Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 07, 2013

MOOD BERCUTI

Kalau diikutkan sampai hari ni aku masih lagi dalam mood bercuti walaupun aku dah balik dari Pulau Redang sejak dari Isnin lagi..huhuhuhu..Gila baq hang rasa malas..aku ingatkan hari ni nak amik la travelling day pasai hari selasa ngan rabu..aku pi kursus kat Taiping..Baru dok sembang ngan Incik Bachok dalam perjalanan balik dari Taiping ke Penang lepaih balik dari kursus kelmarin rancang takmau mai kerja hari ni..sekali bos aku plak pi hantaq mesej...

"Esok takdak travelling pasai kita habis kursus awai tadi.."


Tu lah kan yang susahnya kalau bos pun pi kursus yang sama dengan staff...nak auta bos pun susah..huhuhuuhuhu...Pasrah jela...
Le[aih tu dok [pikiaq nak cerita pasai pi Pulau Redang..tapi kalau nak crita mesti kena ada gambaq..kalau takdak gambaq jadi takdak feel nak menulis..dah gambaq ada dalam Iphone Incik Bachok..Tapi aku tak berkenan plak gambaq2 dalam Iphone dia pasai aku rasa muka aku tak comey..Kalau dalam hanset Samsung abang dia aku rasa gambaq aku comey plak..hahhahaha..Dah abang dia tak hantaq lagi pun gambaq yang dalam hanset dia kat kami..maka dengan ini kena tuggu abang dia hanataq gambaq tu baru boleh cerita kan...muahahahha..

Takpala..tunggu la abang dia hantaq gambaq tu..huuu!!

Khamis, Ogos 02, 2012

GALAXY S III

Abah aku baru sahaja beli Galaxy S III.So,secara otomatiknya hanset Samsung Corby dia jatuh ke tangan adik bungsu aku,Azhan.Yaaa..untung betul jadi anak bungsu..takpa diminta..teruih dapat walaupun tu hanset secondhand..hahahahhaha..
Dan secara otomatiknya jugak..hanset Nokia C3 Azhan jatuh ke tangan aku tanpa diminta ataih ehsan Azhan..


Macam besa la..aku merupakan pengguna hanset paling cekai(ketinggalan) dalam family aku..
Huhuhuhuhuhuhuhu!!!


Habis tu aku ni macam mana Miss Poyo?hang nak aku campak katna plak???Huiii!!

Sabtu, April 23, 2011

SPM DAPAT BERAPA?

Kami satu family tengok AF..
Sekali dengaq la nyanyian seorang pesrta ni..Nama Amir..Ni first time kami satu family tengok AF untuk musim ni..Sekali nyayian budak tu teruk yang amat gila..Jahanam..!
Kena pulak kritik dengan juri..Menagis teruih atas Pentas..Manja betul..peserta lain kena kritik lagi teRuk..relax ja..dia nangis teruih..Sekali mak cakap..

"Ala...budak ni muda lagi..baru umuq 18 tahun..pi la sambung belajaq..Pi la masuk politeknik ka..Uitm ka...macam la jadi artis tu baguih sangat,.."


"SPM dia dapat berapa?Tiba-tiba abah tanya...

Hahhaaahhahha....adoi la abah..mana la nak tau SPM dia dapat berapa kan..hahahhaha...hahahahaahahhahahahah...Aku paham maksud abah tanya macam tu..hahahahha...

Sabtu, Februari 05, 2011

BUDAK JEPUN DAN MAFIA

Abah aku,kalau nak tau la..memang gila kurang mesra dengan budak kecik.Kalau budak kecik comel sangat-sangat duduk depan dia pun dia boh layan ja...Dia kalau dengan anak saudara dia baik belah mak mahupun belah dia sendiri memang kurang mesra.Sepupu-Sepupu aku yang kecik-kecik ni pun memang takut dengan abah aku.Padahal abah aku bukan garang pun..lawak nak mampus.Cuma dia kurang mesra dengan kanak-kanak bawah 12 tahun ja..huahuahuahua..



Mybe sebab muka abah aku macam mafia tamil kot..sebab tu depa takut dengan abah aku.Yela..kalau bapak sedara aku yang lain layan anak sedara depa bukan main lagi sampai peluk-peluk cium..abah aku cuma duduk diam tengok tv...tv..tv dan tv sebab abah aku minat tengok tv..kalau budak-budak tu terjatuh depan dia pun sampai menangis bagai nak rak..dia wat tak reti ja dok layan tv..

Aduhh!!



Budak-budak kalau nampak abah aku ja..masyaallah...meraung macam abah aku nak pi dera depa.Gila menangis sampai tak keluaq suara..Misteri gila la..bukan abah aku nak makan depa pun..hahahhahahhaha...Sepanjang aku hidup kat muka dunia ni la..mana-mana budak yang nampak muka abah aku dah menangis..Abah aku buka suara..gelalk-gelak pun depa dah menangis...aduh!!!



Tapi hari ni...satu sejarah da tercipta..Cewaaaahh!!!

Anak bungsu makcik aku yang tinggal kt KL sana adalah satu-satunya budak yang mesra alam dengan abah aku..siap peluk cium abah aku lagi sebelum balik tadi.Sebelum ni pun kami dapat kesan kemesraan yang terjadi antara abah aku dengan dia...



Waahhh!! aku terpegun!!!

hahahhahahahhahha..





Uikk...dashyat!!!!

YEAH..YEAH..!! NAK KAWIN

Sat ja noh...dah hari sabtu..esok ahad..lepaih tu..isnin..start kerja la plak...Ni dah cuti lama-lama ni jadi malas la plak kan...hahahhahhahahhaahhahhaa...





Semalam family blah mak bincang pasal kenduri kawin paksu..depa semua sepakat buat kenduri time awal muharam,27 November ni..Tenngok muka paksu macam tension ja bila abang-abang dengan kakak dia dok bncang nak masak lauk apa.pakai baju kaler apa la..bunga telur..hantaran..hahahhahaa.Tapi oleh sebab kami belah lelaki..tak buat meriah sangat la..ala kadar gitu..Cuba kalau perempuan,mau tak meriah..cuba bayangkan kenduri aku tengok..mesti meriah..hahhahahaahhahhahahahha...
Yang bestnya depa bahagi tugas untk prepair apa-apa yang patut untuk kenduri..Jadi aku pun terlibat sama..Wahhhhh..taksabar rasanya nak prepair hantaran..Hiihihihi...Boleh jugak aku latih diri aku.

Kami punya moto..



'Biar barang murah..asalkan canntik..!!'





Hahahahhahahhahahha...

Betul jugak..buat apa membazirkan nak beli bnda mahal-mahal..buat sekadar mampu sudah la..yang penting..lepas kahwin tu haa...lagi banyak duit nak dgunakan tauk..Majlis bia merah..tapi budget la...tu penting..kan3...
Aisshhh,...macam cerita pasal kahwin aku plak..blah la...
hahaahahahhahahha..



