Memaparkan catatan dengan label lawak siot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak siot. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 10, 2011

AJAR MELUKIS DAN CARA RELEASE TENSION..

Sekarang aku tak tidoq lagi sebab aku tengah mengajaq adik aku si Aloyah ni melukis..sebab dia amik seni melukis..maknanya bila SPM nanti dia akan menajawb seni(betoi ka ayat aku ni?hahahahahah)..Sebenaqnya aku ni takdak la ada bakat melukis sangat macam Imuda tu..tapi dulu aku adala penah lukis muka abah aku(potret la tu kan?wakakakkakaka..) jadi woooo..




Jadi Aloyah yang agak lembap sikit bab melukis ni suh la aku ajaq dia..tapi masalahnya skill melukis aku dah hilang..tah apa yang aku lukis pun aku taktau..dia suh aku lukis suasana dalam bilik..tapi..tah la..lawak plak..hahahahhahaha..







Aku nak lukis gambaq katil..tapi tah jadi macam kotak pun ada..hahahahhahahha..









Ni kot hasilnya..hahahha..












Aloyah pun tension gila-gila sebab tok guru dia pun tak betoi..Dia memang tekanan dan nak realease tension dia kot aku tengok cara dia tu..Aku rasa kalo benda tu ada kat umah aku sekarang..Mesti Aloyah dah naik..Benda apa?Nindia..













Kejadian berlaku kat umah tok aku di Baling...Masa tu tok sakit abah bawa pi hospital dan kami kena jaga tokwan yang terbaring ataih katil tu..Aloyah pun tension sebab takut..jadi dia naik basikal tu..aku rasa kalau basikal tu ada kat umah aku la ni..dia dah naik kot..hahhahaHAHHAAH..



Ok aku nak tidoq..hahahhaha


Sabtu, September 10, 2011

OH JACOB!

Aku tengah layan New Moon ni..bila mai ja time adegan Jacob bertukaq jadi serigala..terus aku gelak sakan..macam aku taktau kan..kalau anak-anak dara(macam la aku bukan anak dara..hahahha) tengok adegan tu mesti terpana gila sebab tengok tubuh body Jacob yang mantap tu bertukaq wajah..


Tapi aku tak terpana langsung..Incik Bachok yang agak boroi tu jugak buat aku terpana bila tengok sebab time adegan tu ja..aku teringat plak filem Vampires Sucks..hahahahhaaha....








Hahahahhaha..takbleh blah gila adegan ni..hahahhaha

Isnin, Februari 14, 2011

KALAU MACAM NI PUNYA CERITA..SAMPAI BILA LA NAK SAH....

Aku rasa siapa-siapa yang laki-laki ni mesti nerveous gila time nak akad nikah kan?
Sampai melalut yang bukan-bukan..
Hahahahahahahhaha...


Adoila...aku gelak gila tengok pengantin ni..memang tengok muka dia pun boleh tau dia ketaq gila...hahahahahahahaha...

Aku tak boleh gelak kat orang weii..Andai kata Allah jodohkan aku dengan Incik Bachok..Tengok-tengok dia lagi teruk dari ni..samapi malam la aku tak jadi bini dia kalau macam ni punya teruk la...hahahahahhaha...

Isshhh..mulut aku ni...

hahhahahahha..Tapi tak tahan la...hahahhahaha..

Isnin, Februari 07, 2011

MALAM PERTAMA YANGGG......YA ALLAH!!

Bayangkan la kalau yang laki-laki ni..ada awek..lepastu awek depa ni cun la sangatkan...Setiap kali jumpa ja memang melawa ja..Memang sempurna la namapk..Samapi jadi bini la..
Lepas tu tiba-tiba malam pertama anda..Rahsia terbongkar..
Rahsia apa??
Haaaa..sila tengok...


Hahahhahahahaha...lawak gila...Tak tahan yang pakai gigi palsu tu la..

