Memaparkan catatan dengan label SERAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SERAM. Papar semua catatan

Selasa, April 12, 2011

JACK THE RIPPER...ADAKAH BELIAU SEORANG DOKTOR ATAU ORANG BIASA YANG ADA MASALAH JIWA.



Jack The Ripper







Aku rasa ramai yang kenal Jack The Ripper..Sebelum wujudnya pembunuh bersiri seperti Zodiac Killer,Ted Bunty dan The Vampire Rapist(Wayne Boden)..Jack The Ripper mengungguli carta pembunuh bersiri paling ditakuti sekali kerana sampai sekarang orang taktau siapala mangkuk ni yang sebenarnya.

Takdak siapa tau Jack The Ripper ni bangsa apa,tapi rangkaian pembunuhan yang dia buat dekat kota London ja pun..Jadi Aku rasa Jack The Ripper ni ofcoz la orang putih kan...takkan India ataupun Jepun pulak..Nak kata orang kulit hitam..satgi emosi plak para-para niggers..hahahahahahhaha...Dan Jack The wujud masa abad ke 19 yerr..bukan abad ke 21 ..hohohoho...

Kesemua mangsa Jack The Ripper ni adalah golongan pelacur dimana aktiviti membunuh pertama yang dia lakukan ialah pada 31 Ogos 1888 ketika itu kita masih belum lagi merdeka yer..dan masih lagi dibawah jajahan British lagi yerr...

Mangsa-mangsa Jack The Ripper




Apa yang buat Jack The Ripper ni ditakuti orang terutama sekali golongan pelacur la..ialah cara dia membunuh tu..Terlalu kijam...!!
Selalunya mangsa Si Jack di akan ditamatkan riwayat depa dengan cara leher dikelar dulu..Lepaih tu dia akan mencacatkan muka-muka mangsa dia dengan mengelar-ngelar muka depa.Lepaih tu dia akan siat-siat kulit mangsa dia...Dah la siat kulit..Dia pi keluarkan pulak organ dalaman depa..Alat kemaluan pulak dirobek-robek dengan cara yang sungguh bersopan..huhuhuhu..tapi Jack The Ripper tak rogol mangsa-mangsa dia yaa...








Lagi Mangsa dia..Eiiii.....











Macam mana Si Jack ni dapat gelaran Jack The Ripper?Dia sendiri yang gelar diri dia Jack The Ripper melalui surat yang dihantar kepada dia kepada pihak media.Kira gila glamer jugak la si Jack ni..Macam artis you..ada gelaran gitu..hahahahahha..












Surat Jack untuk pihak Media..



Waktu Jack melakukan pembunuh ialah pada waktu malam sahaja..Tapi kan..Jack The Ripper ni hanya lakukan pembunuh dia selama satu tahun ja pun..Lepas tu lesap tanpa khabar berita.Tapi dalam satu tahun tu pun pada la..Berapa banyak pelacur yang mati di tangan dia..Aku rasa mamat ni anti pelacur la..huhuhuhu..Mesti dia ada sejarah hitam dengan mana-mana pelacur...Sebab tu dia balas dendam dengan bunuh pelacur ja..




Lagi satu gambar Jack The Ripper..Aku dah pening dah tengok gambar ni walaupun ni gambar hitam putih dari kamera jenis angkat lampu tinggi masa amik gambaq tu..huhuhuhu..





Ada sesetengah berpendapat yang Si Jack The Ripper ni adalah seorang doktor sebab macam aku bagitau tadi..cara dia bunuh,mengelar dan mengeluarkan organ dalaman mangsa dia adalah secara bersopan dan bukannya secara membabi buta ja..Maksudnya yang aku nak kata yang bersopan santun ni ialah..Cara dia keluarkan organ dalaman mangsa dia tu macam buat pembedahan plak..Cara dia potong-potong mangsa dia tu rapi ja..dan pisau yang dia guna pun bukan calang-calang pisau la..tak main la pisau potong daging ka..sayoq ka..ni dia pakai pisau yang khusus untuk lakukan pembedahan la..Selain dari pisau pembedahan..Dia jugak guna alatan lain yang khusus digunakan oleh golongan doktor-doktor la..tapi aku mana nak tau alat apa kan..aku bukan pernah belajaq medical..huhuhuhu..

Sampai la dah masuk abad ke 21 dah pun sekarang ni..tapi identiti Si Jack The Ripper ni sampai la orang taktau..Ada yang buat spekulasi liar yang dia ni dah pun belayar mai ke Amerika Syarikat lepaih dia dah jemu bunuh membunuh ni..Memandai ja aku ni..hahahahahaha....