Wooii Poyo!! ingat senang ka urus pasal kawin...Pening wwoooo!!

Khamis, Februari 03, 2011

PICNIC LA BUKAN PANIC..

Tengah bersiap-siap nak pi picnic ni..
Pagi tadi awl-awal lagi aku bangun nak masak..
Semlam buat puding roti...
Waahhhh...
Mesti sedap aku masak kan?
hahahahahhaha

Rabu, Februari 02, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH:JATUH DARI POKOK NYOK(KELAPA)TERUIH DAPAT BINI

Sejak akhir-akhir ni Non rasa susah hati.Bukan rasa susah hati takdak duit ka..takdak kerja ka..tapi dia susah hati sebab tak berbini lagi.Tahun 50an,kalau lelaki umuq 22 tahun,dah boleh dapat 2 anak,tapi dia..bukan kata dua nak,anak kucing pun dia takdak.Kalau kat berek tentera British kat Singapura tu,semua orang pakat tayang-tayang anak bini depa,tapi dia..tayang badan dia ja yang sekeping macam emping jagung tu..Wahhh..Betul-betul la Non susah hati.



Hari ni,dah masuk 3 hari Non ada kat rumah orang tua di Penang ni.Dia bercuti sebenaqnya sebab dia baru balik dari Fiji.Pegawai dia benarkan dia balik bercuti..tapi bila dia balik bertugas semula ke Singapura,dia kena pi belah Borneo plak..Haru aiiiihh jadi askar ni..Pusing merata..Bila Tanah Malaya nak merdeka taktau..dengar ura-ura depa tengah dok tuntut merdeka la ni..Tapi hal merdeka dia tolak ke tepi dulu..dia tengah pikir hal nak berbini ni..Nak bagitau mak ayah dia,dia rasa malu..tapi kalau malu dia tak dapat bini..jadi dia kena hakis jugak la perasan malu dia tu..Dia yang tengah melepak kt serambi segera mengushar ayahnya yng tengh mengasah parang kt depan rumah..Dulu ayah dia guna parang tu dari ancaman Jepun..la ni ayah di guna lagi khidmat parang tu kot-kot la ada ancaman komunis plak ka..



"Ni bapak..ceq nak cakap sikit ni.."Non tiba-tiba bersuara.Ada getar dalam suara dia.Cehh..ayat tak boleh belah..macam novel plak.



"Haa..awatnya?"Soal Mat Yaman selaku ayah Non sambil mengasah-asah parang dia..



"Ceq nak bagitau sikit ni..mai la sat naik ataih ni.."kata Non lagi..



"Hang nak apa??"Mat Yaman bangun sambil mengacu parang dia ke arah Non secara tidak sengaja.Melihat ayah dia mengacu parang ke arah dia..Non tak jadi nak bagitau hal terbuku dalam hati dia..



"Ceq nak minum ayaq nyok ja.."Jawaban Non sudah lari dari tajuk..



"Pi la amik sendri kat sana nohh.."Kata Mat Yaman sambil menunjuk araah pokok nyok dengan paraangnya..Apa punya budak..nak minum ayaq nyok pun bagitau dia bukannya kecik lagi..dah boleh jadi bapak budak dah.Manja betoi la...

Non pasrah..sambil berjalan longlai menuju ke pokok nyok kat tepi bendang sana dia merungut-rungut akan sikap dia yang tak berani nak berterus terang tu.Tengah dia merungut-rungut tiba-tiba dia ternampak seseorang sedang meniti batas sawah padi berhadapan rumah dia.Batas tu adalah jalaan penghubung dari kampung seberang ke kampung dia.Dari jauh dia nampak seseorang tu adalah seorang gadis..Non memerhati susuk tu meniti batas tersebut..Semakin lama semakin dekat dan... wow!!!
Punya la lawa gadis yang berada depan matanya tu.Dia tahu gadis tu tak perasan yang dia sedang memerhti..Keayuan gadis tu tiba-tiba ja mencuit hti lelaki dia..Fuhh!! menyentap jiwa raga dia..Dia memerhati ke arah mana gadis berbaju kebaya merah tu pergi..Rupanya ke rumah Maktehnya yang terletak jauh dihujung sana..Ini tak boleh jadi ni...gadis berkulit putih tinggi lampai ni hrus dia siasat ni..Anak siapa..umur berapa..nama siapa...semua ni..Non memasang strategi..Ras macam memasang strategi perang plak..huhuhu..

Esoknya,pada hari yang sama,Non duduk di tempt yang sama ketika dia nampak gadis tersebut meniti batas tersebut..Sambil menunggu,di menghisap barang dua tiga batang rokok..Sekejap sahaja,gadis tu muncul..kali ni memakai baju kurung plak dah..Haiii..ayunya perempuan ni..dh tertawan dah ni..boleh buat calon bini ni..kalau nk dibandingkan dengan gadis Singpura yang dikenalinya..memang jauh pnggang dari api ni..gila punya sopan santun dia kasi..baik punyerrr..
Sebenarnya semalam selepas solat isyak,Non terus ke rumah maktehnya.Melalui sepupunya yang bernama Chah,dia dapat tau yang gadis itu bernama Ma,anak gadis Mail Wayang.Ma sejak kecil lagi belajar mengaji dengan Maktehnya...
Tak sangka dia yang Mail Wayang mempunyai anak gadis yang cantik ni..Haii...nampaknya dia dah diserang penyakit angau ni..

Sejak dari hari itu..Non mula angau..apa yang dia buat,pasti dia ternampak bayang Ma..Walaupun tak pernah bercakap mahupun bersua dengan lebih dekat,tapi angau Non dah makin menjadi-jadi..dah meletup bagai gunung Krakatau melimpahkan Larvanya..punya la membara.Sejak hari tu jugak,hari-hari Non menunggu Ma meniti batas sawah menuju ke rumah Maktehnya dibawah pokok kelapa tepi rumahnya tu..Sehari tak tengok Ma macm seribu tahun..Tudia penangan angau yang menimpa Non.
Sebenarnya,tanpa disedari..tingkah laku Non tu dapat dihidu oleh abangnya.


Satu hari..setelah hampir seminggu Non melepak kat rumah,ketika Non sedang bersiap-siap mahu jadi penunggu pokok kelapa tepi rumahnya itu..tiba-tiba,abang Long dia panggil..

"Non!! hang mai sat..!!"Non yang bru dok bersiap-siap segera pergi kepada abangnya yang sedang melepak kat serambi rumah sambil bermain dengan anaknya.

"Ni awat aku tengok sejak akhir-akhir ni hang dok melangut ja bawah pokok tu??"Soal abangnya tiba-tiba.Non yang cepat panik tu mula berpeluh.Awat pelik pertanyaa abang dia ni..macam tau ja aktiviti haram dia ni..

