Selasa, Oktober 25, 2011

ISTIMEWA DEEPAVALI : RAMAYANA( HIKAYAT SERI RAMA)

Tajuk kat atas tak bleh blah gila..macam rancangan TV3 plak..istimewa hari raya..istimewa tahun baru cina..istimewa krismas..istimewa deepavali..hahahahhahha...






Bersempena dengan Deepavali ni..aku nak cerita sikit pasal Ramayana atau dalam bahasa melayu dia bermaksud perjalanan Rama.Sebab dari dulu lagi kalau Deepavali ja,mesti ada cerita pasal Ramayana..tak kira la filem ka..kartun ka..janji cerita pasal Ramayana la..tentu sekali banyak tertayang kat TV2..hahahahhahaha....Walaupun aku dok tengok Ramayana ni..Akidah aku ok lagi..jangan pikir bukan-bukan..Sebab kat wayang kulit pun buat tau cerita Ramayana ni..cuma diubah ikut acuan melayu wokeyyy...








Dari kiri..Lakhsman,Rama dan Sita Dewi.Yang melutut menyembah tu Hanuman.









Hikayat Ramayana ni ada 7 kitab semuanya..iaitu :


1.Balakanda
2.Ayodhyakanda
3.Aranyakanda
4.Kiskindhakanda
5.Sundarakanda
6.Yuddhakanda
7.Uttarakanda



Tudia..gila banyak..mesti jalan cerita panjang gila..Takkan aku nak buka kitab satu demi satu nak cerita kan..aku nak cerita simple-simple sudah la..hahahha..Cerita Ramayana ni lebih kurang macam cerita Journey To The West la..Ala..yang pasai Wukong bersama kawan dia yang muka babi dengan sorang lagi tu apa nama tah..nak bawa tok sami pi ke arah barat tempat kelahiran Gautama Buddha tu..Macam-macam halangan jadi kat depa..Macam tu jugak la dengan kisah Ramayana ni..Cuma dalam Ramayana ada kisah cinta menyayat hati..cewahhh!!







Ramayana ni mengisahkan seorang Raja yang memerintah Ayodhya bernama Raja Dasarata.Raja Dasarata ni mempunyai tiga orang permaisuri.Permaisuri pertama bernama Dewi Kosalya,Permaisuri kedua bernama Dewi Kekayi dan permaisuri ketiga bernama Dewi Sumitra.







Bersama permaisuri Kosalya,maka lahirlah seorang Putera bernama Rama.Putera Rama ni dikatakan avatar(penjelmaan) kepada Dewa Wishnu yang telah dirancang untuk menghapuskan Ravana iaitu Raja Syaitan yang dikatakan amat jahat gitu..Jadi bila Dewa Wishnu ni masuk dalam badan Rama..mybe senang nak kalahkan Ravana kot..Lebih kurang macam tu la..hohoho..






Bila Rama besaq,Rama mengahwini Sita Dewi yang dikatakan teramat cantik gila-gila punya la.Dan Dasarata pun bercadang nak mengangkat Rama jadi pengganti dia sebagai Raja la bila dia mati sebab memang Rama yang selayaknya sebab dia kan anak ketua permaisuri gitu.Tapi rancangan Dasarata dihalang permaisuri kedua iaitu Permaisuri Kekayi sebab dia nak anak yang bernama Putera Barata tu jadi Raja.Lepaih tu dia minta pulak Dasarata membuang (betoi ka ayat aku ni?hahaha) ke dalam hutan selama 14 tahun..Eleh..takut la tu..dah la nak ambik takhta si Rama..Lepaih tu nak si Rama hidup dalam buangan plak..takut kena serang kerr...Dan Raja Dasarata ni pada pikiran aku takmau kecog-kecoh(orang berbini 3 mcam tu la...) pun ikut la kehendak bini kedua dia tu.Sebagai seorang anak yang patut,Rama pun ikut la kehendak bapa tercinta.Dan untuk menunjukkan beliau bini yang setia dan taat,Sita Dewi pun rela jugak ikut sekali laki dia tu dan anak kepada permaisuri ketiga yang bernama Lakhman pun ikut sama jugak sebab dia baik gila punyala dengan abang sulung dia ni walaupun depa berlaianan mak..Putera Barata takmau takhta tu..tapi bila Rama pujuk dia suh dia ikut cakap mak dia..Maka dia pun ikut jugak la..Walaupun tak rela..Baguih la depa adik beradik ni noh..Dan akhirnya Raja Dasarata pun mati akibat kecewa sangat dengan keadaan yang berlaku dan kerinduan dia pada anak sulung dia tu.....Huuu!! tragik gila..







Lukisan dinding menunjukkan Sita Dewi di kiri sekali,Rama (kaler biru) dan Lakhsman.





Semasa tinggal dalam hutan,tanpa di sangka..adik perempuan kepada Ravana terberkenan la plak kat si Rama ni.So beliau pun dengan ilmu yang ada menukaqkan la wajah dia yang huduh tu kepada rupa pompuan yang cantik nak goda si Rama ni.Tapi apakan daya kan..Si Rama ni menolak godaan adik Ravana yang bernama Surpanaka ni..Dan bila dapat tau Surpanaka ni ada niat jahat..Si Rama pi potong hidung dia..hahahahahahhaa..agak lawak disitu ya..hahahahahahahha..gila lawak..kena potong hidong plak..So,sebab kecewa dan marah,Surpanaka ni pun mengadu domba la kat abang dia kan...Si Ravana tu..Marah adik dia diperlakukan sebegitu rupa..Ravana pun apa lagi..Nak balas dendam la..Suparnaka plak dok hasut abang dia kata si Sita Dewi tu cantik plak..Ravana pun ada niat jahat yang lain plak la..Nak berbinikan Sita Dewi plak dah..Adoyaiii...!







Dipendekkan cerita la..selepas saja Sita Dewi diculik oleh Ravana selepas Rama pi berburu kijang emas untuk Sita Dewi(padahal Kijang Emas tu adalah geng Ravana),Rama bersama adik dia Lakshman tu pun pi mengembara la..nak mencari Sita Dewi dan bertemu dengan Hanuman..Nak kata beruk pun dak..nak kata orang pun dak.macam Wukong la senang cerita..hihihi...Dengan bantuan Hanuman,Akhirnya depa pun sampai la ke Pulau milik Ravana.





Adegan Ravana menculik Sita Dewi..Fuyooo..ganas tuh..







Lawan pi lawan mai..last-last Ravana pun dibunuh oleh Rama.Dan bagi menunjukkan diri dia tak disentuh oleh Ravana sepanjang dalam tahanan,Sita Dewi rela bakaq diri dia sendiri dan diri dia sikit pun tak terbakaq..tu maknanya dia suci lagi la dari digauli(hahhahaha) oleh si Ravana yang jahat tu.Dan bagi meraikan kemenangan Rama mengalahkan Raja Syaitan yang jahat itu..Maka perayaan Deepavali diadakan...










Lukisan menunjukkan Sita Dewi membakar diri beliau bagi menunjukkan kesucian beliau terjamin











Maksud Deepavali ni ialaha pesta cahaya..Dipercyailah yang rakyat Ayodhya menyalakan pelita di sepnajang jalan ke istana untuk meraikan kepulangan Rama,Sita Dewi dan Lakhsman.Sebab tu wujudnya perayaan Deepavali lepaih tu..Dan Putera Barata pun serahkan kembali Tahkta kepada Rama sebagai menghormati abang dia tu..Maka Rama pun memerintah Ayodhya dengan adil dan saksama serta bijaksana..heee!!





Majlis conoration Rama dan Sita Dewi.





Dibawah ni ialah kartun Ramayana yang pernah aku layan kecik-kecik dulu..hahahhahhahahhahahhahahhah...Apa ingat aku layan Cinderella ja ka?hahahahha..









Layan la sampai termuntah..muahahhahahaha...






Sampai la aku dok heran..awat warna kulit Rama kaler biru??Hmmmm..pelik betoi la...

3 ulasan:

Dustin89 berkata...

bagus, byk info

K.NA'SH SEKHAR berkata...

Maaf kalau menganggu..Ramayana bukannya usul Hari Deepavali kerana ia datang selepas Dinasti Raja Rama..Maka Deepavali wujud pada Dinasti Dewa Krishna iaitu selepas jelmaan Raama,,memeng rakyat Ayodhya menyambut kepulangan Dewa Rama dan Sita dengan penyalaan pelita..tetapi Deepavali muncul disebabkan hasrat terakhir seorang Raja jahat selepas di tawan Putera Krishna; di mana dia mahu dosanuya "diampunkan" dengan "meraikan".. Sekian yer :)

Mrs Poyo berkata...

Owhhh..gitu...
Terima kasih atas info anda K.Na'sh Sekhar....:)

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!