cermin kereta aku..Tengok-tengok..alamak...!!Awat dia ada kat sini plak??Aduh!

"Aku tengok kereta kau dari kat luar dari tadi lagi.Tuan dia tak keluar-keluar pun.Nak kena jemput pulak.."Kata Fikrie sambil cuba buka pintu kereta aku tapi tak berjaya sebab aku dah kunci tadi.

"Ehhh..sat-sat..macam mana hang ada kat sini plak??"Aku soal tak puas hati.Apa ni!! Sejak akhir-akhir ni mana aku pi dia ada ja ni.

"Loh..ni rumah kawan aku.."Jawa Fikrie balik.

"Tapi ni rumah tunang adik aku ni..."

"Aku tau la..kawan aku abang tunang adik kau..eh,kau keluar la..yang tercangak dalam kereta ni apasal..??"Sekali lagi Fikrie cuba buka pintu kereta aku,tapi tak berjaya.Tak malu betul la mamat ni.Menyakitkan hati.Yang aku heran,macam mana plak dia tau aku ni kakak tunang adik kawan dia pun aku taktau la..Ahhh..biarkan..

"Eh..takpala..aku balik dulu la..kau amik hantaran ni,kasi kat tunang aku"Aku segera ambil hantaran kat tempakduduk belakang lalu aku hulur pada Fikrie melalui tingkap kereta.Tak kuasa dah nak melayan tengok muka dia ni.

"Loh..kau taknak masuk dulu ke...??Woi Izwan..ni bakal kakak ipar kau datang ni...!!"Ya Rabbi..dia pi bagitau pasaipa..aku baru ja nak blah dari situ tanpa bagitau sapa-sapa..aduh..Izwan segera datang kepada aku lalu mejemput aku masuk.Walaupun aku cuba tolak berkali-kali tak berjaya bila mak dia pulak keluar jemput.Nak tak nak..au masuk jugak la..Aku tengok Fikrie pandang aku sambil tersengih.Tapi aku buat tak tahu saja.Kerana kau la mangkuk aku terkandas kat sini.Baru aku tau bukan keluarga Tunang adik aku bukan buat kenduri pun.Saja paggil adik beradik makan tengahri sekali.Yang depa ni pun satu..Beria semua pakai baju kurung.Mesti la aku ingat ada kenduri tadi.

Aku tengok Fikrie bukan main rapat lagi dengan Family tunang adik aku.Siap boleh bergurau pulak dengan segala tok nenek yang ada.Yang perempuan pun sama aku tengok..pakat-pakat pi sembang dengan dia.Macam artis la pulak..Piraahhh!
Lepas ja makan,aku terus minta izin nak balik.Bukan apa,aku kekok la...Sempat jugak mak tunang adik aku bagi buah tangan untuk aku bawa balik.Tengah aku dok pakai kasut kat depan pintu rumah.Tiba-tiba Fikrie menghampiri aku.

"Kau nak balik dah ke?"Soalnya.Tapi aku tak balas pun.Aku terus ja jalan menuju ke kereta aku.Tengok-tengok Fikrie dah mengekor di belakang.Haiihhh..rimasnya..


"Minggu depan,time sanding nanti aku jadi pengapit pihak laki.."
Apaa!!! dia jadi pengapit..???Cisss! apa ni??dah la aku jadi pengapit adik aku.Ni dia plak jadi pengapit tunang adik aku.Ni yang aku tak gemar ni.Tanpa banyak soal aku terus blah dari situ tanpa kata apa-apa pun pada Fikrie.Aku tengok dia senyum ja bila aku buat macam tu kat dia..Tak dak perasaan ka mamat ni.??Owh..aku lupa..dia memang takdak perasaan.Sebab tu dia boleh bertukar-tukar girlfriend selalu masa belajar dahulu termasuk la Sharlinie..Ah..Sharlinie pun dah kahwin anak tiga.Buat apa diingat lagi.

Sampai ja kat rumah,aku bagitau adik aku yang aku tak jadi nak jadi pengapit dia.Serta merta muka adik aku berubah.

"Hang tak boleh buat macam ni kak..Aku dah tempah baju pengapit kat hang tau dak.."Marah adik aku.

"Ala...hang boleh suruh Suhana jadi pengapit hang..dia dengan aku punya bentuk badan lebih kurang sama ja.."Aku cuba pujuk..

"Aku takmau..aku nak hang jugak!!!"Tiba-tiba daik aku bersuara tinngi lalu berlari masuk ke dalam bilik dia.Alamk..merajuk la plak..nak kahwin dah pun buat perangai macam budak-budk lagi.

"Hang kena jadi jugak pengapit Azreen.Dia dah lama dok berangan hang jadi pengapit dia..."Mak aku yang dari tadi tak masuk campur dalam perbualan adik aku dengan aku tadi tiba-tiba bersuara.Tapi matanya tak lekang dari tengk Tv.Hantu TV betul la mak aku ni.

"Tapi Ceq takmau la mak..bagi la orang lain jadi..."

"Hang kena jugak jadi..kalau tak macam mana nak dapat jodoh.Mana tau masa hang jadi pegapit nanti ada orang berkenan nak buat menantu ka..."

Loh mak aku ke situ plak..Benci la macam ni...
Kalau Fikrie tu takjadi pengapit takpa..ni dia yang jadi.Entah dari ceruk mana dia mai..tiba-tiba ja jadi kawan rapat abaang tunang adik aku pulak.
Aku musykill betul dengan mamat ni.Dah la tiba-tiba datang kerja kat sini.Ada sangkut paut plak dengan orang-orang sekeliling aku.Tah-tah dia skodeng aku pa selama ni.Nak balas dendam dengan apa yang aku buat kat dia 6 tahun dulu.Tapi memang padan aku buat macam tu..Kerana perbuatan dia tu la aku rasa berdosa gila padahal aku tak salah pun..

Eiii..takutnya...


Bersambung....



Bersambung...

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!