Isnin, April 23, 2012

PILIH ANTARA DUA..HAPUSKAN INTEREST PTPTN OR HAPUSKAN PTPTN TERUS...?

Kadang-kadang aku rasa orang yang belajar tinggi-tinggi sampai peringkat ijazah,master n PHD bgaikan ada jugak bodohnya...
Macam kes Demo untuk hapuskan PTPTN tu..aku rasa orang yang sertai Demo ini adalah orang yang bongok tahap bingai apa semua  sebab tau nak berdemo ja tanpa kaji dulu apa akan jadi bila PTPTN dimansuhkan..

Macam kata kawan aku Ida..si peminjam PTPTN yang tegar bersama husbandnya ketika zaman belajar depa dulu la..(maaf la Ida..aku terpaksa cakap hang peminjam yang tegar sebab aku rasa la ni pun hang sambung blajaq pinjam lagi kan?hihihi)

"Aku rasa depa ni bodoh la..mesti tak dapat kerja lagi..meroyan..kalau buat demo supaya hapuskan interest PTPTN takpa jugak,aku setuju sangat..ni suruh hapuskan teruih PTPTN..bingai.."


hahahaha..Aku rasa tak lama lagi yang buat demo tu memang bingai terus pa kalau 44 orang dok menyumpah benda yang sama..hahaha...


Tu la...masa masuk belajar dulu...beria ja nak dapatkan pinjaman PTPTN tu,yela...takat abah korang yang kerja sebagai pemandu teksi,takpu nelayan..tak pun kerja swasta je macam abah aku..takpun anak cikgu(cikgu pun ada pinjaman PTPTN)..takpun anak pekerja kilang..anak pekerja kerajaan yang banyak hutang peribadi,maklumlah..kerja kerajaan senang dapat kelulusan bank..Mana nak mampu bayar yuran,nak beli buku..nak buat assigment..nank buat topup untuk call amak abah korang tiap-tiap malam tanya kabor(tanya kabor la sangattttt!!),nak minta duit mak abah tak sanggup plak..adik-adik ada lagi kat belakang masih sekolah..PTPTN la yang boleh selamatkan masalah korang sekaligus dapat korang melayakkan diri masuk Universiti walaupun takat Uitm saja..tak pun Politeknik Premier..bila dah dapat pinjaman..korang bukannya guna duit tu sepenuhnya ke jalan yang benar pun..Ni sebelum duit masuk dalam akaun dah pikir nak beli Samsung Galaxi la...Nak bayar duit muka motor awek la..nak bayar tiket kapal terbang melancong ke sabah la..belanja awek tengok wayang..sewa hotel murah untuk bermukah..shopping seluar Lexi harga bewratus-ratus..Macam mana la nak berkat kan belajar..

Bila dapt poiter rendah..extend sem..kerja susah dapat dengan keputusan yang maha teruk tu..dan surat dari PTPTN yang desak korang suruh bayar hutang..tapi korang tak boleh bayar sebab takdak kerja..macam mana nak bayar duit plak kan..korang salahkan PTPTN plak....

Dan semestinya para pendemo ni adalah seorang yang Selfish tahap cipan..dah pinjam taknak bayar..lepaih tu suruh mansuhkan plak..Habis tu adik aku si Aloyah tu kalau dapat masuk Universiti tahun depan abah aku aku nak amik duit kat mana..dalam poket mak abah korang keerrr??

Kalau korang buat demo suruh PTPTN mansuhkan Interet tu agak bagus la jugak..boleh dikatakan brilliant jugak otak korang kan..aku pun setuju..Contohnya kalau pinjam RM15 ribu..bayar pun 15ribu jugak..Ini pinjam 15ribu..nak bayar balik interet dia mak aii..kalah Ah long aihh..hihihi..

Macam aku..aku ni ada sijil ja..Tapi aku pun ada pinjaman jugak..tapi bukan PTPTN..Tapi JPA..Dan jumlah yang layak untuk sijil macam aku ni just RM6000 ja..tapi kami takdak interest macam PTPTN..Kami pinjam 6000..bayar pun 6000 jugak..Kami hanya perlu bayar sebulan RM125 selama 48 bulan..tapi aku tak bayar pun RM125 sebulan..kadang-kadang aku bayar RM50..Kdang-kadang RM100 ikut kemampuan bulanan la....

So,kalau korang buat demo untuk hapuskan interet PTPTN..Aku setuju sangat la pak pandiaq..mak andiaq semua oiii..tapi kalau nak suruh hapuskan PTPTN teruih..hampa ni memang bingai la..(sekali lagi aku cakap bingai..) hahhahahhahahha..
Ni gamabq diantara orang yang sertai demo mansuhkan PTPTN..Gambaq aku cilok dalam blog Melayukuhebat.com

4 ulasan:

Kaki Merapu berkata...

yg aku tau depa buat demo nak mansuhkan PTPTN nak suh kerajaan bagi percuma.

So anak2 petani n nelayan langsung xyah kluarkan duit untuk yuran.

dan yang berdemo tu setuju nak bayar duit hutang ptptn depa just depa ni berdemo untuk bakal mahasiswa akan datang.

tapi biasa la mana depa nak highlight semua tu, depa highlight bagi nampak HAPUS PTPTN BUDAK2 MELAYU TAK BOLEH MASUK U.


depa tau perit nak bayar balik jadi xmau bakal mahasiswa yg akan datang rasa apa yg depa rasa.

aku dulu berfikiran macam hg gak mira. tapi bila dah p jumpa direct ngan budak2 dok buat demo tu baru aku tau cerita sebenaq.

aku xpuas hati apahal depa nak sgt mansuh ptptn ni. bukan hapus bagi budak2 tak boleh masuk u tapi nak bagi free education.

tapi memang ada gak yg tak stuju free2 ni.

tapi aku setuju gak ngan hg interest a.k.a RIBA di hapuskan kalau nak tolong student.

Mrs Poyo berkata...

KaKI mERAPU..


Wahh..syabas kaki merapu kerana berjaya menyiasat secara terperinci dgn apa sebenarnya yang berlaku dan apakah sebenarnya yang depa minta dlm demo tuh..(ewaahh..ayat skema) kalau macam tu tuntutan depa dan janji-janji depa nak bayar semua tu bagai kan..takpa la...tapi aku rasa agak tak kena la kalau semua free teruih...





Bagi aku kalau free untuk Yuran IPTA tu bleh jugak..hehehe...
Tapi untuk IPTS tu macam mana plak kan?Banyak benda kna pikir pasal nak free2 ni..banyak effect la bagi aku..

Tapi kalau mansuhkan interest A.K.A Riba tu memang patut la..sebab tu memang dah membebankan rakyat dah tu..Dah la pinjam kereta ada riba--pinjaman rumah ada Riba..takkan untuk belajaq pun kna ada kot....?Tak patot..tak patot...

Kaki Merapu berkata...

hahahahaha...hg la blogger yg xmaki2 aku bila aku cuba clarify benda2 lagu ni...

setiap yg berlaku ada hikmahnya....hahaahahaha....

Mrs Poyo berkata...

Kaki Merapu..


Buat apa aku nak maki kan...walaupun aku tak suka demo mendemo ni..tapi bila orang bagi komen dengan berhemah..tentu la aku jawab pun berhemah..walaupun org tu tak bersependapat dengan aku..lain la kalau hg maki2 aku sambil menyokong apa bagai kan..memang aku balas jugak la...

baca komen dengan beretika..bukan dgn emosi...yang maki2 tu sbb emosi lbih ja tu..hihihi..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!