Filem ni mengisahkan 5 orang yang tak kenai antara satu sama lain tiba-tiba ja terperangkap dalam satu lif nomboq 6 dalam sebuah bangunan.Lima orang yang terperangkap tu ialah seorang abang guard yang baru start kerja kelmarin(dalam filem tu la..hahahahhaa),perempuan tua yang menjengkelkan,perempuan muda yang kaya,mekanik bermuka misteri dan seorang jurujual.
Abang guard yang baru start kerja kelmarin
Mekanik bermuka misteri..
Jurujual
Kelima-lima orang ni yang nak pi ke tingkat yang berbeza tiba-tiba ja terperangkap dalam lif dimana lif depa yang tersangkut ni disedari oleh dua orang pakgud bahagian jaga CCTV.Dua orang pakgud ni,seorang pakgud tua yang mybe pencen kerejaan dan jugak pakgud muda berbangsa Mexico yang alim.Bila depa tengok lif 6 yang kelima-lima orang ni naiki tersangkut.Depa pun terus la pi hubungi juruteknik bangunan supaya pi tengok la keadaan lif tu kan..
Masa tengah tunggu juruteknik depa pi repair..tetiba ja pakgud mexico yang alim ni nampak benda pelik dalam lif tu..tapi bila pakgud tua tengok takdak pa plak..(biasa la tu adegan ni mana-mana filem seram pun ada kan..Tiba-tiba lif tu tergelap sat..bila menyala balik lampu,perempuan muda yang kaya tu cedera..So,dah ada orang yang cedera..jadi pakgud tu pun hubungi bang polis la..dua orang detektif yang kebetulan ada kat bangunan tu dok siasat kes orang jatuh dari bangunan yang sama..Depa dok misteri jugak..sama da orang tu bunuh diri,terjatuh ataupun ditolak..
Dari kiri : bro detektif,detektif mati bini(hero),pakguard tua dan pakguard Mexico yang alim
Dan bila kedua orang polis tu bersama dua orang pakgud tu dok dalam bilik CCTV tu..depa dapat lihat la kejadian misteri bilamana setiap kali lampu dalam lif tu terpadam ja..mesti salah seorang dari kelima orang tu mati..Syak salah seorang dari lima tu adalah penbunuh.Inspector tu pun siasat la latar belakang depa.Bila dia siasat punya siasat..baru dia dapat tau kesemua lima orang tu ada latar belakang yang buruk..Ada yang pernah bunuh orang,samseng,pernah tipu orang,pukul orang,mencuri..merompak..Tudia..nampak macam baik ja ketika-tiga ni..Rupanya jahat gila..
Jadi si polis ni mula cari motif kenapa depa nak bunuh antara satu sama lain sedangkan pakgud mexico yang alim tu pulak punya kepercayaan yang lain.Katanya mybe setan mahu hukum depa atas kesalah yang depa buat,sebab tu setan bunuh depa sorang-sorang supaya dapat masuk neraka sekali dengan dia..
Mula-mula polis tu tak percaya..bila dia dah lihat macam benda aneh jadi contohnya bomba dan penylamat takleh nak buka itu ini..dengan technician bangunan tu mati terjatuh masa nak selamatkan depa lagi dan last sekali bila salah seorang mayat tu bangun dirasuk setan..depan mata polis tu dengan yang lain..baru dia percaya cakap pakgud alim tu..
Tapi macam biasa la..mesti salah seorang dari 5 orang tu hidup punyala..hahahha..yang hidup last sekali mekanik tu la sebab last sekali dia mengaku dosa dia pernah langgar lari yang kebetulan bini polis tu..lepas dia mengaku dosa dan minta ampun daro tuhan dan redha kalau dia mati masuk neraka sebab apa yang dia buat dulu..last-last setan tak jadi bunuh dia..macam tu plak...huhuhuhu..
kat bawah ni ialah trailer filem DEVIL..
P/S: Sebab tu la aku cukup fobia naik last..Wah!!! pecah rahsia aku..tapi aku takut naik lif sorang-sorang bukan sejak tengok filem ni..dari kecik lagi..wakakkakaka..nampak relax..dalam hati..ayoyoyo...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan