Isnin, Disember 30, 2013
LUMBA
Dah lama rasanya tak bawa kereta dengan penuh nafsu serakah macam ni.Dah lama jugak tak buat aksi cilok mencilok dan jugak kena hon dengan kereta yang dari arah bertentangan masa aku dok buat aksi potong memotong.
Aku harap Incik Bachok taktau aku bawa kereta Satria Mivec dia secara membati buta.
Hhahahahahhahahhahahaha!!!
Rabu, Februari 08, 2012
PARKING KERETA PAKAI JARI
Ini gila dasyat punya stail parking ni..Pakai jari ja pun ni..Aku kalau takat kancil tak kisah..tapi yela kan...untuk rancangan jangka masa panjang memang cadang nak beli kereta besor-besor(kalau mampu la time tu kan..)..Bila pakai kereta besor-besor ni paling susah sekali bukan nak memandu sebab aku kalau bab memandu serah kat aku lerr..dengan lori pun aku boleh buat aksi-aksi selit menyelit kalau diberi peluang,inikan pulak kereta kan..Tapi aku agak fail la bab parking..hahahhaahhaa..aku kalau parking aku sanggup turun kereta mimta orang parkingkan untuk aku..hahhah
Tapi kalau benda alah ni ada jual kat Malaysia..aku rasa aku orang pertama yang booking kot..hahahhahahahhahaha...
Ternganga mamat tu..hahhahahah
Selasa, Januari 10, 2012
AWAL TAHUN..SEMUA KERETA PROBLEM
Sebab aku aku kata kurang baik dari segi kereta?Yela..cuba pikiaq sikit..Abah aku punya Mr Gen2 dia tu tiba-tiba ja keluaq bunyi pelik macam dok bawa kereta zaman tok Naduk apa kes kan..Tu la..abah aku dok unduq kereta..unduq punya unduq last-last dia hantam tiang mana tah..ambik hang...sebab tu la dah oter dia punya bumper belakang..problem jadi bunyi plak...
Yang aku punya kereta plak..Dah comel lote pakai baju baru last-last mai problem brek pulak..adoi..aku semak perut betoi la..baru sehari aku pakai kereta tu bawa pi opis dan pujian plak tu..tiba-tiba ja brek tak makan..rapat tu bila kaki aku tekan..nasib baik aku tak pecut..kalau tak..apala la nasib aku kan..
Yang Incik Bachok punya kereta plak..dok tak dok tiba-tiba semput plak dah..pi repair banyak kali dok semput macam tu..fedup betoi la kan..tengok,aku bukan tuan punya kereta pun fedup..apatah lagi incik bachok kan...angin ja manang bila pikiaq pasai kereta dia..
Adik aku plak...Dah la roadtax insuran tak perbaharui lagi..dok bunyi-bunyi plak macam abah aku..adoilaaa....Lepaih tu kereta dia dok terkandas la tak boleh pi mana sebab roadtax mati kan..sementara nak tunggu gaji nak perbaharui tu bukan senang tu.Pening kepala..
Yang untung Tauke Kelvin la..
"Mai-mai...kita lu olang punya keta...kasi cantik pun jialan..ok la..."
Last-last..
"Semua sikali aaaa...tiga latus limia puluh saja..manyak mulah la..kidai layen mau limia latus loo..."
Sakit poket kami semua...
Selasa, Januari 03, 2012
LUA TUJIUH LUA LUA SUDAH KEMBALI..YIEHA!!..
Aku dapat detect bayang Yazid amik gambaq kereta aku..hahahahha
Ni gua tak pakai spek mata hitam lagi ni..(tinted)..kalau gua pakai mau gila bayang awek-awek..hahahhahaOk..banyak kekurangan lagi..lampu depan aku tu buka original MIRA dan lambang MIRA aku dah patah dek kemalangan tu..kena cari yang baru jugak la..Lampu belakang pun seblah Original MIRA,sebelah lagi bukan..Adoi..memang pening kepala aku nak pi cari balik semua tu kan..huhuhuhu..
Sabtu, Mei 28, 2011
JIWA YANG SAKIT
Apa yang aku merepek pun aku taktau la....hahhahahahhaha...
Semalam...Incik Bachok call aku..katanya kereta dia terkena buatan orang...Terkena buatan orang tu bukan la maksudnya kena bomoh..tapi kena perbuatan tangan orang la..Viper dia dipatahkan..Bonet depan kereta dia di calarkan..What The Fuck betul la ...Kereta tu baru dicat...takdak sampai 5 bulan...dah kena calar dek perbuatan orang?Jadi aku tanya Incik Bachok kenapa benda ni boleh jadi macamni..? cer cite..ce cite..
Menurut IncikBachok..2 hari lepas...dia balik kerja lewat..dah malam dah time tu..Yerrr...yang tu aku tau sebab Incik Bachok buat OT...wah...rajin betul boyfriend aku ni buat OT..hahahahhaha...Jadi bila dah malam..sampai ja kat block Kondo dia..keadaan parking kat rumah dia tu gelak..ada la cahaya sikit-sikit dari blok tu..Parking bukan didalam blok yerr...macam sesetengah kondo atau apartment..Parkingnya diluar ya...berbumbungkan awan sahaja...Jadi..dengan keadaan letih..Incik Bachok main parking ja kereta dia kat salah satu petak yang ada kat situ...
Jadi..esoknya dia pi kerja dengan motor saja begitu jugak la dengan hari seterusnya...Dia langsung tak pi tengok pun keadaan kereta dia sehingga la semalam...Balik ja dari kerja tergerak la hati dia nak pi tengok kereta dia..sampai ja kat kereta dia..alangkah terkejutnya dia(ayat macam novel seram da..hahahhaha) bila dia tengok viper kereta dia dipatahkan dan bonet depan dia dicalarkan dengan teruk..tengok gaya macam digores-gores dengan kunci kereta sampai nampak cat putih tu..Fuhhh!!! macampenuh kebencian ja cara orang tu goreskan kereta dia tu..So,dia pun ubah la kereta dia kat tempat yang terang sikit sebab nak tengok la kot-kot kat body lain pun kena gores ka..tapi syukur la..takdak...cuma kat dua tempat tu sahaja...Dan bila dia tengok kat petak parking tu..dah tertulis nombor plat kereta yang maksudnya petak tu berpunya...
Jadi..walaupun takmau syak..tapi IncikBachok terpaksa syak jugak yang buat tu adalah pemilik petak tu..Kalau betul la apa yang disyak oleh Incik Bachok tu..memang aku nak claim orang ni..dimana aku gelar dia mamat la..(sebab aku rasa lelaki sebab dia boleh patahkan dan bengkokkan viper tu..fuyoo..) sebagai seorang yang kurang ajar,sakit jiwa serta hati penuh busuk..Kenapa aku cakap macam walaupun nak diikutkan Incik Bachok salah sebab parking kat tempat dia..
Pertama..petak-petak parking kat situ tidak dikenakan caj sewa atau pun tidak perlu dibeli macam kat kondominium yang makcik aku dok kat KL tu..Jadi maksudnya ialah..petak tu adalah hak semua orang..sapa-sapa pun boleh letak..lagipun petak parking tu melebihi jumlah unit rumah kat situ..Dan petak tu bukan la spesial sangat pun kot-kot la bawah pokok rendang ka..kalau Incik Bacok terparking la kat petak tu..dia bleh parking kat tempat lain tanpa rasa sakit hati..Semua petak sama saja..
Kedua..Kalau ye la Incik Bachok tersalah parking kat petak yang dia claim tu milik dia...tak payah la nak gores-gores dan patahkan viper orang..Kalau tulis nota..
bro..ni petak gua bro..lu dah pi parking ni..lu tolong ubah boleh tak bro..
Itu dah kira ok la dan berbudi bahasa..Ini main gores macam tu..memang kurang ajar dan tak berbudi la tu kan...
Keempat..Dia tak pikir ka tindakan dia tu boleh mengundang perbuatan balas dendam...Nasib baikla dia pi gores kereta mamat panas baran yang kuat dendam tapi dapat awek cool macam aku yang boleh coolkan dia dari beli cat nak simbah kat kereta VIOS ko tu....Kalau mamat panas baran kuat dendam ni dapat awek 2x5 ja macam dia...bukan takat kereta kena simbah cat saja..cermin kereta dia pecahkan..siap nak tunggu ko balik kerja nak belasah terus lagi...hahahhahhahha...Tak ke naya...Nak bawa geng plaktu..
Aku hairan betul denga norang zaman sekarang ni...Jiawa memang sakit la..benda remeh temeh nak diperbesarkan sampai nak rosakkan harta benda orang..Gilala tu kan..
Tapi tu la Incik Bachok..Duluu gelakkan amoi cina body macam Cameroon Diaz..tapi muka macam Adlin Aman Ramlie buat repot polis sebab kereta dia kena calar dek orang..U cakap amoi tu bengong...kan dah kena kat U...hahahhahahaha
Jumaat, Februari 11, 2011
KALAU INJECTION SELAMAT,KALAU TURBO..MASUK SUNGAI LA JAWABNYA
"Hang taruk ja turbo..mak terajang keta hang masuk sungai..Biaq ikan buat sarang..!!!"
Oleh sebab mak buat mata terjegil dia time tu,aku matikan teruih niat aku..Takut wwooiii mak aku..ganas macam mafia tu kalau dengan anak-anak dia..huuuuu!
Jadi aku pun pasrah jela pakai enjin Injection..Laju la jugak kan...
Tapi hari ni,masa aku tengah bersembang dengan brader jual kereta,tiba-tiba dia tanya aku..
"Kak..hang pakai enjin Injection kan?"
Aku angguk ja..
"Apa barang Injection..hang tukaq turbo la..lagi sempoi..Murah ja Turbo kancil...Kalau hang nak..aku boleh tolong setell.."
Ni yang aku pantang ni..Main offer-offer plak..baik punyer offer..Tiba-tiba nak membara balik nak pakai Turbo ni..
Huhuhuhuhuhuhuhu..
Khamis, Februari 10, 2011
AKU,KERETA DAN JALAN BERBUKIT
Akhirnya..(macam rancangan talkshow plak..hahahhaha) pakcik aku yang ada problem lebihan kereta kat rumah dia..Gila ka ada kereta sampai 5 biji.??Dok apartment ja..satu unit apartment depa bagi dua parking kereta free..kalau ada kereta lbih kena sewa parking..jadi dia nak bagi kancil dia kat aku,aku cuma just sambung bayar..Time tu..kancil tu dah tak macam kancil dah..Tah ujikaji apala yang pakcik aku hantam kat badan dia..hahahahah..Jadi aku senang hati la bawa pi Politeknik..Berlagak la konon kan..orang bawa motor je..aku bayaq kancil..Lepas tu bawa laju plak.asyik kena saman ngan pakgad ja..nyampeesss!!