Jadi kan..letak la mana-mana pembunuh kijam kat depan mata aku pun..yang pasti..aku akan terkencing dalam seluar kalau depa letak Jack The Ripper depan aku walaupun aku bukannya pelacuq..huhuhuhuhuhuhu..Mana perempuan yang berkerjaya lain selain dari pelacuq mesti takut dengan mamat ni..Seram yoo!!

Rabu, Disember 08, 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN:SIAPA YANG KETAWA?

Pada tahun 2003,masa tu aku masih lagi ditingkatan 3.Time tu boleh dianggap berhinggus lagi la.Muka pun tak boleh lagi..Shiitt!! apasal aku cerita pasal muka aku plak ni??





Masa tahun 2003,masa tu time cuti.Tapi time tu cuti bulan bila aku tak ingat la.Benda dah lama kan..Time tu tah macam mana sepupu sepapat aku banyak yang balik kampung.Selalunya setahun sekali baru nak jumpa.Yang balik kali ni kesemua anak paklong aku.Anak Paklong aku pulak kesemuanya laki-laki.Yang sulung nama Aiman,time tu dia sekolah kat MRSM Pendang,Safuan sama umor dengan Mirul,Fahmi tua setahun dari Aloyah dan Fauzan muda setahun dari Azhan.

Macam biasa gak,depa kalau balik kampung,depa lebih suka melepak kat rumah aku berbanding rumah Tok kami sebab rumah aku boleh buat aktiviti macam-macam..tak orang nak larang..maka abah aku kan sempoi..kecuali aktiviti haram la contohnya isap dadah ka..hahahahahahha...Satu malam,setelah beberapa hari depa melepak kat rumah aku,mak sama abah aku pi rumah Tok..tinggal la kami adik beradik sepupu sepapat ja.Yang sempinya malam tu mak abah tidoq sana plak.Itu jam adik aku kecik-kecik lagi tambah-tambah Aloyah dan Azhan.Jadi depa pun pi sana jugak la..kecuali aku,Mirul,Aiman dan Safuan.

Aku pulak..oleh sebab mengantuk tahap cipan,lari la masuk dalam bilik aku nak tidur.Time tu dah pukul 12 malam lebih sikit.Tapi yang menghairankan aku,walaupun mengantuk,tapi aku takleh tidoq..rasa gelisah ja.Yang Mirul dan Safuan layan filem kat Astro,Aiman plak layan tenet kat PC aku..kat ruang tamu gak la..
Tengah mengelisah takleh tidoq berpusing badan kiri kana atas katil..tiba-tiba aku dengan macam orang melompat-lompat atas bumbung rumah aku.Punya kuat..macam ramai plak tu.
Tapi aku boh layan ja..tapi aku dengar macam kat ruang tamu kecoh ja..Aku buat tak reti..layan pejam mata balik walaupun tak leh tidoq..

Beberapa minit lepas tu tiba-tiba aku dengar macam orang ketawa..mengilai..

"HIhihihihihihi.."

Punya la panjang lagi nyaring.Masa tu aku rasa bulu roma aku yang sedia lebat ni terus ja naik menegak.Tapi akal baik aku pikir mybe budak-budak kat luar tu main sesama depa.Tapi tiba-tiba aku dengar lagi..

"Hihihihihihihi...!!!"

Lagi agresif bunyi dia..bunyi cam garang gitu.Aku yang tengah berbaring terus bangun duduk atas katil.Terpikir gak..awat pelik ja bunyi.Kalau budak-budak tu yang buat bunyi..memang lain bunyinya..ni nampak bunyi ni macam angker lagi..Tengah aku melenggung..aku nampak mirul,Aiman sama Safuan berlari-lari masuk dalam bilik aku.Masing-masing melompat atas katil aku macam superman.Nasib baik katil besi time tu..kalau tak runtuh kati aku.Muka masing-masing pucat..

"Wehh..sapa mengilai tu???"Tanya Safuan.Kami masing-masing diam.Last-last keempat-empat kami tertidoq atas satu katil..
Huuuuuuu...

Suara sapa la tu..?

Selasa, Oktober 26, 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN:WANI DAN AKU..NAMPAK LANGSUIR OR PONTIANAK?

Pada pertengahan tahun 2007 dalam bulan 7 atau 8,aku dan sepupu aku yang bernama Wani ambik keputusan nak cari kerja sambilan selepas aku baru je tamat belajar kat politeknik Kulim dan Wani plak oleh sebab dah lama dok melangut kat rumah lepas tamat tingkatan 6.

Cari punya cari last-last kami diterima kerja sebagai jurujual di Pasaraya Longwan dekat Kulim,Kedah.Masa kerja kami masa tu dari pukul 11 pagi sampai 11 malam.Letih memang letih tapi syok sebab dapat tengok gelagat orang.



