Masa akutengok drama bersiri ni,kalau tak silap aku mybe aku masih sekolah rendah kot,tak pun masuk tingkatan 1.Masa tu cerita ni tayang kat TV2 pukul 10 malam.Mak marah suruh pi tidoq pun takpa,janji dapat tengok cerita ni..
Kisah Roswell ni tentang seorang gadis yang jatuh cinta pada seorang lelaki yang jugak satu sekolah dengan dia,tapi laki tu sebenarnya adalah anak alien ataupun lebih senang makhluk asing la..yang mnyerupai manusia dan dijaga oleh manusia.Laki alien ni ada seorang kakak kembar.Kadang-kadang bila aku cuba imbas balik cerita dia,ada iras-iras Twilight plak..secara kebetulan kot..
Sebenarnya cerita ni diilhamkan dari kejadian piring terbang yang terhempas dekat satu pekan yang diberi nama Roswell,Amerika Syarikat pada bulan jun ataupun julai tahun 1947.Sampai sekarang kesahihan tentang piring terbang terhempas tu betul atau tak.Sebab lepas kejadian,pihak tentera terus tutup kawasan terhempas tu dari dimasuki orang.
P/S:Aku ni macam pengkaji paranormal plak..hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan