"Awat kulit hang lain dari adik beradik hang?"
"Awat muka hang lain dari adik beradik hang?"
"Awat susuk badan hang xsama dengan adik beradik hang?"
Jadi aku nak jawab macam mana?
Dah Tuhan buat aku jadi macam ni.Aku kena terima jela..
Siapa yang tak terasa hati bila muka kita seorang je lain,siapa yang tak terasa hati bila kulit kita lain,siapa yang tak terasa hati bila bentuk badan kita lain dari yang lain padahal lahir dari perut yang sama.
Aku nak hidung yang sama macam adik-adik aku,aku nak berkulit hitam manis macam adik-adik aku,aku nak bertubuh kurus kering macam adik-adik aku.
Tapi Tuhan kasi aku berhidung kemek dan kecik,berkulit putih walaupun berjemur tgh panas(sengaja) tapi muka ja gelap sikit tapi dari leher sampai kaki tetap putih jugak.Sampai aku rasa cam nak berbogel jek,pastu berjemur macam orang putih tuh..tapi mana boleh beb!.Aku bertubuh ala-ala Zizie Ezette walaupun aku diet ala pelakon Mek tu.Mek,gue jeles sama loh...
Tapi aku bersyukur,walaupun berlainan sekurang-kurangnya cukup sifat,xdak cacat cela.Yang penting,gua lain beb..jadi perhatian tuh..wiwiwiwiwi..
Aku Dan Adik2
P/S:Gambar muka aku terpaksa dipadam kerana mempamerkan senyuman/sengihan yang
keterlaluan
keterlaluan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan