Jumaat, Julai 15, 2011

TAK TAU NAK BUH TAJUK APA PART 5

Hai..Nama aku Junaidah Nabila Binti Jamil..Pada episod yang lalu aku ada cerita mengenai seorang lelaki yang paling aku tak suka sekali dalam dunia ni tiba-tiba muncul dalam hidup aku..Mana aku pi..apa yang kena mengena dengan diri aku,semua ada kaitan dengan dia.Ini buat aku makin menyampah dengan dia.Ini sambungan cerita aku.



Hari ini adalah hari Sabtu dan hari ni jugak adalah hari kenduri kahwin adik aku.Kalau dah namanya pun kenduri memang suasananya sibuk gila la termasuk dengan rumah aku.Tapi dalam orang lain semua syok gila dengan kenduri ni,hanya aku seorang ja yang rasa tak best..Bukan sebab aku rasa kecik hati adik aku kahwin dulu dari aku yang memungkinkan aku ni bakal digelar andartu..Tapi sebab aku dipaksa menjadi pengapit adik aku sendiri..Memang mula-mula aku setuju dengan pelawaan adik aku tu..Tapi bila aku dapat tau Fikrie pun jadi pengapit jugak untuk pihak pengantin laki-laki aku rasa benci gila dengan malas nak mampus..Tak kuasa aku..Heii..Tapi bila dah dua hari berturut-turut adik aku merajuk sampai protes takmau kahwin kalau aku takmau jadi pengapit dia..aku mengalah jugak la..Teruk betoi la adik aku ni..Ciss!!

Tengah aku melayan tergolek atas katil mengenangkan nasib aku yang aku rasa macam aku dibuli adik sendiri ni..tiba-tiba ja pintu bilik aku dibuka..

"Ya Allah..hang boleh tergolek dog kat sini noh!! Depa cari hang noh!!"Ala sepupu aku si Suhana ni potong stim betoi la..bagi la aku rehat sat..semalam aku tidoq pukul 4 pagi tau dak..orang lain yang nak kawin orang lain yang merana..Ishh!!

"Siapa cari aku..??"Aku soal dia balik..

"Adik hang la...pi lekas!!"jawab dia sambil tolak-tolak badan aku keluar dari bilik..Nak tak hendak aku pun ikut la..Sampai ja kat bilik Azreen..aku tengok dia tersenyum pandang aku dengan muka dah bermekap..dengan baju kahwin lip-lap lip lap...Tapi tiba-tiba muka tersenyum dia berubah jadi masam..Ha..sudah..nak mai angin kus-kus dia plak ka..Ah!! sudah..jangan buat pasai...

"Kak..awat muka hang ni tak mekap...??"Azreen soal aku separuh me njerit..

"Ala...tak payah mekap la Azreen..aku ni mekap ka tak mekap ka..sama ja..memang tak cantik pun.."Jawab aku balik..Sebenarnya dari dulu aku memang tak suka mekap..Bila mekap aku rasa rimas..tak selesa..Muka aku ni dah la sensitif..Tak boleh pakai mekap sesuka hati..Satgi mula la mai bintik-bintik macam ruam..

"Tak boleh la macam tu ka..Kalau mekap baru berseri..Aku takmau tengok muka hang macam ni..Mai aku mekapkan hang.."Kata Azrren sambil bangun dari katilnya lalu ke meja solek.Kemudian dia menarik laci meja soleknya itu lalu mengeluarkan beg mekap kaler hitam..Azrren ni kaki mekap..Dia punya alat mekap kalah jurumekap artis..banyak gila..Mula-mula aku bagi alasan macam-macam takmau mekap..Tapi last-last aku beralah jugak..Azreen ni bukan boleh bangkang cakap dia..Satgi mula la mengamuk..Tah si Izwan tu macam mana tah boleh terberkenan kat Azreen ni..berapa kali dah aku tengok depa dua bergaduh..dan yang pasti mulut Azreen la paling berapi-api kalah bom atom..
Tapi yang lagi pelik,pengantin plak solekkan pengapit..Macam-macam la..
Setel ja mekap,Azreen suruh aku tengok cermin..Wah..tak sangka plak aku ni segak jugak kalau dimekap..Kuikuikui..Perasan plak..


