Memaparkan catatan dengan label BERAT BADAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERAT BADAN. Papar semua catatan

Selasa, Januari 07, 2014

TIDAK KENAL

Kelmarin,seorang kenalan dari bank datang opis aku.
Dari dalam bilik aku,aku nampak dia bercakap dengan Yazid.
Kemudian Yazid pandang ke arah bilik aku sambil menjerit.

"Encik ni nak jumpa Wan!!!!" (Wan tu nama keluarga aku)
Aku pun bangun dari kerusi,keluar dari bilik..berjalan terus kearah sofa yang dia duduk..
Sampai ja depan dia,dia pandang aku sambil cakap..


"Saya nak jumpa Cik Wan yang dok kat bilik dalam tu" sambil tunjuk kat bilik lama aku.


"Saya la Wan.." aku jawab..

"La....awat nampak lain..saya tak sangka plak....lain sungguh.."



Cakap jela aku dah gemokkkkkkk!!

Isnin, Disember 30, 2013

KISAH BERAT BADAN

Masa aku mengandungkan si Nayli Bambam dulu,berat aku mencapai sampai 73kg sehingga la aku beranakkan dia.Sebulan selepas tu aku pi klinik aku timbang,berat aku jadi 60kg..Lagi 2kg turun boleh mencapai berat asal aku masa aku anak dara dulu.

Oleh sebab Nayli Bambam ni menyusu badan.Takdak can la aku nak diet-diet lepaih pantang pasai kalau aku diet macam nak aku nak menghasilkan susu yang banyak untuk anak aku.Dah lepaih menyusu aku akan rasa lapaq dan dahaga yang amat sangat..Jadi aku pun makan secara banyak jugak..Aku targer nak bagi Nayli menyusu badan sampai umur dia 6 bulan..atau mungkin lebih lagi..setahun mungkin.


Tapi tuptup..tiba-tiba masa dia umur 3 bulan lebih sikit nak masuk 4 bulan..dia takmau menyusu badan plak dah..Adoiii...paksa punya paksa..tak jadi jugak..Last-last ayaq susu aku tu melelh macam tu ja..sayang betoi la...sampai la dah takdak ayaq susu keluaq.

Semalam,masa aku naik motor dengan Incik Bachok nak pu aku tok aku yang tak sampai 500 meter tu..tetiba ja Incik Bachok cakap..

"Sayang,awat bila i bawa you naik motor ni rasa berat ja..tayar motor I pancit ka atau you dah gemuk?"

Dia punya soalan tu buat emosi aku terganggu sat..balik rumah aku timbang berat aku..
69.9kg..Whattt!!!!!! lagi 0.1kg aku nak mencapai 70kg..Nak sama macam berat aku masa mengandung dulu..Whatttt!!!!


Ok Mrs Poyo you kena relax..NorJuma tudung bawal yang cantik manis tu pun pernah gemok gedempol lepaih beranak sebab menyusukan anak..Aishwarya Rai si ratu cantik dunia tu pun pernak gemuk lepaih beranak sebab menyusukan anak..Si Fasha Sandha yang hott tu pun pernah gemuk sikit ja sebab menyusuka anak dia..Bunga Citra Lestari yang seksi siot pun pernah gumuk lepaih bersalin.Takkan aku yang orang biasa Technician cikai macam ni tak boleh terima kenyataan badan gumuk kot.

So,pertama sekali aku buka blog Kevin Zahri untuk belajar cara diet yang betoi.Kedua cari resepi berdasarkan Oats macam Kevin suruh..Makan ikut waktu..
Jangan nak mengatal masak Chicken Chop,Meatball Ikea..Char Keow Teow dan makanan yang punca badan naik ya Mrs Poyo..

Harap2 aku boleh kurus balik..atau lebih kurus dari dulu macam badan Nasha Aziz..
hahahhahah..Berangan la kau!


Go! Go! you can do It Babeh!!



Jaga kau Nora!! kau tunggu la aku kuruih nanti aku hot dari ko!!(kata Fasha didalam hatinya) 





Aku rasa macam aku bukan mak baby plak..tapi nenek dia..huiiii 





Hahahhha..loe lucu banget sih..gue yang matep ini jadi gemuk pun bisa ketawaan lagih..loe udeh jerit satu dunia..goblok! 





Oiiitt..nanti dulu..nak amik gambaq tunggu bini aku kuruih dulu..relax la brader!!

Ahad, September 15, 2013

AKU DAH KURUIH??!!

Masa aku bujang dulu,sebelum kerja dengan TM,kerja dengan Ariffin Architect..Aku boleh dikatakan kuruih jugak la..Tapi bukan kuruih banyak sangat pun..Ala kadar ja..Bila aku kerja TM..Badan aku naik mendadak..Lepaih bertunang..lagi naik..bukan takat aku..Incik Bachok pun badan dia naik macam fatty bom-bom..

Lepaih kawin takdan sebulan aku mengandung plak...Jadi memang takdak masa la nak diet..kuruihkan badan ni...Badan aku pun memboyot bagaikan juara...Sehingga la aku dah beranak pinak ni termasuk hari ni dah berbelas orang mai melawat aku kat rumah..benda pertama depa cakap bila tengok aku ilah..

"Hang dah kuruih nohhh"

"Awat susut sangat badan hang.."

"Terover berpantang ka?"

"Gigi hang nampak besaq macam nak jongang kalau kuruih" (What the fish?)


Memang aku kuruih ka atau depa perli aku ja?Tapi tadi Rostam mai melawat aku sekali dengan anak bino dan mertua dia..Mak mentua dia cakap aku nampak kuruih banyak..Takkan mak mentua Rostam nak perli aku jugak kot?
Kalau betoi aku kuruih dah sikit alangkah Happynya diri ini...
Tak payah susah-susah hati tak boleh berbengkong sebab aku beranak secara operate..hahah..
Tapi oleh sebab aku selekeh sekarang ni macam mak lampir..malas la nak amik gambaq nak tunjuk..kang dok riak-riak nanti badan naik balik plak..hohoho...


Aku rasa doktor yang operate aku tu selain keluaqkan Nayli dari dari perut aku..dia cantas jugak kot lemak-lemak kat perut aku tu..Maklumla...Doktor Melayu..nak tolong sesama Islam..wiwiwiwiwwi!!



Khamis, Mei 23, 2013

BERAT BADAN TURUN

Sejak akhir-akhir ni..Incik Bachok selalu ja cakap nak beli penimbang..Nak timbang berat badan dia..Al Maklumlah sejak berkahwin dengan aku ni..berat badan dia naik mendadak..walaupun dia tak nampak gemuk sangat..tapi kalau berat badan dia dah naik ni mestila dia runsing kan..tambah2 bahagian yang naik mendadak tu tang tetek..dah macam tetek anak dara baru baligh ja aku tengok..Wakakakakkaka..

Maka satu hari dia pun beli la mesing timbang jenis ada jarum tu kan..dia beli kat Kedai Dua Ringgit..tapi harga timbang tu bukan la harga dua ringgit walaupun nama kedai tu Kedai Dua Ringgit..harga timbang tu RM30...Maka laki aku ni pun dok timbang la setiap pagi..hari-hari..
Tapi apa yang musykil sekali ni ialah setiap kali laki aku timbang..sat badan dia naik sampai 20kg..Esok plak tiba-tiba turun 2 kg..Esok-esok lagi trun 10kg..lepaih naik 5kg..Apahal berat badan laki aku tak sama ni hari-hari..kalau kurang atau lebih dua tiga KG takpa jugak..ni main sampai puluh-puluh bai...laki aku main sihir ka boleh tukaq berat badan sampai puluh-puluh KG dalam satu hari..hahahahhahahahahahahahha...

So,tak puas hati..dia pi pulak Cosway..beli penimbang eletronik..harga RM186 tu..mahai gila kot..tapi oleh sebab dia pinjam kad ahli adik aku Si Mirul tu...harga penimbang jadi RM89 ja...maka pagi tadi beliau telah memulakan aktiviti menimbangnya..bila tengok berat badan dia tu,,dia puas hati..dia kata penimbang ni betul..Elehh..kalau berat lebih dia cakap penimbang tu rosak..kalo berat kurang kata mesin tu betoi plak..tak boleh terima kenyataan langsung yang diri tu mok..mok..ngeee!

Jadi aku pun test jugak la timbang berat aku..tapi apa yang aku musykil ni ialah berat aku turun plak..hari tu pi klinik naik dua kilo...ni dah turun sekilo..Aku kalau aku tak mengandung...dah lama aku melompat tinggi la kalau berat turun..ni aku mngandung..berat turun plak..awat anak aku diet ka dalam perut ni?huhuhhuhu...

Takpa..esok pagi aku timbang lagi..kalo turun lagi aku syak penimbang tu rosak kot..muahahahhaha!

Isnin, September 03, 2012

NAIK

Tadi..masa aku tengah bersiap nak ke TM Butterworth,tetiba abang Syed teguq aku..

"Mira,apasal Abang Syed tengok Mira dah gemok balik pas raya sikit..tak jaga makan ka?Ingat..hang nak kawin bulan 11 ni.."



Ayoyoyoyo..badan aku naik balik ka????

Isnin, April 09, 2012

TAK CAM ANAK DARA

Tadi aku tengah makan dengan Mak Asyraf kat Pantry..Makan laksa tuuuu..Tengah sedap melantak laksa..Tiba-tiba ja..AGM(Assisant General Manager) kami masuk..Punya la ketaq kami berdua..Yela..kami makan time pukul 2 petang..Time rehat dah tamat..Mampuih la kami dua oarang..aku dok pikiq dalam hati..Nak cover takut aku..aku pun tegur la dia..


"Haji..makan..makan.."

Dii pun jawab..

"Takpa..takpa..saya dah makan.."Teruih ja dia masuk dalam opis kami..Dari cermin pintu bilik pantry..aku nampak la dia dok bersalam dengan dua tiga orang pakcik kat dalam tu..Lepaih tu dia dok melepak sat kat tepi Pakcik Nizar..dok barang 10 minit dia pi masuk kat opis lama aku..Takdak berapa minit..Dia keluaq plak..lepaih tu dia bercakap dengan Pakcik Nizar sat..Dia mai kat Pantri balik..Mampuih...!! Aku dok makan tak abis lagi ni..

Elok ja dia masuk balik bilik Pantry..Encik Rosdi yang tengah lepak ngan kami berdua sambil pam rokok teruih teguq AGM kami balik..

"Haji..mai minum dulu..Rasa la air yang anak dara kami buat.."

Aku tengok muka Tuan AGM macam konfius ja sambil tengok aku dengan mak Asyraf..lepaih tu dia pun kata..

"Mana satu anak dara yang buat air ni?Yang ni ka..yang ni.."Dia tanya sambil mula-mula tunjuk jari dia kat aku..Lepaih tu tunjuk plak kat mak Asyraf..

"Yang ni nak buat apa haji..Ni mak dara..Eh bukan..ni dah nak jadi nenek dara ni..Yang ni la..."Kata Encik Rosdi sambil tunujk kat aku..Lepaih tu Tuan AGM tu aku tengok konfius jugak la muka dia sambil minum..Aku pun cepat-cepat makan..basuh pinggan..pi masuk bilik aku buat kerja...


Sejam Kemudian...


Aku pun masuk balik Pantry sebab nak minum air..Tengok-tengok ada plak cucuq udang..aku pun dok balik kat meja makan sambil melantak..hahahaahhahahahaahhahahaa...gila makan lagi aku ni..Tengah dok melantak baik punya..Mak Asyraf masuk..Encik Rosdi masuk..Pakcik Nizar pun masauk dalam pantry tu balik..join aku makan cucuq udang sekali..Tengah baik punya sembang pasal kerja sambil makan..tiba-tiba ja Pakcik Nizar kata kat aku..

"Mira,tadi Haji cari hang.."

"Larr..tadi kan Dia masuk kat pantry tadi,,awat plak nak cari Mira..?"Aku tanya..

"Tu yang saya heran tu..dia masuk pantry tadi..Lepaih tu dia masuk opis dia sembang sat dengan saya..lepaih tu dia masuk bilik lama Mira..Lepaih tu dia keluaq tanya Mira mana..Saya jawab la Mira pindah bilik baru..Saya tunjuk bilik baru mira..Lepaih tu dia masuk bilik baru Mira sat..Dia keluar balik tanya mana Mira..Saya jawanb Mira makan kat Pantry..Dia pi kat pantry balik la.."Tudia pakcik Nizar cerita panjang lebaq kat aku..Kami pun hairan..yang dia masuk pantry lepaih tu aku teguq dia..Takkan dia tak perasan aku yang teguq dia tadi?


"Takkan dia tak perasan Mira kot..Selalu dok jumpa..."Mak Asyraf pulak mengeluaqkan kata-kata kemusykilan hati dia..Ewah..
Lama sat kami diam..yang dengaq bunyi kami mengunyah cucuq udang..Tiba-tiba..


"Haaaa....aku tau dah pasaipa...Tu la Mira..la ni badan hang makin gemuk ni..dah macam mak orang aku tengok..Dia pun tak perasan hang la..sebab tu dia dok tanya tadi mana satu anak dara..hahahaha..baik hang diet Mira mira oii..kembali ke bentuk asal..Dah tak macam anak dara ni...hahahhahaha" Encik Rosdi baik punya kutuk aku noh...


Aku tension vetul la..dalam masa sebulan badan aku naik plak dah..Waaaaaa!!!! sampai AGM aku pu  tak cam aku..Argghhhh!! Tenson..tension..ni semua salah tangan aku..Dia punca aku masak banyak-banyak dan sedap(yeke?) mau aku tak makan banyak kan..Waaaaaaa!!!!!

Isnin, Mac 19, 2012

PANDAI DAN NAIK

Aku punya hobi memasak.Boleh kata hari-hari kalau diberi peluang aku akan memasak(tapi tak masak hari-hari pun..sebab kerja kan..sabtu ahad jela..hahhahahhahha).Boleh dikatakan semua jenis masakan aku boleh masak..Melayu,Cina,India,Western dan Siam..Semua aku sapu pi masak..Dan bila aku memasak..Konfom la lepaih masak aku akan makan..Dan makin banyak aku masak..makin banyak jugak aku makan..Dan makin banyak aku makan..Makin banyak berat badan aku naik...Masak..makan..naik...,masak..makan..naik...,masak..makan..naik...Last-last aku pun taktau dah macam mana nak turunkan badan aku yang naik tak turun-turun ni..Waaaaaaaa!!!!!!!!!








Hang jaga-jaga Poyo oiii..nanti gemuk macam aku senam seratus jam sehari pun bulum tentu nak kuruih..Satgi naik pelamin..pelamin runtuh oiiiiiii!!!!







Aku terpaksa mengemukkan Incik Bachok dalam diam ni..baru la sama taraf..hahahaha..Lepaih ni masak banyak-banyak bagi dia makan sampai kembong perut dia..muahahhahahhahaha..jahat gila aku ni..hahahhahahahhahahhahha....

Khamis, September 08, 2011

SIT UP

Anda dulu seorang yang bertubuh montok?Perut tidak buncit..tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk?Sekarang sudah buncit macam anak lima orang walaupun anda masih anak dara..

Nah!! Saya ada jalan penyelesaiannya!!




Dengan berSit-Up..perut anda yang tiba-tiba buncit boleh kempis kembali...yaaaa..anda tidak percaya??Mari kita tanya pada seseorang yang bersit-up ini...






Amira Ameer(Bukan nama sebenar)




"Sejak berSit-up lebih dari seminggu yang lalu..saya dapat rasakan kekempisan pada perut saya..saya suka bersit-up...!!! nanti perut saya akan kempis kembali...Marilah kita sama-sama bersit-Up...Yeaahhh!!!"



Tidak percaya lagi??..nantikan kemunculan bentuk badan terbaru Amira Ameer dalam masa 2 bulan akan datang!!!








P/S : Aku tension gila ni!!! perut aku makin buncit..tension gila bila tengok gambaq raya aku..mak aku pulak nampak muda..huiiii!!! geramnya!!!! kenapa la hang buncit perut oiii!! dalam masa setahun ja aku jadi macam ni..Arggghhhhh!!!





Sit-UP pun sehari tak sampai seratus kali..ada ati nak ada body mantap macam ni..Tengok ni..aku seribu sehhari tau..Yiaaahhh!!

Selasa, Disember 21, 2010

BULAT SEBULAT BULATNYA..

Benda yang paling aku risau sekali ialah masalah berat badan aku.Makin bertambah-tambah aku tengok..
Waaaaaaaa.....
Bila aku tengok balik gambar aku masa First date kami dulu..gila kurus la jugak..tapi tak la kurus sangat.huhuhu..



Gambar first date yang bodoh-bodoh alang..





