Walaupun sejak kecil aku dibesarkan dengan menonton cerita2 perang,hantu,kejam,ganas,penyiasatan,tapi adakalanya aku da jugak menonton filem-filem cinta.Tapi bukan semua cerita cinta aku layan.Yang tertentu ja..tak kira la filem dari negara mana pun,bahasa apa pun,kalau dah berjaya menangkap halwa anak mata aku dengan berkesan dan jayanya,aku mesti layan meskipun(ayat pun mau tau ar..) kena ejek ngan mirul kalau aku layan cerita cinta nih..heeee!
Melayu
Bukan semua cerita cinta dari malaysia aku layan..segelincir ja pun..
1.Minat gila dengan watak Nur dan Adam.
Hollywood
Cerita Hollywood pun sama gak..tak semua cerita keluaran depa aku layan.Yang betul2 sentuh hati aku baru la aku layan...
1.Kisah pasal Julia Robert yang sepatutnya jadi pengapit pengantin perempuan atas permintaan pengantin lelaki yang merupakan kawan baik dia.Tapi Julia Robert pulak sengaja nak menghuru-hara majlis perkahwinan pasangan terbabit bila dia menyedari yang dia suka kat kawan baik dia..heee!
2.Kisah pasal kapal yang paling besar kat dunia yang tenggelam pada tahun 1912 sebab terlanggar ais batu yang besaq ni,sapa2 pun tau..
3.Kisah pasal Patrick Swayze yang dah mati,tapi berusaha jugak nak berhubung ngan girlfriend dia si Demi Moore ni dengan bantuan Whoopi Goldberg,perempuan kulit hitam yang lucu.
Bollywood
Dulu masa kecik2 dulu memang aku minat tengok cerita hindustan dengan Arwah tokwan,tambah2 kalo Shah Rukh Khan yang berlakon..tapi la ni aku tak layan dah cerita hindustan.memori layan cerita hindustan dengan arwah tokwan aku akan ingat sampai bila-bila.
1.Kajol ngan Shah Rukh kawan baik,dalam diam Kajol cinta sama Shah Rukh.Satu hari,Rani baru pindah masuk kolej depa.Shah Rukh ngan Rani bercinta,Kajol kecewa,bawa diri pi mana tah.Bila Rani mati,dia sempat pesan kat ank pompuan dia suh cari kajol balik dan kasi kawin sama bapak dia,Anak dia jumpa,tapi malangnya kajol dah jadi tunangan salman khan(apa ayat aku ni?mcm org India speaking malay plak..heee!)
2.Pengetua Amitabh memang garang nak mampus dan tak bagi student dia bercinta,kalau dia dapat tau depa bercinta,terus kena buang kolej(gila kot org tua ni..).Satu hari dia amik seorang guru muzik secara kontrak iaitu Shah Rukh(dia lagi) mengajar kat kolej dia.Tapi dia taktau guru muzik tu ialah Ex student dia yang pernah dia buang dulu gara-gara bercinta ngan anak perempuan dia si Aishwarya sampai anak dia bunuh diri sebab kecewa ngan tindakan bapak dia(bodoh betul pompuan ni)
3.Aiswarya Rai anak kepada guru vokal yang duduk kat kampung.Ashkay Khanna anak orang berada yang tinggal kat bandar.Satu hari,semasa datang bercuti kat kampung ngan family dia, Ashkay telah bertemu ngan Aishwarya yang tengah wat yoga kat atas bukit lalu jatuh cinta dan terlanjur.Sebelum balik bandar Ashkay janji nak kahwin ngan Aishwarya..jadi pompuan ni pun tunggu mamat ni mai pinang dia tapi takk muncul jugak..jadi dia pun p bandar nak tuntut janji,malangnya berlaku salah faham dan Ashkay tak kota janji..dia bertemu dengan Anil kApoor dan mamat tu plak bagi dia jadi penyanyi yang popular pulak dah kat India.
Taiwan
Cerita dari Taiwan ni memang dari dulu-dulu lagi aku dah layan sebelum kedatangan cerita-cerita korea kat malaysia ni..Dah tu,aku habiskan banyak jugak la duit semata-mata nak beli Dvd cerita keluaran depa ni..
1.Kisah pasal Barbie Xu yang hari-hari kena buli ngan geng F4.Tapi rupa-rupanya ketua F4 ni minat kat si Barbie ni..tapi percintaan depa terhalang oleh keluarga lelaki tu yang kaya raya(macam citer hindustan plak)
2.Marmalade Boy ni mengisahkan Mak si Ken ni telah berkahwin dengan bapak budak pompuan kenit ni..Jadi mereka berdua terpaksa tinggal serumah walaupun perempuan kenit ni memang tak suka langsung dengan perangai Ken yang kaki perempuan tu.Tanpa disedari depa jatuh cinta,tapi masing2 memendam rasa kerana mak bapak depa.
3.Kisah cinta yang menyayat hati diantara seorang perempuan bisu dengan seorang lelaki kaya yang kesunyian pastu kena paksa bertunang dengan perempuan yang dia tak suka plak..huuu!
Korea
Kerana cerita-cerita cinta dari korea la aku dah abis beratus-ratus ringgit semata-mata nak beli dvd filem,drama bersiri dan jugak Soundtrack filem-filem dan jugak soundtrack drama bersiri depa.Kena marah ngan abah pun takpa,janji puas ati..dan kadang2 aku pow jugak duit abah sebab nak beli citer korea ni..heee! Setakat ni memang banyak gila koleksi cerita2 keluaran korea yang aku kumpul.Tapi ni diantara cerita korea yang leh wat aku menangis sebab sedih sangat dan sebab lawak sangat...heeee!
1.Drama Stairway to Heaven ni terlalu best untuk diceritakan sampai abah aku pun menangis tengok cerita ni padahal abah aku selamani memang tak layan cerita cinta,tambah2 cerita korea.
2.Aku beli Dvd drama ni setahun sebelum cerita ni ditayangkan kat Tv.Masa tu cerita ni memang hot la kat tv Korea sana.mengisahkan Yoon Eun Hye(Nama plakun tu la) yang terpaksa kahwin dengan putera mahkota Korea atas sebab wasiat mendiang maharaja korea terdahulu.Jadi dia terpaksa belajar mengenai adat resam cara-cara tinggal di istana dan terpaksa menghadapi perangai suaminya yang amat membencikan itu.
3.Walaupun perangai awek dia gila-gila dan suka buli dia,Cha tae hyun tetap sayang awek dia dan sedia melayan kerenah perempuan tu yang penah kecewa sebab tunang dia mati.
4.100 days with mr Arrogant ni mengisahkan seorang budak perempuan secara tidak sengaja menyebabkan kecederaan pada muka(padahal bukan teruk pun) seorang pemuda kaya yang sombong.Sebagai balasan,dia terpaksa menjadi orang suruhan pemuda itu selama seratus hari.
5.Jenny dan Juno mengisahkan pasangan kapel yang baru berusia 15 tahun dan telah terlanjur dan menyebabkan si Jenny mengandung.Mereka berdua berusaha untuk menyesuaikan diri untuk menjadi ibu bapa yang muda walaupun ibubapa masing2 tidak mempercayai usaha mereka itu dan bertindak mahu menyerahkan bayi yang dikandung Jenny kepada orang lain sebaik saja Jenny bersalin.Juno saja mampu menghalang tindakan ibubapa mereka itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan