Isnin, Disember 30, 2013

KISAH BERAT BADAN

Masa aku mengandungkan si Nayli Bambam dulu,berat aku mencapai sampai 73kg sehingga la aku beranakkan dia.Sebulan selepas tu aku pi klinik aku timbang,berat aku jadi 60kg..Lagi 2kg turun boleh mencapai berat asal aku masa aku anak dara dulu.

Oleh sebab Nayli Bambam ni menyusu badan.Takdak can la aku nak diet-diet lepaih pantang pasai kalau aku diet macam nak aku nak menghasilkan susu yang banyak untuk anak aku.Dah lepaih menyusu aku akan rasa lapaq dan dahaga yang amat sangat..Jadi aku pun makan secara banyak jugak..Aku targer nak bagi Nayli menyusu badan sampai umur dia 6 bulan..atau mungkin lebih lagi..setahun mungkin.


Tapi tuptup..tiba-tiba masa dia umur 3 bulan lebih sikit nak masuk 4 bulan..dia takmau menyusu badan plak dah..Adoiii...paksa punya paksa..tak jadi jugak..Last-last ayaq susu aku tu melelh macam tu ja..sayang betoi la...sampai la dah takdak ayaq susu keluaq.

Semalam,masa aku naik motor dengan Incik Bachok nak pu aku tok aku yang tak sampai 500 meter tu..tetiba ja Incik Bachok cakap..

"Sayang,awat bila i bawa you naik motor ni rasa berat ja..tayar motor I pancit ka atau you dah gemuk?"

Dia punya soalan tu buat emosi aku terganggu sat..balik rumah aku timbang berat aku..
69.9kg..Whattt!!!!!! lagi 0.1kg aku nak mencapai 70kg..Nak sama macam berat aku masa mengandung dulu..Whatttt!!!!


Ok Mrs Poyo you kena relax..NorJuma tudung bawal yang cantik manis tu pun pernah gemok gedempol lepaih beranak sebab menyusukan anak..Aishwarya Rai si ratu cantik dunia tu pun pernak gemuk lepaih beranak sebab menyusukan anak..Si Fasha Sandha yang hott tu pun pernah gemuk sikit ja sebab menyusuka anak dia..Bunga Citra Lestari yang seksi siot pun pernah gumuk lepaih bersalin.Takkan aku yang orang biasa Technician cikai macam ni tak boleh terima kenyataan badan gumuk kot.

So,pertama sekali aku buka blog Kevin Zahri untuk belajar cara diet yang betoi.Kedua cari resepi berdasarkan Oats macam Kevin suruh..Makan ikut waktu..
Jangan nak mengatal masak Chicken Chop,Meatball Ikea..Char Keow Teow dan makanan yang punca badan naik ya Mrs Poyo..

Harap2 aku boleh kurus balik..atau lebih kurus dari dulu macam badan Nasha Aziz..
hahahhahah..Berangan la kau!


Go! Go! you can do It Babeh!!



Jaga kau Nora!! kau tunggu la aku kuruih nanti aku hot dari ko!!(kata Fasha didalam hatinya) 





Aku rasa macam aku bukan mak baby plak..tapi nenek dia..huiiii 





Hahahhha..loe lucu banget sih..gue yang matep ini jadi gemuk pun bisa ketawaan lagih..loe udeh jerit satu dunia..goblok! 





Oiiitt..nanti dulu..nak amik gambaq tunggu bini aku kuruih dulu..relax la brader!!

LUMBA

Pagi tadi ada lima buah kereta berlumba termasuk kereta yang aku bawa.
Dah lama rasanya tak bawa kereta dengan penuh nafsu serakah macam ni.Dah lama jugak tak buat aksi cilok mencilok dan jugak kena hon dengan kereta yang dari arah bertentangan masa aku dok buat aksi potong memotong.

Aku harap Incik Bachok taktau aku bawa kereta Satria Mivec dia secara membati buta.
Hhahahahahhahahhahahaha!!!

Jumaat, Disember 27, 2013

BUNYI MACAM LEMBU

Pagi tadi masa aku tengah bersiap-siap nak bawa Nayli Bam Bam pi jumpa doktor pakar kat Hospital Kepala Batas tiba-tiba aku terima mesej Whatsapp dari Incik Bachok..mesej dia dalam bentuk audio..tapi aku boh layan ja pasai buat apala laki aku ni nak mesej Whatsapp kat aku padahal kami ni dok satu rumah..satu bilik..satu katil dan satu bantal dalam masa-masa tertentu..muahahahha...jadi kenapa haruih dia hantaq mesej Whatsapp..selalunya kalau aku buka mesti akan degar dia cakap..

"Alicafe satu!!!"

Takpun..

"Nak milo ais bawa mai ke ruang depan arrr"


Jadi aku rasa malaih la nak buka dengar..aku teruihkan aktiviti aku bersiap..bawa Nayli Bam Bam ke hospital then hantaq Nayli pi rumah pengasuh dia...Aku balik dulu rumah aku pasai nak makan nasi dulu baru nak pi kerja..Tengah dok sedap makan nasi, Incik Bachok yang tak pi kerja lagi..(kaki ponteng ni..hahahhahha) mai kat aku sambil tanya..


"Sayang..U buka tak lagi mesej Whatsapp yang I hantaq tadi?"

Aku hanya geleng kepala pasai mulut aku penuh nasi..Lepaih tu Incik Bachok main-main hanset dia..takdak beberapa minit aku dengar bunyi lembu dari hanset dia..

"Bunyi lembu sapa you rakam ni??"aku tanya dia..apekehal laki aku dok tak dok pi rakam bunyi lembu bunyi plak kan...

"U dengar betoi-betoi latar bunyi latar belakang bunyi lembu ni..."Dia suh aku dengaq sambil letak telefon dia kat telinga aku..Aku rasa latar belakang dia macam juruhebah bola dok bercakap..cakap bahasa Inggeris..malam semalam Incik Bachok tidoq lewat pasai tengok bola...

"Bunyi juruhebah bola bercakap..awat lembu mai bertenggek kat tepi tingkap rumah kita ka semalam..?" aku mula ingat lembu milit paktam Brit yang suka merayau serata kampung..

"Dak..ni bunyi you berdengkur..."Incik Bachok bagitau sambil sengih..

Aku diam sat..........lama jugak...diam lagi...diam....


"Demmmmm!!!!!"
lepaih tu aku dengaq Incik Bachok gelak kuat..Demnn!! Demmn!! Dan demn lagi..
Kenapa mesti bunyi macam lembu?? Puii!!



Khamis, Disember 26, 2013

JADUAL BOLA SEPAK DAN NOVEL CINTA

Tadi aku terima mesej WhatsApp dari Incik Bachok..
Dia hantar gambar menunjukkan satu jadual perlawanan piala apa pun aku taktau..


MAN CITY VS LIVERPOOL



Aku dapat rasakan yang malam ni tv dalam bilik kami tak jadi hak mutlak aku..
Aku dok pikiaq macam mana aku nak buat ni..aku dah la tak minat bola..
Nak pi tengok tv kat bilik Mirul rasa malas plak..
TV 50inci yang aku beli kat ruang tamu tu dah hangus kena sambaq kilat.
Apa harus aku lakukan ni??


Aku beli Novel jugak akhirnya....






Sejak aku mengandungkan si Nayli Bam Bam ni aku suka sunggguh baca novel cinta.Tapi masa mengandung takpala orang kata pembawakan budak..Ni dah beranak pinak dok suka lagi beli novel cinta.
Demm!!

CUTI

Hari ini opis aku lengang lagi..ada dalam 5 orang saja yang mai kerja tak termasuk Incik Executive.Oh..lupa nak bagitau..dah dekat setahun aku dapat bos baru selepas Mr Executive dengan Tuan Executive.Aku gelar dia Incik Executive pasai dia satu negeri dengan Incik Bachok.

Jadi perkara yang menjadi perbualan kelima-lima orang staff ni termasuk la aku salah seorang ialah cuti.
Start Esok depa semua pakat bercuti..Termasuk Incik Executive yang tiba-tiba ja mai menyampuk masa kami bersembang bagitau dia cuti jugak..
Minggu depan depa bercuti jugak sampai tahun baru...Makcik Amiyah dengan Zawiyah kat opis seblah pun dah berkomplot nak sama-sama bercuti jugak minggu depan...