Tapi sekarang aku tengok makin naik dan muka pun makin bulat..
waaaaaaaa...
Gila bahagia sampai muka debab apa kejadahnya ni..
Aku dah buat macam-macam still tak berubah gak..
Huhuhuhuhuhuhu..



Gambar yang keberapa juta date pun aku taktau

Incik Bachok dah berjaya menurunkan berat badannya setelah sebulat sedebab dengan aku dua bulan lepas..tapi aku?
Waaaaaa...

Rabu, September 01, 2010

Setelah sekian lama...

Ni yang aku berasa syok dan suka hati yang penting aku happy ni..stelah menghadapi masalah kenaikan badan yang agak serius sampai 7kg selama tujuh bulan aku stat keja kat TM akhirnya berat badan aku turun jugak dengan kadar yang lemah..3kg ja..xpala..sekurangnya turun jugak dari tak turun langsung kan..
Dan..muka aku yang jadi beruam berbintik-bintik kusam ja warna tiba-tiba dengan sekelip mata ting! jadi elok balik,muka pun berseri-seri(macam iklan Tv plak).Lagi syok bila kawan seopis aku dah mula tegur perubahan muka aku..

"Haa...jadi yang asal balik.."
eeeiiiii..syok gila!pungok aku yang besar ni bertambah-tambah la besaq kalah Jlo yang amat dengan pujian itu..Cewaaaahh!

Rahsianya?haaa..sebab bulan puasa la...kalau tak orang tak panggil la Bulan puasa bulan Keberkatan..hihihihi..

Yieeeeehaaaaa!!

Isnin, Mei 18, 2009

Aku Cubby,bkn langsing..Ada aku kesah?hohohoho..

AKU DITAG OLEH MISS EIKA..

TAG - CABARAN LANGSINGKAH DAKU

1. Berapa berat dan ketinggian anda sekarang?
sudah 2 tahun aku x timbang la beb..last aku timbang masa kat Poli dulu berat aku 58kg..la xtau berapa dah..tp rmai ckp aku makin kurus..mybe dh trun kot..tinggi aku just 158cm la beb..aku kategori pendek..wawawawawa...

2. Berat yang paling tinngi dalam sejarah anda? usia pada
ketika itu?
ok2..masa aku form 1 dlu..berat aku penah cecah 63kg..hahahaha..gumuk siut..pas masuk sekolah teknik trus bdn aku kurus sket..

3. Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh
langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
memiliki tubuh langsing..?sejak baby sampai sekarang aku cubby k..jd xdak hati nak jd langsing..penah sekali aku kurus sbb sakit..cengkung..hodoh siottt..xdak mknan sampingan...no way gurl!

4. Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat? usia
pada ketika itu?
umor 9 tahun kot..msa tu da asma yg teruk gak ar..kurus selsema babi btul la masa tuh!x igat ar berapa..wei..tu dah hampir 13 tahun la beb!

5. Anda pernah menyertai program pelangsingan?
Nyatakan kejayaaan anda.
hahahahaha..kelakau btoi la...Program pelangsingan?duit aku ckup nak p program pelangsingan..tapi baik aku guna duit tuh utk kasi lagi cun keta aku..kan3..

6. Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda
paling terendah?
Diet?aku xdiet pun..tp aku akui mmg aku mkn nasi sehari sekali dr kcik lgi..itu tabiat k..bkn diet..kalo diet mybe bdn aku secntik Angelina Jolie kot..kokokoko!

7. Apakah menyebabkan berat anda naik mendadak?
Aku mengalami masalah metabolisme rendah beb..

8. Apakah target anda untuk kurus selepas ini?
Bdn aku lbih kurang cam zizie Ezette la..itu org kta..bkn aku..ok pa..xpyah kurus la..

9. Miliki gambar anda dahulu dan kini?
Aku xdak gmbar penuh la..lagipun aku xska ar bergambar..gambar hodoh nak?

10. Sila upload ok?


Ni gambar masa kat Poli..pandai2 la tgk yg
mana 1 aku k..
hohohohohohoho...


Ni gambar terbaru aku..ada yg ckp muka aku mkin susut..
ada aku kesah??!
Amboi..amboi..amboi..

Aku nak tag..

1.Angelina Jolie
2.Zizie Ezette
3.Sapa2 la yg rajin xdak keja..silakan..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!