Memaparkan catatan dengan label kuih raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih raya. Papar semua catatan

Rabu, Julai 25, 2012

RAYA LAMBAT LAGI DAH PIKIR PASAL KUIH RAYA..HAAAAAA!!

Sebenarnya aku ni kalau dari segi membuat kuih muih biskut raya ni..bukan kepakaran aku la..Aku actually tak minat tau dak nak buat kuih-kuih raya ni..biskut-biskut raya ni..Selalunya aku akan beli ja..bELI pun kuih yang aku betul-betul makan ja..yang aku tak makan aku tak beli pun..
Tapi bila dipikirkan balik..daripada aku beli kuih tu sampai dua ratus biji,3 ratyus biji..baik aku buat sendiri kan?sebab aku rasa kalau buat sendiri untung lagi..taukey kuih raya kot yang rugi..muahahha..

Masa aku kecik-kecik dulu..aku suka makan Almond London..So mak aku pernah buat kuih tu sampai seribu lebih untuk santapan aku ngan adik-adiuk ja..Banyak gilos..tapi habios siot..Tapi bila dah besaq-besaq ni..kesukaan pada Almond London tu dah kurang..kadang-kadang tak teringin langsung.huhuhu..
Aku more suka pada kuih samprit(betoi taktau la ejaan nama kuih ni.)

Tambah-tambah semprit yang Makcik aku(adik abah aku) buat..Itu adalah resipi turun temurun dari Tok aku tu,yang lainnya..acuan kuih samprit ni lain sikit..bunganya lebih kecik..dan acuan dia bukan dari plastik macam yang samprit la ni..Acuan dia acuan tembaga kot(jenuh la aku nak cari acuan tu..acuan tu pun turun temurun sampai kat makcik aku tu....heeeee!!) setiap tahun kalau pi rumah dia..memang aku tibai kuih tu dulu la..hahahha..Dan satu lagi kuih sarang semut..Itu pun aku suka dari kecik tu..dan sampai sekarang tak berubah kesukaan aku tu berbanding Almond London...

So bila aku pikiaq pi..pikiaq mai..aku rasa dua jenis kuih tu adalah lebih baik aku try buat..Tudia..tak pernah buat kuih raya tiba-tiba ja nak buat ni..hihihi..
Jadi langkah pertama..aku minta resepi Samprit dan Sarang semut tu kat makcik aku..Makcik aku dah bagi pun..Jadi aku rasa aku memang konfom la nak buat kedua kuih ni..tengok la dua minggu atau seminggu sebelum raya aku cari bahan-bahan dia..Nindia..Miss Poyo yang selama ini terer(terer keerrr?) pada masakan jenis berat-berat macam lauk pauk..nasi-nasi..segala jenis mee,bihun..laksa..sup-sup..tomyam..masakan barat..india..Chinese..tetiba ja nak buat kuih raya yang bagi aku buat kuih raya lagi suasah dari masakan lain..So, Kita roboh saja dinding susah itu..Yeaaaahh!!!

Harap-harap kuih raya aku ni menjadi la..huuuuu!!


Nak tau macam mana kuih semperit tu?Sila la google..aku takdak gambaq semperit aku sendiri..SEmperit yang aku nak buat ni orang panggil Semperit bunga..Sekian,terima kasih!!

Rabu, Oktober 26, 2011

ISTIMEWA DEEPAVALI :BERMAIN MERCUN DAN KUIH SAMPRIT






Dulu..bila time raya Aidilfitri ja..mesti ada orang main meriam buluh..Dum Dam Dum Dam dok bunyi kat kampung aku..Kadang-kadang bunyi lain macam macam orang lempaq bom pun ada.Time tu..nak tidoq pun susah..Depa dok main sampai pukoi dua tiga pagi.Kadang-kadang tu berlawan plak dengan kampung seblah..Bunyi meriam sapa yang paling kuat.Tu belum yang main mercun bola la..mercun roket la...Memang kecoh sepanjang bulan Ramadhan.

Bila tahun baru cina plak..Lagi sakan depa main..Kan bermain mercun ni asalnya budaya orang cina.Tambah-tambah main mercun papan..Tanpa henti dia dok meletup selagi satu papan tu tak habis.Mercun=-mercun lain pun depa main jugak..Tambah-tambah bunga api yang dok menembak kat langit tu..Kadang-kadang rasa macam sambut merdeka pun ada.Tambah pulak kampung aku ada tokong cina kat hujung bendang sana..Bila malam Tahun baru ja..langit cerah sentiasa.Tah berapa juta la orang cina kat kampung aku berhabis kongsi beli bunga api tu.


Main mercun pada sepanjang bulan puasa dan masa tahun baru cina memang dah biasa la dalam budaya malaysia ni..Dari zaman aku kecik-kecik.sampai aku besaq..Dari zaman abah aku kecik-kecik sampai anak 4 lepaih tu bakal nak dapat menantu dah.Kiranya main mercun time kedua pErayaan terbesaq Melayu dan cina ni jadi benda biasa la..

Tapi sejak setahun dua ni..Aku tengok..Orang India pun da sama naik..Time Deepavali ja...Mesti dengaq bunyi mercun..Malam semalam..lagi sakan..Bayangkan la..Meriam buluh yang popular dalam masyarakat melayu pun depa sapu main jugak..Tu belum cerita pasai mercun papan dengan bunga api merdeka..Cerah aih langit kampung aku...aahaahhaha..

Nampaknya budaya tiga kaum ni dah bercampuq aduk..Bayangkan la kuih tradisional Melayu macam kuih makmur dengan Samprit ada jual kat kedai india dua hari lepas sebelum raya kat kedai India jual barang-barang nak Deepavali..Hahahahaaa..Bagus kan?Kalau kita boleh hidang maruku masa Aidilfitri..Awat depa tak boleh hidang kuih makmur dengan Samprit masa Deepavali kan?hhaahahahaha..

So,malam ni Miss Poyo akan dengar orang India kat kampung dia main meriam buluh sampai pagi la jawabnya..Heeeee!!

Isnin, September 05, 2011

BERAYA DI TEPI HIGHWAY

Kelmarin..Incik Bachok temankan aku pi rumah bekas roomate aku masa kat Politeknik dulu kat Nibong Tebal.Ikut kami jugak tak lain tak bukan Aloyah la..Aku tau dah akai budak ni..dia ikut aku bukan apa..dia dok target mana nak tau kan dapat duit raya ka..Dia kan bajet dia budak-budak lagi..hahahhahaa...





Jadi kami pi rumah Suhana naik kereta Incik Bachok la..Rumah suhana ni walaupun dalam Penang jugak tapi boleh tahan jugak la jauh dia sebab dekat sempadan Perak.Silap hari bulan bulan kalau sesat boleh sampai kat Tanjung Piandang noh..hahahahaha..Jadi oleh sebab takut lambat,kami amik keputusan ikut highway jela walaupun kami tau ikut highway pun risiko dia tinggi jugak sebab time tu time orang berpusu-pusu nak balik ke belah selatan..belah selatan tu maksudnya belah perak ka..Kl ka...Yang kerja luar dari kawasan utara la..Bila masuk highway ja..Kereta memang banyak gila..tapi tak sesak la..kira trafik bergerak lancar gitu,..





Oleh sebab trafik bergerak lancar..Incik Bachok pun bawa la kereta dengan hati girang..Tiba-tiba....Jeng..jeng..jeng..Enjin kereta incik bachok tiba-tiba ja stop..mati macam tu ja..jadi Incik bachok pun mengontrol kereta dia(ayat apa ni??) supaya ke tepi hihgway...Jadi aku pun tanya dia..awat enjin dia tiba-tiba stop ni..dia cakap taktau..Dia try start tengok..tak hidup jugak..Jadi macam biasa la..Incik Bachok naik angin gak la..aku tengok dia bukak bodet kereta dia check itu ini..(macam pandai kan..) Last-last dia dapat kesan kerosakkan dia..tapi aku taktau la..rosak apa..malas nak amik tau..Yang aku tau benda tu dia dah tukar sebelum balik beraya kat kelantan..baru ja tukar takdak seminggu dah buat hal kan.,.Jadi dia contact la pomen yang tukarkan benda alah tu dulu kat kereta dia..mau dekat setengah jam baru dapat..mula-mula tu macam takmau mai ja..bila Incik Bachok paksa jugak,..dia setuju gak la..mana boleh tak setuju kan..benda tu dalam guarantee lagi..dah la dekat 3 ratus gak melayang hari tu..





Masa dok tunggu pomen tu mai...ada la sorang pomen cina berenti..tapi Incik Bachok cakap pomen nak mai dah..Cina tu blah..tunggu lagi..Ada dua orang pulak pomen melayu berhenti..Incik cakap ada pomen dah..depa pun blah..Tinggal la kami 3 orang duk bawah panas..DEngan Incik Bachok pakai baju melayu lengkap bersongkok..aku dengan Aloyah masing-masing pakai kebaya dengan baju kurung..Dengan muka tak malu makan kuih raya kat tepi jalan..hahahahhahahah..Nasib baik la Incik Bachok ada bekalan kuih raya dalam kereta dia..dia bawa dari Kelantan..kami tiga orang melantak la kat tepi tu..lantak pi la kereta yang lalu lalang dok ushar..hahhahaha....lama jugak la..last-last nak dekat sejam lebih pomen baru sampai..setel ja keja dia..dia nak pau RM30 dari Incik Bachok..untuk minyak dia nak mai kat kami kot..tapi Incik Bachok bagi RM20 ja...hahahhaha.....

Last-last nak pi rumah su dalam tengah hari bertukar jadi pukul 4 petang baru sampai..tu pun dah sesat masuk Perak dah..Heran jugak tiba-tiba kat tepi jalan ada bendera Perak..rupanya masuk Perak dah..lawak betoi la...hahahha..
Ni la first time aku beraya kat tepi Highway siap makan kuih raya kat tepi jalan lagi tu..hahahahahhahah..

