Kalau kita tengok filem Pirates Of Carribean..Filem yang kedua tak silap aku.Ada satu adegan menunjykkan dimana seekor raksasa menyerupai sotong besaq menyerang kapal lanun..Mesti masa tu ramai yang terpikir..Ini adalah watak yang sengaja diadakan oleh pengarah filem tu..Walhal..Kraken ni benar-benar wujud la...bukan tipu-tipu..ini betul-betul maaaa....
Menurut lagenda Eropah..Kraken ni digambarkan sebesar sebuah Pulau..Ayoyo...gila besaq tu..kalau besaq Pulau Pinang ni..Fuyoooo!! takutnya mak!!Ni sekali dia telan mau beribu orang gak ni baru dia kenyang kot..hohohoho...
Kraken pertama kali disebut pada sebuah buku karya Incik Carolus Linnaeus pada tahun 1735 bertajuk Systema Natureae..Amboi..tergeliat aihhh nak sebut tajuk buku ni..dah la lidah aku spesis pendek..berkerut muka nak menyebutnya..hahahha..Dalam buku tu ada tertulis mengenai nama-nama lain selain Kraken untuk menatang ni..
Dulu,ada jugak kapal dari Norway baru belayar dari Pantai Angola..tetiba ja depa punya kapal diserang Kraken ni..Jadi setelah berhempas pulas berlawan dengan Kraken ni siap tiga orang anak kapal tu mati lagi..depa berjaya jugak lepaskan diri la..Sampai ja kat Britanny depa pun lukis balik la macam mana rupa bentuk Kraken yang serang kapal depa tu..
Lukisan yang dilukis anak kapal...
Sebenarnya banyak lagi la report pasal serangan Kraken ni..aku malas tulis..banyak sangat..Kraken ni ada 3 jenis sebenarnya..Yang paling kecil dipanggil Giant Squid yang ditemui dan pertama kali dirakamkan gambaq dia pada tahun 1880 dengan kepanjangan 18 meter.Betoi ka ni??
Tuan doktor yang mungkin pakar sotong dengan brader tak dikenali meng-interframe-kan diri mereka dengan Giant Squid pada tahun 1880
Gambar tahun 2004 menunjukkan kakak berambut merah mybe tengah pikir nak masak apa la Giant Squid yang ditemuinya ini..hihihihi..
Kraken kedua yang besaq sikit dari Giant Squid dipanggil Collosal Squid.Dia boleh membesaq sehingga 14 meter.Dibawah adalah gambar Collosal Squid yang berjaya ditangkap dilaut Ross.Kat mana tu?hahahhahaha...Sumber tak lengkap plak dah..benci betul la..
Brader omputih ini sedang melakukan bedah siasat keatas Collosal Squid
Sebenarnya ada perbezaan antara Giant Squid dan Jugak Collosal Squid..Walaupun Giant Squid ni digambarkan besaq sikit dari Collosal Squid..tapi kepanjangan dia diukurkan dengan kepanjangan janggut dia..So,Collosal Squid ni dikira panjang lagi la dari Giant Squid..Arrgghh..aku yang tulis aku yang pening plak..hahahhha....
Perbezaan antara Giant Squid dengan Colossal Squid..Ikan paus dan trak turut serta dalam carta ini sebagai meramaikan lagi suasana diagram...hahahhaha
Yang ketiga dipanggil Giant Octopus.Giant Octopus ni la dikatakan Kraken yang banyak menyerang nelayan-nelayan..kapal-kapal dagang serta kapal lanun macam Pirates Of Carribean tu..hahahahaha...
Abang bermisai lebat bergambar bersama bangkai Giant Octopus yang terdampar dipantai St.Augustine pada tahun 1896.
Jadi memang betul la Kraken ni wujud..cuma tak sebesaq mana pun berbanding pelaut Eropah yang dok cerita tu kan..Tapi laut dalam ni..kita tak boleh nak jangka..Tah-tah ada yang betul-betul besaq paaa...dok tersorok kat gaung dasar laut tu..Tera masa Tsunami dulu pun macam-macam ikan pelik yang terdampar kan pandai..Yang disahkan memang dari laut dalam sana...Inikan pulak Kraken kan..huhuhuhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan