Memaparkan catatan dengan label SAJA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAJA. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 23, 2016

MUNCUL KEMBALI?

Halo! Halo!?...Saja ja muncul..kesin tengok blog aku da bersawang..huuuu!

Selasa, Februari 07, 2012

ORANG CERDIK PANDAI

Ada tiga jenis orang yang cerdik lagi pandai kat muka bumi ni..


1.Orang yang belajar tinggi dan cerdik dalam bidang dia sahaja..maksudnya,dia memang cerdik gila babi..Tapi cerdik dalam satu benda ja yang dia pelajari..Lain-lain benda dia tak pikir..Dia pikir mana yang dia belajar ja..Contohnya dia belajar dalam bidang kejuruteraan Awam..Dia tau habis pasal kejuteraan Awam..tapi dia pandai tak situ ja la..Yang lain-lain..ZERO..


2.Orang yang belajar tinggi dan cerdik bukan setakat bidang dia saja...Tapi semuanya boleh dikatakan dia tau..Dia ambil berat,dia ambil peduli..dia bukan saja belajar dengan membaca saja..tapi dengan memerhati..Kiranya kalau bersembang dengan orang macam ni kita rasa seronok..sebab boleh kata semua benda dia tau ...Dan tak kekok plak nak berkongsi..Haaaaa..!!



3.Orang yang tak belajar setinggi mana pun tapi dia tetap cerdik macam yang jenis nombor dua kat ataih ni..Walaupun orang pandang rendah kat dia tu belajar tinggi..tapi tahap pengetahuan depa tak setanding pengetahuan dia sebab dia belajar sendiri melalui pemerhatian dia dan jugak pengalaman hidup dan dan orang sekeliling dia..




So..pandai-pandai la kita pilih kita ni berada kat kumpulan mana..
TQ.

Selasa, Disember 20, 2011

PENCUCI MUKA KAMBING

Tadi,masa aku dok melepak dalam bilik air..aku tengok la sederet pencuci muka dalam bilik air rumah aku...Adik aku si Aloyah tu ada satu tabiat dimana dia suka beli pencuci muka pelbagai jenama..Tapi pakainya dak pun..Agaknya hobi dia mengumpul pencuci muka kot..muahahhahahahahhahhah...


Dalam banyak-banyak pencuci muka Aloyah punya ni..aku ada terbekenan kat satu pencuci muka ni..Jenama Shurah.Aku berkenan bukan sebab nak pakai..tapi aku berkenan tengok kulit pencuci muka tu..ada gambaq kambing..Jadi aku dok terpikir la dalam bilik ayaq tu..apala nasib kambing yang jadi model Shurah ni..tah-tah mati kena sembelih dah pa..tak pun mati sebab tua..atau pun dia dok hidup lagi sambil mengecapi kehidupan dia sebagai model Shurah...hahahhahahahha..





Tak jumpa gambaq pencuci muka..gambaq sabun pun jadi la..ada gambaq kambing ni gak..glamer kau kambing putih..muahahahhahahaha!!









Kadang-kadang aku terpikiaq gak..adakah kambing ni ni yang berlakon dalam filem I Know What You Did Last Raya..hahhahahahhahahahhahhahahhahaha!

Selasa, November 15, 2011

HANTARAN 10 RIBU..BUKAN SEBAB MATA DUITAN

Dulu..mybe 10 tahun yang lalu..atau 5 tahun yang lalu..Kalau ibu bapa letak hantaran 10 ribu untuk anak mereka..mesti orang cakap..gila mahal..mak pak mata duitan..tak berhati perut..akai tak cukup..sengaja minta sebanyak tu sebab tu cara paling halus nak tolak pinangan..macam-macam lagi la..dan aku sebagai orang perempuan pun rasa macam tak patut la..apa kejadahnya sampai 10 ribu..Kalau takat 5 6 ribu tu..kira boleh tahan dan patut la..




Lepaih tu...tahu demi tahun..harga hantaran makin berganda..makin naik..7 ribu..8 ribu..9 ribu..mula-mula ramai yang pertikai jugak..dia punya tuduhan sama jugak...Dan sekarang..10 ribu adalah harga hantaran paling ramai orang minta plak..patutkah?




Yala..sebagai anak..takkan la hantaran 10 ribu tu kita nak bolot semua kat kita..paling kurang..kita akan beri sikit kepada mak bapak kita untuk buat kenduri..

Dan tak payah nak hipokrit sangat la kalau kata nak buat kenduri simple2 nak jimat dan takmau bazir duit tu semua....tak payah bersanding la..tak payah buat itu la,ini la....ini la..pirah!! kita kahwin sekali seumur hidup ja bai...(isyaAllah..) pikir la sikit..




Bia aku cerita patut ka tak patut hantaran antara 8ribu hingga 10ribu adalah patut pada masa sekarang tanpa pikir kelulusan anak..tanpa pikir pekerjaan anak..tapi pikir atas faktor ekonomi semasa...ni pandangan aku la..kalau tak setuju hampa punya pasai...






1.Kalau dulu..makan-makan kenduri yang masak orang kampung..atau bahasa paling mudah..pakatan kampung..Segala-galanya dibuat oleh orang kampung tanpa caj satu sen pun..dari potong bawang,sembelih lembu..mahupun masak..Tapi sekarang..kebanyakkan tempat..takdak dah pakatan-pakatan ni..budaya tu makin lama makin pupus plak..Kebanyyakn orang dah mula pakai katering..senang,mudah..tak payah buat kerja bayak..rumah pun tak berselerak..tapi cuba pikir..katering caj harga sekepala berapa untuk makan?harga paling murah katering caj untuk sekepala ialah RM8.50..Jika jemputannya ialah 1000..sudah RM8500....



Tak payah dok buat pmikiran pendek la dok kata..


"Eh..apasal mahal sangat katering??!!"



Soalan macam tak pernah pi market beli ikan kan..kalau ikutkan harga sekilo daging lembu RM23 SAHAJA..Sekilo tu..kalau masak untuk satu family aku 6 orang bukan cukup tu..ni kan plak seribu jemputan..lu pikir la sendiri..malas aku nak pikir berapa kilo daging untuk 1000 orang..aku bukan orang katering kan..

Lepaih tu sekilo harga ayam R,8.20..Hampa cuba pikiaq plak berapa puluh ekoq ayam nak kena beli untuk 1000 orang..belum kira harga bawang lagi..setakat ni harga bawang putih paling mahal..rm18.00 sekilo..bawang besaq..bawang merah..rempah ratus..cabai..cabai kering..Beras lagi..gula..garam..


Takkan nak jamu tetamu makan ikan kering..?ikan kering pun mahal sekarang ni..orang susah pun takut nak makan ikan kering..macam mana la suri rumah tak tension sekarang ni..nak minta duit dapur lebih pun tak sanggup kat laki masing-masing..tapi kena minta jugak..inikan dilema pengantin perempuan dan ibubapa beliau kan..





Harga sekilo daging lembu ikut pasaran Penang RM23.00





Harga sekilo ayam ikut pasaran Penang RM8.20







2.Tu aku baru kira untuk katering..belum aku kira sewa kenopi lagi..







Saiz Canopy yang selalu orang guna..








Cuba tengok sain canopy kat ataih..kalau jemputan 1000 orang..satu canopy ni mana cukup..500 orang pun belum tentu muat..Kurang-kurang kena 4 atau 5 buah canopy..kita menjemput orang makan kenduri dirumah kita bukan setakat nak jamu mereka makanan yang sedap untuk raikan perkahwinan kita..tapi keselesaan jugak penting..supaya menhargai tetamu yang sama-sama meraikan hari bahagia kita..betul dak?satu canopy ni..aku dah telefon ok..rm200..kalau 5 buah berapa?RM1000..Tapi biasala dalam bisnes kan..boleh minta kurang..tapi berapa sangat kita boleh dapat sebuh?Rm180 atau rm170..huhuhuhuhu...






3.Kad kahwin plak kita masuk cerita..hahahhaha..Sebenarnya aku kurang setuju dengan sesetengah orang yang berhabis duit dengan buat kad kahwin yang kadang-kadang sekeping sampai 5 6 ringgit..kad ni..sat ja..lepaih kenduri orang campak ja dalam tong sampah..tak pun buat tulis nombor telefon ka..tulis bnda-benda yang penting ka..kalau kad tebal..buat lapik apa-apa ka..bukankah itu satu pembaziran..buat kad yang murah-mudah dah la..yang dapat tulis jemputan kita..alamat rumah kita dengan peta rumah..tu ja..tak payah la sampai liplap bagai..tapi kalau murah tu..jangan la sampai buat sendiri...Ok la..kita kira sekeping rm0.25..kalau 1000 jemputan harganya ialah RM2.50..Ok la tu..jimat di situ yerr kawan2..kad kawin adalah perkara paling kita boleh jimat sekali..