Rabu, Julai 20, 2011

KUIH RAYA

Sekarang ni pakat-pakat dok hantaq kat aku kuih-kuih raya untuk tempahan..
Semak perut aihhh..hahahahahhahahaha...

Khamis, September 09, 2010

MENU HARI RAYA

Setiap kali hari raya ja..mesti orang akan datang berduyun-duyun kat rumah aku tak kira la budak-budak,mak budak,bapak budak,tokwan budak,tok budak...
Sebab tu mak aku dan aku selaku chef(cewaaahhh) kena sediakan juadah spesial setiap kali raya.
Selalunya setiap raya pertama kami akan masak bihun sup gearbox..hehehehe..Menu untuk hari-hari lain raya akan ditentukan kemudian.
Tapi tahun ni..mak dah susun menu dari raya pertama sampai raya ke 4.Raya ke5 hingga ke7 akan difikirkan kelak.

Raya pertama-bihun sup gearbox
raya kedua-Laksa
Raya ketiga-mee kari
raya keempat - Lontong

Haaaaa...wah,tak sabaq aihhh nak memasak ni..hihihi..

Rabu, September 08, 2010

BELUM RAYA..DAH DAPAT DUIT RAYA..

Sila baca cerita ini dengan gaya orang India cakap melayu..


Tadi.. masa saya buat itu kerja..,tiba-tiba itu unit Main Cable punya geng ada panggil nama saya..saya manyak heran la apasal itu otai Mr Raja kasi panggil nama saya.

"Kici...(saya badan besar la..ayoyoyo..)..U cuti kan esok?Mr Raja tanya sama saya.

"Mestila Mr Raja..esok mau kimas-kimas rumah..u datang la saya punya rumah..manyak best punya makan la saya buat"

"Owh..itu macam ka?Misti-misti saya datang u punya rumah..Tapi itu hari saya ada kirja la..saya takbleh cuti la..."Mr.Raja kasi buat itu muka sedey juga..

"Takpala Mr Raja..U tarak datang raya first,u datang la lain hari pulak..tarak isah punya..."Saya pun kasi dia punya hati ada sidikit sedap la..

"Takpa kici..nah ini sya kasi u..mana tau saya tarak datang u punya rumah"Mr rAJA ada hulur satu sampul raya jugak..saya banyak terkujut...Itu Mr Raja kasi saya duit raya jugak..Ayoyoyo very touching my heart jugak la..


"Tima kasey la Mr Raja..saya banyak suka la..ammak..!"Saya cakap sambil kasi satu geleng kapla..

hahahahaha..
Banyak suka la..belum raya sudah dapat duit raya..
hihihi..

Rabu, September 01, 2010

Kuih Raya

Haaa...tak dan nak tiduq,baru aku teringat..pasal kuih raya la..takat ni kuih yang sudah ditempah ialah

1)Samprit
2)kuih bakar
3)Cornflakes
4)Halwamaskart


Ada beberapa lagi kuih dalam senarai abah yang kami tak beli lagi kat Bakery..

1)Tart Nenas
2)Almond London
3)Sarang Semut
4)Biskut Aiskrim

Dan jenis kekacang yang abah dah tempah kat kilang dia,tapi tak pi amik lagi..
Lain-lain biskut akan dibeli secara rambang bila kami melepak beberapa minit kat Bakery sabtu ni..
hahahahahahha..

Ahad, Ogos 29, 2010

Kuih Raya

Sebelum tidur,kena pikir dulu kuih raya jenis apa yang patut dibelikan..
Tahun ni memang tak buat kuih raya sebab busy kan..
Masa kerja dengan Incik Arkitek dulu takpa la nak ponteng kerja pun masa bulan puasa balik awal nak buat kuih raya.takdak sapa nak kawal aku,aku a kawal diri aku..hahahaha..maklumlah,kerja kat site mana da punch card kan..kalau aku balik awal pukul 11 pun bukan sapa nak tau..hahahaha..
Tapi oleh sebab kerja ngan TM ni..aku punya kebebasan agak tersekat la...kerja kena jaga,kalau tak tak dak harapan nak jadi tetap tahun depan,nama aku kena jaga dan yang penting,nama abah aku kena jaga jugak..
Ni apa melalut pasal kerja ni..aku nak cerita pasal kuih raya la samdol..

Tahun ni aku rasa aku nak beli kuih..

1.Samprit
2.Tart Nenas
3.Almond London
4.Sarang Semut
5.Biskut Cornflake
6.Mazzola
7.Kacang-kacang
8.Maruku..(Najib kata 1 Malaysia)
9.Kuih Loyang
10.Tempeyek
11.Halwamaskart


Wah..aku rasa ada lagi ni sebab abah dok sebut nama kuih lain jugak ni..
Macam selalu la kan..abah kalau bab raya-raya ni lagi semangat dari mak..
bunga-bunga,langsir-langsir..abah suka la tu kan..
hahahhaha..lawak ar...
dah la kuat berleter macam kaum-kaum ibu..
kiki..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!