Satu hari,kawa sekelas aku nak belanja KFC.Jadi aku dengan kawan serumah pun follow la dia nak pi KFC kat kawasan rumah dia..Aku ni,dok lama kat Kulim pun,bukan tau jalan pon..Nama ja ada kereta..aku suka lepak dalam rumah sewa layan tv,dvd lagi..kalau kawan-kawan lain..tiap-tiap malam keluaq..siap overnight kat Penang Island lagi..Jadi aku memang kurang tau jalan-jalan kat Kulim ni..Kawan aku plak pi bawa jalan yang berbukit curam..Gila..aku dah la fail kalau bawa kereta tang bukit-bukit ni..takut terunduq kat belakang..Kwan aku naik motor..relax jela..kami dalam kereta ni..masing-masing diam ja..hahahha
Tiba-tiba,kami sampai kat satu jalan yang paling curam la..Gila berpeluh aku dari jauh tengok..tapi aku gagah jugak panjat..Tapi aku silap..pi buh gear 4..mana nak boleh naik bukit pakai gear 4..gila ka hapa..hahahahaha..panik punya pasai..aku lupa nak tukaq gear..Mula-mula masa nak naik ok..mai kat pertengahan curam tu..kereta aku dah semput..hahahahha...aku tekan minyak pun macam tak lepas ja..Dok panik-panik dalam kereta,dah la kawan aku sorang tu orang Kelantan,Imah Bachok(bachok tu aku tambah..dia asal dari Bachok) dok terjerit-jerit bercakap dalam bahasa Kelantan dia..
"Mapuh kita weiiii..mapuh la...mu dah tau tak pandar bawok keto mu bawok jugok..aku tak kawin lagi weiii..aku tak sir mapuh lagi weeii..."
Lagi la aku panik kan..last-latst kereta aku berundur jugak..hahahahhaha..yang bestnya,ada kereta cina ni..nak turun bukit..Kereta dia ngan kereta aku seiring ja turun..hahahahhaha..Yang cina tu macam terkejut blur a..nganga mulut tengok kereta aku berundur..Yang kami dalam kereta ni jerit gila-gila..last-last kami sampai bawah jugak..hahhaha..nasib baik takdak kereta kat belakang..kalau tak..eksiden la...hahhahahah..Tapi curam tu bukan la berbelok-belok macam jalan Tapah nak naik ke Cameron tu..Just cerun macam tu ja..tapi tinggi..
Start dari hari tu..Imah Bachok takmau naik kereta dengan aku dah pi mana-mana pun..dia rela naik bus..hahahha..Aku pulak..nampak ja jalan berbukit..terus fobia..
Tapi la ni..kalau jalan berbukit-bukit memang aku handal la,yang ada selekoh tu lagi terer...hahhahahah..Belokkan Wu lianfa..!!
(Ni dialog dalam filem Initial D,hero handal bawa kereta kat belokkan tu..hahahha)
Agak-agak la..aku boleh buat drift tak?
hahahhahahhahahha...
Wahhh..Filem ni banyak kenangan ni..Time ni umur aku 17 ke 18 kot pi tengok wayang..lupa dah..huhuhu
Selasa, Februari 01, 2011
KERETA BARU DAN MAIN NOMBOR EKOQ
Jangan Jeles ya MIRA....hahahahahha..Jadi aku akan namakan dia MIVEC sebab sama macam MIRA ,body dia segala-galanya pakai MIVEC punya..Jadi tadi aku kol Mr Lim.Penjual yang menjual MIVEC kat aku..
"Mr Lim aaa..Itu keleta talak ada saman kan?"
"Haiyaa..Wan..lu jangan susah ati maa...itu keleta manyak clear maa...Kita sudah ulus(urus) semuanya..Lu cuma sambung bayar saja..Dont wolly la..."
Heh!! macam la aku nak percaya sangat cakap cina ni..Jadi aku pun mintak nombor plate MIVEC.Nak bagi Paklong aku cek tengok kot-kot ada saman ka..
Dia pun kasi la nombor plate tu..Pastu dia cakap kat aku..
"Wan aaa...lu amik no plate mau tikam ekor ka?main kuda-kuda punya nombot..hahahhahahahaa"
"Cibai lu Lim..."
"Hahahahahahha...wa saja joking-joking ma...lusa mau laya...selamat hali laya aa...hahahhaha"
Tah apa-apa bettul la mangkok ni..
Huhuhuhuhuhu...
Isnin, Januari 31, 2011
DIA PUN NAK BERTUKAQ BAJU JUGAK..
hahahhahahahha...