"Mana da abang long..Aku dok kait buah nyok..nak minum.."Jawab Non sedikit terketaq

"Ni hang jangan dok domba dengan aku..Hang dok ushar Ma anak si Mail Wayang tu kan..Dia dok pi rumah makteh hari-hari..macam aku taktau.."Kata abangnya tu buat mulut Non terkunci..alamak..rahsia dia dah pecah..ni kalau ayah dia tau aktiviti mengintai dia yang secara berhemah ni mampus dia dikerjakan.

"Ni hang jangan cari pasai..Hari ni depa dok pi ramai-rami rumah Mail Wayang nak pinang si Ma tu.."Belum abang Long dia habis bercakap..Non tiba-tiba lari.Entah mengapa tiba-tiba hati dia tersentap bila abang dia bagitau yng ada orang datang meminang Ma.Takdan dia nak suarakan hasrat dia pada ayahnya..Ada orang potong line dulu..Panggilan Abang Long dia tu tidak dipedulikan..Dia terus berlari-lari tapi akhirnya dia berpatah balik ke bawah pokok kelapa tepi rumahnya.Dah lama dok Singapura ni..Non dah tak berapa cam jalan kat kampung ni..Satgi lari jauh-juh boleh sesat...baik dia bawa hati yang lara dia ni ke tepi rumah ja..

Tengah dia menangis kekecewaan,tiba-tiba dia ternampak kelibat Ma bersama seorang budak laki sedang meniti dari kampung Non ke kampung dia..amboi..orang mai pinang dia hari ni..boleh berjalan-jlan lagi noh..agaknya budak laki tu adik dia kot..Sebab Chah pernah bagitau dia yang Ma tu anak sulung.Makin lama makin jauh Ma pergi..dan setiap tapak Ma berjalan atas batas tu,setiap kali tu jugak la Non memanjat pokok nyok itu..Semakin jauh Ma berjalan dengan adiknya,semakin tinggi la Non memanjat..Kalau boleh dia nak melihat samapi Ma masuk dalam rumah dia..Akhirnya bila Ma dah hilng dari pandangan,Non pun sampai ke puncak pokok nyok itu..
Dengan tidak semena-mena Non menjerit..

"Tolong wei..aku tak boleh turun.tolong!!!"

Mat Yaman serta isteri dan beberapa orang sedara mereka terkejut bila melihat Non berada di puncak pokok nyok.Seumur hidup dia,dia tak pernah tengok anak teruna dia panjat pokok nyok..Ni kira first time ni..ajaib betul..Dengan segera dia yang sedang meniti batas dari kampung Mail Wayang berlari-lari mendekati pokok nyok itu..

"Ni awat pulak ni..mai meroyan ka apa ni dok panjat pokok nyok ni??"Soal Mat Yaman dari bawah.

"Mana ceq tau..sedaq-sedaq dah ada ataih ni.."Jawab plak Non plak..

"Di kecewa bapak..dia ingat ada orang lain pi pinang Ma anak Mail Wayang tu..Takdan Ceq nk cerita habis dia dah lari kecewa macam filem hindustan..."Abang long Non pulak bersuara.

"Ni hang toksah risau..,yang pinang Ma tu bapak la..Mail Wayang dah terima pinangan bapak untuk hang..Minggu depan kahwin.Lepaih tu hang boleh usung bini hang balik Singapura.."Mat Yaman memberitahu untuk memperbetulkan salah paham.Sejak anak sulung dia bagitau yang Non ni dok mengintai Ma hari-hari ke rumah adiknya,dia syak..Non memang gatai nak kahwin dah tu..Jadi sebelum keadan melarat,baik dia pi Pinang Ma dengan segera.

Mendengar kata-kata ayahnya itu.Non jadi gembira tiba-tiba..Tangannya yang memeluk kuat batang pokok nyok tu dilepaskan secara tiba-tiba tanpa Non sedari..

"Yesss!!!!" Jerit Non dan tiba-tiba..

Kedebuk!!!!


Non terjatuh dari pokok Nyok..yang ajaibnya Non langsung tak cedera langsung..
Cedera tak cedera Non tolak tepi..Janji minggu depan dia kahwin..
Yahooo!!!

PACAT WOII PACAT..GELI!!!!

Menatang yang buat aku geli sekali kat muka bumi ni mesti pacat dengn lintah.Walaupun aku agak macho-macho kelakian sikit (yang ni takbley tahan punya ayat)tapi kalau dengan pacat jadi takut tahap siamang.


Masa aku kecik-kecik dulu,kalau budak laki terjun bendang,aku pun terjun sama.Biaq la lumpuq penuh badan,aku tarak heran la...Tapi bila ja naik dari bendang,nampak pacat dok berjalan-jalan(berjalan-jalan?) kat beris aku..mula la aku melolong.Satu kampung dengaq aku menjerit sampai burung yang bertenggek kat pokok pun habis berterbangan..Tudia puny dasat aku jerit..huhuhu..




Aku lintah la baghal!!! tu pun takleh beza ka poyo wooiii

Dulu,kaki lembu arwh tokwan ada pacat..mula histeria jugak la aku kat tepi kandang lembu..mau tak histeria..punya besaq..hitam lagi..(besaq dan hitamm?? hahahhaha..tiba-tiba otak aku kotoq sat) dok menepek baik punya kat kaki lembu..Huii..geli lah!!



Aku jugak pernah terajang sorang budak laki time dia nak tolong aku buang pacat kat betis aku..Masa tu aku punya kaki menerawang merata..dia suh aku relex-relex..kaki tu dok diam-diam sikit..senang dia nak buang,tapi dah geli sangat..tertendang muka dia..lari bali menangis budak tu..hahahhhaha..La ni dah kahwin ada ank pun hang noh..



Lepas tu,Baby ni..aku taktau la hutan mana dia pi masuk main..balik ja rumah..mesti ada sekoq pakat bertenggek kat tepi bibir dia..mula la aku panik..amik garam..terus truk kt mulut baby..bukan pacat ja mengelupur..Baby mengelupur sekali..hahahahha..masin kot..Kesian hang Baby..Dapat tuan kejam macam aku..hahahaha..

Tadi mak aku nyanyi lagu pacat..aku dengaq pun aku geli..heran betoi..mana la mak aku dengaq lagu ni..sampai boleh menyanyi..hahhhh..walaupun lirik dia mak aku kasi merapu sikit..Sesuai la ngan otak dia yang lebih kurang otak aku ja..tapi tang muzik tu dah cukup aku tau tu lagu pacat..
Yang aku dengaq betui pun mak aku nyanyi tang sini..

"Diketik pacat.dio ketik kot celoh-celoh!!!"

Hahaahhahahhaha...Abah aku dok gelak ja dari tadi dengaq mak aku nyanyi..
hahahahhaha..
Nak layan sat lagu pacat..

MARILAH BERCUTI

Hari ni Miss Poyo cuti!!!!!

Hahahaah..puas hati ku kn..semalm berseorangn ja.tinggal 4 5 orang ja kat opis aku yang ada..Hari ni aku cuti..

Esok..sempena Besday Makcik Fina,kmi akan pi bersantai di pantai sambil bakaq-bakaq ayam..
Wahhh..lama tak bersantai kt pantai ngan Makcik..Last pi bersantai ngan dia n the family bulan 12 tahun lepas..pi Teluk Batik kat Perak...Lama ka?Baru ja ni..
Hahahhahhahahh...

Ahad, Januari 30, 2011

BERCUTI DI PULAU DAN AKU MACAM BIG MOMMA??OH GOD!!!

Tadi aku makan malam diluar dengan family(kami hari-hari makan malam kat luar..pemalas masak malam!!),tetiba ja aku teringat yang adik abah,iaitu makcik Fina aku pernah ajak aku bercuti kat mana-mana pulau..Jadi aku fikir baik ajak satu family aku..lagi meriah ooo..Jadi aku pun bagitau abah..



"Bah..makcik ajak pi Pulau..jom aarrr..kita pi satu family baru riuh..boleh skuba diving tengok ikan.."



Abah yang tengah makan tengok aku..mak dan adik-adik asyik mengunyah..malas nak bagi komen..kan kalau bercuti abah aku yang sapot depa..hahahhaha..



"Eh..jangan..tak boleh..tak boleh.."
Abah cakap sambil geleng kepala..



"Awat plak???"





"Sebab satgi semua ikan lari bila hang turun menyelam..satgi depa pikiaq kapal tangki mana plak..dah la hang macam big momma la ni.."Abah jawab dengan muka selamba dalam masa yang sama mak dengan adik-adik aku gelak sakan..



Whhaatttt??!!!! Aku macam Big Mommaa!!!!!





Heyy..u patut bangga tau.abah u cakap u macam I yang hot ni...ohhh!!

Tiba-tiba aku rasa nak termuntah plak..eeeuuuwwwww!!!


Isnin, Disember 27, 2010

TAHNIAH..ANDA LAKI BINI TELAH DAPAT JUBLI PERAK..!!

Pada 25 Disember yang lalu,genaplah 25 tahun usia perkahwinan mak abah aku(permulaan ayat cam karangan da..).Ingat senang ka nak mencapai usia perkahwinan yang ke 25 tahun pada zaman la ni.Alhamdullilah la sebab mak abah aku bahagia sampai sekarang dan masih lagi gila-gila macam dulu.Dah aku kagum sekali sebab mak abah aku kahwin bukan atas dasar cinta pun,atas pilihan family ja..

Bukan senang jugak dua laki bini ni nak hidup senang lenang macam sekarang walaupun si laki pernah hidup dalam keluarga ada-ada.Penuh onak dan duri gak la..dah kahwin,kena berdikari la hidup sendiri..makan ka tak makan ka..tak pernah kasitau orang mahupun family sendiri..bukan macam orang la..susah sikit ja..cari la mak pak walaupun dah kahwin..moga-moga aku pun dapat bersabar macam mak abah aku jugak dalam menempuh alam rumah tangga..tu pun kalau aku kahwin la..hahahahhahaha..

Bukan senang jugak nak jaga 4 orang anak yang macam 10 orang anak ni.Yang nakalnya..hiperaktif la..yang lengai pun ada..yng mulut bising,kaki gaduh bagi masalah kat sekolah jenuh mengadap cikgu..macam-macam perangai anak-anak depa ni haa...Depa sabar jugak la..Sampai terpaksa balun anak depan dengan tali pinggan dan jugak pengangkut baju..(aku dan Aloyah ja rasa..Mirul ngan Azhan tak..).


Bukan senang oiii..nak dapat mak pak macam depa...apa kami nak semua bagi..nak makan apa,semua depa kasi..nak berjalan pi mana..bawa ja..tanpa ada bangkangan..haaa..sampai macam tu la..tapi diselang seli dengan ketegasan jugak la..kalau tak kami jadi anakku sazali la bai..hahahahhahaha..

Setakat ni..kami tak pernah tengok depa bergaduh besaq..sikit pun tak..takat kecil-kecilan tu adala..kalau takdak selisih paham,tak normal plak kan..
Macam mana filem arwah Yasmin Ahmad buat pasal kemesraan suami isteri dalam filem-filem dia..macam tu la mak abah aku.Sebab tu la aku suka tengok filem arwah yasmin Ahmad.
Melawak suami isteri..melawak,bergurau senda depan anak-anak..main kejar-kejar..Buat apa nak malu kan apa yang depa buat..tunjuk jela..kami lagi rasa bahagia tengok mak abah kami macam tu..

Wah..rasa sayu plak nak cerita kan..padahal ni kisah happy.hahaahahhaahha..
Punya la bahagia hidup aku sebagai anak depa sampai tak tergambar dengan tulisan dan kata-kata la..hahahhahhhaaa..

Jadi,aku ucapkan selamat ulangtahun abah..mak..
semoga kebahagian hingga ke akhir hayat..
Sekarang dapat jubli perak dah..nanti tak sabaq nak tunggu jubli emas plak..
hehehehe..



Sabtu, Disember 18, 2010

AGENDA ESOK HARI

Esok kalau takdak apa-apa hal..aku akan chalo ke Pesta Penang bersama adik-adik aku dan jugak family Makcik aku.Kalau tahun lepas aku hanya pi dengan adik-adik aku ja beserta dengan Family Makcik aku,tahun ni Incik Bachok turut serta.
Tapi antara pesta dengan Genting Highland,aku suka pi Genting lagi..
wawawawawawwaa...

Esok awal pagi,aku nak kena pi Penaga dengan Mak Abah.Macm besa la dua laki bini tu pi Penaga nak beli ikan.Satu kerja plak nak tunggu nelayan naik ke darat.Beli terus kat nelayan baru ikan segar mak kata.Belum tercela dengan ketul ais.Macam-macam la mak abah aku tu.
Hari ahad ja,situ la Depa pi.Hari Khamis hari pi sampai ke Kuala sana noh..Sekali dengan Aloyah dok merabat kat bot nelayan semata-mata nak beli ikan tengiri kepala bapak punya besaq..
hohohohoho..

Lepas tu,nak hantam makan laksa kat sana jugak.Mak kata ada satu kedai laksa kat sana sedap nak mampus..
Feveret aku tu..
hoooo!





Sebenarnya lagu diatas takdak kena mengena dengan cerita aku.Saja bubuh bagi hilang boring..
Aku kan suka lagu ni..
hahahahahaha

Jumaat, Disember 17, 2010

LIKE FATHER LIKE DAUGTHER..

Masa aku kecik-kecik dulu,menurut Makcik aku la..aku ni mulut banyak tapi lambat nak boleh berjalan.Mybe sebab dulu aku agak tembam..(sekarang pun sama la..).Oleh sebab aku ni suka bercakap potpetpotpet,jadi depa..(Makjang aku dan Makcik aku la..) suka sangat berbual dengan aku walaupun itu jam aku baru umur 3 tahun.Macam-macam depa bersembang dengan aku,tah apa yang aku merapu pun aku taktau.

Time tu aku dah tau mak aku kerja apa..abah aku kerja apa..
Seingat aku mak aku bekerja sebagai mak,abah aku bekerja sebagai Telekom..hahahahah..
Sebagai Telekom??apa benda jawatan Telekom itu?Ikut sedap otak aku ja pikir camtu.Nama pun budak kecik lagi comel kan..hahahahahha..perasan gila!
Masa tu,bila abah aku OT sabtu atau ahad,mesti dia usung aku dengan mak aku sekali.Setel ja kerja dia,teruih la dia bawa kami pi berjalan-jalan kan..
Kagum sungguh aku dengan abah aku time tu..hahahaha
Lagipun time tu abah memang manjakan aku sebab aku cuma satu-satunya anak dia.Apa aku nak semua dia bagi..yang aku takmau pun dia bagi jugak termasuk pelempang kalau aku nakal nak mampus..hahahahhhaa..


Satu hari,makcik aku soal aku..

"Miya..Miya..besaq nanti nak jadi apa?"
(Miya adalah nama manja aku masa kecik..Aku bahasakan diri Miya sebab masa tu aku cakap tak teruih lagii..R jadi Y..hahaaha..)

Aku pun jawab la..

"Besaq nanti Miya nak jadi Telekom macam abah!!"
Makcik ngan Makjang aku gelak ja dengan jawapan aku tu..hohoho..

Tahun berganti tahun Makjang sama Makcik aku perhati ja aku membesaq sampai depa pun dah ada anak sampai 3 4 orang.
Depa dok agak-agak aku mybe bekerja dalam sektor pembinaan sebab kebanyakkan pengalaman kerja aku kearah situ sehingga la satu hari aku bagitau depa..

"Akak dapat keerja kat TM..Juruteknik.."

Tau apa reaksi depa..?
Terkejut macam nak nangis..
Aku pun tak paham awat la depa jadi lagu ni kan..
Sampai la makcik cerita balik kat aku mengenai pertanyaan aku mengenai cita-cita time aku umor 3 4 tahun dulu..

Hahahahahahaa..
Mana aku tau kan..
nak jadi lagu ni..
Tapi kemana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi..Betoi dak?



Gambar yang diambil oleh mak

Rabu, Disember 15, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH:WATAK-WATAK PENTING EPISOD 1 - KELUARGA NON

Selalu aku dok cerita pasal hari ini dalam sejarah je kan..
Kali ni aku nak tunjuk wajah sebenar watak dalam hari ni dalam sejarah..
Ada dua episod ja pun untuk spesial edition punya cerita ni..
Selamat berrkenalan..



Yang sedang memangku budak lelaki tu adalah Maz,budak perempuan dibelakang tu adalah Idah manakala sebelah Idah tu adalah Lie.Abaikan budak perempuan menghisap jari tu yerr..

Ini aalah gambar Non bersama Ma dan dua dari 6 anak mereka,Ziah dan Kri..



Ini anak sulung Non dan Ma,Jie...
Pada episod akhir specialedition kita akan berkenalan pulak dengan Family Cik Ah
Chow!!


HARI INI DALAM SEJARAH:SUAMINYA ARAB..TAPI SUAMINYA....OH TIDAK..!

Semua orang tau,Cik Ah ada seorang suami berbangsa arab campur melayu.Tapi takdak siapa pun pernah lihat suami Cik Ah tu termasuk Bariah.Dah macam-macam Bariah dengar mengenai Cik Ah sejak dia mula bekerja sebagai tukang sapu sampah di sekolah tu.Cik Ah bini no dua la.Laki Cik Ah ada 4 bini la..Laki Cik Ah rajin balik Madinah la..macam-macam.Dan Bariah pulak yang jenis bizi body ni selalu ja menepek dekat kantin sekolah,sebab Cik Ah merupakan tauke kantin sekolah.Tapi bila dia hendak bersembang lanjut pasal family Cik Ah,dia rasa malu pula.Yela,dia baru sahaja masuk bekerja di sini 5 bulan.Tu pun atas bantuan abang iparnya,Pak Non.



Satu petang,selesai sahaja kerjanya menyapu,Bariah melepak di atas bangku dibawah pokok rambutan berdekatan dengan padang sekolah sambil melihat abang iparnya itu sedang mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh dalam pasu bunga.Sejak bersara sebagai askar British dan pulang dari Singapura,Pak non menjawat jawatan tukang kebun sekolah pula.



"Abang Non,pernah tengok laki Cik Ah dak?"Soal Bariah tiba-tiba.



"Dak pun.."jawab Pak non ringkas.



"Dengar kata laki Cik Ah orang arab..betoi ka?"Soal Bariah lagi.



"taktau.."Jawab Paknon lagi.



"Dengar kata Cik Ah bini no dua.Laki dia ada 4 bini,betoi ka?"Soal Bariah lagi walaupun dia tau sikap dingin abang iparnya tu.



"Dia la kot..."jawab Pak Non sambil melangkah pergi meninggalkan Bariah.Banyak kerja lagi dia nak buat daripada melayan mulut Bariah yang macam burung Murai tu.

Kecewa dengan sikap dingin abang ipar dia,Bariah segera melangkah pergi ke kantin.Nak menghilangkan dahaga.Nasib dia baik bila dia ternampak Cik Ah sedang berehat di bangku panjang kantin sambil menyedut rokok daun.Aiikk..selamba badak orang tua ni hisap rokok dalam kawasan sekolah.Nasib baik time tu bukan time rehat bagi pelajar.Dengan segera Bariah menghampiri Cik Ah.

"Kak Ah buat apa tu?"Soal Bariah sambil mengambil tempat disisi Cik Ah.Cik Ah yang mulanya terkejut dengan kehadiran Bariah secara tiba-tiba tersenyum.

"Aku tunggu Men ni haa..takmai lagi plak nak amik aku"jawab Cik Ah sambil menghembuskan asap rokok daunnya.Heran plak Bariah.Selalunya time ni Cik Ah tak balik lagi.Dia akan turut sama mengemas dengan pembantunya bia kantin nak ditutup.Tapi ini hari,Cik A balik awal plak.Tapi peduli apa Bariah.Dia nak selongkar cerita lain sebenarnya.

"Kak Ah,ceq dok tengok hari-hari Kak Ah balik Men yang ambil.Takpun anak yang nombot dua tu..apa nama taktau..."

"Ajonn..."Kak Ah segera bagitau nama anak keduanya bila Bariah menunjukkan ciri-ciri taktau nama anaknya tu.

"Haa..Ajon..tapi kan ceq tak pernah tengok laki Kak Ah mai amil Kak Ah.."Bariah memulakan bicara.Cik Ah hanya tersenyum.Dah agak ah,adik ipar Pak Non yang nampak macam busy body ni memamng mesti akan tanya benda-benda camni punya.Hampeh betul la.

"Awat hang teringin nak tengok laki aku ka?"Soal Cik Ah sambil ketawa.Padahal dalam hati bengkek gila.Melihat respon baik punya dari Cik Ah.Bariah segera bertanya lebih lanjut.

"Ceq dengaq la..depa dok sembang..Laki Cik Ah arab..sungguh ka.?"

"Hala..arab la laki aku..mak dia arab Madinah,bapak dia melayu Pattani."Jawab Cik Ah sambil menggulung daun tembakau.

"Tu ka??arab ni mesti segak laki kak Ah kan?"Soal Bariah teruja.Mendengar soalan Bariah tu,Cik Ah segera ketawa mengekek lucu.

"Hala..tinggi lampai..badan tegap..kulit putih merah..mata bercelak.."Cik Ah memulakan cerita pasal laki dia sambil tergelak-gelak sementara Bariah pulak mendengar dengan rasa kagum.Tak sangka Cik Ah ada laki sehensem tu.Belum sempat Cik Ah menghabiskan ceritanya Men pun sampai.Hampa jugak hati Bariah takdan na dengar sampai habis cerita sehingga la Cik Ah bagitau mybe satu hari nanti laki dia sendiri yang akan menjempuntnya balik.Bariah teruja.Tak sabar nak tengok laki Cik Ah.


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan.Bariah tengok yang menjemput Cik Ah hari-hari adalaha anak-anak dia ja.Sehingga lah satu hari Bariah nampak sebuah kereta toyota Corrola kaler putih tiba-tiba muncul depan perkarangan kantin sekolah.Tahun 80an,itu time sapa pakai kereta Toyota kira hebat la.Kagum dengan kereta tersebut,Bariah segera ke kantin.

"Kak Ah..kereta sapa ni?Selalu Ceq tengok kereta Men ja.."Soal Bariah sebaik saja menghampiri Cik Ah.Selalu dia nampak kereta merah milik Men ja.Tah jenama pa..tak stail langsung.Ni baru stail.

"Ni kereta laki aku"jawab Cik Ah sambil tersenyum.

"Yaka??mana laki Cik Ah??"Soal Bariah teruja.

"Dia pi bilik aiq sat..satgi dia mai la.."jawab Cik Ah sambil memasukkan barang-barang kedalam bonet kereta laki dia.Bariah turut membantu.Nak ambil hati sebab hari-hari dapat makan free.

"Haa...tu laki kak la tu"Tiba-tiba Cik Ah bersuara sambil menunjuk pada laki dia.Bariah segera beralih melihat dalam teruja.dalam fikiran dia mesti muka laki Cik Ah macam orang putih..tapi...

Orangnya tinggi lampai,badannya sasa berurat-urat di lengan,tapi orangnya bukan putih pun..tapi hitam..ya..hitam macam orang negro..itu yang Bariah nampak.

"Hensem tak laki kak?"Soal Cik Ah.Laki Cik Ah nampak terpinga-pinga.Dengan soalan bini dia tu.

Baru Bariah tau.Kalau orang Arab tak semestinya kulit putih,hidung mancung dan mata bercelak.Orang arab jugak ada yang berkulit hitam.Contohnya sahabat Nabi,Bilal Bin Rabah.
Ketika itu,badan Bariah lemah longlai..
Huuuuuuuu.

Khamis, Disember 09, 2010

SUARA YANG TAK BERAPA MERDU

"Hello..."

"Ya..Helloo.."

"Boleh I cakap dengan Hafiz?"

"Ya saya.Hafiz la ni.."

"Hafiz..kenal tak siapa I?"


*Diam Sekejap*



"Kepala hotak hang Mira!!! hang nak apa??!!"

"Hahahahaahhahaha.."



Ala Pakjang ni..aku dah buat suara semerdu mungkin.Dia cam jugak tu..hampeh!!



Heh! nak buat suara semerdu suara I konon..suara cam katak nak bertelur..nak tiru suara I konon..Huh!!

Rabu, Disember 08, 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN:SIAPA YANG KETAWA?

Pada tahun 2003,masa tu aku masih lagi ditingkatan 3.Time tu boleh dianggap berhinggus lagi la.Muka pun tak boleh lagi..Shiitt!! apasal aku cerita pasal muka aku plak ni??





Masa tahun 2003,masa tu time cuti.Tapi time tu cuti bulan bila aku tak ingat la.Benda dah lama kan..Time tu tah macam mana sepupu sepapat aku banyak yang balik kampung.Selalunya setahun sekali baru nak jumpa.Yang balik kali ni kesemua anak paklong aku.Anak Paklong aku pulak kesemuanya laki-laki.Yang sulung nama Aiman,time tu dia sekolah kat MRSM Pendang,Safuan sama umor dengan Mirul,Fahmi tua setahun dari Aloyah dan Fauzan muda setahun dari Azhan.

Macam biasa gak,depa kalau balik kampung,depa lebih suka melepak kat rumah aku berbanding rumah Tok kami sebab rumah aku boleh buat aktiviti macam-macam..tak orang nak larang..maka abah aku kan sempoi..kecuali aktiviti haram la contohnya isap dadah ka..hahahahahahha...Satu malam,setelah beberapa hari depa melepak kat rumah aku,mak sama abah aku pi rumah Tok..tinggal la kami adik beradik sepupu sepapat ja.Yang sempinya malam tu mak abah tidoq sana plak.Itu jam adik aku kecik-kecik lagi tambah-tambah Aloyah dan Azhan.Jadi depa pun pi sana jugak la..kecuali aku,Mirul,Aiman dan Safuan.

Aku pulak..oleh sebab mengantuk tahap cipan,lari la masuk dalam bilik aku nak tidur.Time tu dah pukul 12 malam lebih sikit.Tapi yang menghairankan aku,walaupun mengantuk,tapi aku takleh tidoq..rasa gelisah ja.Yang Mirul dan Safuan layan filem kat Astro,Aiman plak layan tenet kat PC aku..kat ruang tamu gak la..
Tengah mengelisah takleh tidoq berpusing badan kiri kana atas katil..tiba-tiba aku dengan macam orang melompat-lompat atas bumbung rumah aku.Punya kuat..macam ramai plak tu.
Tapi aku boh layan ja..tapi aku dengar macam kat ruang tamu kecoh ja..Aku buat tak reti..layan pejam mata balik walaupun tak leh tidoq..

