Jumaat, April 13, 2012

FRIDAY THE 13TH, MACAM MANA IA WUJUD?





Masa zaman aku budak-budak remaja dulu la....Aku memang suka layan filem-filem seram dan ganas..filem hantu-hantu kan..Sesuai la dengan jiwa aku yang time tu agakagak angker sikit kan..hahhahaha..Antara filem yang aku minat dan simpan koleksi dia ialah filem bersiri yang bertajuk Friday Night The 13th.Filem ni pasai sebuah summer camp yang diberi nama Crystal Lake Camp yang dalam satu malam ja iaitu pada 13hb (bulan berapa aku taktau la..) yang jatuh pada hari jumaat tetiba ja diserang oleh pembunuh bersiri yang memanjang ja pakai topeng muka sambil membunuh dengan ganas.Dan mangsa-mangsa yang dia dok bunuh tu ofcoz la budak-budak remaja yang tengah romen dalam hutan tepi tasik..hahahhahahahahhaahhahahha..





Huaaarrgghhh!! Katok kapla dia!!! 




Tak silap aku ada 6 siri filem ni dikeluarkan pada tahun 80an then pada abad ke 21 ni..ada banyak jugak sambungan filem ni diabuat..tapi lagi ganas dan lagi banyak adegan romen-romen..hahahahhahahha...
Sebenarnya aku dok cari punca jugak la..pasaipa la Si penerbit ni keluarkan filem yang bertajuk Friday Night The 13th..Awat tak bubuh tajuk lain ka...Jason The Killer ka..(Jason adalah nama pembunuh tu),Bad teenage Going To Die ka..Crystal Lake Killer ka..Ok la jugak kan..kena dengan jalan crita dia..Ni tajuk Friday Night The 13TH..Apa  barang kan...So aku tak puas hati punya pasal..aku pun siasat..hahaha..Siasat-siasat punya siasat baru aku tau satu cerita..

Dalam budaya orang putih la..Nombot 13 adalah nombor yang dikatakan malang la..berbanding nombor 12 yang dikatakan nombor yang sempurna sebab nombor 12 menunjukkan banyak benda yang baik la bagi depa contohnya setahun ada 12 bulan,lepaih tu ada 12 orang dewa ataih gunung olympus,12 Kabilah Bani Israel dan 12 orang sahabat setia Jesus.Dan bagi bangsa kafir ni pulak..Hari jumaat adalah hari malang bagi depa..Manakala Hari Ahad plak macam penghulu segala hari la..Apada..Hari jumaat hari malang plak..Hampeh betul depa ni..kalau dalam Islam..Hari jumaat la penghulu segala hari kan....Sebab tu jangan la percaya dengan Dakyah kapir-kapir ni kan..Macam ustazah plak..hahha..Cayalah..!

12 Dewa Olympia



Dan bila nombor malang bertemu dengan hari yang malang..Maka bertambah malang la bagi depa kalau hari dan tarikh ni muncul..Jadi sejak dulu lagi..memang depa ni kalau hari Jumaat the 13th ni..depa takkan jalankan perniagaan,bisnes-bisnes dan kalau nak bergerak jauh ka..nak pi berjalan-jalan ka..depa takkan buat pada Jumaat The 13th ni..(pehal plak campoq bahasa melayu dengan Inggeris ni..?hahaha)..Tajuk malang datang menjemput depa plak kan,....


So,untuk melakukan filem depa di pasaran,bagi pendapat aku la..depa pun buh la tajuk filem tu Friday Night The 13th kan..bila orang dok baca tajuk filem tu yang macam agak malang-malang tu  kan..orang pakat pi tengok la..hikhikhikhik..


Hari ni adalah hari Jumaat The 13th..Jangan la dok percaya sangat dengan benda-benda macam ni..dok kata hari ini hari malang..Khurafat la ni..Ni kepercayaan orang kapiaq tahu..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!