Memaparkan catatan dengan label CERITA DULU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA DULU. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 17, 2011

ROTI MAYAT

Pagi ni Incik Bachok kena buat kerja kat Seberang Jaya..Jadi beliau keluar dari rumah leawat sikit la sebab Bandar Perda dengan Seberang Jaya dekat ja pun...Tambah-tambah kalau guna jalan Shortcut belakang Carrefour tu..



Tadi masa aku keluar nak pi kerja..aku tanya la dia keluaq tak lagi dari rumah nak pi kerja.Dia cakap dak lagi..dok lepak-lepak lagi kat rumah..Aku tanya dia la,sarapan ka..Dia cakap dia tak sarapan sebab takdak benda yang boleh dibuat sarapan kat rumah dia tu..Rumah bujang..biasa la kan..Jadi aku pun cakap la...

"U patut tau beli roti mayat taruk kat rumah u.."



"Roti mayat apa benda plak ni?"




"Roti mayat la..yang makan cicah dengan milo ka..kopi ka..teh ka.."




"Roti apa ni??u pagi-pagi kalau tak mereprek boleh tak?"



"Loh..u taktau ka?apada mangkok..roti empat segi la..."




"Lohhh..."





Hahahahahhahahhahahah..aku taktau plak dia taktau roti mayat tu roti apa..Selain dari roti empat segi,orang putih panggil roti ni Cream Crackers..Yang educated sikit mesti panggil roti ni biskut..muahahahhaha,,Tapi setau aku la..orang belah Penang atau belah Kedah memang gelar roti tu roti mayat sebab menurut cerita la..roti tu mesti dihidangkan masa time orang meninggal dunia..orang yang datang dijamu la dengan roti tu selain dengan makanan lain..Orang-orang tua lebih suka makan roti ni cicah teh dari makanan lain..sebab tu la dipanggil roti mayat kan..asal orang meninggal ja..roti ni mesti laku..hahahha..Ada ja roti jenis ni yang ada gula kat atas dia..



Sekarang ni roti mayat ada macam-macam jenama..Danone la..Hup Seng la..Julie la..Lexus la..Jacob la..Munchy's la..

Tapi dalam banyak-banyak roti mayat ni..aku suka sekali jenama Hup Seng sebab dari kecik lagi aku dah biasa makan roti mayat jenama tu..Rasa dia lain la dari roti mayat yang lain..


So Incik Bachok..kalau nak tau..ni la Roti Mayat..








Nindia roti mayat dia... Dengan suasana kilang aku taruk..hahahahha..











Ni la rupa bentuk jenama roti mayat yang aku minat..Masa arwah Tokwan ada..dok layan makan roti ni cicah air teh sambil layan Akademi Fantasia..Masa zaman belajar dulu pun banyak melantak roti ni sebab nak berjimat..hahahahahhaha...





Haiya..Wa manyak untung ma..walaupun wa cine..tapi miss poyo minat wa lagi dali itu olang putih punya jinama..hahahahahah..




Wahh..tetiba teringin plak nak makan roti ni malam satgi..heeeee!!



Jumaat, April 29, 2011

I BELIEVE I CAN FLY : PART 5

Aku bangun sambil kibas-kibas bontot aku kot-kot la ada habuk terlekap ka kat baju kurung aku..Sambil-sambil tu aku mencarut jugak..Geram..Cilaka puteri sanggup buat kawan baik hang macam ni..Dah la tahan kaki bagi aku jatuh..Siap gelak kat aku lagi..Dah tu,aku kena bangun sendiri plak..Kalau dia bukan kawan baik aku dah lama kasut kulit kaler hitam aku ni masuk dalam mulut kecik dia tu..

"Woi pompuan! hang pa mana seminggu takdak?"Tanya Puteri sambil mengekor belakang aku bila aku mula start berjalan.

"Aku tak pi mana la..aku ada pa..mai kelas hari-hari.."Jawab aku acuh tak acuh.

"Tu aku tau la hang mai kelas hari-hari..kelas kita kan sebelah-sebelah ja..Aku tanya hang pi mana seminggu takdak kat dorm..Merempat mana plak?"
Owh..aku lupa plak kelas Puteri sebelah kelas aku ja pun..Dia kelas Pengurusan Perniagaan..aku kelas Binaan Bangunan..Si Puteri ni pandai jugak..PMR dapat 6A...Tapi aku taktau la awat dia amik aliran Vokasional macam aku..Keputusan dia layak masuk Aliran Teknik Baii....Bodoh punya punya perempuan..

"Woi..aku tanya hang pi mana seminggu ni..haram takdak kat dorm pun!!"Puteri menjerit kat telinga aku.Salah satu Faktor buat aku pekak la ni sebab budak ni la..suka jerit kat telinga aku.

"Aku balik rumah la Si Put oiii!!"Aku jawab pertanyaan Puteri....Si Put tu nama manja dia..aku sorang ja panggil dia Si Put..orang lain tak pun..Sebab dia jalan lembab macam Siput Babi..lenggang lenggong..sebab tu Aku panggil dia Si Put..

"Aku dah agak dah..saja aku tanya..hahahhaa..Weh,Azreen memngamuk hang tau dak..hang hilang tiba-tiba.Kalau warden dapat tau dia yang kena..Gila semalam terbang habis buku sekolah dia lempaq kat kami semua.."Puteri bercerita bersungguh dengan buat mimik muka lagi..Ah..aku tarak percaya la cerita Puteri tu..Azreen ketua dorm aku tu kalau bab-bab macam ni..dia memang tak peduli pun..dia pun kaki fly jugak..Lagi dia suka kalau aku buat macam ni adala..Azreen ni kalau nak mengamuk time dia dapat tau ada orang cuba tackle pakwe dia si Ammar budak Automotif tu..Siap main pisau lagi tu..Aku tau la..dulu aku pernah ikut dia serang budak Junior sebab cuba try ngorat Ammar..Gila bawa kuaq pisau tu..Sebagai pengawas yang tak berdedikasi..kalau bab main pisau ni..aku rasa tak patut la..Jadi aku pun tenangkan dia la..kalau tak taktau la apa jadi..Aku pun heran la budak macam Ammar tu pu depa nak berebut..Bukan hensem pun..kepala botak.bawa kondom mai sekolah..aku tau la..dulu aku ikut Pak Jet buat spotcheck kat kelas dia..kaki minum lagi..apakejadahnya budak sekolah dah pandai minum..gila!!

"Azreen cakap hang la Biro Disiplin Dorm yang paling haprak dia pernah jumpa.."sambung puteri lagi sambil gelak sakan..

"Ni Si Put hang takpayah nak domba kat aku la.."Aku tau Si Azreen takkan kata macam tu..dan Azreen memang takkan mengamuk..

"hahhahahhahaha..aku saja la wei..nak gempaq hang.."dia jawab sambil mengekor kat belakang aku lagi..Aiikk...Minah ni apasal plak ikut aku ni..dah nak dekat ngan pintu pagar sekolah dah ni..Tak reti-reti balik pi asrama ka anak orang kaya ni?

"Wehh..pi la balik asrama noh....aku nak belah ni.."aku tolak-tolak badan Puteri ke arah jalan nak ke asrama..

"Aku takmau la balik asrama.."jawab Puteri sambil keraskan badan dia bila aku tolak badan dia..

"Habis tu hang nak pi mana bangang wei kalau hang takmau balik asrama??"Aku soal lagi sambil cuba tolak badan dia lagi..tak guna..tak padan dengan kurus..kuat jugak daya tahanan dia ni..huuuuu...

"Aku nak ikut hang balik..aku nak fly jugak..!!"Jawab puteri sambil senyum..Aku macam biasa..buat muka terkejut ala drama Indonesia...



Bersambung...

Khamis, April 28, 2011

PULUT DURIAN,MR OS DAN TEMPOYAK

Aku baru je sudah makan pulut durian.Tokcik adik tok aku pi beli kat pasar malam...Dah lama aku tak makan pulut durian...apatah lagi durian..Walaupuun abah ada dusun durian kat baling(mak dia punya daaa...) tapi kami jarang nak pi..kalau musim durian tok tipon suh pi kami tak pi pun..Takut weh makan durian..bahaya....
Bila aku makan pulut durian ni tetiba ja aku teringat Mr.Os...hahhahahha




Asei makan doyan je kome ingatkan aku..asei makan doyan je ingat aku..



Sebab apa aku ingat Mr Os?Sebab Mr Os asal Perak.Kan Perak sinonim dengan Durian.Dulu,amasa aku dok Ipoh,abah pernah belikan kami asam pedas kedai makcik baik punyer masakan dia kat Pengkalan Pegoh..Ni first time dah makan asam pedas dia ni..Sekali hirup ja asam pedas tu terus menyembur kami semua...Dia taruk tempoyak daaaaaa....Gila fobia banyak tahun jugak la tak makan asam pedas walapun mak masak sendiri..tergiang lagi rasa dia tu...memang aku takleh ngan la dengan tempoyak tu..huuuuu!


Tadi try search lagu durian kat youtube..jumpa gak..hahhahha









Salleh Yaakob masa ni muda lagi..memang takleh blah betul la gaya dia tu..hahahhahaha

I BELIEVE I CAN FLY :PART 4

Rupa-rupanya Pak gad bukan panggil aku pun..Dia panggil budak lelaki kat belakang aku.Ciss! buat penat jantung aku ja mengepam darah dia dengan laju samapi jantung aku punya bunyi sampai aku rasa satu sekolah boleh dengaq dia punya degupan dup dap dup dap...
Aku terus berlari mendapatkan Nab yang dah tinggalkan aku ke tempat tunggu bas.Takmau la aku tunggu lama kat situ..Satgi tengah Pakgad Jo tu tak perasankan aku..terus dia perasan plak..Lagi naya..

Dalam perjalanan nak balik rumah tu,aku diam ja sedangkan Nab dok potpet potpet dari tadi berceritakan hal budak kelas dia sehinggakan ke gosip artis terkini.Aku bukan tak minat nak dengar atau menyampuk sebab sebelum ni aku memang kaki sembang tapi fikiran aku jauh menerewang dok pikiaq macam-macam.Lagi satu hati aku ni rasa tak tenteram.Macam mana perbuatan onar aku diketahui warden?Mampuih la aku..Tah-tah kena buang asrama..Lepas tu kena lucut jawatan sebagai pengawas macam Rahmah.Paling teruk dalam sijil berhenti aku nanti tang kelakuan tu depa tulis buruk.Nanti habis la cita-cita aku nak jadi arkitek cun kat Malaysia ni...Nak jadi awek kilang pun belum tentu boleh kalau macam ni punya cara.Tak kenaya aku ni..

Tapi tu la orang tua-tua cakap..terlajak perahu boleh diunduq..terlajak perbuatan buruk padahnya..kalau la benda tu jadi kat aku,..memang padan dengan muka aku..berani fly sangat kan..Mesti mak aku marah gila..Kalau nak dibandingkan antara mak dengan abah aku..Mak aku memang marah kalau anak-anak dia kaki ponteng buat kesalahan kat sekolah..Mau kena penyepak jugak la..mak aku dah la ganaih..Abah aku relax ja...kalau dia tau aku fly..mesti dia ucap tahniah kat aku..Apa ke pelik abah aku ni..

Bila Nab dah samapi kat rumah dia..Tinggal la aku sorang dalam bas dok pikiaq apala nasib aku bila sampai rumah nanti..Tapi ternyata aku punya pikiran tak sama dengan apa yang terjadi..Aku bajet mak mesti marah aku sebab lari dari asrama..Paling kurang pun aku kena tampaq barang dua tiga das,tapi mak relax ja tak marah..Tapi nampak gembira la plak..Walaupun aku bagitau yang aku lari dari asrama..Mak cakap takpa...Nanti abah aku boleh hantar aku pi sekolah esok pagi..Jalan nak ke tempat kerja abah sama ja dengan jalan nak pi sekolah aku..Abah aku kerja kat belah pulau sana..Setiap hari memang abah aku naik feri la...dan hari-hari kalau nak ke jeti abah aku lalu depan sekolah aku.Jadi dah alang-alang nak ke jeti..bleh hantar aku dulu..Jadi aku rasa happy gila la..Gila aku tak sangka mak aku jadi sporting plak kalau bab-bab macam ni..caya la mak!

Dari sehari ke dua hari..lama-lama sampai seminggu jugak la aku dok fly tanpa diketahui sesiapa..Kira hebat jugak la aku ni..ingat senang ka nak fly secara terbuka macam aku buat ni..dah la kena lalu depan pak gad plak tu masa nak fly..memang dah terer aku ni..
Satu petang lepas ja waktu sekolah aku pun bersiap-siap nak balik..Tengah jalan baik punya kat korider..tiba-tiba ada orang tahan kaki dia samapi aku tersadung jatuh tersembam kat lantai koridor..bebrapa budak lelaki yang ada kat situ gelak ja bila aku jatuh terkangkang depan depa

"Cibai la!! sapa buat ni??"
Aku jerit kuat..tak guna..time hati tengah happy dia buat spoil plak!!

"Aku la bangsat..!!"

Aku pandang kat suara yang menjawab tu..Aku tengok dia..dia tengok aku..Dia tersenyum,aku buat muka terkejut over macam drama indonesia..


Bersambung....

Sabtu, April 23, 2011

I BELIEVE I CAN FLY : PART 3

"Woi Wan,hang deret ja bagi aku terkejut..kalau aku da sakit jantung camna.Kang mati terbungkang kat sini jugak kot"marah Nab tiba-tiba.Aku hanya tersengih..

"Sorry la Nab..terbiasa dah..aku da benda penting nak gitau hang ni.."


"Pa dia?"soal Nab..

Aku pun cerita la tujuan aku jumpa dia dan kenapa..mata dia sekejap kecik..sekejap membesar dok dengar cerita aku.Kemudia dia angguk..sat kemudian menggeleng plak.

"Jadi hang nak fly ar ni?"soal Nab setelah aku abis bercerita.Bengong betul la minah ni..dalam penceritaan aku tadi aku rasa da dalam lima nam kali jugak aku sebut perkataan 'fly' ni..lagi mau tanya ka?mangkuk betul..

"Yala..takkan aku nak berenang plak.."jawab aku.Nab hanya tersengih..dia tau mesti aku dah bengang dengan dia.Selepas kami buat perjanjian bodoh iaitu Nab akan jumpa aku kat kelas aku,aku pun blah dari kantin,konon2nya nak menuju ke Bangunan Teknik la..tengok2 loceng berbunyi..Ah..lega..tapi malang plak nasib aku bila aku terserempak dengan Pak jek..mukanya nampak menyinga..

"Wan,ko datang sini kejap!!"jerit Pak Jek pada aku.Cisss...memalukan betul,ada la 2 3 budak laki tersengih-sengih pada aku.Mesti depa boleh menjangka nasib aku lepas ni.

"Aku dapat tau ko tak pegi Blok Akademik,btul ke?"soal Pak Jek sebaik sahaja kami berdua sampai di bengkel Kimpalan.Bengkel ni memang tempat hukuman rotan dijalankan.Maklumlah.Bengkel ni tersorok sikit.Dan muka aku nilah hari2 datang bertandang kat bengkel ni.


"Betul la Sir.."jawab aku..Pak jek terus gelak kuat.Suka la tu..dapat merotan,hobi ke ketagihan merotan guru bahasa inggeris aku ni.Tanpa di suruh,aku terus hulur tapak tangan aku.Pak Jek ni,tanpa belas kasihan terus merotan aku.Sakit siot..tak guna..Tapi takpa..nak balik punya pasal aku sanggup kena rotan walaupun seratus kali pun.

Petang tu jugak,waktu balik sekolah,aku tunggu Nab kat kelas.Aku sengaja menyuruh Putri balik dahulu..dan kawan aku tu macam heran ja tengok tingkah laku aku..tapi aku tak peduli.Biarkan...Setelah agak lama,Nab muncul.Hangin jugak la aku sebab Nab lambat sampai.Padahal jarak antara antara blok Akademik dengan blok Vokasional bukan jauh sangat pun.

"Hang dah nekad ka?"soal Nab.

"Mesti ar..apa hang ingat aku takut ka?eleh..takat pakgad Jo tu,sekali aku jentik dah melayang"Aku jawab dengan angkuh.Padahal dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.Takut gila..firts time weh wat benda macam ni.Aku takut sampai aku rasa macam nak terkencing dalam kain.Kemudian kami berdua sama-sama menuju ke pintu pagar sekolah.Dari jauh aku nampak Pakgad tu tengah bersembang dengan 2 3 orang budak laki yang menunggu bas kat tepi pagar tu dan semakin aku nak berdepan dengan pintu pagar,semakin aku rasa banyak gila peluh meleleh kat belakang badan aku dan aku rasa baju kurung aku dah basah.Nasib baik tudung yang aku pakai dapat la jugak melindungi kesan peluh kat belakang badan aku ni.Menyesal gila aku suruh Tini pendekkan tudung aku ni.Kalau aku biarkan tudung ni labuh melayut pun takpa.Selain dapat lindung kesan peluh,aku nampak alim sikit..Cisss..

Semakin lama,aku semakin dekat dan semakin lama aku rasa peluh keluar dari batang tubuh aku macam air paip.Sebaik saja aku melalui betul2 depan pakgad tu,tiba2 pakgad tu ushar aku..dari dia duduk terus berdiri..dia memandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Hang mai sini sat"arah Pakgad jongang itu.Habisla aku kali ni.Habis la kerjaya aku sebagai pengawas yang tak berwibawa lepas ni .Mesti aku kena lucut jawatan sebab ditangkap cuba keluar asrama tanpa izin...mAti la..
Pakgad aitu aku tengok makin menghampiri..Aku tengok Nab relax ja muka dia.Macam takdak benda yang tak best berlaku lepas ni.Sebaliknya dia menarik2 tangan aku.
Aku keliru,samada nak ikut Nab atau ikut arahan Pakgad tu.Aku dalam dilema sekarang..



Bersambung.....

Jumaat, April 22, 2011

I BELIEVE I CAN FLY: PART 2

Pagi tu,aku langsung tak ikut kawan-kawan pi dewan makan.Aku terus pi kelas.Mana tau dapat jumpa dengan Hawa.Walaupun Hawa budak Perdagangan dari aliran Teknik..tapi aku heran jugak..pasaipa la kelas si Hawa ni boleh tercampak kat bangunan Vokasional plak..sebelah kelas aku plak tu..Sebab tu la budak laki kelas aku asyik pi tandas ja..tandas laki sebelah kelas Hawa..kelas Hawa semua budak pompuan muka jambu,3 orang ja budak laki kat kelas dia..tu pun tiga-tiga depa muka jambu gak..Tengah aku dok termenung dalam kelas,tiba-tiba aku nampak kelibat Hawa,apalagi aku pun jerit panggil nama dia.

"Hah! apasal ko panggil aku"soal Hawa sebaik saja dah berdiri depan aku...

"Ooooo...hang fly semalam ek?"soal aku plak.

"Woi Wan,ko diam sikit la..kang orang dengar masak aku..yela..aku fly..nape?"soal Hawa lagi dengan pelat Ipoh dia.

"macam mana hang bleh fly wei.pakgad jongang tu tak prasan hang ka?"Hawa gelak ja bila aku soal macam tu..gelak dia makin lama makin kuat plak dah..memang kaki gelak betoi la minah pendek ni.

"Pakgad mana prasan..lagipun dah ramai-ramai kuar..bukan dia nak belek budak sorang-sorang kot..yg mana budak asrama,yang mana budak luar..pandai-pandai ar..."Hawa memberi jawapn sebelum terus tinggal aku tercengang2 depan kelas..betul jugak..awat aku tak terpikir slamani..lagipun warden pun bukan nak prasan pun kalau salah sorang budak asrama takdak..buktinya Hawa la..dia takdak warden langsung taktau..lagipun budak dorm aku suma prangai sama ja..dari ketua dorm sampai la ke biro disiplin macam aku ni..haram takdak disiplin langsung.kalau salah sorang dari budak dorm buat prangai,langsung tak amik tau..janji hang jaga aku,aku jaga hang..yang tu la ayat Si Azreen Taiping tu,ketua dorm aku yang kaki pukul tu..

Waktu rehat,aku langsung tak pi bangunan Teknik,sepatutnya minggu ni aku kena jaga bangunan Teknik waktu rehat..tapi oleh sebab aku pengawas yang tak berdedikasi,ada aku kisah?Ada benda penting lagi yang aku kena wat kat kantin.Sampai ja kat kantin,2 3 orang pengawas tegur aku,sebab tak pi bangunan Teknik..tapi aku boh layan ja..lantak pi la kalau depa mengadu kat Pak Jek..lantak pi la kalau aku kena rotan sebab tak jalankan tugas..lagipun memang hari2 aku kena rotan..dah tak rasa apa dah kat tapak tangan aku ni..Aku kena cari Nab,tapi bnyak pulak budak dok melantak..dah la semua pkai tudung,yang mana satu Nab aku pun tak perasan..lama jugak mata aku melilau cari Nab,last2 jumpa jugak..dok melantak bihun sup baik punyerr..ngan budak kelas dia..dengan pantas aku pegi dapatkan Nab...

"Woi Nab!!!!" Nab nampak terkejut tengok muka aku..awat plak dah minah ni..kena serangan jantung ka hapa ni...




Bersambung...

I BELIEVE I CAN FLY: PART 1

Macam aku bagitau kat entri yang lepas..Aku nak tulis balik cerita I believe I Can Fly ni..Tapi oleh sebab nak dapat feel nak tulis balik sambungan dia tu..aku kena buat remake balik la..hahahhahahhahhaha.....Ni kisah benaq ni..jangan main-main.




Hampir tersedak aku bila Nab bagitau dia nak keluar asrama.Angin takdak..ribut takdak..tiba-tiba ja nak jadi budak luaq pulak dah..ni mesti da yang tak kena kat dorm dia ni,kalau tak buat apa dia kalut sangat nak keluar asrama.

"Yang hang kalut sangat nak keluar ni pasaipa?hang ada problem ka dengan budak dorm hang?"Aku menyoal Nab tanda nak kepastian..Anis,Ctah dengan Putri mengangguk ja sambil menyumbat nasi dalam mulut depa..pelahap betoi kawan-kawan aku ni..tambah-tambah Si Anis tu..tak cukup nasi dia..nasi dalam pinggan aku pun dia sapu..badan maintain ramping jugak aku tengok walaupun pelahap..

"Tahun ni kita nak SPM..Aku rasa kalau kalau aku dok hostel..memang tak boleh blajaq ar..asyik sembang ja.."huiii...macam mengata aku sama ja minah ni..aku pun kuat menyembang jugak..waktu prep orang dok study..aku melalak sakan..bukan dengan orang lain..dengan depa-depa ni jugak..

"Aku dah tulis surat..satgi aku bagi surat ni kat pakcik Mat Noor..petang esok aku blah kot.."sambung Nab lagi sebelum menghabiskan makanan dalam pinggan dia..Aku diam ja..maknanya lepas ni salah sorang dari sekutu aku takdak dah kat asrama..kesunyian betul la...



*******************************



Seperti yang dikata oleh Nab kelmarin,petang tadi dia dah blah..sedih betul..nanti kalau cuti minggu balik kampung..aku menapak naik bas sorang-sorang la..kalau tak aku menapak dengan Nab..Aku rasa kekurangan gila bila salah sorang dari kawan baik takdak kat asrama..Apa dah jadi dengan Wanted Girl pasni?Aku pulak yang Emo..depa yang lain relax ja aku tengok jalani kehidupan harian depa dengan penuh sifat nakal2 manja tu..

Setiap hari dari bangunan vokasional yang mengadap dengan pintu pagar sekolah,aku tengok Nab happy ja melangkah keluaq dengan penuh semangat..Tiba-tiba aku rasa jeles la plak tengok..Nab boleh balik rumah hari-hari..sedangkan aku tak boleh..Nab boleh makan nasi mak dia masak setiap hari..aku nak makan masakan mak seminggu sekali pun belum tentu..Nab boleh tengok tv setiap hari lepas study..aku plak..lepas study tidoq ja..tak menjana minda langsung..dunia luar jadi apa pun aku tak tahu..Kadang-kadang aku rasa Nab makin cerdik dari aku..semua berita dia tau..Aku?yang aku tahu hari-hari aku ngadap muka Pak jek,kena rotan..boleh jadi kematu tapak tangan aku kalau macam ni..Bila balik dorm,aku rasa kosong..walaupun ramai orang dalam dorm..aku rasa macam aku sorang ja..dok memikiaq..mesti best dok rumah...keinginan aku untuk balik umah menebal..sampai nak menangis pun ada..

Satu malam,aku tengok salah sorang dari budak dorm aku takdak..masa tu pkul 12 malam dah..kalau tak masa la budak ni ada dah dalam dorm aku..dok menyembang..malam ni..bayang hidung mancung dia pun aku tak nampak..

"Wei,Hawa pi mana?"aku soal Suhada,budak kelas PKA2..katil dia sebelah katil aku ja..

"Dia takdak,dia pi rumah kawan sekelas dia.."jawab Suhada sambil susun buku dia dalam beg sekolah..

"Aikkk...macam mana tu?"Soal aku lagi..tak faham...

"Dia fly la...masa balik sekolah tadi,dia keluar jugak sekali dengan budak kelas dia..budak tu dok luar.."jawab Suhada lagi sebelum dia baring pejam mata dia..hampeh! takdan aku nak tanya lanjut lagi..dia dah lena...Tapi biar ar..aku dok pikir pasal budak Hawa tu..boleh plak dia buat macam tu..Pakgad tak perasan ka?Yala..budak asrama keluar sesuka hati ja masa waktu balik sekolah..takkan Pakgad makan rasuah kot..?



Bersambung...

Rabu, April 20, 2011

PERASAAN CINTA DATANG DENGAN SENDIRI..BUKAN DENGAN PAKSAAN..

Entri ni untuk seorang kawan yang aku anggap dia macam adik/kakak aku..huhuhuhu....


Sebenarnya lelaki yang aku idamkan selama ni bercirikan seorang yang kelakar,cakap banyak,manja,berambut lurus,tinggi kurus dan cool..
Tapi apala nasib aku bila aku dah jumpa lelaki jenis tu..tapi tak dapat pulak..jadi milik orang lain.Macam-macam cara aku buat..boleh kata aku dah jumpa 2 3 orang la lelaki jenis tu..Tapi still tak lekat jugak..Sehingga la aku berkenalan dengan Incik Bachok.


Masa tu Incik Bachok memang tak memenuhi kriteria lelaki idaman la..Langsung tak tersenarai ciri-ciri yang ada kat dia..Aku tak suka lelaki Kelantan dulu sebab aku rasa lelaki kelantan yang aku kenal kebanyakkan panas baran,dah tu dia tak banyak cakap jugak..langsung tak kelakar..badan plak tegap..aku memang tak suka la lelaki badan tegap..dah tu rambut kerinting plak..aku tak suka la laki rambut kerinting..Suka memaksa lagi,mulut pun boleh tahan pedih.Memang aku takleh la terima dia sebagai marka aku walaupun aku tau dia berusaha banyak jugak la nak ambik hati aku..Tapi tu la..kalau dah tak suka tu..memang tak suka la..dan Aku pulak jenis tak suka paksa diri aku untuk terima benda yang aku tak suka..Jadi aku biarkan ja..


Sehingga la satu hari..Secara tiba-tiba Incik Bachok langsung tak berhubung dengan aku melalui SMS ka..Call ka..3G ka...Webcam ka..YM ka..Diam macam tu ja secara tiba-tiba..Mula-mula tu aku rasa seronok gila sebab takdak gangguan dari dia..Seminggu berlalu..dua minggu berlalu..Incik Bachok langsung tak contact aku..Sehingga aku tertanya-tanya mana la mamat ni pi..Kalau tak hari-hari aku terima mesej dari dia..hari-hari dia Webcam dengan aku...Sampai la aku sedar yang aku mula rindu kat dia..Rindu dia SMS aku..Rindu dengar suara dia..Rindu tengok dia senyum kat aku..Rindu bila dia marah sebab aku lambat jawab panggilan dia..Rindu bila dia paksa aku panggil dia darling..Rindu bila dia panggil aku sayang walaupun berkali-kali aku bagi amaran jangan panggil aku sayang..Rndu dengar suara cemburu dia bila aku bagitau dia aku keluaq dengan lelaki lain..Pendek kata semua benda yang buat aku rimas selama ni aku jadi rindu plak..Lama-lama baru aku sedaq yang sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan lelaki yang aku rimas sekali selama ni..Hari-hari aku tunggu panggilan dia sehingga la satu hari tu..Dia call aku balik..Rasa seronok bukan kepalang lagi..Aneh kan bila orang yang kita tak suka selama ni tiba-tiba kita jatuh cinta pulak kat dia..

Sebab tu la aku cakap..Cinta memang tak boleh dipaksa..biar dia datang sendiri secara natural..Baru kita tau betapa indahnya cinta tu..
Huhuhuhuhu..



Pesanan ni aku nak ingatkan pada sesiapa sahaja yang ada masalah macam aku dulu..Jangan paksa diri bercinta dengan orang yang kita tak suka...Biarkan ja...Tak kira la sebaik mana pun lelaki tu..kalau kita tak suka dia..jangan paksa..jangan hanya sebab kita kesian kat dia..kita pun bercinta dengan dia..Rasa tak adil bila kita dalam diam merana sedangkan dia pulak happy sebab dia ingat kita suka kat dia..


Dan satu lagi..bukan semua yang kita idamkan kita akan dapat..Sebab kadang-kadang benda yang kita tak suka tu la yang jadi jodoh kita..Jadi hargailah apa yang ada kat depan mata kita..Takut bila hilang secara tiba-tiba,dan kita mula sedaq yang kita sebenaqnya suka kat dia..Menyesalkan pun tak guna dah....


Dan Solat Istikarah adalah jalan terbaik untuk rungkaikan segala kucar kacir yang melanda hati kita...

Rabu, Januari 19, 2011

MAK DAN KEGANASANNYA YANG BAWA BANYAK KEBAIKAN

Sekarang ni aku tengok,tahap budak-budak remaja melawan cakap mak depa..siap pukul balik mak depa bukan main tinggi lagi..Bukan takat budak sekolah rendah sama sekolah menengah ja..yang dah kahwin beranak pinak pun bukan kemain lagi tunjuk lagak samseng kat mak depa..Aku rasa Ah Long Bukit beruntung pun tau hormat mak depa..haiyya..

Yang si mak pun satu hal..anak macam tu disayang-sayang lagi...kasih pada anak punya pasal..anak terajang pun kira halal je kan...haaaa...kasih anak pun pun pada-pada la makcik..huii...
Tapi aku bukan nak cerita pasal mak orang..aku nak cerita pasal mak aku.Dari kecik sampai besaq,benda yang paling aku takut sekali kat mak aku ialah bila dia jegilkan mata dia..gila seram baiii..Mak kalau marah..dia punya suara..kalah orang yang berucap guna mikrofon.
piuuu..piuu..piu...dia kasi punya..Ingat mak aku kemetot mak aku tak ganas?Kalau la mak aku masuk gusti..habis kalah semua ahli gusti yang ada..hahahhahahahhahaha..Walaupn mak aku suka melawak,mengusik..buat lawak bodoh bangang dia..tapi time dia serius..huiii...takut nyahh!! berbeza gila dengan abah aku yang lembut dengan anak-anak.


Masa time aku kecik-kecik dulu..aku asyik rasa penampar mak aku ja..Umum semua dah tahu betapa ganasnya aku masa kecik-kecik dulu kan..gila aktif sampai orang cakap aku ni pompuan ka jantan..lain macam punya aktif..Panjat pokok,msuk bendang,kayuh basikal sampai maghrib.Samapai habis comot-comot baju aku..kotoq muka aku..kaki berdarah..muka dah makin ceme..Balik ja rumah,aku tengok mak dah berdiri depan pintu..

"Miraa!!!! hang buat apa???!!!"

Bergegaq rumah aku dengan dia punya perrtanyaan..Tak jawap ja..Pang!!!! pap!! pap!! pap!!..Nah amik hang..dua dua belah muka aku kena penampaq..macam tangan dinosour daa yang tampaq aku..Gagap jugak barang sejam dua..Tu dia mak aku punya penampaq kan..gila babeng sampai la dok rasa lagi dia punya pedih kena penampaq.Haa..buas lagi kan masa kecik..mau tak kena tampaq.


Nah..rasakan penampaq manja gue!!



Aku jugak masa kecik-degil gila punya degil..ketegaq nak mampuih..apa yang mak aku larang,aku buat jugak..kenapenampaq berkali-kali tak jalan..jadi dia balun plak dengan tali pinggang.Aku ingat lagi,aku pernah makan ais-krim diam-diam tanpa pengetahuan mak aku.Aku kan masa kecik-kecik dulu ada penyakit asma..Kalau makan ais ja..mesti batuk..kalau dah batuk tanpa henti..mesti la asma menyerang kan..sebab tu mak tak kasi aku makan Ais-krim..tapi aku makan gak..bila mak dapat tau..dia marah gila-gila la..mau tak marah..dah berkali-kali pesan,buat jugak.Sekali dia amik tali pinggang abah aku..dia balun betis aku..



Piap..!!piap..!! piap!!..



Tudia punya la ganas..sampai berbirat kaki aku hampa tau..Meraung sampai suara hilang.Lepas tu tak berani buat dah.Berkesan gila cara mak aku.Dengaq cakap teruih..hahahahhaha..selagi mak aku tak bagi makan ais krim..aku tak makan..tapi nakal tang lain..still buat jugak..hahhahaha..




Selain dipakaikan pada pinggang..kegunaan lain aku ialah membalun budak nakal macam miss poyo..hahhaha



Selain daripada penamapaq dan tali pinggang.Mak aku jugak ada beli rotan.Gila kena penangan rotan memang sakit gila...boleh tak tidoq malam lepaih kena,Mengigau ja.Tapi tiap-tiap minggu aku rasa mak beli rotan baru sebab aku selalu curi-curi amik rotan tu..patah-patahkan...hahahahhahahah..Pastu mak beli lain..aku curi-curi amik..patahkan jugak.Mak aku sorok la kat mana pun rotan tu..bila aku jumpa ja..haaaa..aku patah-patahkan..pastu aku bakaq..hahahaha...sebab tu kalau mak nak ajaq aku..dia main penampaq ngan tali pinggang ja..huhuhuhuhu..




Rasakan la pedihnya tubuh badan kami..Yeaah!!