Sebenarnya jalan yang kami selalu lalu dari Tasek Gelugor,Penang ke Kulim,Kedah ialah jalan biasa,bukan highway.Sebab kalau ikut highway memang 2 kali ganda jauh dari ikut jalan biasa.Cuma 20 minit saja.Jalan yang kami lalu tu pulak jalan yang kiri kanannya ladang kelapa sawit dan ladang getah.Lampu jalan pun takda.Tapi oleh sebab aku dah biasa berulang alik dari politeknik ke rumah masa belajar dulu,jadi jalan tu tak jadi masalah bagi aku kecuali Wani,dia memang takut kat jalan tu.



Satu malam,lepas saja punch card aku dengan Wani cepat-cepat naik kereta nak balik sebab malam tu kami tertutup lewat sikit sebab ramai orang sangat tadi.Masa tu dah pukul 11.30 malam dan semua kedai dah tutup.Pelan-pelan aku bawa kereta.Elok saja kami dah masuk dekat kawasan jalan tu(lebih dikenali sebagai jalan Bukit Tualang) aku rasa seram semacam.Tak macam selalu,relax ja..aku jadi gelisah malam tu...Dah la lampu jalan takdak..aku bawa kereta pada tahap paling selamat la untuk jalan yang ada lengkok-lengkok.



"Weh mira,mu bawa kheto laju sikit la..aku takut ni.."Tiba-tiba Wani bersuara dengan sedikit getar dalam loghat Kelantan dia.



"Weh..mana boleh.jalan lengkok-lengkok bawa laju..lori ka,keta ka kat depan..naya ooo.."Aku pulak jawab..tapi sebenarnya aku pun rasa semacam jugak..Yang si Wani ni dah mula pegang bahu aku.Taktau la apa motif dia buat macam tu.Bunyi radio menyanyi pun tak boleh hilangkan rasa gelisah aku,Tapi aku cuba buat muka relax sebab semua family aku tahu,aku memang berani selama ni.Tambah-tambah plak sebelum ni mak aku selalu kerasukan.benda macam ni dah jadi macam biasa ja..tapi malam tu?tah la...perasaan tu memang semacam gila.Masa pun rasa macam lama sangat..



Tiba-tiba radio buat hal..sekejap berbunyi,sekejap tak.Aku ketuk-ketuk radio aku berkali-kali.tak ok jugak..



"Awat plak radio ni?tadi ok ja..."aku mula nak naik angin..



"Mana aku tahu..tu radio kheto mu..buke kheto aku.."Wani jawab pertanyaan aku.Loh..aku bukan tanya dia pun..aku tanya kat diri aku la mek kelate ooiiii..Aku diam ja lepas dengar jawapan Wani tu.Tiba-tiba lepas ja kami melalui sebuah kuil hindu,Wani tepuk paha aku.Aku terus pandang Wani.Wani masa tu tengah pejam mata sambil pandang bawah kaki dia..



"Awat ni Wani?Aku soal panik.



"Weh,,mu nampok tak apo yg aku nampok mira weiii...kat belah mu tuuu..."Jawab Wani sambil terketar-ketar lalu jari dia terus tunjuk kat tingkap kereta belah aku.Aku pun pandang la..

Ya Allah..aku nampak satu benda putih tengah terbang dari sebatang pokok kelapa sawit ke pokok kelapa sawit yang lain seolah-olah dia ikut pergerakan kereta aku.Nampak jelas rambutnya yang panjang mengerbang.Dengan serta merta aku pandang ke depan balik...Peluh dah memercik aku satu badan walaupun aircond terpasang.Aku segera tekan minyak untuk lebih laju.Tapi entah macam mana rasa macam kereta ni slow lagi.

"Mampoh la kita mira weii..nate tu ikot kito doh..mampoh!!!"Wani tiba-tiba jerit.Loh minah ni awat taktau..jangan la jerit..kang jadi macam kes Paklong dulu baru tau..

"Hang diam boleh dak Wani??!! aku tengah bawa keta ni!!"Aku terus marah Wani.Wani yang panik terus diam.Aku bawa kereta tak pandang kiri kanan dah.Dalam hati dok doa minta cepat la keluar dari jalan ni..Dari ekor mata aku,aku tau benda tu terbang-terbang lagi dari satu pokok ke satu pokok.Sambil-sambil tu aku baca ayat kursi dan segala Qul..

"Weh mira..dio mace nari-nari pulok!! mampoh kita..mampoh...!!"Wani yang diam bersuara panik balik.Adooiii la..,macam nak tendang keluaq ja budak ni dari kereta.