Beberapa minit lepas tu tiba-tiba aku dengar macam orang ketawa..mengilai..

"HIhihihihihihi.."

Punya la panjang lagi nyaring.Masa tu aku rasa bulu roma aku yang sedia lebat ni terus ja naik menegak.Tapi akal baik aku pikir mybe budak-budak kat luar tu main sesama depa.Tapi tiba-tiba aku dengar lagi..

"Hihihihihihihi...!!!"

Lagi agresif bunyi dia..bunyi cam garang gitu.Aku yang tengah berbaring terus bangun duduk atas katil.Terpikir gak..awat pelik ja bunyi.Kalau budak-budak tu yang buat bunyi..memang lain bunyinya..ni nampak bunyi ni macam angker lagi..Tengah aku melenggung..aku nampak mirul,Aiman sama Safuan berlari-lari masuk dalam bilik aku.Masing-masing melompat atas katil aku macam superman.Nasib baik katil besi time tu..kalau tak runtuh kati aku.Muka masing-masing pucat..

"Wehh..sapa mengilai tu???"Tanya Safuan.Kami masing-masing diam.Last-last keempat-empat kami tertidoq atas satu katil..
Huuuuuuu...

Suara sapa la tu..?

Jumaat, Disember 03, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH:KAMI INGATKAN PEREMPUAN CANTIK..RUPA-RUPANYA..HAMPEH SUNGGUH!

Sebagai seorang tokey kedai makan dan tokey beberapa buat kantin sekolah di daerah Seberang Perai Utara.Cik Ah dikenali ramai sebab keramahan beliau,kelancangan mulut beliau,kebaikhatian beliau serta kisah keluarga beliau dimana suaminya lain dari orang lain.Tahun awal 80an time tu Cik Ah dikategorikan sebagai orang ada-ada la jugak.
Semua orang kampung yang tinggal berdekatan rumah Cik Ah kenal anak-anak beliau.Malah laki Cik Ah yang sekejap ada dan sekejap takdak tu sebab bergilir-gilir ke rumah bini yang lain(beliau kahwin 4) pun orang kenal sebab laki Cik seperti yang telah diberitahu pada ayat diatas adalah lain dari lain.

Anak-anak Cik Ah yang orang kampung tau ada ada 4 semuanya.Dua laki,dua perempuan.Yang sulung nama Men,sibuk dengan dunia permotoran beliau dan muzik.Yang kedua bernama Jon pulak terkenal dengan kegengsteran beliau.Manakala Pina dan Mah pulak masih dibangku sekolah rendah dan tadika.Tapi satu hari Husin Cangak ada syak yang Cik Ah mesti ada seorang anak lagi.Dan pada firasat Husin Cangak,anak yang seorang ni adalah anak gadis yang cantik body mantop macam Cik Ah.Kenapa Husin Cangak berfikiran begitu?Sebab setiap malam bila Husin Cangak baru balik dari kedai milik Cik Ah dan melalui belakang dapur rumah Cik Ah,beliau terdengar bunyi orang membasuh pinggan mangkuk.Kadang-kadang bila beliau singgah sebentar dihadapan rumah Cik Ah melihat Men mengetest bunyi motor beliau,Husin ternampak macam kelibat orang sedang menyapu.Tapi nampak bayang ja.Rupanya tak nampak pun.Takkan Cik Ah kot sebab Cik Ah hanya berdunia dengan Bisnes dia.Mana nak dan uruskan rumah.


"Cik Ah jangan tipu la..Takkan Cik Ah takdak anak perempuan kot yang dah jadi anak dara.."Husin cuba merisik.Beberapa pemuda yang ada kat situ join sama nak tau.


"Hang gelong ka?anak aku yang perempuan kecik-kecik lagi haa..Pina ngan Mah ja ni ha..mai mana plak anak dara ni??"Jawab Cik Ah sambil menuding jari kearah anak-anak dia yang berhingus dihidung tu.

"Ceh..depa dua buat apa..elok depa besaq..saya dah kerepot..ada lagi ni..Cik Ah sembunyi.."Sekali lagi Husin memaksa Cik Ah mengaku.

"Ya Allah..awat la hang tak paham bahasa..tak percaya sudah!!"jawab Cik Ah lalu pergi melayan pelanggan yang lain.
Husin dan beberapa pemuda yang lain tak puas hati.Sepanjang nak dekat setahun Cik Ah berpindah tinggal di kampung depa,baru depa perasan yang Cik Ah mybe ada anak dara.Yang Cik Ah nak rahsia dari depa ni pasaipa pun taktau.Mesti anak dara Cik Ah ni terlalu cantik dan sempurna sampai Cik Ah nak sembunyi.Sambil menyedut air.Husin dan yang lain-lain buat perancangan.

Malam tu,kira-kira pukul 11 lebih.Husin dan rakan-rakannya perlahan-lahan ke belakang rumah Cik Ah.Seperti yang dijangka,depa dengar orang membasuh pinggan mangkuk.Heran..time macam ni la baru depa dengar bunyi orang menyimpan,membasuh.time siang rumah ni sunyi sepi ja.Kadang-kadang Husin tengok kain dah bersidai.Cik Ah memang semua orang tau memang takdan nak buat semua tu.Tapi takpa..Malam ni siap la Cik Ah..depa akan pecahkan rahsia Cik Ah.

Perlahan-lahan depa pergi ke tingkap dapur.Tapi tingkap jenis naco tu bertutup rapat la plak..Jadi depa buka sedikit.Berebut-berebut masing-masing nak tengok.Tapi tak strategik plak.Tak nampak apa-apa.Jadi depa pi tingkap tang lain plak.Sekali lagi tingkap dibuka sedikit..
Depa dah nampak..eh..nampak betis berbulu..depa tengok atas lagi..pakai seluar boxer!! depa tengok atas lagi..eh..tak pakai baju!! dari belakang tubuh kurus kering.Sekali tubuh kering kering tu beralih..Ayarrkkk!! laki rupanyanya..
Husin dan rakan-rakan rasa nak pengsan..

Baru depa tau..Cik Ah ada 3 anak laki..yang ketiga nama Raz..dan Raz memang rajin macam perempuan walaupun beliau tak lembut.
Malam tu jugak Husin dan rakan-rakan dibelasah Jon and the geng sebab mengintai rumah beliau..
Huuuu!

Isnin, November 29, 2010

BESDAY BOY

Hari ni besday Azhan yang ke 12 tahun.Aku taktau la nak beli hadiah apa kat dia.Sebelum ni aku selalu beli mainan kat dia..tapi sejak beliau dah besaq ni..aku taktau nak kasi apa..huhuhu..Susah la..kalau budak perempuan tau la jugak kan nak kasi apa..Ni laki-laki.

Tadi aku try tanya Incik Bachok nak beli apa kat Azhan.Ye la..depa kan sama-sama lelaki..mesti tau punya..ni jawapan Incik Bachok..

"Tah la..mana I tau..masa i kecik-kecik takdak hadiah pun..."

Waaaaa...tak boleh pakai betul la mamat ni.Aku pening ni...
taktau la..waaaaa..Azhan!! awat la hang da besaq??
susah la!!!
huhuhuhu..

Tapi yela kan..Sat ja Azhan dah umur 12 tahun..dulu kecik ja.Sekarang pun kecik jugak..tak macam umur 12 tahun pun..macam darjah 3 ja aku tengok..hahahaha..Doktor cakap pertumbuhan Azhan agak lambat sikit sebab penyakit asma dia tu..wuuuu..sedih gak dengar.Tapi takpa la..janji Azhan sempurna.

Azhan ni nakal gila-gila la..kuat mengusik..manja..penakut..hahahhaa..gelagat dia memang bagi family kami happy la.Dia suka binatang.Banyak jugak la haiwan belaan dia.Oleh sebab kami takdak adik kecik..kami layan dia macam budak kecik..sampai kadang-kadang pun dia rasa macam marah gak la dengan cara layanan kami kat dia.Kadang-kadang kami sendiri lupa yang dia dah besaq.Selalu risau dengan dia.Kalau dia pi mana-mana mesti pikir bukan-bukan.Tajuk jadi apa-apa kat dia.Padahal dia dah besaq..

Dia ni prihatin gak.Rajin gak tolong mak aku mengemas..memasak..tolong urut tok aku.Macam-macam la dia buat..kalau budak lain siap minta upah.Ni bila mak aku suruh buat apa-apa..then nak bagi duit..mesti dia kata macam ni.

"Mak..tak payah la..Ann ikhlas la..bukan orang lain..mak Ann sendiri"

Waaa...mak selalu rasa sayu kalau dia kata macam tu..
Harap-harap sifat hang tu kekal sampai hang besaq la Ann oiiii..

Yeop!!!!!
Semoga cepat sihat-sihat selalu lepas ni yerrrrr!

Azhan dan Abah
P/s:Kami panggil dia Yeop sebab dia lahir kat Ipoh,Perak.

HARI INI DALAM SEJARAH:TIDUR BERPELUKKAN BATANG PISANG

Tahun 80an..bukan semua ada tv kat rumah.Hanya yang betul-betul kaya atau sederhana kaya ja mampu beli tv.Tu pun bukan tv kaler pun..tv hitam putih yang boleh tutup macam almari tu.Kalau kat pekan Bagan mybe ramai yang ada tv kaler macam rumah Cik Ah dan Haji Im.Tapi kalau kat Tasek Gelugor ni,hanya Tv hitam putih ja jadi hiburan.Dalam Kampung Permatang Manggis,hanya rumah Haji Arshad ja ada tv.Eh..bukan haji Arshad ja..rumah Mek Nab kelantan tu pun ada.Tu pun laki dia beli kat luar negara.Laki dia kan kelasi kapal...

Oleh sebab rumah depa ja ada tv,maka bila time malam ja rumah depa jadi kunjugan orang-orang kampung terutama remaja dan kanak-kanak datang menonton.Oleh sebab Haji Arshad dan Non bersepupu,atau lebih senang sepupu angkat sebab Non cuma anak angkat bapa sedara Haji Arshad.Maka anak-anak Non lebih selesa datang menonton Tv di rumah haji Arshad.Turut sama join anak-anak abang angkat Non.

Satu malam,dalam pukul 10 malam,anak-anak Non bersama anak-anak abang angkatnya berjalan pulang dalam gelap gelita.Biasa la kampung zaman 80an..mana ada lampu jalan lagi.Bertemankan lampu suluh,depa berjalan berpimpingan tangan.Adala dalam 4 5 orang time tu.Anak ke 5 Non,yang bernama Maz ni memang kaki tidur.Tidurnya tak kira masa atau tempat.Masa berjalan pun boleh tidur.Malam tu Maz tertidur.Walaupun marah dengan tingkah laku kakak depa ni,tapi Idah dan Lie terpaksa jugak la pimpin tangan kakak depa,takut terjatuh.Apala..selalu kakak yang pimpin adik-adik..Ni adik-adik yang pimpin kakak..Dunia memang dah terbalik.huhuhuhu.

Sambil depa berjalan dan berpimpin tangan,depa ketawa sebab lucu dengan celoteh anak-anak abang angkat ayah depa terutama yang bungsu bernama Naim tu.Biasa la kan bila dah ketawa terbahak-bahak akhirnya depa terlepas tangan kakak depa.
Sampai ja dirumah,kedua beradik tu terus ja masuk dalam bilik nak tidur tanpa depa sedari kakak depa takdak sekali.

Seperti biasa,sebelum tidoq..Non akan jenguk bilik anak-anak dia.Tiba-tiba dia berasa hairan,eh..mana seorang lagi kan..ada dua ja ni kat atas tempat tidur..dia segera mendekati kedua anak dia,dijenguk pada muka kedua nak-anaknya tu..Ni Idah..ni sebelah ni Lie..mana plak Maz ni..Suasana jadi kecoh tiba-tiba bila Non tiba-tiba menjerit.Anak-anak yang besar-besar pun terjaga sama.Kesian,esok nak pi kerja ayah depa buat kecoh plak..

"Maz mana?Maz mana?"Soal Non panik kepada Idah dan Lie.Anak yang lain-lain tercengang.Aphal la ayah depa ni.

"Tadi dia ada dengan kami ayah.."jawab Idah separuh mamai..Ma yang ada ditepi Non dah separuh pitam.Siapa plak yang culik anak dia ni..dah la Maz tu kategori comel jugak tu..huuuu!

"Tadi Maz tidoq ayah..kami pimpin dia..lepas tu kami balik..gelak-gelak..pastu..."Idah tak dapat terus cerita,fikiran dia blur.

"Naim!!!" tiba-tiba Non teringatkan Naim,anak abang angkatnya yang nakal tu.Dia segera keluar rumah ke rumah abang angkat dia yang bersebelahan rumah dengan rumah depa..

"Long..hang tanya Naim sat..mana Maz?"Arah Non sebaik saja abang long dia menyoal.Naim yang ada dalam bilik tiba-tiba ketawa.Marah dengan anak dia,Abang Long segera menarik telinga anak bungsunya itu lalu menyoal.

"hahahahaha..kat kebun pisang paklong Chad ayah..hahahahhahaa.."jawab Naim sambil ketwa,Dengan pantas depa semua pakat-pakat ke kebun pisang Milik Haji Arshad.Memang betul kata Naim..Maz tidoq baik punya berpelukkan batang pisang.Entah bila masa Naim tinggalkan Maz di situ pun taktau la..
Huuuuuuuuuu!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!