Selain daripada kelakuan-kelakuan kat atas ,mak aku jugak suka pulas telinga aku..gila rasa macam nak tercabut.huhuhuhuhu..tapi ku tahan jugak labu sakitnya tu..Aktiviti mak berkurang bila aku makin membesaq..last aku kena penampor mak masa tingkatan 2.Lepas tu mak dah mula aktiviti membevel plak..mybe sesuai dengan usia aku,mak rasa membebel ialah paling bagus nak menegoq aku kan..Aktiviti tu mak sambungkan kat Mirul plak..hahahha..rasakan kau Mirull..dulu time aku..pastu turn hang plak..hahahhaah..

Tapi bukan nak puji diri aku sendiri ngan Mirul la..Kami masa kena marah..kena pukull,kena rejam kepala dalam air..(tu Mirul yang kena..hahhaha..padan muka),tapi lansung tak melawan mak..lansung tak balas balik..atau nak menepis sikit pun apa yang mak buat kat kami..Kami diam,kami takut..kami hormat..biaq la mak pukul kami gila-gila punya sakit..janji kami tak dapat menambah dosa melawan mak..sakitnya balasan derhaka kat mak lagi dasyat oii..

Tapi aku perati budak-budak la..Waah..bukan main lagi..bila mak depa nak pukul ja..tepis menepis lagi..mak tinggikan suara..depa lagi tinggikan suara depa..mak membebel ja pun,tendang habis segala macam benda yang da kat depan mata tak puas hati..

Hahahahahhaha..bodoh betul la budak zaman la aku rasa..

Selasa, Januari 18, 2011

DULU..KALAU NAK MENGAJI AL-QURAN..KENA BUAT.....

Tok aku tengah bercerita ni.sambil dia cerita,aku menaip..
hahahhahaha...


Tok kata,masa dia kecik-kecik dulu,tahun 50an,time tu negara kita tak merdeka lagi.Tok aku pi mengaji Quran kat mak sedara Tokwan aku(atau lebih senang mak sedara angkat sebab tokwan aku anak angkat jaa..).Time tu tok tak kenal Arwah tokwan,tokwan pun dah tentu takkenal tok kan..

Tok cakap nak mengaji zaman dulu-dulu tak sama macam la..Senang ja zaman sekarang..dulu agak susah..Bukan susah apa..Pukul dua petang dah berjalan ke rumah tok guruSampai ja rumah tok guru,bukan boleh mengaji dulu..Depa kena tolong angkut ayaq(dulu mana da paip..telaga ada la..),Depa kena sapu sampah...siram pokok bunga..tolong giling rempah(sekarang pakai serbuk rempah ja..hahahhahaha).Bila dah setel suma kerja,baru boleh naik kat serambi rumah,port mengaji..Tu pun bukan boleh mengaji terus,kena tunggu ramai-rami penuhkan serambi tu,baru dia suruh pakat-pakat baca Quran,Sambil-sambil tu tok guru panggil dua orang sekali mengadap dia membaca.kalau salah sebutan ja..
Piaaappp!!!!..rotan la kena kat badan..haaaa....


Zaman la tok kata..kasi duit ja kat orang yang mengajar mengaji..semua setel..Pastu petang-petang lepas sekolah.ada kelas agama plak..senangnya hidup budak-budak zaman sekarang..
hahhaahhahhahaha...

Jumaat, Disember 24, 2010

BERJUMPA CIKGU

Aku baru ja sampai opis.Aku masuk lewat harini sebab aku bawa Aloyah pi Sekolah Teknik aku dulu.Sekolah Teknik Butterworth.Aku pi sana sebab apa?Jangan dok tanya.Masa aku pi sana tadi ada la cikgu muda yang agak kerek sikit perangai,aku tanya sepatah jawab sepatah.Macam mulut tu ada batu sampai berat sangat nak jawab lebih-lebih.Entah mangkok mana tah cikgu ni..mybe cikgu baru kot sebab dari muka dia macam sebaya aku.

Then tiba-tiba seorang Cikgu berumur sikit mai..dia tegur aku..

"Mangkuk..hang belajar mana dah..??"

Wahh..mangkuk dia panggil aku.Aku cam muka dia.Tapi tak ingat nama.Tapi dia salah seorang dari cikgu yang pernah mengajar aku dulu.Aku pun jawab aku kerja TM..

"Dah jadi orang rupanya..bagus-bagus..Ni bekas student sekolah ni..budak BB (Binaan Bangunan)"Cikgu tu bagitau cikgu muda tu.Cikgu muda tu pun baru pandang aku sambil tersengih-sengih.Cissss!
Lepas tu aku tanya cikgu aku mana Pakjet.Pakjet masa time aku sekolah sini dulu adalah guru bahasa Inggeris merangkap ketua cikgu disiplin.Aku dulu hari-hari kena rotan dengan dia.Depan perhimpunan,dalam kelas,kat pejabat disiplin..kira dia rotan aku tak kira masa la.Berbirat tangan aku,kadang-kadang sampai bengkak,nak menulis pun tak boleh lepas dia rotan.Kalu sekali rotan takpa..ni sekali 20 kali..kiri kanan dia balun..Sebab aku suka buat salah.Bayangkan kalau buat ujian,kalau satu soalan salah,dua rotan aku dapat dari dia.Huhuhuhuhu..Pasal rotan ni aku dah cerita masa entri lepas..malas nak cerita..

"Dia dalam opis dia."Cikgu tu jawab sambil tunjuk pejabat Pakjet.Penolong kanan KOKO tu..wah,naik pangkat bai..takdan aku nak masuk opis dia,dia dah keluar...

"Ha..Wan Nur Amirafarhana Binti Wan Amairrudin(dia ingat nama aku tu..) pehal ko datang ni.."hohohoho..agak kasar pertanyaan dia.Tapi dah memang macam tu stail dia,kalau jenis lemah lembut punya perasaan mau bleh kecik hati gak dengan orang tua ni.Pakjet kalau marah abis mencarut keluar dari mulut dia.Tak kira laki ka perempuan ka..dia sapu sama rata dulu..

Puki ko..

pandat ayam..

pantat lu..

mangkok ayun..

hempuk muka lu..


Tu memang ayat glamer dia la kalau marah budak-budak dulu.Tapi dia baik..suka tolong orang.Cuma perangai dia ja macam tu..Kalau tak kerana dia,aku tak la berjaya jugak la kan,..Sebab takmau kena rotan,aku belajar jugak bersungguh-sungguh..tapi nak buat macam mana,otak aku bukan pandai..dimaafkan la kalau pencapaian sederhana ja..hahahahahhahaa..

Jadi aku bagitau tujuan aku kat dia.Dia cakap bagus.Dia tengok Aloyah.dan dia cakap..

"Ada can budak ni nak kena hempuk dengan aku macam ko dulu.."

Hahahahahahaha..Sir nak hempuk pun hempuk la si Aloyah ni..aku tak kisah langsung.Biaq dia rasa apa yang aku rasa dulu..hihihihi..
Dan jugak Pakjet amik nombor henset aku tu.Papehal dia cakap boleh contact.hahahaha..
Ada lagi cikgu lain yang kenal aku lagi lepas tu..

"Budak kelam kabut ni ka..haaaa..cakap banyak sekali..nakal jugak ni.."Seorang cikgu lagi kata bila nampak aku..
Apa?ingat budak pandai ja terkenal dikalangan Cikgu-cikgu?Mangkuk hayun macam aku ni pun cikgu-cikgu kenal pa sampai la..
hihihihi..

Isnin, Disember 20, 2010

AKU DAN MOTOR

Masa aku mula-mula dapat lesen dulu,benda first yang abah tanya aku ialah nak motor apa?
Hahahahaha..bukan nak ucap tahiah ka..apa ka..terus tanya aku motor apa aku nak.Padahal aku baru dapat lesen L ja pun.Jadi oleh sebab aku taktau pasal motor-motor ni,jadi abah pun bawa aku pi kedai motor.Sampai ja kat kedai motor,aku jadi tak keruan.Bukan sebab ada mamat hensem ka..hapa ka..sebab banyak asangat jenis motor,jenama..ahh!! susah betul buat pilihan.Time tu adik aku dok tunjuk-tunjuk motor 125.Gila ka aku nak naik 125...hahahah..macam la aku rempit sangat.Mak plak berkenan kat LC...beria ja suh aku pilih tu.Kalau aku amik motor tu,sah-sah mak yang naik sakan..wawawawawa..
Dan abah plak dok suruh aku ambil motor jenis skuter.Sesuai dengan aku perempuan ni..macam la perempuan sangat.Pening punya pening dok pikir nak ambik motor apa,lasy-last aku ambik motor Kriss 100.Hahahahahahaha..tak rock lansung adik aku kata.

Tapi dengan motor tu la aku harungi bersama-sama dalam hujan mahupun panas.Aku dah pi merata dengan motor tu.Pi praktikal dengan motor tu,pi kelas dengan motor tu,tapi bukan bertahun-tahun pun..takat 6 bulan ja..hahahah..lepas tu MIRA pun muncul dalam hidup aku.Macam kera dapat belacan,aku asyik bawa MIRA ja..Masa aku dok rumah sewa time belajar dulu,dua-dua kenderaan tu aku bawa sekali..Tapi kawan aku yang dok bawa motor tu pi kelas,aku naik MIRA ja..Lepas tu..aku tak bawa dah Kriss tu..





Beberapa tahun kemudian,satu pagi..
Aku naik motor kriss ni pi klinik ambik MC...
hahahahhahha...
Dan teruk sekali ialah,balik dari klinik..hujan turun lebat gila..
hahahahhahahahha..
Tu la..tak pernah-pernah dah nak naik motor tu..tiba-tiba naik..
Mau tak hujan..hhahahahaha
Padan muka aku!!

Kalau nak tahu..aku pandai bawa motor sejak aku umur 9 tahun..siap wiley(betul ka ejaan aku ni?) lagi..Sepupu aku yang dok kat belakang jatuh terduduk..hahahhahahah..Gila betoi..
Sekarang ni..kedudukan signal pun aku dah tak ingat..nak guna signal..rupanya tu adalah hon..
hahahhahahhaha..teruk betul la..




Errrr..saya bukan la Kriss 100 yang dimaksudkn Miss Poyo yerr..Saya model ja dalam blog ni..

Rabu, Disember 15, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH:WATAK-WATAK PENTING EPISOD 1 - KELUARGA NON

Selalu aku dok cerita pasal hari ini dalam sejarah je kan..
Kali ni aku nak tunjuk wajah sebenar watak dalam hari ni dalam sejarah..
Ada dua episod ja pun untuk spesial edition punya cerita ni..
Selamat berrkenalan..



Yang sedang memangku budak lelaki tu adalah Maz,budak perempuan dibelakang tu adalah Idah manakala sebelah Idah tu adalah Lie.Abaikan budak perempuan menghisap jari tu yerr..

Ini aalah gambar Non bersama Ma dan dua dari 6 anak mereka,Ziah dan Kri..



Ini anak sulung Non dan Ma,Jie...
Pada episod akhir specialedition kita akan berkenalan pulak dengan Family Cik Ah
Chow!!


HARI INI DALAM SEJARAH:SUAMINYA ARAB..TAPI SUAMINYA....OH TIDAK..!

Semua orang tau,Cik Ah ada seorang suami berbangsa arab campur melayu.Tapi takdak siapa pun pernah lihat suami Cik Ah tu termasuk Bariah.Dah macam-macam Bariah dengar mengenai Cik Ah sejak dia mula bekerja sebagai tukang sapu sampah di sekolah tu.Cik Ah bini no dua la.Laki Cik Ah ada 4 bini la..Laki Cik Ah rajin balik Madinah la..macam-macam.Dan Bariah pulak yang jenis bizi body ni selalu ja menepek dekat kantin sekolah,sebab Cik Ah merupakan tauke kantin sekolah.Tapi bila dia hendak bersembang lanjut pasal family Cik Ah,dia rasa malu pula.Yela,dia baru sahaja masuk bekerja di sini 5 bulan.Tu pun atas bantuan abang iparnya,Pak Non.



Satu petang,selesai sahaja kerjanya menyapu,Bariah melepak di atas bangku dibawah pokok rambutan berdekatan dengan padang sekolah sambil melihat abang iparnya itu sedang mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh dalam pasu bunga.Sejak bersara sebagai askar British dan pulang dari Singapura,Pak non menjawat jawatan tukang kebun sekolah pula.



"Abang Non,pernah tengok laki Cik Ah dak?"Soal Bariah tiba-tiba.



"Dak pun.."jawab Pak non ringkas.



"Dengar kata laki Cik Ah orang arab..betoi ka?"Soal Bariah lagi.



"taktau.."Jawab Paknon lagi.



"Dengar kata Cik Ah bini no dua.Laki dia ada 4 bini,betoi ka?"Soal Bariah lagi walaupun dia tau sikap dingin abang iparnya tu.



"Dia la kot..."jawab Pak Non sambil melangkah pergi meninggalkan Bariah.Banyak kerja lagi dia nak buat daripada melayan mulut Bariah yang macam burung Murai tu.

Kecewa dengan sikap dingin abang ipar dia,Bariah segera melangkah pergi ke kantin.Nak menghilangkan dahaga.Nasib dia baik bila dia ternampak Cik Ah sedang berehat di bangku panjang kantin sambil menyedut rokok daun.Aiikk..selamba badak orang tua ni hisap rokok dalam kawasan sekolah.Nasib baik time tu bukan time rehat bagi pelajar.Dengan segera Bariah menghampiri Cik Ah.

"Kak Ah buat apa tu?"Soal Bariah sambil mengambil tempat disisi Cik Ah.Cik Ah yang mulanya terkejut dengan kehadiran Bariah secara tiba-tiba tersenyum.