"Hang boleh dak jangan tengok dia..pandang ke lain!!"Aku segera tegur Wani.Macam budak kecil,dia ikut ja kata-kata aku.

Aku terus ja bawa kereta sampai la kami lalu kat jalan kereta api..masa tu kat gate ketapi tu ada beberapa orang pakcik,mesti penjaga gate kot tengah bersembang.Aku pun try ushar..benda tu pun hilang camtu ja..Lagi pun lepas ja lepasi jalan ketapi tu.Rumah orang dah mula banyak kat tepi jalan.Kedai-kedai makan pun ada banyak.Budak-budak yang melepak kat simpang sambil main gitar pun banyak.Rasa memang lega gila-gila.Muka Wani pun tunjuk wajah kelegaan yang amat sangat.Esoknya,kami dua-dua demam.Dan beberapa hari lepas tu,kami berhenti kerja.
Huhuhuhuhuhuhu..

Selasa, Ogos 31, 2010

Nak crita,tak jadi..

Aku baru ja nak cerita pasal serigala adian,tapi dah ngantuk tahap tenuk la plak..
esok na pi kerja awal..
Esok la aku cerita..
huhuhuu

Isnin, Ogos 30, 2010

PHANTASM

Dulu..masa abah beli tape ni dan pasang kat rumah,malam tu terus aku tak boleh tidur..malam-malam lari tido dengan mak dan abah..Abah memang marah betul bila aku buat perangai takmau tidoq sorang-sorang.Tapi sapa suruh abah dok beli cerita seram dulu..
huhuhuhu




Layan cerita Dog Soldier lagi bagus...
kikikiki..

Rabu, November 18, 2009

Adakah aku Di ganggu makhluk halus? Ini cerita sebenar

Semalam...aku tak tido lagi..sibuk baca novel penyiasatan sorang2 kat dalam bilik aku..tiba-tiba aku rasa nak terkencing la plak..aku buka pintu bilik nak pi bilik aiq..tengok2..mak aiii..gelap gelita..semua dah tido ka? takpala..aku jalan pelan2 pi bilik air..selesai buang hajat aku..pi masuk dalam bilik,baring atas katil dan sambung balik pembacaan aku yang tergendala tadi..rasa ngantuk la plak..aku pun selimut diri aku..nak tido..tiba-tiba...bulu roma aku yang panjang ni tercacak la plak..apahal nih?tetiba ja..tapi aku wat tak reti la...sambung baring balik..tengah dok menghampiri alam mimpi..tiba-tiba(brapa banyak tiba2 daaaa....) aku dengar bunyi ketukan kat almari..aku pun bangun balik..pi ushar almari aku..takdak pa pun..pi tido balik..baru nak terlelap..bunyi balik..kuat plak tu..aku syak mybe cicak tengah mengawan kot..sebab ganas sangat,sebab tu la sampai berlangar-langgar dinding almari aku sehingga menhasilkan bunyi tok! tok!..tak bleh jadi ni..baru ja aku wat pembersihan almari secara besar-besaran..tak kan da cicak lagi..huuuu! Aku bangun,pi jenguk2 dalam pintu almari..takdak pa pun..
Aku pi baring atas katil balik..kali ni bunyi tok! tok! tu bukan kat almari dah..tapi kat tingkat bilik aku pulak..bunyi ketukan kuat dari luar bilik wat aku syak mybe Alia nak usik aku..tapi bila pikir balik..takkan tengah malam buta ni Alia sanggup kuar umah semata-mata nak usik aku..so,dalam keadaan bilik aku yang tengah bising sebab bunyi ketukan yang kuat dan rasa cam ramai ja dok ketuk tingkap tu,siap bunyi2 cuba nak buka tingkap aku lagi..aku kuar bilik pi bilik Alia,aku try buka pintu dia,tak berkunci,so aku pun masuk la..tengok dia dok baring terlentang atas katil dia dibuai mimpi..aik..aneh ni..bilik dia sunyi ja pun..aku pi balik bilik aku..bunyi ketukan makin kuat..aku syak..mesti da sumthing ni..so aku pun apa lagi,antar mesej kat Encik Bachok bagitau dia aku tengah takut tahap ayam..Pastu aku baca surah Al Fatihah kuat2 dan baca 3 Kul sambil pegang buku yassin..lama gak la aku dok ulang-ulang baca..lama-kelamaan bunyi ketukan hilang camtu ja...bulu roma aku pun tak tercacak dah..aku pun tido la ngan lampu bilik terpasang sampai pagi...

Aku di ambang misteri!!!


Gila betul..gangguan paling dasyat yang penah aku alami..
Huuuuu!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!