Tepat ja pukul 2.25 petang pihak pengantin laki pun sampai..Tu pun sebab kami dengar bunyi bunyi kompang berkumandang..Ala..buka kompang betul pun..yang record punya..Tu pun adik aku yang belajar kat Perlis tu yang downloadkan bunyi kompang tu..Hari ni dia jadi DJ untuk kenduri Azreen ni..agak meriah jugak la suasana dengan keletah dia..dah berapa kali aku gelak bila dengar dia buat lawak tadi..siapa yang makan nasi boleh tersedak dengan lawak dia sebab gelak..Tapi yang lawaknya lagi gila bunyi kompang tu ada versi rock plak..siap ada selit bunyi gitar..Adoyaiii..lawak betul la..Aku tengok muka Azreen dah masam mencuka,tak puas hati la kot dengan bunyi kompang tu..Tapi bila mak aku tiba-tiba ja datang bercakap secara perlahan supaya Azreen jangan buat perangai..Azreen segera memaniskan muka dia takpa ikhlas..Adoiilaa..Si Farhan tu pun satu..dah tau hari Azreen nak sanding..semalam baru la nak cari bunyi kompang..Kan dah salah download..Macm-macam hal adik-adik aku ni..
Lepas ja mak pesan suh Azreen jangan buat perangai,aku pun bawa Azreen keluar dari bilik dia menuju ke muka pintu rumah..Time tu memang panas jugak la cuaca..Jadi aku segera ambil payung yang khas digunakan untuk pengantin lalu payungkan si Azreen ni untuk pergi ke arah suaminya tu..Masa dok jalan pelan-pelan kearah rombongan pengantin laki,aku tengok Fikrie selaku penganpit pengantin lelaki dah tersengih sakan memandang kearah kami..Gila overnya mamat ni...!! Pengantin lelaki tak pakai spek mata pun,dia yang over pakai..Eii..buat aku rasa makin menyampah..!!Bila kami dah sampai pada mereka..aku tengok Fikrie pandang aku dengan senyuman yang makin melebar..Ya Allah..sumpah aku rasa huduh gila muka dia time tu..Memang kalau pasal Fikrie segala-galanya huduh bagi aku..


Dan sepanjang majlis ni berlangsung aku rasa rimas gila bila mana aku pi Fikrie ada kat sebelah aku..Apahal mamat ni..??Buat macam dia tu bodyguard aku plak..Lepas tu adala orang dok datang ambik gambar kami berdua..Deyy!! pi ambik gambaq pengantin la..Ambik gambaq aku buat apa..aku ni penganpit ja..Tak suka aku..Tambah-tambah pula bergambar bersama Fikrie..Rasa macam nak pitam..

"Hari kita nampak comel kan Junaidah?"Tiba-tiba Fikrie soal aku sambil ketawa kecil.Comel??Mybe aku je kot..hang tak langsung..Perasan.Aku diam ja bila dia cakap macam tu malas nak layan..

"Aku rasa kalau kita kahwin..Mesti kita jadi pasangan sepadan kot.."Dia berkata lagi iiringi ketawa kecil..mamat ni memang kaki gelak kot..

"Euuww..tolong la..."jawab aku sambil mencebik muka..biaq dia sedaq sikit..Aku memang tak sudi kahwin dengan dia..

"Tolong apa?tolong datang pinang ke?"Dia soal lagi sambil tersenyum penuh makna padaku..Penuh makna la sangat kan..piraah..

"Hello!! sapa yang nak kahwin dengan hang..Plezz la..."

"Haii..kau ingat ada ke yang sudi kahwin dengan kau..Aku dah offer kan dua tiga hari lepas..kalau takdak siapa yang pinang kau..aku akan mai pinang..kiranya aku jadi hero kau la hahahahha"Eii..Fikrie ni kan memang suka sakitkan hati aku..Ingat aku lekeh sangat ka sampai takdak sapa nak kahwin dengan aku..Geram punya pasal..Aku pijak kaki dia..hahahaha..Rasakan ketajaman tumit kasut aku..baru kau tau..hahahhaha..Dia mengaduh kuat..beberapa orang ahli keluarga aku memandang kearah kami termasuk mak..

"Awat ni Fikrie..??"Laju ja mak mai kearah Fikrie samnil menyoal..

"Junaidah pijak kaki saya.."Adu Fikrie..Heh!! kuat ngadu benda macam ni pun nak mengadu kat mak aku ke?

"Nabila ni awat buat perangai macam budak-budak ni.awat dok pijak kaki Fikrie..."Mak aku berleter panjang..Blablablabla...Aku segera berlalu dari situ..sempat jugak aku mengerling kearah Fikrie..Dia mengangkat ibu jarinya sebagai tanda bagus..Tak guna..Satu hari yang bagi orang lain hari yang happy..Tapi bagi aku..Satu hari yang cukup membencikan..Huh!!