"Aku tunggu Men ni haa..takmai lagi plak nak amik aku"jawab Cik Ah sambil menghembuskan asap rokok daunnya.Heran plak Bariah.Selalunya time ni Cik Ah tak balik lagi.Dia akan turut sama mengemas dengan pembantunya bia kantin nak ditutup.Tapi ini hari,Cik A balik awal plak.Tapi peduli apa Bariah.Dia nak selongkar cerita lain sebenarnya.

"Kak Ah,ceq dok tengok hari-hari Kak Ah balik Men yang ambil.Takpun anak yang nombot dua tu..apa nama taktau..."

"Ajonn..."Kak Ah segera bagitau nama anak keduanya bila Bariah menunjukkan ciri-ciri taktau nama anaknya tu.

"Haa..Ajon..tapi kan ceq tak pernah tengok laki Kak Ah mai amil Kak Ah.."Bariah memulakan bicara.Cik Ah hanya tersenyum.Dah agak ah,adik ipar Pak Non yang nampak macam busy body ni memamng mesti akan tanya benda-benda camni punya.Hampeh betul la.

"Awat hang teringin nak tengok laki aku ka?"Soal Cik Ah sambil ketawa.Padahal dalam hati bengkek gila.Melihat respon baik punya dari Cik Ah.Bariah segera bertanya lebih lanjut.

"Ceq dengaq la..depa dok sembang..Laki Cik Ah arab..sungguh ka.?"

"Hala..arab la laki aku..mak dia arab Madinah,bapak dia melayu Pattani."Jawab Cik Ah sambil menggulung daun tembakau.

"Tu ka??arab ni mesti segak laki kak Ah kan?"Soal Bariah teruja.Mendengar soalan Bariah tu,Cik Ah segera ketawa mengekek lucu.

"Hala..tinggi lampai..badan tegap..kulit putih merah..mata bercelak.."Cik Ah memulakan cerita pasal laki dia sambil tergelak-gelak sementara Bariah pulak mendengar dengan rasa kagum.Tak sangka Cik Ah ada laki sehensem tu.Belum sempat Cik Ah menghabiskan ceritanya Men pun sampai.Hampa jugak hati Bariah takdan na dengar sampai habis cerita sehingga la Cik Ah bagitau mybe satu hari nanti laki dia sendiri yang akan menjempuntnya balik.Bariah teruja.Tak sabar nak tengok laki Cik Ah.


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan.Bariah tengok yang menjemput Cik Ah hari-hari adalaha anak-anak dia ja.Sehingga lah satu hari Bariah nampak sebuah kereta toyota Corrola kaler putih tiba-tiba muncul depan perkarangan kantin sekolah.Tahun 80an,itu time sapa pakai kereta Toyota kira hebat la.Kagum dengan kereta tersebut,Bariah segera ke kantin.

"Kak Ah..kereta sapa ni?Selalu Ceq tengok kereta Men ja.."Soal Bariah sebaik saja menghampiri Cik Ah.Selalu dia nampak kereta merah milik Men ja.Tah jenama pa..tak stail langsung.Ni baru stail.

"Ni kereta laki aku"jawab Cik Ah sambil tersenyum.

"Yaka??mana laki Cik Ah??"Soal Bariah teruja.

"Dia pi bilik aiq sat..satgi dia mai la.."jawab Cik Ah sambil memasukkan barang-barang kedalam bonet kereta laki dia.Bariah turut membantu.Nak ambil hati sebab hari-hari dapat makan free.

"Haa...tu laki kak la tu"Tiba-tiba Cik Ah bersuara sambil menunjuk pada laki dia.Bariah segera beralih melihat dalam teruja.dalam fikiran dia mesti muka laki Cik Ah macam orang putih..tapi...

Orangnya tinggi lampai,badannya sasa berurat-urat di lengan,tapi orangnya bukan putih pun..tapi hitam..ya..hitam macam orang negro..itu yang Bariah nampak.

"Hensem tak laki kak?"Soal Cik Ah.Laki Cik Ah nampak terpinga-pinga.Dengan soalan bini dia tu.

Baru Bariah tau.Kalau orang Arab tak semestinya kulit putih,hidung mancung dan mata bercelak.Orang arab jugak ada yang berkulit hitam.Contohnya sahabat Nabi,Bilal Bin Rabah.
Ketika itu,badan Bariah lemah longlai..
Huuuuuuuu.

Rabu, Disember 08, 2010

AKU KENA SAMAN..HAPPYNYA AKU..HAHAHAHHAA(MENTAL SEKEJAP)

Beberapa hari yang lalu..(cilaka..ayat macam karangan daa.),Paklong aku yang merupakan bang pulis ada contact aku.Katanya sikalang kalau sapa yang ada saman ekoq,kalau nak bayar..akan dapat diskaun 50%.So beliau minta la no plat kereta aku,abah aku dan jugak kereta paksu aku.Dia nak cek tengok kot-kot la kami ada terkena speedtrap ka..Walaupun beliau bukan seorang pulis trafik,tapi beliau tolong jugak cek atas dasar kekeluargaan..cewaahhhh!

Taksat tadi..Paklong call aku.Katanya abah aku sama paksu aku takdak satu pun saman ekor..tapi aku ada satu..huuuuuuuuuuuuu!
Time bila plak aku kena saman ni..aku sekarang dah jadi pemandu berhemah..macam mana plak leh kena.Cibai!!
Aku pun tanya Paklong aku.Paklong aku kata saman ni aku kena masa tahun 2008.Wahhh..itu jam time aku muda-muda belia jiwa kacau lagi tu.Memang patut la kena saman kan..Huuuu!
Time tu time dengar lagu metal ja..terjerit-jerit macam setan lagi bila menyanyi..Time tu jiwa remaja aku bergelodak.Pantang orang potong sikit MIRA aku,mula la darah naik menyirap.Itu time jugak aku ligan kereta tu balik.Tambah-tambah kalau kereta jenis exzos besaq tapi enjin standard takpun kereta hias bagai nak rak..tapi bila bawa laju sikit semput macam kena asma.Time tu jugak..jumlah aku kemalangan memang tinggi samapi abah aku rasa macam nak humban aku dalam sungai ja..
hihihi..
Time tu,balai polis Butterworth punya geng abang pulis memang dah kenal aku dah..asyik wat report ja..

Antara kenderaan yang pernah merasa body mantap MIRA aku:

1.Encik Treler..
Time tu..wa ada lasa sikit sakit sama wa punya bilakang..sekali tengok..ada kancil langgar wa punya buntut maa..
2.Mr.Harrier


What the fish this small car..berangan nak jadi Ferrari..bawa kereta laju-laju tiba-tiba berhenti secara mengejut..!#$#!@&..

3.Abang Honda Petak
Takat gua Honda petak ni..Cik Mira kita buat main lambung-lambung jek..
4.Pakcik basikal


Pakcik dah tua nak..hang boleh langgar pakcik noh..sadis gila..



Ahhh!!
Lupakan kisah lama..!!
Kenapa baru hari ni aku dapat tau yang aku ada saman ekkoq dua tahun yang lalu..
Kenapa!!!
Dah la aku tengah nazak bulan ni..
Lari bujet la baiiii!!
Waaaa!


PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!