Td bf lma aku call..spt biasa..dia nak ngayat aku..aku xphm ar..dh beribu kali aku ckp aku dh berpunya,tp dia still gak wat mcm ni..dia call,aku jwb.Dia berbudi,aku berbahasa.Tapi bila dari berbudi dia mula mngarut yang bukan2 so aku terpaksa gak berkeras.Bagi aku,dia tidak layak jadi kekasih kpd sesiapa pun.Orang yang kuat penipu seperti dia memang xlayak untuk bercinta atau dicintai.Agak kasar,tapi bagi aku,untuk dia memang patut.Orang seperti dia la membuatkan nama lelaki menjadi buruk.Syakwasangka orang perempuan terhadap orang laki adalah dari orang lelaki seperti dia la.Perkara yang buat aku benci sangat dengan dia:
1.Masa baru berkenalan dengan dia.Dia mengaku yang dia berusia 23 tahun dan belajar dalam bidang bioteknologi di UKM.Tapi sebenarnya dia baru berusia 19 ketika itu dan tidak belajar di mana2 institusi pengajian tinggi.Hanya seorang penganggur yang lepak kt rumah ja.Dia ingat aku x siasat.walaupun amik masa yng lma tp aku berjaya juga.
2.Dia bgtau aku yang fmily dia dr keluarga yang bepecah belah,dia kkurangan kasih sayang.Tapi sebaliknya.
3.Dia bgtau aku yang dia mmpunyai seorang kekasih namun putus sbb kekasihnya ada skandal dengan orang lain.Dia mmbuatkan aku simpati dengan cerita dia..bodohnya aku ketika tu..stelah 4 bulan berkawan dan kami amik keputusan nak berkapel..tp dalam masa 2 bulan kami kapel baru aku dapat tau dia masih lagi berhubung dengan kekasihnya itu dan kekasihnya x pernah curang.Dia yang curang.
4.Bila aku marah dia sbb pa tipu aku pasal awek tu dia cakap dia bosan ngn awek dia..dia suka aku lagi dari awek dia.Dan dia berjanji nak putuskan hubungan dia dengan awek dia demi aku.Aku diam ja..tp aku fikir,cmna bila dia dh bosan dengan aku?mesti dia wat benda yang sama kt aku seperti yang dia wat kat awek dia.
5.Sebenarnya dia dah wat dua nombor,1 khas untuk aku dan 1 lagi untuk awek dia.Dia jugak selalu cerita masalah dia dengan awek dia kat aku dan setiap kali kami keluar bersama,dia asyik bermesej dengan awek dia di depan aku!
6.Dia mengaku yang dia xnak serius dalam hubungan kami.Sebab katanya kalau kapel belum tentu dapat kahwin.Jadi dia cuma nak enjoy dengan aku ja.Dari situ aku dah nampak apa yang dia mahu dari aku sebenarnya.
7.Dia suka marah2 aku bila dia ada problem dengan awek dia dan nak aku ikut cakap dia ja.Dia langsung x fikir hati dan perasaan aku.
8.Sepanjang aku berkapel dengan dia selama 2 bulan dia telah memutuskan hubungan kami sebanyak 5 kali dan mahu kapel semula keesokan harinya.Dia sebenarnya lelaki Psyko!
9.Dia beritahu aku yang dia xkisah kalau aku ada lelaki lain sebab dia pun da perempuan lain gak..tu tandannya dia sebenarnya x sayang aku.Kalau dia sayang,dia mesti xmahu aku da skandal dengan lelaki lain.Tapi bila aku beritahu dia yang aku da rapat dengan seorang lelaki,dia marah plak.
10.Semasa rahsianya mula terbongkar sedikit demi sedikit,aku mula rapat dengan darling.
11.Semasa aku tengah menjaga adik bungsu aku di hospital kerana asma yang teruk dan aku tengah rungsing ketika itu,dia mnambah lagi kerungsingan hati aku dengan mahu memutuskan hubungan kami yg ke 5 kali walaupun dia tahu hati aku tengah susah hati dengan keadaan adik aku.Dia sepatutnya dia mmberi sokongan pada aku bukan mnambah lagi bebanan fikiran aku.Hanya Darling saja yang mmberi sokongan ketika itu dan selalu temani aku.Dan ketika itu baru aku sedar dia mmg x layak untuk aku.
12.Dua hari aku menjaga adik aku dia langsung x bertanya khabar.Setelah adik aku keluar hospital beberapa hari baru dia telefon aku semula kerana mahu sambung semula hubungan kami.Ketika itu aku terima dia kmbali.Tapi aku dah tawar hati.Aku x anggap lagi dia sebagai kekasih aku.Biar la dia perasan seorang diri.
13.Aku putuskan hubungan dia setelah darling melamar aku sebagai kekasih dia.Aku bertindak begitu kerana mahu lari dari dia.Aku tak tahan lagi.
Walaupun tindakan aku menerima darling sebagai kekasih sekadar mahu melarikan diri dari lelaki psyko tu,tapi akhirnya aku sedar yang Darling muncul tepat pada masanya.Terima kasih tuhan kerana menyelamatkan aku dari lelaki seperti itu dengan temukan aku dengan Darling.
Dia pernah call darling berpura2 tanya no fon abg angkat aku padahal abg angkat aku tu kawan baik dia.xkan dia xdak no fon fon abg angkat aku?Dia la lelaki yang teruk seteruknya yang pernah aku jumpa.
1 ulasan:
Teruk betul la mamat ni kan..dlm 2 bulan 5x putus.dia ingat mcm mkn kfc ke 5x 2bln.hehehe..baik la ang xpayah layan laki mcm tu..buang masa n yang paling penting buang duit ja..aku punya kes lain ckit dari ang tau..wlu status nya agak sama.
Catat Ulasan