Isnin, Februari 16, 2009

pEsanaN pIzZA

Sistem database automatik mengatur
kehidupan manusia- Slamat dtg ke dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850

Operator : Terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu...

Pelanggan : Heloo,saya nak pesan pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16,
Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03
51912870 ext 999 dan no telefon bimbit anda: 016-6666222 ,encik menelefon dari
mana ?

Pelanggan : Dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : Kenapa pulak ?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang
berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa ?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien
Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pakej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7
orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00
sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran
bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza
sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua
empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki
kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama
Pizza akan di hantar ?

Operator : Sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu,
encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no
pendaftaran BWW 2114 betul kanpakcik ?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni?
ada yg nak kena belasah ni??!!,

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan.Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2015
pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba
menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Adanak tambah yang lain encik ?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga menghidap DIABETES, jadi
kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan
pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username
dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan...
terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!