Jumaat, Jun 17, 2011

ROTI MAYAT

Pagi ni Incik Bachok kena buat kerja kat Seberang Jaya..Jadi beliau keluar dari rumah leawat sikit la sebab Bandar Perda dengan Seberang Jaya dekat ja pun...Tambah-tambah kalau guna jalan Shortcut belakang Carrefour tu..



Tadi masa aku keluar nak pi kerja..aku tanya la dia keluaq tak lagi dari rumah nak pi kerja.Dia cakap dak lagi..dok lepak-lepak lagi kat rumah..Aku tanya dia la,sarapan ka..Dia cakap dia tak sarapan sebab takdak benda yang boleh dibuat sarapan kat rumah dia tu..Rumah bujang..biasa la kan..Jadi aku pun cakap la...

"U patut tau beli roti mayat taruk kat rumah u.."



"Roti mayat apa benda plak ni?"




"Roti mayat la..yang makan cicah dengan milo ka..kopi ka..teh ka.."




"Roti apa ni??u pagi-pagi kalau tak mereprek boleh tak?"



"Loh..u taktau ka?apada mangkok..roti empat segi la..."




"Lohhh..."





Hahahahahhahahhahahah..aku taktau plak dia taktau roti mayat tu roti apa..Selain dari roti empat segi,orang putih panggil roti ni Cream Crackers..Yang educated sikit mesti panggil roti ni biskut..muahahahhaha,,Tapi setau aku la..orang belah Penang atau belah Kedah memang gelar roti tu roti mayat sebab menurut cerita la..roti tu mesti dihidangkan masa time orang meninggal dunia..orang yang datang dijamu la dengan roti tu selain dengan makanan lain..Orang-orang tua lebih suka makan roti ni cicah teh dari makanan lain..sebab tu la dipanggil roti mayat kan..asal orang meninggal ja..roti ni mesti laku..hahahha..Ada ja roti jenis ni yang ada gula kat atas dia..



Sekarang ni roti mayat ada macam-macam jenama..Danone la..Hup Seng la..Julie la..Lexus la..Jacob la..Munchy's la..

Tapi dalam banyak-banyak roti mayat ni..aku suka sekali jenama Hup Seng sebab dari kecik lagi aku dah biasa makan roti mayat jenama tu..Rasa dia lain la dari roti mayat yang lain..


So Incik Bachok..kalau nak tau..ni la Roti Mayat..








Nindia roti mayat dia... Dengan suasana kilang aku taruk..hahahahha..











Ni la rupa bentuk jenama roti mayat yang aku minat..Masa arwah Tokwan ada..dok layan makan roti ni cicah air teh sambil layan Akademi Fantasia..Masa zaman belajar dulu pun banyak melantak roti ni sebab nak berjimat..hahahahahhaha...





Haiya..Wa manyak untung ma..walaupun wa cine..tapi miss poyo minat wa lagi dali itu olang putih punya jinama..hahahahahah..




Wahh..tetiba teringin plak nak makan roti ni malam satgi..heeeee!!



2 ulasan:

Penanggah berkata...

kat kmpung gua dulu diorang panggil biskut mayat.. sbb klau ada orang meninggal time gali kubur bskut ni mesti ada.. kena plak dngan teh o.. fuhh!! layan..

Mrs Poyo berkata...

Penanggah..

Fuhhh!!! ang dah buat aku terliur..walaupun biskut kering totap layannnzzz!!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!