Memaparkan catatan dengan label Fantasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fantasi. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 14, 2011

FILEM FEVERET : STAR WARS (1977 - 2005) SIRI 1

Filem Starwars ni bagi aku la..filem paling hebat sepanjang Zaman..Kiranya pengarah dia si George Lucas ni pandai la buat filem angkasa-angkasa ni walaupun time tu zaman 1977.Zaman teknologi filem pun macam hampeh lagi..Tapi dia punya imaginasi dia tinggi gila sampaikan orang pun kata zaman tu..takdak orang nak pikir jalan cerita macam tu masa zaman tu..hahhaha









Tapi mesti ada yang hairan,awat la si George Lucas buat filem satrwars langkau terus ke episode 4 sampai 6 dulu..awat tak buat dari Episode 1 sampai 3 dulu?Sebabnya ialah Episode 1 dengan Episode 3 gambaran pasai kemegahan suasana planet-planet dengan negeri la time tu kira hebat gila..Jadi perlukan teknologi yang canggih nak merealisasikan gambaran dia tu..Zaman 1977 mana nak canggih lagi kan teknologi..So George Lucas dah nampak dah..pada masa depan teknologi perfileman akan jadi canggih gila babi..Jadi dia simpan dulu skrip yang episode 1 sampai 3..dia buat yang episode 4 sampai 5 dulu sebab masa episode ni..digambar macam zaman kemunduran akibat perang la..jadi tak payah nak pakai yang canggih-canggih kan..hahahahha..Paham tak aku cerita ni..abai kan...









Kita start dari episode 1 sampai 3 dulu la..baru senang paham..hahhaha...









Yang filem dari Episode 1 sampai episode 3 menceritakan pasai seorang budak laki yang berumur 9 tahun bernama Anakin Skywalker yang berbakat besaq terutama sekali dalam bidang reka cipta..





















Adoila..beratnya beg kat blakang ni..














Jadi bakat dia tu disedari oleh seorang Jedi(jedi ni macam pahlawan la gitu kan..) bernama Quin Gon Jin dan beliau bukanlah orang korea..sebaliknya orang putih..Jadi Si Quin Gon ni telah mengambil Anakin ni untuk dijadikan anak murid dia..Malangnya Quin Gon ni mati kena bunuh dengan anak murid Dark Sidious yang jahat lagi gila kuasa.















Haiya..gua baru nak tunjuk kehebatan gua sebagai mahaguru..termati la plak...








So,budak ni dibela pula oleh anak murid Quin Gon yang tua sikit bernama Obi-wan Kenobi(watak feveret aku masa dia muda...heeeee).Akhirnya Anakin ni membesaq menjadi Jedi yang berbakat hasil tunjuk ajar Obi Wan Kenobi malangnya si Anakin ni bersikap panas baran,berlagak..sombong dan suka menunjuk-nunjuk dengan kehebatan dia tu..Huh! aku memang tak suka watak Anakin ni..dah la muka macam orang tak cukup zat..hahahahha..











Gua la Obi Wan Kenobi masa muda yang Miss Poyo Suka tu..Hiaappp!!








Kemudiannya Anakin ni jatuh cinta pada Puteri dari planet Naboo bernama Padme Amidala lalu berkahwin secara diam-diam sebab syarat nak jadi Jedi tak boleh jatuh cinta dan berkahwin.Tapi Anakin ni degil pi kahwin jugak...Masa tu umur Anakin baru 15 tahun manakala umur Padme 21 tahun(betoi ka taktau..sebab masa anakin umur 9 tahun,padme dah umur 14 tahun)











Orang segak kena pura-pura pandang ke lain..baru orang terpesona..Anakin pun tergilakan aku tau..












Time depa kawin tu..perang dah melanda seluruh galaksi la..(yang penting bukan galaksi bima sakti..hahhaha..Dan bila Padme mrngandung,Si Anakin ni selalu bermimpi yang Padme ni akan mati ketika lahirkan anak..jadi seorang yang tak kuat iman..akhirnya dia pun minta pertolongan Darth Sidious sebab mamat tua ni cakap dia mampu halang Padme ni dari mati dengan syarat Anakin jadi Geng dia..Bila Anakin dah jadi geng dia..Dia arahkan semua Jedi di bunuh.Jadi berperang pi mai pi mai last-last semua Jedi mati kecuali dua orang iaitu Obi Wan Kenobi dengan mahaguru tertinggi depa bernama Yoda.












Akulah Darth Sidious yang jahat lagi angker tu..Makan budok!!!!







Tapi last sekali Anakin berjaya dikalahkan oleh tok guru dia sendiri iaitu Obi Wan Kenobi sebab Obi Wan geram bila tengok Anakin try nak bunuh bini dia yang sarat mengandung sebab dia pikir Bini dia tu dah derhaka kat dia...Tapi Anakin tak mati..Cuma kedua kaki dan tangan dia di potong oleh Obi Wan dan badan dia terbakar keseluruhannya..













Ooooo..kau nak melawan aku ya budak..siap kau aku kerjakan!!











