Rabu, Februari 08, 2012

SHAH JAHAN SEORANG SUAMI YANG SETIA....UNTUK MUMTAZ MAHAL OK..UNTUK ISTERI YANG LAIN?HAAAAAA...

Apala tajuk yang aku tulis kat ataih ni..hahahhahahahahhaa...







Shah Jahan












Shah Jahan atau nama penuh baginda, Shahab Uddin Muhammad Shah Jahan 1(tudia,panjang nama dia..kalah nama aku aihhh...) merupakan Sultan Empayar Mughal di India start dari tahun 1628 hingga 1658. Shah Jahan yang lahir pada tahun merupakan cucu kesayangan tokwannya yang merupakan Sultan Empayar Mughal sebelum Shah Jahan amik alih iaitu Sultan Jalaluddin Muhammad Akbar atau nama glamer dia Akhbar yang Agung.



Pada tahun 1607, Shah Jahan pun pi la kahwin dengan Arjumand Banu Begum,seorang gadis yang baru berusia 14 tahun.Standard la tu kan..orang dulu-dulu kahwin umur 14 tahun,tok aku yang dua orang tu pun kahwin umur 14 tahun,sebab tu depa dapat cucu umur yang muda,tapi bila tengok pada mak aku,memang konfom dia dapat cucu lewat la sebab anak dara dia ni dah umur 25 tahun(bulan mac baru capai umur la) ni pun tak kahwin lagi..muahhahahahha..kesian mak aku..tua-tua baru dapat cucu..wat dehell betoi la..Ok-ok,sambung balik cerita..heeeeee!




Arjumand Banu Begum iaitu cucu kepada seorang bangsawan Parsi dan selepas perkahwinan, Shah Jahan telah memberikan gelaran "Mumtaz Mahal" yang bembawa maksud Mutiara Istana..Hamboihhh..macam gelaran manja gitu kan...Ni Incik Bachok ada ka patut bagi gelaran manja kat aku Baby Boy..Wat the fish betoi la..mai mana Boy tu aku pun taktau kan..hahhahahahahhahah..Semak otak aku pikiaq..puiiiii!




Mumtaz Mahal



Mumtaz Mahal telah melahirkan seramai 14 orang anak untuk Shah Jahan.Tudia banyak gila anak..mampus la dok beranak tiap-tiap tahun sampai 14 orang anak..Aku pun tak sanggup,ni kalau buat team bola ni memang sempoi ni..Berikut adalah nama sebahagian dari anak-anak mereka berdua la..

1.Huralnissa Begum (1613)
2.Jahanara Begum (1614) - Yang ni Puteri kesayangan Shah Jahan
3.Dara Shikoh (1615) - yang ni Putera Kesayangan Shah Jahan
4.Mohammed Sultan Shah Shuja Bahadur (1616)
5.Roshanara Begum (1617) - Puteri yang yang menjatuhkan Shah Jahan
6.Badshah Mohinnudin Mohammed Aurangzeb (1618) -Putera yang menjatuhkan Shah Jahan
7.Sultan Ummid Baksh (1619)
8.Surayya Banu Begum (1621)
9.Sultan Murad Baksh (1624)
10.Gauhara Begum (1631) - Anak yang last.Mumtaz mati masa lahirkan dia

Lagi 4 orang taktau pi mana..hahhahahhaaha




Cuba tengok tahun anak-anak Shah Jahan lahir..yang hat mula tu semua selang setahun..Fuh!! Ni baru oarang kata sayang bini..Kesannya dapat anak la..hahahhahahaha..
Anak dari dua bini tua Shah Jahan aku taktau la plak kan..sebab bini dia yang lain-lain tak glamer macam Mumtaz..bokpa aku nak amik tau kan..hahahhahahha..

Mumtaz Mahal ni selalu ikut Shah Jahan ke medan perang. Patut la Shah Jahan sayang dia...mana dia pi minah ni ikut kan..Tapi last-last Mumtaz Mahal meninggal dunia jugak masa nak lahirkan anak ke 14. Sebaik saja Mumtaz meninggal,hidup Shah Jahan pun macam terumbang ambing,kecewa,sedih..kesunyian..suka termenung sampaikan sapa yang lihat keadaan dia ni pun rasa sedih jugak..Aku tak pasti la jugak kan kot-kot ada orang yang try pujuk Shah Jahan ni kahwin lain ka lepas Mumtaz mati sebab zaman la ni..aku dok tengok..kalau sapa-asapa yang bini depa mati ja..adala kawan-kawan yang hampeh dok cucuk suruh kahwin lain..Tanah kubuq bini kawan tu dok merah lagi..depa dah mula rekemen pompuan lain dah...hampeh betoi la...Tapi aku rasa Shah Jahan tak kahwin lain kot sebab lepaih bini dia meninggal dunia, setahun lepaih tu..dia pun bina la Taj Mahal untuk bini dia..Nama Taj Mahal tu pun sempena nama Bini dia jugak la...Haa...laki macam ni memang susah la nak jumpa..huuu!




Tapi nasib malang menimpa Shah Jahan bila dia dah tua sikit anak kesayangan dia, Dara Shikoh (beliau bukan anak dara..dia adalah lelaki..cuma nama dia saja dara wookeeyyy..hahhaha) mati dipenggal kepala oleh dua lagi anak baginda iaitu Puteri Roshanara dan Putera Aurangzeb.Bila Dara Shikoh mati..Puteri Jahanara yang merupakan puteri kesayangan beliau dibuang daerah manakala Shah Jahan sendiri digulingkan kerajaan dia oleh anak dia yang dua orang tadi dan Aurangzeb pun naik Tahtha mengantikan dia yang dihukum kurung(takkan nak tulis penjara plak..dia bukan dok dalam penjara kan..hohghoho) di Agra.Dimana tempat dia dikurung tu,dia boleh lihat la Taj Mahal sepanjang hayat dia sehinggala h dia jatuh sakit pada tahun 1657 dan pada tahun 1666..Sepanjang dia sakit,Puteri Jahanara yang jaga dia.Akhirnya Shah Jahan pun meninggal Dunia.....Jenazah Shah Jahan disemadikan bersebelahan dengan Mumtaz Mahal atas arahan Aurangzeb sendiri.







Pusara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal









Maka berakhirlah riwayat seorang Raja yang hebat dan Agung tapi mati dalam keadaan sedih dan tragik..Waaaaaaaaaa!!!! Sedih la plak kan..






Sepanjang hayat Shah Jahan ni,Beliau terkenal sebgai seorang Shah Jahan merupakan seorang penaung kesenian dan reka bentuk bangunan yang terkenal. Tempoh pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Kesenian Islam. Shah Jahan telah mendirikan banyak monumen.Selain dari Taj Mahal yang membuktikan dia memang penaung reka bentuk bagai ni kan..Dia jugak ada bina bangunan lain antaranya ialah. Bangunan-bangunan lain juga dibina ialah Masjid Mutiara di Tembok Merah Agra, Delhi Tua (Shahjahanabad) (Bukan Delhi dah tua..tapi nama yang dia bina tu Delhi Tua..hahhahaha), istana-istana, Tembok Merah, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan).


Jadi..Itu sajalah cerita pasal Shah Jahan bersempena dengan bulan Februari iaitu bulan cinta ni..Valentine Day kan 14hb ni..Tapi nasihat aku..tak payah la sambut..Sambutan Valentine day tu cuba nak peringati seorang Paderi nama Valentine ja..Sapa sambut memang mangkuk la..Sambut Maulidur rasul lagi best...Wuuuuuu!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!