*************************************************************




Seminggu lepas kenduri kahwin Azreen aku dah tak nampak kelibat muka Fikrie kat opis aku,kat kedai makan sekitar bandar Perda mahupun kaki lima bangunan tempat kami bekerja..Gila aman aku rasa hidup aku...Kat opis pun nampak tenang ja tanpa kehadiran dia..Aku dengar-dengar dia ada projek kat Kedah..Ah!! Lega rasanya...senang-senang dok saja kat Kedah teruih..senang hati aku..Fuhh..Tengah aku layan perasaan gembira aku..tiba-tiba ja Mira..Penyelia Tapak company aku untuk jaga sebuah projek pembinnan kat belah Pulau sana sergah aku..

"Woiii!! Rindukan boyfriend ke Cik Kak??!!"Terangkat punggung aku sebab terkejut sangat.Nasib baik aku takdak lemah jantung..kalau tak mati terkangkang aku kat sini..Dengan pantas aku ambil pembaris panjang yang ada diatas meja aku lalu aku cuba pukul Mira..Tapi dia cepat-cepat mengelak sambil ketawa..Tak kena la plak..Staff yang lain pun turut ketwa..Ahh!

"Hang ni pasaipa..?kalau aku mati macam mana?Aku soal dia sambil menjegilkan mata aku..Konon-konon nak bagi dia takut la..

"Kalau hang mati..Pi tanam la...hahhahahahaha"Jawab Mira sambil ketawa besar..Wah..budak ni memang tau..suka ja menyakat aku..Dua hari lepas nyaris-nyaris aku terlepas mug berisi air milo kat pantry akibat disergah dengan Jin ni..

"Hang nak apa?"soal aku.Dia mengeluarkan sampul surat dari beg sandangnya lalu dihulurkan pada aku..Surat untuk bos katanya dari kontraktor..Aku ambik je..macam biasala..apa-apa urusan memang mira akan terus jumpa aku..Sebab aku ni lebih kurang macam pembantu Encik Tajul la..Arkitek kat tempat aku..Segala surat menyurat dengan apa benda bala lagi la yang berkaitan aku yang buat..Encik Tajul tau tandatangan ja..Ni kalau aku bagi surat pertukaran harta dia kepada aku pun boleh ni sebab dia main tandakan ja tanpa baca butiran dulu..hihihihi..
Lepas ja bagi surat,Mira masih lagi berdiri didepan aku sambil tersengih..Awat plak minah ni..cantik sangat ka aku ni sampai dia pun terpesona..hahhha..

"Hah!! apalagi?nak penumbuk?"Soal aku sambil tunjuk penumbuk didepan muka dia..Dia ketawa lagi..

"Hang termenung sakan tadi..aku dok depan hang dah dekat 5 minit tau..hang tak sedaq..aku sergah baru perasan..Teringat kat Fikrie ka?hahahhah"

Whatt??!! teringat kat Fikrie?apakejadahnya minah ni kata aku teringat kat Fikrie plak..Aku bukan awek dia pun..Ciss!!


"Hang awek dia ka?"soalan Mira buat aku rasa sakit perut macam nak terberak..Apasal plak dia boleh kata aku kekasih Fikrie..

"Ni mana punya mulut dok cakap aku awek dia plak?hang jangan cari pasai.."Aku try ugut Mira..Bukan boleh sangat ni..Satgi dia pi cerita kat semua orang baik punya aku ni kekasih Fikrie..Tah jembalang mana bawa mulut kata aku awek dia sampaikan Mira yang dok kat ceruk tapak projek hulu sana pun tau ni..

"Fikrie bagitau aku..dia cakap tak lama lagi dia nak pinang hang..Haaaaa..kalau nak pi pinang tu maknanya hampa dua dah kapel la kan?eeii..suka-suka!!"Jawab mira sambil tepuk tangan macam budak tak cukup akai..Dummm!! rasa macam tembok besaq jatuh kat muka aku..Masa tu muka aku rasa panas dah...taktau la nak gambarkan maksud muka aku ni panas pasaipa..Samada malu dengan kata-kata Mira tu atau pun marah dengan kata-kata Mira tu..Dalam masa yang sama kawan-kawan satu opis dah kerumun meja aku sambil bertanya kebenaran kata-kata Mira tadi..Aku dah mula rimas..macam sesak nafas..Apa motif Fikrie bagitau benda serius macam ni kat Mira..Whyy??!! Dia nak malukan aku kah?kami takdak hubungan apa langsung..Kenapa dia buat macam ni..Kenapa Fikrie..kenapa???Argggghh!!
Fikrie!!!!! kau tunggu la..aku dah nampak aku dok renyuk-renyuk muka hang macam kertas A4!






Episod berkaitan :


taktau-nak-buh-tajuk-apapart-1.html


tak-tau-nak-buh-tajuk-apa-part-2.html


taktau-nak-buh-tajuk-apa-part-3.html


tak-tau-nak-buh-tajuk-apa-part-4.html

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!