Aku?Aku tak dak cuti dah pasai cuti aku dah abis...Sebenarnya tinggai lagi dua hari tapi aku nak bawa ke tahun depan...Jadi apa aku nak buat dengan ketiadaan depa-depa ni minggu depan???

Rasanya aku nak amik MC pa...
Hahahhahahhahahaa....



Aku dapat rasakan prestasi aku tahun ni merudum..
Waaaaaaa!!

CERITA TAK SENONOH

Tadi aku pi tandas..
Dok barang 10 minit aku pun keluaq dari tandas masuk opis..masuk dalam bilik aku..dok elok-elok ataih kerusi..buka google buka blog dan mula nak menulih pasai dah lama tak menilih aku rasa.Tiba-tiba aku rasa aku tak puas plak dok dalam tandas tadi..So,aku bangun balik..pi tandas...mulakan aktiviti tu semula..

Sekarang aku ada depan pc..Tulih blog dengan rasa riang ria hari raya.

Thank You!

Khamis, Disember 19, 2013

SAMBUNG BELAJAR

Sambung belajaq ni adalah satu benda yang aku nak buat dari sebelum aku kerja dengan TM lagi.
Tapi apakan daya..masa aku dapat tawaran sambung belajaq ke Politeknik Ipoh..Aku dapat tawaran kerja kat TM plak..jadi bila aku pikiaq kalau aku tolak peluang keerja..sambung belajaq teruih..bila habis belajaq nanti belum tentu dapat kerja..tapi kalau aku amik tawaran bekerja..dalam masa yang sama aku boleh sambilan belajaq..jadi aku pun terima tawaran kerja..

Kedebaq kedebuk..last-last aku tak jugak sambung-sambung belajaq lepaih masuk kerja samapi aku kahwin dan beranakan si Nayli tu....Lepaih tu mula la rasa susah nak belajaq sebab ada ank la..ada laki la...jadi aku pun suruh la Incik Bachok pi sambung seorang diri walaupun kami sebelum ni dah berjanji nak sambung sama-sama...


Tiba-tiba..minggu lepaih Incik Bachok pi sambung belajaq kat Politeknik Kulim..tempat aku study dulu..balik ja dari kelas..dia suh aku study sebab akulah sumber dia untuk buat assingment kan..Ini tak boleh jadi ni..Dengan perasaan tak puah hati dan iri hati..aku pi hantaq borang sambung belajaq kat politeknik Kulim kelmarin..Nasib baik permohonan aku diterima walaupun dah dua minggu kelas start...Sabtu ni aku mula pi kelas...

Hhaahhahahhahhha..

JARIKU MANIS SEKALI

Tadi masa aku tengah bawa kereta pi kerja..tetiba kena plak berhenti kat traffic light...Sambil aku kira nombor kat traffic light tu..aku pun masukann jadi aku dalam mulut..tu kira habit la jugak tu..asal benti kat traffic light la mesti nak masukkan jari dalam mulut...

Masa dok jilat jari tu tiba-tiba aku rasa jari aku manis..aikkk..pelik jugak kan..apasal jari aku rasa manis plak ni?takkan aku terkena kencing manis pulak..tapi kalo kena kencing manis tak silap aku bukan jari kita jadi manis..tapi kencing kita jadi manis..sebabtu pnyakit kencing manis kan..petua orang tua-tua la kata kalau nak tau kita kena kencing manis ka dak senang ja..amik kencing kita..taruk kat sarang semut..kalau semut hurung tu ada la tu...kalau semuat tak hurung takdak la..Tapi kalau musykil jugak..try jilat tengok kencing hampa..kalau manis ada la..kalau rasa masin..konfom sihat walafiat..hahahhahahha...

Jadi aku meneruskan aktiviti jilat menjilat ni sampai la kat tapak tangan aku..rupanyanya aku dapat rasa ubat antibiotik anak aku si Nayli..baru aku ingat..sebelum hantaq pi rumah pengasuh.aku ada bagi Nayli makan ubat dulu..pastu Nayli meronta-ronta takmau makan ubat..ubat terpercik kena tangan..lepaih tu dengan tak basuh tangan..aku terus bawa anak aku pi umah pengasuh..


Baru ja aku nak perasan yang diri aku ni ada kemanisan yang tak terduga..Rupa-rupanya...
Cehhhhhh!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!