Jumaat, Disember 23, 2016

MUNCUL KEMBALI?

Halo! Halo!?...Saja ja muncul..kesin tengok blog aku da bersawang..huuuu!

Khamis, Disember 04, 2014

DUA TAHUN..

OK..

Dah hampir sebulan ulang tahun perkahwinan aku yang kedua..
Baru aku nak update..hahahahha..
Last aku update blog ni bulan 6 ritu..tuptup..teruih ja crita pasal ulang tahun aku..ahhahaha..


Sebenarnya takdak apa yang aku nak cerita selain dari perasaan gembira aku..sebab usia perkahwinan aku dah capai 2 tahun sedangkan sampai la aku masih tak percaya yang aku dah kahwin ada anak sorang dan dok rancang nak dapat anak kedua plak..Pyo-poyo aku pun dah kahwin jgak dengan Incik Bachok yang dok jadi watak utama dalam blog ni masa aku bujang dulu..hahahha..

Sempena ualang tahun aku yang ke dua dengan Incik Bachok..dia membawa aku dengan Nayli Bam..Bam merentas Highway Utara Selatan menuju ke selatan Singgah Di Melaka dan Johor.
Walaupun aku dah berpuluh kali pi Melaka tapi aku tetap layan jugak laki aku kesana sebab dia bagitau aku dia tak pernah berjalan-jalan kat sana..Tipu la sangat...Dibawah ialah gambaq poyo aku dengan laki aku dan Nayli..











 Gambaq ni memang lawak..tah minah Indon Mana marathon depan laki aku..hahahha




 Betapa gemoknya aku sekarang..tensionnnn!!


 Walaupun Incik Bachok bukanla seorang yang poyo..tapi aku paksa jgak dia bergambaq poyo..tengokla muka dia yang tak berapa nak poyo tu..huuu!!











 Dah lama aku tak Selfie nokksss!!









 Dan lagi singgah Muzium tentera kat Port Dikcsooonnn!






 Yang ni kat Gunung Ledang..Konon2 bertapa macam Hang Tuah la..Chuissshhh!



Aku suka sungguh tgk gambaq ni..nampak macam anak aku merenung masa dia..hahahahhahahahha!!





Ok la...Aku kat Opis ni..dah tukaq unit..karang orang nampak aku menuluih plak..callo..dlu takpala aku dok dalam bilik sorang-sorang..Sekarang dah beramai-ramai..huuuuu!!

Selasa, Jun 03, 2014

RUMAH PERTAMAKU

Sebelum ni..entri aku yang tahun bila taktau..aku ada cerita yang aku bercita-cita nak memiliki 3 buah rumah..Walaupun orang cakap macam melampau ja nak sampai 3 buah rumah padahal harga rumah makin mahai nak mampoih..tapi aku cuba juga la nak merealisasikan impian aku tu kan..Walaupun aku ni boleh dikategorikan sebagai seoarang yang nampak macam berfikiran main-main banyak walaupun dah beranak seorang..Akhirnya...rumah pertama aku dah berjaya aku miliki dengan duit aku sendiri bayar pun sendiri..buat pinjaman pun sorang-sorang tanpa bantuan Incik Bachok Wolverine..
Rumah pertama aku ni rumah kos rendah ja pun..harga pun RM42K ja...

Bila dah siap memang rupa rumah kos rendah la..Aku penah bagitau tau yang rumah jenis ni aku nak buat rumah sewa ja..dalam proses la ni..Dan nindia rupa rumah aku ni..Ok la..


Ni muka pintu

Dah nama pun ruma kos rendah..So,Tingkap pun pakai tingkap Naco..Pintu pun takdak yang sliding ok..Nak sliding buat sendiri.Aku dah tengok rumah kos rendah yang terdahulu dari rumah aku..depa renovate mak aii..tak nampak macam rumah kos rendah..huiii...Dah la pakai kereta mahai..macam mana depa boleh layan dapat rumah kos rendah noh?Musykil nih!

 Yang ni bahagian dapur..kalau aku yang dok mybe aku pasang kabinet dah..
Yang ni tandas




Yang ni aku..hahahahaha


Rumah kedua aku dalam proses..Sebenarnya dah dapat pun..Rumah dua tingkat 4 bilik dan 3 bilik air..Rumah 2nd hand fully renovation..dari belakang rumah sampai depan rumah..rumah tu memang besaq sungguh..Besaq dari rumah baru dua tingkat harga 300k keatas.Memang dia renovate dalaman rumah tu memenuhi cita rasa aku sebab pemilik dia pun konsultan perumahan kan..Tapi bila loan dah lulus Incik Bachok batalkan plak sebab masa kami pi tengok rumah waktu malam..kawasan dia kami tak perasan sangat..Bila kami pi tengok balik time waktu siang baru kami tau kawasan dia suram..ada dua tiga biji rumah terbiaq..rumah seblah memang takdak orang sampai 2 buah..yang sebelah lagi pulak orang tua pencen kerajaan.Blakang rumah tu pun ada dua buah lagi terbiaq sampai naik pokok bagai..memang rasa takut plak la kawasan tu..macam tak elok plak untuk tumbesaran Nayli...So,kami sedang cari rumah lain la..mana tau lepaih raya dapat ka...Aminn!!

Bila dapat rumah kedua ni..mau dok diam dulu la sampai aku rasa aku boleh beli rumah ketiga atau buat rumah ataih tanah lot ka..Aminnnn!!

Jumaat, Mac 28, 2014

NAYLI PUN TERKONO

Sejak dua hari lalu lagi..anak aku si Nayli Bam Bam dah terkena demam campak..Dua hari sebelum Nayli kena demam campak..adik aku si Aloyah kuih lapis tu kena dulu..
Aku syak depa terjangkit dari aku..

Aku tengok anak aku punya badan dan muka aku rasa sedih sangat..Dia punya campak punya besaq macam aku..Tapi doktor kata antibodi anak aku kuat..kalau baby lain mybe dah demam bagai sebab campka ni kan..Tapi anak aku boleh pulak buat 'lek lu' ja tak demam langsung...cuma aku rasa dia rasa gatal-gatal atau mybe dia rasa sakit satu badan macam aku dulu yang buat dia gelisah semacam..

Dah tu dua tiga malam ni aku punya tidoq tak cukup dok jaga si Nayli ni yang tak boleh tidoq jugak pasal gatal punya pasal..Dok tergaru-garu..Jenuh la aku dok peganng tangan dia nak elak dia dari dok menggaru..Huuuuu!!

Aku harap sangat si Nayli ni baik dari Chicken pox ni cepat sikit la pasai 4hb April Incik Bachok nak bawa dia pi Langkawi...Mak mentua aku nak sangat jumpa Nayli..Yala..dok jauh..kena rentas banjaran titiwangwa baru boleh jumpa Nayli..Dah alang-alang bercuti kat belah utara ni mesti la dia nak jumpa Nayli kan...


Hmmmm...masalah macam-macam..Mybe Dugaan dari Allah kot.




P/S:Aku rasa ni Entri paling serius yang pernah aku tulis..Hohooho

Khamis, Mac 27, 2014

TAKUT TAK DAPAT CUTI

Kalau diikutkan..bulan April ni..4hb...Aku dan family ibu mertuaku akan pergi bercuti ke Langkawi..Benda ni dah lama dirancang..sejak aku mengandung 6 bulan lagi..
Bila dah konfom nak pi..bulan satu ritu aku dah tempah resort yang under TM punya sekali dengan sewa kereta..Semuanya dah dibayar..Tup-tup awal bulan 3 ritu aku kena demam campak..dapat MC dua minggu kau..

Bila dah MC dua minggu...aku taktau apa dah jadi dengan opis aku sehingga aku mai masuk kerja balik hari isnin tu..Aku tengok bilik aku yang berselerak gila babi tu dah kemas..Segala dokumen file dan segala macam lagi hilang tanpa khabar berita..Jadi aku pun pi la tanya pakcik-pakcik kat opis tu siapa yang kemas bilik aku..Depa jawab..


"Bos yang kemas hang tau..dia masuk bilik hang macam tongkang pecah..dia serabut tak dapat cari file..dia kemas teruih..."

Ni yang aku tak gemar sangat ni bila ada orang yang masuk bilik aku kemudian kemas habis semua file sampai aku sendiri tak boleh nak cari file-file dan dokumen tu semua..Tapi aku rasa best jugak bila ada orang kemas bilik aku..sebab aku nampak bilik aku dah sesejuk mata memandang..hahahahha..

Lepaih tu aku dapat tau bila dia mengamuk sebab tak dapat cari file..(padahal ada ja dalam bilik tu..aku sorang ja tau mana file-file dan dokumen tu dok..) Dia mula cakap takmau lulus cuti aku untuk bulan April ni sebab banyak kerja bertangguh..

Waaaaaa!! aku sedey sangat la..bukan aku sengaja tangguh..aku terkena demam campak...kalau tak mesti dah setel..sekarang dia dah nampak macam aku bad girl plak dalam opis ni dok tangguh-tangguh kerja...
Aku rasa sedih sangat..konfom Incik Bachok pi Langkawi tanpa aku dan Nayli...
Boleh la dia berkawan dengan Abang dia hat Cikgu tu..Bini dia pun tak pi jugak pasal kerja punya pasal kan..

Tapi aku sedeh laaa..aku dah berangan nak snorkeling bagai..
punah Impian aku..
Waaaaaaa!!!


Laaaaa..Poyo..Hang tak jadi mai ka??Aku tunggu hang mai amik gambaq ngan aku ni..Punahh!!

Isnin, Mac 24, 2014

BERBEDAK SEJUK KE PEJABAT

MC yang doktor bagi kat aku sejak aku dikesan terkena demam campak dah pun tamat,cukup 2 minggu.
Jadi hari ni aku kena la mai opis walaupun doktor suruh aku pi jumpa dia..dia nak tengok keadaan campak aku ni kering ka tak lagi..mybe dia nak bagi MC lagi kot..
Tapi oleh sebab aku pekerja yang bertanggungjawab dan amanah(cewah) walaupun kadang-kadang kerja aku jahanam jugak..aku gagahkan diri aku mai jugak opis..

Oleh sebab bintik-bintik campak aku ni dalam proses mengering dan menjadi kudis..jadi orang-orang tua selalu pesan suruh aku berbedak..
Berbedak tu maksudnya pakai bedak sejuk la..seluruh badan..Function dia aku taktau..mybe membantu baik cepat ka hapa ka taktau la kan..

Oleh sebab itu aku dengan muka tak malu..pakai bedak sejuk pi opis...setempek kau kat muka aku serupa wayang cina punya pelakon..
Selamba badak aku ja bawa kereta dengan bedak setempek ka muka..Bila aku berhenti kat traffic light aku tengok penunggang motor..pemandu kereta pandang aku pelik..ada aku kisah?
Sampai ja opis..pakcik-pakcik ni dok marah aku sebab dok bawa virus masuk opis plak..hahahha..

Aku berani pakai bedak sejuk ke opis..
Hampa berani ka?
Ini orang kata bini Incik Bachok Wolverine!!


terima kasih la poyo sudi pakai kami di khalayak ramai gituuuu!

Ahad, Mac 23, 2014

BILA ABANG JEBAT DIHATI INCIK BACHOK

Sejak beberapa minggu yang lalau..nak dekat sebulan dua jugak la aku rasa..
Incik Bachok mesti akan terpacak kat depan TV Astro Maya HD ka hapa tah tepat pukoi 10 malam.
Niat dia tak lain dan tak bukan ialah dia nak tengok Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad dengan Nelydia Senrose...

Aku mengejutkan jugak la jiwa raga aku yang Incik Bacjok pagi petang siang malam tak kira waktu dunia dia bola..bola..bola tu tetiba ja layan drama..drama cinta dari novel plak tu..cuiishhh!!

Dia punya emosi kalau tengok drama tu..kalah emosi tok aku tengok drama Indon kat TV3..
Satgi dia syok gelak-gelak..Satgi dia marah-marah sampai tampaq belakang badan aku..satgi dia sedih...
Aku tak paham betoi la..aku plak tak brapa nak layan drama tu..

Kalau aku cuba ubah siaran lain mampuih la kena marah dengan dia....
Sebab tu bila pukoi 10 malam ja aku amik keputusan tidoq teruih lagi baguih..
Lepaih tu dok sebut abang Jebat abang jebat..Dah macam gay plak aku rasa..
Hahahahahhahhahahha......

Nelydia Senrose yang segak tu tak pulak dia sebut-sebut..
tak paham aku.....

Aku tengok Sharnaaz Ahmad dah macam kepala gangster ja sejak dua menjak ni..Huiii!!
Agaknya lelaki berjambang memang minat kat laki berjambang jugak kot..


Euwwwwwwwwwww!!


Wa memang ada gaya keunggulan..Bukan takat anak dara,bini orang yang minat wa..suami orang pun minat wa..wa Straight ok...!! Lu jagan cakap banyak arr..nanti wa kasi lambung!!!

IZZUE ISLAM ADALAH IMPIAN AKU SEKARANG

Masa awal-awal kehamilan aku kat si Nayli Bam Bam ni..aku teringin sangat-sangat la nak jumpa Izzue Islam..boleh kata semua drama lakonan dia aku tengok..aku pun taktau tang mana aku berkenan kat Izzue Islam n sampai aku berdoa la kalau dapat anak lelaki aku nak muka anak aku acam Izzue Islam..Apakejadahnya laki aku muka macam Wolverine punya gagah tapi aku nak muka anak aku jambu plak..hahahhaha..Sampai aku pernah menangis dalam hati bila Incik Bachok takmau bawa aku pi tengok Izzue Islam dekat stadium Batu kawan masa Astro buat program kat sana...Aku mengidam sungguh nak jumpa dia tapi tak dapat..nasib baik ayaq liuq anak aku tak meleleh...hahahhahaha...

Aku dah dapat Izzue!! (dialog Awin Nurin)


Baru-baru ni aku stalk Instagram Izzue Islam..tiba-tiba ja aku punya keinginan mai balik..nak jumpa dia sangat-sangat...Aku pun bagitau la Incik Bachok..dia boleh plak jawab..


"Bawa I jumpa Gerad (betoi la ejaan aku ni??) baru I bawa u jumpa jambu ni..?

Gerad tu sapa??????Pemain bola ka????
Siot jerrr.....


Beberapa minit kemudian....(ditulis selepas uruskan Nayli)

OK...Incik Bachok curi baca entri aku time aku dok menulis..dia kata Gerrard(Ejaan yang betoi pemain bola Liverpool)...Cisss!!!



Akulah yang pertama di hati Incik Bachok Wolverine!!!!


Cibai betol Gerrard ni!


PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!