4.Kalau kahwin mesti nak bersanding kan..kalau taknak pelamin bosau-bosau pelamin kecik pun jadi la..janji ada pelamin kan..tak pun makan beradap semua tu kan..orang arab pun buat benda alah ni semua jangan dok kata melayu saja over gila babi nah..orang cakap nak kawin ni kena bajet..ni nak bajet gila babi la ni..sapa kata nak membazir tang pelamin,meja makan suma tu kan..kalau boleh semua orang nak harga yang murah gila babi..tapi murah gila babi pun harga tetap beribu..betoi dak?haaaaaaaaaaaa.......Aiyoh....ok2..tang bilik pengantin kita buat sendiri la..tak payah nak sewa..rugi bai..kalau hang pi sewa rm300 untuk bilik pengantin pastu barang-barang dalam tu depa akan ambik balik..better beli sendiri cadar dan semua barang tu kan..sampai mati boleh pakai..


1.Set Pelamin - RM1400 (ni aku tengok yang diskaun punya)

2.Set Makan Beradab - RM450 (Ni aku tengok yang diskaun punya)




Aku malaih nak tulis dah aihhh..takdak mood nak tulis..tension gila babi nih!!!

Jumaat, April 22, 2011

KERTAS DAN ATLANTIS

Ahh!!



Takdan aku nak tulis..mengantuk plak..Aku kalau mengantuk..otak aku mula la beku..Idea yang bagai mencurah-curah ke ladang jagung mula la surut macam air terjun di musim kemarau..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu....




Aku tengah memikiau pasai kertas ngan Atlantis ni..Apa kaitan kedua depa ni?Kertas adalah sejenis benda..Atlantis adalah sebuah negara yang hilang ditelan laut akibat gempa dan letusan gunung berapi..





AArrrggghhhh!!

Takdan aiihh nak tulis..tidoq lagi baguih la...








Apala yang Miss Poyo nak gebang pasai kami ni?Berdebar rasanya hati ini..Heeee!

Ahad, Februari 13, 2011

PAGI-PAGI LAYAN ORANG ASLI BERPERANG

Bangun ja pagi-pagi aku dengar riuh TV kat ruang tamu..
Cerita apa la yang abah aku layan pagi-pagi buta ni dengan bunyi pelik-pelik..
Aku pun la tengok..mana tau kalau best boleh layan sekali..
hahahhahahhahaha..

Pi tengok-tengok rupanya abah aku layan cerita ZULU...
hahahahhahahhaha....
Abah aku ni asal cerita perang ja..mesti layan..tak kira la perang apa pun..dia layan...
Perang orang asli pun dia layan..
hahahahhahaha..
Adoilaaa..lemah kepala lutut aku tengok..
hahahhaha..




Jangan main-main..orang asli kuat-kuat weeeii..
Ni kisah benar ni..depa filemkan balik..
Gila betoi..pakai serbu ja..lintang pukang askar British lari..
hahahahhahaha...

Selasa, Februari 08, 2011

DUNGU TU MAKSUDNYA BODOH..BUKAN LA..DUNGU TU NAMA TEMPAT.ITU DUNGUN LA...ADA TAMBAHAN 'N' KAT BELAKANG..NI BETUL-BETUL EJAAN DUNGU.TAPI KAT MANA?

Hahahahahhahahahahha...
Lawak gila...Tadi aku try taip DUNGU kat google..
Sekali keluar..



DUNGU, DEMOCRATIC REPUBLIC OF CONGO.



Hahahahhahahahhaha...
Ada satu tempat kat negara Congo nama DUNGU..
Dungu ialag sebuaH pekan yang terletak ni terletak di sebuah negeri yang bernama Haut Uele.


Cari sendiri tang mana kedudukan DUNGU



Adoilaa...macam-macam betul la....hahahahhahahahaha...

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!