Nasib baik la aku bukan kategori suka melawa sangat..Jadi orang memang tau la muka aku macam mana kan..macam tu jela...biasa-biasa..kalau aku mekap sakan mesti lawa gila..kan..kan..kan..

hahahhahaha..perasan gila aku..sekurangnya aku tak berhobong la pasai muka aku kan..Ni masa mekap lawa mak aii...macam patung..bila tak mekap..tudia muka pucat macam sundel bolong..hahahhahaha...

Jumaat, Oktober 29, 2010

ADA JUGAK YANG KUTUK TULISAN AKU DARI BLOG YANG TAK GLAMER NI...JIWA KACAU BETUL LA..

Aku taktau mamat mana atau minah mana tah nama obe dengan tak malunya kutuk aku punya tulisan..Weeeeiii..aku punya blog aku punya suka la aku nak tulis apa..yang hang sebok2 apasal..hang tu kekurangan kasih sayang sebab tu la hang mai kutuk aku..aku tak kekurangan kasih sayang sikit pun macam yang hang kata..bukan kata kasih sayang..harta..agama..semua aku tak kurang..semua mak bapak aku kasi..adik-adik aku kasi..mak-mak sedara aku kasi..bapak-bapak sedara aku kasi..arwah tokwan aku kasi..tok-tok aku kasi..sepupu sepapat aku kasi..

Aku gedik..memang aku gedik..hang baru tau ka?Memang aku gedik dari dulu lagi..hang yang tergedik-gedik baca blog aku pasaipa..??baru baca satu tajuk dah berani kata macam-macam kat aku..
setahu aku..blog aku bukan blog kutuk orang..Dah tulis kat atas tajuk sana..segala mengenai dirinya..bukan poyo yang lain..aku cerita pasal diri aku la..Ada aku cerita pasal kutuk-kutuk orang..maki hamun orang?takdak kan..?nak kutuk orang pi blog artis malaysia la wei..kutuk la sepuas-puasnya kat situ..sapa pun tak sakit hati..

Aku tulis blog bukan nak cari pasal ngan orang....Aku tulis hal aku..tu pun salah ka wahai makhluk Allah bernama Obe..salah ka??
apala...
Jumaat-jumaat ni kasi aku marah..

P/S: Aku tak guna ayat lucah mahupun maki hamun semasa marah kan...tu orang kata bertamadun..
hahahhahahahhahahaa...

P/S 2 : Mesti lepas ni hang kata aku perempuan angkat bakul sendiri..hahahahhaha..

Isnin, Ogos 23, 2010

Diketik Tebuan(kisah benar)

Masa tu bulan puasa 2006.Aku tengah praktikal kat sebuah company perumahan kat Bertam.Nak buat praktikal pun kena pakai kabel masa tu.Apa punya turr..nasib baik la makcik aku,adik abah staf kat situ.Boleh la dia jolok aku masuk buat praktikal kat situ sekali dengan sorang kawan sekelas aku,Imah Bachok.Jadi,sebagai seorang pelajar kejuruteraan awam(cewahhh..macam la aku blajar degree) aku ditempatkan disebuah site buat projek comercial Center(la ni dah siap..tumpuan orang2 kaya..)

Satu pagi,dibulan puasa,aku terlamabt sikit nak pi kerja.Mengenangkan site supervisor aku garang nak mampus..aku pun pecut motor Kriss 110 umpama aku bawa RXZ lagaknya(masa tu dalam perancangan nak beli Daihatsu Mira,kancil turbo aku tu.hahahah).Tengah syok memecut,baru aku perasan yang aku terlupa pakai jaket,semata-mata pakai t-shirt ja..paham-paham la kan kalau pakai t-shirt ja tak pakai jaket,bawa motor laju macam komuter jadi baju t-shirt pun mengembang-ngembang sampai sejuk dada aku pagi-pagi tu..

Tengah syok-syok layan sejuk-sejuk tu,tiba-tiba..(macam novel hantu daa..)
aku rasa ada satu bnda berterbangan masuk dalam baju aku,aku pun try la kuis manja-manja dalam baju aku tu..rasa macam takdak pape pun..so,aku pun terus memecut tanpa syakwasangka.Sampai ja kat depan site opis,aku tengok pintu opis dah terbuka dan site supervisor aku dah cekak pinggang sambil usha muka aku yang dok ataih motor lagi dengan muka singa dia.Aku pun macam besa la..guna taktik simpati aku,dengan muka sedih tahap biawak,aku pun turun dari motor pi dekat dia..takdan aku nak psycho site supervisor aku dengan ayat sedih aku,tiba-tiba(brapa bnyak tiba-tiba da...)
aku rasa masa ada sesuatu menatang ketik(gigit) pusat aku.

Nyeeeeettttt(bunyi kena ketik)diiringi satu rasa panas kat perut aku..aku pun jerit sekuat ati..

"Adoooiiiii mak..sakit mak perut aku...!!!!"

Site supervisor aku terkejut,pekerja indon sama angla lagi la gempaq kan...aku selak sikit baju aku,nak tengok menatang pa yang ketik pusat aku ni..tengok-tengok sekoq tebuan jatuh tergolek kat kaki aku..

"Hang kena ketik tebuan ni..pi klinik lekas..suh doktor bagi ubat,satgi perut ang bengkak macam busung"

Busung!!!! dengaq ja kata boleh bengkak macam busung,aku apa lagi..melompat ataih motor teruih ke klinik..sampai ja klinik doktor pun kata..

"Hang kena cucuk ni..satgi bengkak.."
Ala..aku dah la posa,kalau cucuk batal posa aku,tapi kalau tak cucuk kang bengkak macam busung plak umpama yang dikata site supervisor aku.Aku pun setuju la nak dicucuk..Nurse klinik tu bawa la aku pi bili satu lagi,aku pun ikut..pastu dia suruh aku baring atas katil..aiihhh..xkan nak cucuk kena baring kot?masa cucuk BCG darjah 6 dulu tak kena baring pun..tapi aku pun ikut..pastu dia suh aku tidoq mengiring..awat mengiring plak ni?aku pun ikut la..
Doktor pun mai bawa jarum..aku tengok jarum pun dah ketaq lutut..doktor pi kat blakang aku..tak bleh jadi ni..kena tnya ni..doktor nak cucuk katna ni..

"doktor.ni nak cucuk kat mana ni?tangan saya kat sini,bukan kat blakang"kata aku sambil tunjuk lengan aku.

"Doktor bukan nak cucuk kat lengan,doktor nak cucuk kat pungkuq"kata doktor selamaba.Cucuk kat pungkoq?tak bleh jadi ni..kegiatan tidak bermoral ni harus dihentikan dibulan yang mulia ni..tapi ternyata aku terlambat..takdan aku nak buka mulut..doktor telahpun cucuk kat pungkoq aku..
Arrrrrgggghhhhhhhhh!!!


Perut kita sebenarnya tak bengkak macam busung kalau kena ketik tebuan..ternyata aku tertipu..huhuhuhu..

Isnin, Februari 16, 2009

pEsanaN pIzZA

Sistem database automatik mengatur
kehidupan manusia- Slamat dtg ke dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850

Operator : Terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu...

Pelanggan : Heloo,saya nak pesan pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16,
Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03
51912870 ext 999 dan no telefon bimbit anda: 016-6666222 ,encik menelefon dari
mana ?

Pelanggan : Dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : Kenapa pulak ?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang
berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa ?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien
Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pakej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7
orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00
sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran
bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza
sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua
empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki
kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama
Pizza akan di hantar ?

Operator : Sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu,
encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no
pendaftaran BWW 2114 betul kanpakcik ?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni?
ada yg nak kena belasah ni??!!,

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan.Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2015
pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba
menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Adanak tambah yang lain encik ?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga menghidap DIABETES, jadi
kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan
pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username
dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan...
terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot...

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!