Satria Incik Bachok masih mengekalkan warna yang sama..Iaitu warna Merah..tapi lain sikit dari merah asal..Dia tukaq jadi kaler Merah Ferrari..Amboi Satria..ko ni demand betoi la..nak kaler Ferrari noh..Pirah!! hahahahhahaha....

Hok Oloh..kecoh benar mu nih Miss Poyo..kawe punyo suko la kawe nak boh kaler apo pun kat bade kawe..mu dok bising watpo..koya blanar mu ni..!!
Incik Bachok..plezzz la tukar bumper depan tu pi jadi Bumper MIVEC..nak jugak bumper original Proton tuh..Skirt dia dengan spoiler dia pun sila la tukaq pi yang MIVEC punya la..Ceq suka MIVEC!!!!
Sabtu, Januari 15, 2011
DARI MOTOR BERTUKAR KE KERETA
Motor Yamaha 125z Mirul telah selamat dijual dengan harga RM4000 oleh Farid Kamil.
Apa?Ingat Farid Kamil tak teringin nak beli motor secondhand ka?Waaaahahahahhahaha..
Sebenarnya Motor Mirul telah dibeli oleh seorang lelaki yang mempunyai wajah macam Farid Kamil..Tapi lebih hansem dari Farid Kamil.hahahhaha..marah la peminta setia sampai mati Incik Farid Kamil tu kan..
Mamat tu yang berasal dari Kedah bukan saja mencuit perasaan Aloyah dan mak..malah mengagumkan hati lelaki seperti abah aku,Mirul dan Azhan..hohohohoho...
Menurut saudara Farid Kamil,beliau ingin membeli motor itu pada adik beliau yang baru berusia 14 tahun.Dan adik beliau jugak seorang bisu dan pekak.Menurut penceritaan beliau..Adiknya itu sudah setahun tak pi sekolah sebab merajuk gara-gara Ayah mereka taknak beli kereta Mr.Bean kat dia..Apa hal la budak ni umuq 13 tahun dah nak pakai kereta Mr.Bean..mampus la bapak dia nak beli kan..So,beliau membuat protes taknak pi Sekolah.Jadi tahun ni..rimas dengan adik beliau yang taknak pi sekolah ni..Incik Farid Kamil amik keputusan nak beli motor untuk adik dia..
Jangan Jelesss!! ada orang minat kereta ni jugak tau!!Nasib baik la budak tu setuju..tu pun demand..nak motor 125 ja...motor-motor lain taknak..Kelas kau dik..!!
Dan nasib baik jugak beliau tak demand nak motor baru je..kalau tak nganga la bang kau yang seiras Farid Kamil kan..hahhahahaha..
Jadi Farid Kamil yang ada bisnes kontraktor telah membeli motor secara cash pada hari beliau datang rumah aku nak tengok motor tu..Oooo...bawa duit siap-siap yeerr..
Dan sekarang...Kereta Satria Hitam bakal memarking depan rumah aku nanti..
Hihihihihihihi..
What the fish betul la hang ni poyo..!!!Kata dia hensen dari aku!!aku ni 3 kali hensem dari dia tau dak!!!
Selasa, Ogos 17, 2010
Skuad Flying Angel
Selasa, Mac 23, 2010
Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sndiri.Adakah aku di negeri orang?
Semua orang ada semangat cintakan tempat kelahiran.Aku pun macam tu jugak.Dan oleh sebab aku betul-betul sayangkan tempat kelahiran aku ni,jadi masa kecik-kecik aku ada impian.Akan duduk kat Penang ni sampai tua.ingat budak macam aku takdak impian berbaur patriotik ka?Aku berangan kalau boleh bila dah kerja nanti,biar la kerja kat penang saja.beli kereta bernombot plat Penang.Nak beli tanah kat Penang.Beli tanah mesti la beli dekat-dekat dengan rumah mak aku.Bak kata pepatah,duduk di bawah celah ketiak mak la.Peduli apa aku kalau aku nak duduk bawah ketiak mak aku.Bukannya ketiak orang lain.Mak aku jugak.Apa-apa komplikasi yang bakal terjadi kalau aku duduk di bawah udara ketiak mak aku,aku tak kisah.dah ketiak mak aku,bukan ketiak mak orang.
Apa aku merepek ni labu....
Bila dah ada tanah dengan rumah dekat rumah mak aku,dalam Penang,mesti la cari laki pun orang Penang jugak kan...senang nak balik kampung..kalau boleh nak cari satu kampung,sebelah rumah.tak payah gaduh-gaduh merebut nak balik kampung sapa dulu.Tapi mengenangkan kat kampung aku takdak lelaki ciri-ciri yang dikehendaki,aku abaikan.
Tapi bila besar baru aku sedar,impian aku langsung tak boleh menjana masa depan impian aku.Aku dah kerja kat Penang,tapi bila-bila masa ja aku boleh di posting kemana sahaja yang syarikat aku nak suka hati mak bapak depa walaupun tu bukan syarikat mak pak depa.Aku jugak tak dapat kereta no plate Penang sebab kereta aku bernombot plate KL.Bila tahun aku nak pakai kereta Satria Neo bernombot plate Penang pun aku tak tau.Nak beli tanah kat Penang pada abad 21 ni memang payah.Sekurang-kurangnya kalau kau orang Cina baru boleh beli yang mahalnya berganda tu.Nak beli tanah sebelah tanah sebelah rumah mak aku pun mau setengah juta ada kat tangan baru Mr Mercedes mau lepas.Kalau tak aku pandang jela kat tingkap bilik aku.Nak beli rumah reres setingkat pun mau ada seratus ribu dalam tangan.Nak rumah harga murah kena pi Kedah ar..paling dekat.Tapi apa kes?sudah terkeluar dari Penang walaupun Kedah dengan Penang penah bersatu.Tambah-tambah cadangan nak brlakikan orang Penang jugak lari tah kemana.Tiba-tiba pulak muncul Incik Bachok.Haaaaa..apa kes?hihihihi...
Bila dah dengan orang yang jauh berkilo-kilometer ni,macam-macam pikiran muncul.Kalau la ada jodoh,apakah nasib impian aku nak bermaustatin kat Penang ni berjaya?Adakah aku akan ikut laki aku pi bermaustatin ke tempat kelahiran dia,ataupun ke tempat kelahiran aku..?Ataupun kami sama-sama berpindah ke negeri lain.Bila difikir-fikir balik,adakah aku boleh duduk di tempat lain selain Penang.Adakah aku boleh?boleh macam kawan-kawan aku yang banyak bermaustatin ke negeri lain,KL terutamanya bersama-sama laki mereka.Adakah aku boleh sesuaikan diri dengan suasana persekitaran tempat lain walaupun aku setahun 5 kali pi cuti-cuti malaysia bersama family aku?Adakah keindahan semasa bercuti sama dengan keindahan jika kita terus tinggal di tempat itu.Adakah?adakah?adakah?
Kadang-kadang aku rasa aku ialah seorang insan yang takut menghadapi masa depan,takut akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.takut nak kawin..ya,aku takut nak kawin.Sebab tu aku merepek.Dan aku takut orang lain datang pinang aku dahulu sebelum incik Bachok.Waaaaa!
Tiba-tiba ja aku takdak mood nak tulis..
huahuahuahuahuahua....!!
P/s:jangan takut.itu cuma spekulasi liar sahaja.Ingat...27,25..pastikan dalam tangan kita!!
Rabu, Mac 03, 2010
Nak pakai kereta baru la plak...
"Eleh...duit pun takdak..nak makan pun takdak..nak buh minyak kancil turbo pun sangkut..ada hati nak pakai Satria Neo..pirahhhhh mabuk!!!"
"Shadap u!!!!"
PERINGATAN PENTING YANG POYO
Gila serius la peringatan aku ni..
Huuuuuu!