Tapi dia diselamatkan oleh Darth Sidious dan bila dah buat pembedahan apa semua..maka Anakin ni pun berubah seratus peratus jadi angker..hahahah..dan nama dia ditukarkan kepada Darth Vader dan diumumkan sebgai raja segala Sith oleh bos dia yang jahat itu






Haaasss..hassssss(bunyi nafas dia) akulah Darth Vader yang bergaya itu..





Sementara tu plak..Padme Amidala yang si Obi Wan selamatkan tu berjaya melahirkan anak kembaq lelaki dan perempuan..Yang laki dia bagi nama Luke dan seorang lagi nama Leia..lepaih bagi nama..dia pun mati..tragik gilalah..Jadi demi keselamatn dua beradik tu..Obi Wan pun terpaksa pisahkan depa dua beradik..Luke Skywalker dia bagi kat abang abang tiri Anakin yang dia tak suka dan si Leia plak dia kasi kat kat seorang senator dari planet planet alderaan...Jadi akhirnya selutuh galaksi jatuh ke tangan Darth Sidious yang jahat tu lalu membentuk kerajaan empayar Galaktik daripada kerajaan asal iaitu republik Galaktik..Siap anggap diri dia maharaja lagi tuh..Cuuuuiii!! Puiiiihhh!!








Dibawah adalah trailer Filem Star Wars dari Episode 1 sampai 3...




Star Wars Episode 1 : The Phantom Manace









Star Wars Episode 2 :Attack Of The Clones












Star Wars Episode 3 : Revenge Of The Sith








Yang episode 4 samapi episode 6 aku cerita plak la lain kali..huuu!!


P/S :Hairan betul la awat Incik Bachok tak suka tengok filem ni..padahal dia tak pernah tengok pun..huuu!!

Selasa, Oktober 11, 2011

THE THING

Masa aku kecik-kecik dulu..abah ada beli satu video tape tajuk The Thing.Masa tu..bila aku tengok ja cerita tu..malam-malam teruih tak boleh tidoq..gila punya takut la...


Masa tu,filem The Thing ikut pemahaman budak sekolah rendah macam aku ni ialah pasai sekumpulan orang yang terperangkap dalam satu bangunan besaq..Then macam-macam jadi kat depa termasukla ada diantara depa yang berubah jadi menatang pelik dan menakutkan.
Bila aku besaq..aku dah mula kenai nama-nama pengarah filem Hollywood..Baru aku tau..filem ni adalah arahan pengarah filem seram terkenal iaitu John Carpenter..Pasal datuk John ni aku dah cerita dalam blog ni kira-kira 2 tahun yang lalu..masa tu aku dok keja ngan Mr Arkitek lagi..hahahahhaha..ingat lagi tuh apa yang aku tulis..






The Thing ni mengisahkan..Argghhh!! aku lupa la jalan cerita dia..sebab cerita tu lama dah kan..masa tu aku pun kicik lagi..tapi cerita dia lebih kurang macam aku cerita kat ataih tu la..pasal kajian-kajian..ada saintis-saintis..suasana salji tebal gitu..hahahaha..


Tadi aku dengar abah ngan mak dok bising-bising pasal filem ni..Rupanya..Hollywood remake filem ni..patut la dok dengaq mak ngan abah dok sebut nak tengok la..hape la..13 Oktober ni The Thing versi baru aku keluaq wayang kat negara kita..Eiiii..tak sabaq nak tengok..mana nak tau filem ni sehebat yang lama atau nasib dia lebih kurang macam filem The Fog..yang filem lama lagi best dari yang remake..haaaa..gitu...
kat bawah ni trailer untuk filem remake The Thing tahun 2011 punya..







Yang ni plak yang trailer yang lama punya..yang tahun 1982..





Abah baru cakap kadang-kadang dia rasa filem ni macam logik ja..hahahahha..
Hahahhahahha...abah..filem tetap filem la..hahhahahaha...
Tak payah rasa logik sangat la...hahahhhahaa

Ahad, Oktober 09, 2011

INDIANA JONES

Harap-harap la satgi bila aku dah tidoq..aku mimpikan Indiana Jones..mengembara dengan dia..Yieha!!!!









Gila kot Miss Poyo ni?Jangan harap aku nak masuk dalam mimpi dia..!




Sebut pasal Indiana Jones mesti teringat lagu ni..Takdak kena mengena langsung..hahahahahahahhaha...













Haiii..bila la mata nak mengantuk ni....

Sabtu, September 17, 2011

HARI BOSAN..LAYAN GAMES OF THRONES SAMPAI SAKIT JIWA!

Hari ni hari yang bosan nak layan tenet...

Hari ni nak layan TV sampai muntah darah..

Hari ni dan jugak tengok dua episod crita Game Of Thrones..





Aku benci gila dengan watak Permaisuri Cersei Lannister..tapi aku mesti nak jugak tengok adegan dia..sebab aku rasa bila tengok muka dia macam nak tikam-tikam ja dia..Good Job Lena Headey sebab hang buat aku menyampah gila dengan watak permaisuri tu..Perempuan gila sakit jiwa..bermukah dengan abang kembar sendiri sampai dapat 3 orang anak..


You're Sickkkkkk!!!








*cakap dalam hati* serabut aku ngan miss poyo ni..nak tikam aku plak..!! Nanti nk ngadu kat abang aku..

Ahad, September 11, 2011

TERLEPAS

Aku terlepas tengok cerita The Cave Of The Golden Rose kat TV9..Tu cerita feveret aku masa kecik-kecik dulu..Waaaa!!!

Hampeh betul la!!



Hari ni baru Siri 1 ka?Huhuuhu!!







Aku tau..hang nak tengok cerita ni sangat sebab nak layan muka aku kan..malu plak nak ngaku..heeee!!

Khamis, September 08, 2011

ROBOCOP NYARIS-NYARIS JADI PARTNER AKU..

Salah satu filem yang mak aku pasang kasi aku tengok bila dia nak start masak masa aku kecik-kecik dulu ialah filem Robocop..Walaupun aku suka tengok Robocop tapi belum tentu aku tergila-gila kepada filem tu macam setengah orang kan..Tapi boleh la kalau nak layan sebab aku suka la tengok robot separuh manusia separuh robot bernama Murphy ni melawan kejahatan sampaikan aku pernah berangan jadi polis pompuan then dapat jadi partner dengan Robocop macam Officer Anne Lewis..hahahhahahah..






Walaupun dah 24 tahun dalam industri perfileman..orang masih lagi ingat aku noh..nak berbangga sat..hahahahhahahha



Tapi bila aku makin besaq..nak jadi partner Robocop bukan la impian aku sebab aku dah boleh pikir mana reality mana fantasi walaupun sampai sekarang aku masih lagi berfantasi dalam mimpi aku..(Semalam aku mimpi kereta aku boleh terbang serata dunia..hahahahahah)..



Lama kelamaan filem Robocop macam luput ja dalam kepala otak aku sehingga sampai pagi tadi masa aku tengah dok bersiap nak pi kerja tiba-tiba ja aku dengaq bunyi tembak pung pang pung pang kat ruang tamu dimana aku syak mesti mak aku tengah layan tv pagi-pagi buta ni kan..Bila aku pi la tengok kat ruang tamu,aku tengan mak layan filem Robocop..hahhahaha...



Jadi macam biasa la aku layan la sama sampai aku teringat balik memori zaman kanak-kanak aku masa aku dok kat Bukit Mertajam..baik punya syok tengok Robocop..tiba-tiba mak tutup tv..




"Loh..awat mak tutup tv??"



"Pi ker..pi kerja..." mak jawab..







Alorrhhhh..mak aku ni potong stim betoi la..baru layan robocop baik punya..mak tutup tv plak..huhuhuhu...Tension betul la..Yang Astro ni pun satu..time pagi-pagi orang nak pi kerja..time tu la dia nak tayang filem best..bengang betul la..Malam-malam dok tayang crita haprak plak..tak puas hati betul la..cuisshhhh!!!

Selasa, Ogos 16, 2011

POLIS YANG BERLARI LAJU MACAM ROBOT T1000 DALAM FILEM TERMINATOR 2

Aku tengah bawa kereta,maklumlah baru balik dari kerja kan..Tapi tah macam mana hari ni aku balik ikut jalan jauh.Aku ikut jalan Sungai dua.Gila hapa aku hari ni tetiba ja naik Highway dari Permatang Pauh ke Sungai Dua..hahahahahah..buat habis minyak ja..dah la minyak mahal la ni..




Sampai ja kat sungai dua..Jalan jem gila babi la..Kenapa la aku ngok sangat pi lalu kat Sungai dua ni yang memang konfom hari-hari jem.Adoila..tension betul la..yang ptong kiri ada..yang main menyelit ikut suka hati dia pun ada..Aku nak menyelit tak bleh la plak..Sebab aku bukan naik MIRA..Aku naik Honda Civic plak dah..bila masa aku beli Honda Civic pun aku taktau la..Banyak jugak duit aku ni noh..Dalam dok tension jem teruk ni..baru aku tau..Jem buka sebab apa pun..Ada Roablock plak kat simpang tiga Sungai Dua tu..What the hell time saat genting macam ni Polis buat roadblock plak dah..Dah la puasa..memang hilang sabaq la walaupun aku cuba bersabar..





Sekali aku sedaq yang aku tak pakai tali pinggang keledar..hahahha..Aku ni memang kalau bawa kereta memang tak pakai tali pinggang keledar..Memang habit aku la..Walupun mak aku dok berletiaq hari-hari suh pakai tali pinggang keledar..Tapi masuk telinga kanan keluaq telinga kiri jela...hahahahaha..Bila ada roadblock macam ni baru la terocoh-kocoh nak pakai kan..Tali tah macam mana tah masa aku tarik tali pinggang keledar ni..tali dia tersangkut plak dak..Aku tarik berkali-kali pun sangkut jugak..Adoi!! kereta aku dah makin dekat dengan mamat polis ni..Mati la aku..aku takmau kejadian kena tahan dengan brader JPJ 2 tahun lalu berulang..Satgi tak pasai-pasai aku pi mengaku sekali lagi aku ni budak miskin sebab takmau bayaq saman..hahahhaa..Panik punya pasal....Sampai ja giliran kereta aku lalu kat tepi mamat polis tu,aku terus pecut kereta aku gila-gila punya lauju..Tetiba ja aku pi menyelit potong memotong kereta kat depan aku..Aikk..tetiba ja Honda Civic aku bertukar jadi MIRA plak.??Magic betoi..!!







Dengan kuasa enjin yang ada pada MIRA,aku pun pecut gila la..Aku tengok polis tu dok kejaq aku..tapi last-last aku nampak dia berhenti berlari.Jadi aku pun gelak la..Padan muka kau bang pulis..sapa suh buat roadblock time ni..Orang semua kalut nak pi buka puasa la bai..Tengah gelak kuat-kuat sorang diri..Tetiba aku tengok kat cermin sisi aku..Mamat polis tu berlari kejaq aku.



Aiikk!!! macam mana dia boleh lari laju ni..tetiba ja dah ada kat belakang aku.Aku pun apa lagi..Pecut lagi laju ja..Berdecit-decit bunyi MIRA aku bila aku tukaq gear..Tudia punya power enjin dia..mau tau arr beribu habis..kepuasan memuaskan.Gerenti mamat polis tu tak dapat ligan kereta aku..Tapi malang jugak nasib aku sebab makin laju MIRA aku..makin laju dia berlari..Gila aku teringat adegan Terminator 2 yang mana robot jahat yang menyamar jadi bang pulis ligan kereta yang bang Arnold pandu tu..gila laju dengan muka serius..oh!!


Aku pun jerit kuat-kuat la takut punya pasai sebab aku nampak tangan dia macam nak capai belakang MIRA aku..Tiba-tiba..


"Woi Mira!!! hang nak bangun pi kerja pukoi berapa ni dah pukoi 6.30 woiiii!!!"




Sekali mak aku gerak aku bangun pi kerja da..Mimpi rupanya..Ciss!! Ingatkan bulan puasa ni aku tak mimpi merepek..Tapi mimpi jugak..Haiya!!







Ciss..jangan hang samakan aku dengan Bang polis tu Miss Poyo..Sebab aku ni polis Special hang tau..Boleh caiq-caiq jadi liquid Metal..bang pulis tu pa barang..hak tuiiii!!

Jumaat, Julai 08, 2011

MENGHILANG

Sebenarnya..sejak 4 5 hari yang lalu..tiba-tiba ja aku teringin nak tengok Starwars..yelakan..dah lama tak tengok..Jadi aku pi la cari DVD filem-filem Starwars dalam plastik DVD..Takdak..Cari dalam kotak..takdak..Cari dalam almari..Takdak..Cari dalam bilik Mirul..Takdak..Aduh..!! mana plak kan keenam-enam DVD tu..?? So secara tiba-tiba aku syak yang DVD tu semua ada dekat rumah Incik Bachok sebab sebelum ni aku ada bagi satu karung plastik besar berisi DVD-DVD yang aku takmau tengok dah dekat dia..yela..rumah aku ni dah terlalu banyak DVD..Kalau dikumpulkan semuanya lepaih tu dicamtum-camtum dah boleh buat sebiji rumah banglo..hahahahahaaha..Dengan ati yang bimbang dan lara..aku pun call dia..






"Hello darling!!!"




"Ye sayang..."



"Hari tu sayang ada bagi banyak DVD kat u kan?DVD Starwars ada tak?"



"Takdak.."



"Mana you tau takdak?"



"Sebab i dah tengok DVD tu semua..filem Starwars takdak.."



"You jangan tipu! u bawa sorok.."



"Apa hal plak I nak sorok..I bukan minat Starwars!"




OMG!!(Dafi..dafi..hahahhahahaha..mai mana plak Maharaja Lawak punya dialog Sepah ni..haaahah) Incik Bacok tak minat Starwars???



"Awat u tak minat Starwars??"



"Dah I tak minat..tak minat la..cerita angkasa-angkasa..apa bendanya merapu sanagt.."



"Eh..hebat tau dak cerita..."



"Ah!! takmau dengaq!!"(dah pandai cakap Penang..aahahahaha)



"Sayang Minat Darth Vader tau dak..lagi sayang minat.."



"Ah!! kalau u crita pun i bukan kenal..."






uhuhuuhuhu..Kenapa Incik Bachok?kenapa kau tak minat filem ni??Kenapa apa yang aku minat dia tak minat..yang dia minat sangat-sangat aku tak minat..Starwars adalah filem paling hebat yang aku rasa masa aku tonton kecik-kecik dulu...Huuuuu!!!





Tapi sekarang ni yang paling aku susah ati ialah mana pi DVD tu semua..ilang kat mana?takkan semua DVD tu ada kaki kot nak pi lari kan?Takkan peristiwa lama da berulang lagi kot?Peristiwa mak terbakaq DVD drama Korea yang aku kumpul dulu tu kot?Waaaaa!! jangan la jadi macam tu!! Waaaaa!!!









Hssstttt...Hssttttt..(bunyi napas dia...) Nok buak lagu mano..?dah dio tok minak Starwars..Ambo pun dio tak kenar..mcam mano ni..Punoh..punoh..!!







Adoila...Sakit kepala aku dok pikir mana la kedudukan sebenar DVD feveret aku ni..Huuuu!!





Sabtu, Julai 02, 2011

TRANFORMERS

Masa aku kecik-kecik dulu aku selalu layan kartun tranformer sebab paksu dok layan kartun tu..Paling aku suka lagu Intro dia...Sempoi gila..








Tengok..best gila sound dia kan?Bila Hollywood hasilkan filem dia..aku teruja gila..Bukan kata aku,paksu..abah aku..tok aku pun layan nak tengok..hahahhahahahaha...
Tapi agak tak best sebab Incik Bachok tak minat tengok Tranformer..Kartun dia pun dia tak pernah tengok..Aduh! Aku rasa zaman kanak-kanak kalau tak tengok kartun tranformer memang tak true la..Bila tanya pasal Dragon Ball pun dia tak layan..Aduhh!!!!

So..Semalam Incik Bachok tanya aku,nak tengok wayang cerita apa hari ni..Aku jawab la Tranformer..Dia macam tak suka plak..Whhyyy!!! Semua orang teruja nak tengok cerita tu darling!! Kenapa you taknak..Tapi last-last dia cakap ok la..Rasa syok la jugak kan..Dia mau tengok..Tapi malangnya..Tiket sold out sampai ke tayangan lewat malam!!! Waaaaa!! Geramnya!!!! Menyesal tak Booking semalam..Kecewa tau dak..Last-last kami layan filem dari England..tajuk dia Attack The Block..Gangster VS Alien..Memang lawak gila cerita tu,ada jugak la ganas sebab Alien tu memang ganas,makan orang..Tapi bila keluaq ja dari panggung..Rasa kecewa tak dapat tengok Tranformer tu mai balik..Waaaaa!!

Sabtu, April 23, 2011

MR AND MRS BACHOK..HUDUH GILA NAMA!! HAHAHHHA..

Oleh sebab kami sama-sama ganaih....
Aku pernah bagitau Incik Bachok..
Kalau kita bergaduh masa kahwin nanti..agak-agaknya boleh jadi macam adegan dalam filem Mr And Mrs Smith tak..
Incik Bachok pun jawab....

"Waahhh!! I mesti la macho macam Brad Pitt...You plak..hahahhaha...tak sesuai langsung...Angelina Jolie Versi gemuk!!! ahahahhahha....Lawak..lawak...hahhaha"


Ooo....Angelina Jolie versi gemuk yerrr...You tu dah macam Anil Kapoor i tengok, cakap banyak plak..hahhahahahhahaaa....












Heyyy!! tolong la...Incik Bachok macam aku..??Aku lagi hensem dari dia tau..!! Peliissss la!!










Kalau la jadi macam ni..jahanam rumah aku...



Sabtu, Januari 01, 2011

SINBAD DAN DEWI KALI YANG MENAKUTKAN AKU

Aku tengah layan filem Karan Arjun kat Astro B4U.Apa?ingat pompuan ganas macam aku takdak hati nak tengok filem Hindustan ka?huhuhu..
Dalam filem hindustan mesti ada adegan sembah-sembah dewa dewi depa.Dah la Dewa dewi depa banyak nak mampus..Dalam filem ni Tuhan yang di sembah ialah Dewi Kali iaitu Dewi Kematian.

Dengar nama pun takut bai..tapi aku bukan nak cerita pasal dewi kali ka apa..tapi bila aku tengok patung Dewi Kali yang banyak tangan tu..secara otomatik aku teringat Filem The Golden Voyage Of Sinbad yang dikeluarkan pada tahun 1974.Filem ni adalah salah satu dari koleksi tape yang abah aku simpan untuk tontonan aku masa aku kecik-kecik bagi mengelakkan aku berbuat nakal dan memecahkan pasu dalam rumah aku time tu..hahahahahahaha..

Dalam filem ni ada satu adegan yang menunjukkan ahli sihir Koura(tak silap aku la nama dia Koura) yang menghidupkan patung Dewi Kali yang diperbuat dari besi(tak silap aku gak la..atau pun batu) untuk berlawan dengan Hero pujaan ramai (ataupun aku seorang ja..hahahahaha) iaitu Sinbad..Jadi buka senang la nak berlawan dengan Dewi Kali yang banyak tangan tu..
huhuhuhu..

Mula-mula si Kouru tu hidupkan patung Dewi Kali sebab nak elakkan diri daripada diapa-apakan oleh satu suku kaum (India mybe) yang menyembah Dewi Kali tersebut..




Lepas ja dia berjaya menakutkan suku kaum tersebut dan mencari kalung sakti ka hapa taktau la yang ada power untuk jadi lebih kuat..dengan tiba-tiba hero pun muncul la..jadi dengan ilmu sihir yang dia ada..dia berjaya buat Si Sinbad ni berlawan dengan Dewi Kali plak..





Tapi macam biasa la..hero mesti la menang kan..hahahahahahahaa..

Rabu, September 22, 2010

MAGIKA

Tak sabar nak tengok cerita ni dengan Incik Bachok sabtu ni..




Berbulan aku tunggu tau.Hari-hari Astro Box Office dok tayang OST MAGIKA.




Kalau incik bachok takmau tengok,aku heret jugak..hahahhaha..

Sabtu, Ogos 28, 2010

Tekken

Ala Incik Bachok,awat beli DVD TEKKEN..nak belajar skill berlawan ka sebab tak puas hati selalu kalah bila main game Tekken dengan Cheq ka?
hahahahahhahaha..

Ahad, Ogos 22, 2010

Roswell

Masa akutengok drama bersiri ni,kalau tak silap aku mybe aku masih sekolah rendah kot,tak pun masuk tingkatan 1.Masa tu cerita ni tayang kat TV2 pukul 10 malam.Mak marah suruh pi tidoq pun takpa,janji dapat tengok cerita ni..





Kisah Roswell ni tentang seorang gadis yang jatuh cinta pada seorang lelaki yang jugak satu sekolah dengan dia,tapi laki tu sebenarnya adalah anak alien ataupun lebih senang makhluk asing la..yang mnyerupai manusia dan dijaga oleh manusia.Laki alien ni ada seorang kakak kembar.Kadang-kadang bila aku cuba imbas balik cerita dia,ada iras-iras Twilight plak..secara kebetulan kot..


Sebenarnya cerita ni diilhamkan dari kejadian piring terbang yang terhempas dekat satu pekan yang diberi nama Roswell,Amerika Syarikat pada bulan jun ataupun julai tahun 1947.Sampai sekarang kesahihan tentang piring terbang terhempas tu betul atau tak.Sebab lepas kejadian,pihak tentera terus tutup kawasan terhempas tu dari dimasuki orang.

P/S:Aku ni macam pengkaji paranormal plak..hihihi

Selasa, Mei 26, 2009

Jiran aku ganas,bini aku kool

Sejak kecil,Men cukup takut pada jirannya yang berketurunan Cina yang juga seorang gangter di kawasan perumahan tempat dia dibesarkan ini,sebuah flat.Sebelum zaman kegemilangan maknya sebagai pengusaha kantin yang berjaya, sebelum maknya mampu membeli sebuah tanah lot tepi pantai dan sebelum maknya mampu membina sebuah rumah besar di atas tanah lot itu,Men sekeluarga tinggal di flat tersebut.Maknya membeli salah satu unit rumah flat tersebut hasil dari jualan kuih ditepi jalan.Dan kini,setelah berbelas tahun meninggalkan rumah flat tersebut Men serta isteri dan anak sulungnya yang baru berusia beberapa bulan itu menjadi penghuni rumah tersebut.Itupun maknya yang suruh tinggal disitu setelah Men menyatakan hasrat untuk tinggal berasingan.Kalau maknya tidak garang macam singa,jangan harap la dia nak tinggal disitu.

Setiap hari bila Men keluar dari rumah untuk ke tempat kerja,Men akan terserempak dengan jiran Cina gengsternya itu.Men cukup takut melihat wajah bengis jirannya yang pintu rumahnya mengadap pintu rumah Men.Jarak dari pintu Men Ke pintu Cina gengster itu cuma 3 kaki sahaja.Men akan cepat-cepat pergi bila cina gengster itu mula mengusharnya dengan pandangan pelik.Men takut juga nak meninggal isterinya bersendirian bersama anak yang masih kecil itu.Tapi apakan daya,terpaksa.

Ziah berasa bengang yang amat sangat.Sejak berpindah ke rumah flat ini,hatinya tak tenang.Cina yang tinggal berdepan rumahnya itu betul2 melampau.Setiap hari Cina itu akan memasang radio kuat-kuat sehingga menganggu tidur anaknya.Pernah sekali dia menyuruh suaminya pergi menegur cina itu.Tapi suaminya tak mahu.Dia tahu suaminya takut.Semua orang di flat ini taku pada cina itu,cina itu gangster.Malah ada gangster-gangster lain tinggal disitu.Dan kesemuanya cina.Cuma ada beberapa kerat orang melayu dan india sahaja tinggal disitu.Dan semakin lama semakin berkurang.Mereka mula berpindah.Tidak tahan kerana tinggal dikalangan para gangster dan tidak tahan kerana flat ini sering menjadi serbuan pihak polis.Maka tinggal la Ziah serta suami dan anaknya dikelilingi orang cina.
Hati Ziah membara,makin kuat plak radio cina ni.Ini tak boleh jadi,dia mesti lakukan sesuatu.Dengan langkah yang kool,Ziah pergi ke rumah Cina itu yang berhadapan dengan rumahnya.Pintu rumah cina itu diketuk.
Tok! Tok! Tok!
Pintu dibuka luas,cina itu sedang berdiri dihadapannya dengan hanya memakai singlet dan seluar pendek.Ziah nampak ada tatu berlambangkan naga di kanan lengannya.Muka berparut dengan wajah bengis.Ziah tak takut.Dia mencuri pandangan ke dalam rumah cina itu,kelihatan tiga orang anak lelaki cina itu yang juga gengster seperti bapa mereka sedang bermain mahjung dengan ibu mereka.

"Budak kecik,lu mau apa?"

Cis.Mentang-mentang la Ziah itu bertubuh kecik seperti budak tingkatan dua.Berani dia memanggil Ziah seperti itu padahal dia sudah tahu Ziah sudah mempunyai anak seorang.

"Apek,gua mau cakap sikit sama lu"

"Apa???"

"Apek,lu hari2 budak radio kuat2 kalau lagu sedap takpa juga.Ni lagu sepatah haram aku taktau"

"Abis tu lu mau gua buat apa?"

"Apek,lu pun tau gua ada anak kecik,lu lagi mau buka kuat2 ka itu radio?macam mana anak gua mau tido,nanti bila dia nangis2 bising lu marah plak suruh dia diam padahal lu la puncanya.Lu jangan la bagi hidup gua susah,lu bagi hidup orang lain susah lu punya fasal la,tapi jangan bagi hidup gua susah.Nanti gua kasi hidup lu pulak susah baru lu tau!"

Cina itu ternganga,bini dia ternganga dan anak2nya juga ternganga.
Dan Ziah pulak,dengan langkah yang cukup kool masuk semula kedalam rumah meninggal cina itu yang masih ternganga di depan pintu rumahnya.
Sejak itu,cina itu tidak lagi membuka radio kuat2.Setiap kali suami Ziah yang bernama Men itu keluar hendak ke tempat kerja,Cina itu akan tersenyum pada Men.Begitu jugak isteri dan anak2nya yang juga gengster itu.Men hairan,seumur hidupnya tak pernah cina itu sekeluarga senyum padanya dan kehairanan dan kepelikannya itu di ceritakan pada isterinya.

"Loh,hari tu Ziah pi sound dia suh diam sikit jangan wat bising.Sebab tu la dia jadi camtu kot"
jawab Ziah selamba sambil meneruskan aktiviti memasaknya.
Men menelan air liur..mak aiii..Bini aku,kool gila lah!

Rabu, Mei 20, 2009

Aku Sebuah Kancil

Namaku perodua kancil..warna bajuku maroon..aku lahir pada tahun 1995..Tuan pertamaku seorang wanita..nama dia Suria binti abdullah..orgnya cun la sangat..kecil molek..dia jaga aku dengan elok..2 tahun dengan dia tiba-tiba Cik Suria nak tukar aku dgn model lain..aku sedih..makanya aku pun dijual pada seorang lelaki..namanya Harith Bin Adam..orangnya serius..tapi hensem..dia ada byak keter lain..lagi mahal dari aku..tapi bila dia nak pegi opis je..baru dia guna aku..dengan bantuan aku yang pandai menyelit2 ni..maka encik harith selalu sampai awal ke tempat keje..maka encik harith sangat sayang pada aku..tapi malangnya..ibu yang melahirkan aku telah melahirkan seorang adik..namanya Perodua Kelisa..Dan encik harith mahu membela Kelisa pula..aku dihantar kesebuah kedai..di kedai itu aku berkenalan dengan byk jenis model kereta..besar kecik..mcm2 ada..baru berbaik..mereka dibeli orang..tinggal la aku menjadi old skool disini..

beberapa tahun kemudian..seorang lelaki datang..dia melihat2 aku..kemudian dia terus membeli aku..hairan,kenapa ya..punya banyak kereta baru yang dilahirkan kenapa aku pula dibelinya..aku dibawa pulang..rupanya lelaki ini mempunyai 3 buah kereta..dan sekarang 4 termasuk aku..aku berkenalan dengan mereka..yang 1st sekali namanya Citreon..bajunya sangat indah sekali..setiap malam atau hujung minggu..Citreon akan membawa tuan baru aku yang hanya dikenali sebagai Syam ni bersiar2..aku ada mendengar gosip2 liar yang mengatakan si Citreon ni berlumba haram.Yang kedua namanya Citra..bdannya besar..selalunya bila Encik Syam mahu pulang ke kampung atau bercuti..pasti dia kan bawa Citra..untung btul dia..yang ketiga namanya Perodua kancil juga..dia muda 10 tahun dari aku..biasala..bdk remaja...agak sombong..dia sering digunakan oleh isteri encik Syam ke tempat keja..
aku pulak?
aku dijaga elok oleh syam..baju aku berganti..kaki aku berganti..malah jantungku diubah suai menjadi lebih laju..tempat dudukku juga ditukar..mewah btul hidup aku..tapi malangnya..aku hanya membawa isteri encik syam ke pasar..tapi aku gembira..kadang2 adik encik syam akan membawa aku bersiar2 bertemu rakan2nya..

Satu hari..seorang perempuan datang kerumah encik syam..orangnya agak kasar..lagaknya kadang macam lelaki..tapi pemakaian agak feminin..aku rasa dia ada krisis identiti..Dia melihat2 aku sambil tersenyum..kemudian encik syam berkata sesuatu pada dia..dia melompat kesukaan..gila ke hape perempuan ni..3 hari dia disini,setiap hari melayan aku..kadang dia usap..kadang2 dia pandu aku..dia nampak macam sudah jatuh cinta pada aku..ah...! sudah..
Aku mula berfikiran macam2..

Apa yang difikirkan aku jd kenyataan..perempuan yang di kenali sebgai miss Penang ni akhirnya mahu mengambil aku pulang ke negerinya..aku sngat sedih..aku sayang sama encik syam dan isterinya..mereka sangat baik..tapi apakan daya..aku cuma pkerja..hari terakhir aku dirumah encik syam..aku sedih..tambah2 aku lihat muka sedih encik syam...

Miss penang mmg agak gila..mentang2 la jantung aku laju dan menjadi kegilaan..dia memaksa aku melajukan pergerakanku..kadang2 aku takut..iyalah..miss penang suka menyelit2 diantara lori tanah yang besar..aku takut aku terpenyek pula..Miss poyo sangat baik..setiap hari bila hendak ke kuliah..dia sering berckap2 dgn aku..kdg2 miss penang akan bawa kawan2 dia menaiki aku..Sekarang miss penang sudah bekerja..tapi dia tetap menggunakan aku..malah dia penah memberitahu abahnya yang dia xkn jual aku..aku gembira sgt2..tapi aku cuma tidak tahan akan keganasan miss penang..dia suka melanggar orang sesuka hati..luka aku di sana sini..tapi miss penang bertindak pantas..pasti dia akan ubatkan aku cepat2..
Walaupun miss penang agak poyo n ganas..aku sgt syang padanya..x lama lagi..aku akan dapat baju baru..mesti aku bertambah kiut lepas ni..hehe..

I LOVE YOU MISS PENANG..

P/S:Kekasih miss Penang yang bernama Encik Bachok itu sangat lemah lembut ketika membawa aku..kan bagus kalau miss penang begitu..aku jeles sama proton satria..bos kau mmg baik!

Selasa, April 14, 2009

Aku dan Fantasi serta khayalanku dalam filem

Aku suka tgk movie sejak dari kecik lagi.Trpengaruh dengan abah.Movie yang abah layan suma movie omputih,filem melayu jgn harap la..kalau drama pun yg belah sana jugak..drama melayu boring abah kata..asik tema yang sama...

"anak saya baru balik dari london..anak datin?"
"Anak saya balik dari india..."

Abah selalu ajuk dialog ni bila trbuka drama melayu kt tv walaupun pelakon dia berdialog pasal lain...
tapi aku bkn nak cerita pasal abh dan ketidaksukaan dia terhadap drama or filem melayu.Aku nak cerita pasal kesukaan aku berangan menjadi watak filem yang aku tgk..
Memang betul aku kuat berangan.Darling juga mengakuinya..
Aku cepat terpengaruh,sbb tu aku suka bermmpi..aku suka alam fantasi.
Masa aku belum skool lagi..mybe dalam umo 4,5 tahun..abah suka beli tape citer star wars,alien,happy ending story..dan mcm2 lagi citer..kami slalu layan berdua sbb adik aku x lahir lagi..
Aku suka betul citer2 tu..jalan cerita dia mmg menarik bagi kanak2 seperti aku ketika tu..aku betul nak jadi Luke skywalker..leh lawan ngn pedang bercahaya..tajam plak tu..best siot!

X sangka gua,miss poyo minat nk jd mcm gua..
dia da
krisis indentiti ka?

Tapi kadang2 aku teringin gak nak jadi Chewbecca.Walaupun dia huduh dan berbulu,tapi dia seorang pengikut yang setia dan kuat.Lagipn lengan aku pun berbulu gak.Xdak beza kan?huhuhu..

Ceq pnya sifat sama ka ngn Miss Poyo?
tang bulu ja kot...

Masa aku tgk filem Alien,mati2 aku ingat hero dia lelaki..tapi rupanya perempuan.Betul wei,aku langsung xnmpak ciri2 pmpuan kat dia..xnmpak langsung payudara dia..wiwiwiwi...Tapi aku x berminat nak jadi dia.Aku lebih berminat nak join ekspidisi depa dlm kapal angkasa tu.Boleh lawan2 tembak Alien,potong kepala alien..Ganas la plak..

Gua pmpuan dia kata laki..Poyo betul la minah nie

Miss Poyo join Crew kteorg..
msti alien pun takut
dgr Miss Poyo ketawa

Aku minat juga tgk filem Zombie..abah pminat zombie..kat umah aku byk DVD citer zombie..wlaupn hantu dia lengai mcm penagih dadah..tp aku syok tgk filem dia..tapi aku suka filem zombie lama..nampak original berbanding zombie skrg..zombie dlu pkai ilmu itam..Voodo..dan ilmu itam bangsa yahudi yg dipanggil apatah..idupkan mayat bg mmbalas dendam..zombie sekarang terjadi akibat virus..malah zombie sekarang x lengai mcm zombie dlu..laju smcm..xdak original dah..tp aku nak sagt jd cam alice,hero citer Resident Evil..dah la seksi siot(Ceq seksi),tangkas plak tu berlawan..(aku blajar taekwando masa drjah 1)cam sesuai ja ngn aku watak tu..wiwiwiwiwi..

Badan hang xckup sempoi ar nak pegang
watak aku..Sori ar Poyo..hang kena tima hakikat beb..

Watak2 ni yg pengaruh idup fantasi aku dari aku kecik sampai aku bsar tua bangka dh ni..byk lagi sbnarnya filem yang dok pengaruh jiwa aku..tp mls ja nk taip..xpa2 aku taip gak..

1. Alice in Wonderland
2. Snow White
3. E.T
4. George Of The Jungle
5. Tarzan
6. 10th Kingdom
7. Back To The Future
8. Conan the barbarian
9. Jason and Argonauts
10. Jumanji
11. The Green Mile
12. The Indian In The Cupboard
13. Sinbad
14. Edward Scissorhands

dan banyak lagi..kna korek ingatan aku nih..huhuhu..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!