Memaparkan catatan dengan label impian aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label impian aku. Papar semua catatan

Selasa, Jun 03, 2014

RUMAH PERTAMAKU

Sebelum ni..entri aku yang tahun bila taktau..aku ada cerita yang aku bercita-cita nak memiliki 3 buah rumah..Walaupun orang cakap macam melampau ja nak sampai 3 buah rumah padahal harga rumah makin mahai nak mampoih..tapi aku cuba juga la nak merealisasikan impian aku tu kan..Walaupun aku ni boleh dikategorikan sebagai seoarang yang nampak macam berfikiran main-main banyak walaupun dah beranak seorang..Akhirnya...rumah pertama aku dah berjaya aku miliki dengan duit aku sendiri bayar pun sendiri..buat pinjaman pun sorang-sorang tanpa bantuan Incik Bachok Wolverine..
Rumah pertama aku ni rumah kos rendah ja pun..harga pun RM42K ja...

Bila dah siap memang rupa rumah kos rendah la..Aku penah bagitau tau yang rumah jenis ni aku nak buat rumah sewa ja..dalam proses la ni..Dan nindia rupa rumah aku ni..Ok la..


Ni muka pintu

Dah nama pun ruma kos rendah..So,Tingkap pun pakai tingkap Naco..Pintu pun takdak yang sliding ok..Nak sliding buat sendiri.Aku dah tengok rumah kos rendah yang terdahulu dari rumah aku..depa renovate mak aii..tak nampak macam rumah kos rendah..huiii...Dah la pakai kereta mahai..macam mana depa boleh layan dapat rumah kos rendah noh?Musykil nih!

 Yang ni bahagian dapur..kalau aku yang dok mybe aku pasang kabinet dah..
Yang ni tandas




Yang ni aku..hahahahaha


Rumah kedua aku dalam proses..Sebenarnya dah dapat pun..Rumah dua tingkat 4 bilik dan 3 bilik air..Rumah 2nd hand fully renovation..dari belakang rumah sampai depan rumah..rumah tu memang besaq sungguh..Besaq dari rumah baru dua tingkat harga 300k keatas.Memang dia renovate dalaman rumah tu memenuhi cita rasa aku sebab pemilik dia pun konsultan perumahan kan..Tapi bila loan dah lulus Incik Bachok batalkan plak sebab masa kami pi tengok rumah waktu malam..kawasan dia kami tak perasan sangat..Bila kami pi tengok balik time waktu siang baru kami tau kawasan dia suram..ada dua tiga biji rumah terbiaq..rumah seblah memang takdak orang sampai 2 buah..yang sebelah lagi pulak orang tua pencen kerajaan.Blakang rumah tu pun ada dua buah lagi terbiaq sampai naik pokok bagai..memang rasa takut plak la kawasan tu..macam tak elok plak untuk tumbesaran Nayli...So,kami sedang cari rumah lain la..mana tau lepaih raya dapat ka...Aminn!!

Bila dapat rumah kedua ni..mau dok diam dulu la sampai aku rasa aku boleh beli rumah ketiga atau buat rumah ataih tanah lot ka..Aminnnn!!

Khamis, Februari 10, 2011

LANGKAH PERTAMA DAH SETEL..HARAP AKU BERJAYA

Sebelum ni,aku pernah tulis satu entri mengenai impian aku nak memiliki 3 jenis rumah.Satu,rumah kos rendah..aku beli rumah tu dengan niat nak sewakan pada orang.Dua,aku nak beli rumah kos sederhana lot tepi(senang nak tambah mana yang patut..hehehe)yang akan aku duduk bila aku kahwin nanti dan tiga adalah rumah yang aku bina dan design sendiri atas tanah aku sendiri..(yang ni mybe..sebab tanah kat Penang mahal..huhuhuhuhu).Impian pertama aku macam dah nak jadi ja sebab tadi aku dah isi borang untuk membeli rumah kos rendah kat Bertam Perdana.Aku harap-harap aku berjaya la sebab selalunya rumah kos rendah ni depa utamakan pada orang yang berkeluarga yang hanya dapat gaji minima kurang dari Rm1000 sebulan.Nisbah untuk dapat beli rumah kos rendah antara orang yang bujang macam aku ni dengan orang yang dah berkeluarga ialah 1:10.Huhuhuhuhu..


Tadi masa aku lepak kat Bertam Properties tadi,aku tengok ada dua tiga orang lelaki yang umur lebih kurang aku jugak pun tengah dalam usaha nak membeli rumah kos rendah.Waahhh! bagus tu..Muda-muda kalau dah ada rumah memang untung.hihihihihi...

Mak aku pesan nak berharta biaq dari bawah macam mak dengan abah..Beli yang mampu dulu..mybe 10 tahun lagi,kalau aku dah mampu beli rumah yang lebih better lagi..beli la..Betul cakap mak,Lagi pun umur aku dah masuk 24 tahun tahun ni..waaa.makin tua..!! elok sangat la aku pikir masa depan ni..Lagi pun..kawasan perumahan yang aku nak beli ni adalah antara kawasan strategik kat Penang ni..Ada macam-macam kolej dah dibina,Uitm..koleh perubatan,ILP..Sekolah sains,MRSM..haaaa...mesti ramai orang akan cari rumah kat situ kan..aku ada rumah kat situ..aku boleh sewakan..hahahahahhaha..pandainya aku..!! Bayangkan sebulan aku dapat tiga ratus hingga lima ratus sebulan..Dua kali ganda dari bayaran bulanan untuk beli rumah tu..Wahhh..kaya-kaya..berangan tak sudah aku ni..hakhakhak..!!


Ada orang kata..awat tak beli kereta..
Jawapan aku senang ja..Rumah makin naik harga..kereta?makin turun..baik beli rumah kan sementara mampu ni..kereta bila-bila masa boleh beli..Lagi pun aku dah ada kereta..buat apa susah hati nak beli lagi...Lain la kalau takdak kereta lagi kan..memang patut la kalut nak beli..hahahahahahahaha..

Selasa, Mac 23, 2010

Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sndiri.Adakah aku di negeri orang?

Apa yang ditulis kat bawah takdak kena mengena dengan tajuk.Tapi kena la jugak sikit-sikit.Dalam 2 peratus saja.Tak banyak sangat,tapi banyak la jugak...


Semua orang ada semangat cintakan tempat kelahiran.Aku pun macam tu jugak.Dan oleh sebab aku betul-betul sayangkan tempat kelahiran aku ni,jadi masa kecik-kecik aku ada impian.Akan duduk kat Penang ni sampai tua.ingat budak macam aku takdak impian berbaur patriotik ka?Aku berangan kalau boleh bila dah kerja nanti,biar la kerja kat penang saja.beli kereta bernombot plat Penang.Nak beli tanah kat Penang.Beli tanah mesti la beli dekat-dekat dengan rumah mak aku.Bak kata pepatah,duduk di bawah celah ketiak mak la.Peduli apa aku kalau aku nak duduk bawah ketiak mak aku.Bukannya ketiak orang lain.Mak aku jugak.Apa-apa komplikasi yang bakal terjadi kalau aku duduk di bawah udara ketiak mak aku,aku tak kisah.dah ketiak mak aku,bukan ketiak mak orang.
Apa aku merepek ni labu....

Bila dah ada tanah dengan rumah dekat rumah mak aku,dalam Penang,mesti la cari laki pun orang Penang jugak kan...senang nak balik kampung..kalau boleh nak cari satu kampung,sebelah rumah.tak payah gaduh-gaduh merebut nak balik kampung sapa dulu.Tapi mengenangkan kat kampung aku takdak lelaki ciri-ciri yang dikehendaki,aku abaikan.
Tapi bila besar baru aku sedar,impian aku langsung tak boleh menjana masa depan impian aku.Aku dah kerja kat Penang,tapi bila-bila masa ja aku boleh di posting kemana sahaja yang syarikat aku nak suka hati mak bapak depa walaupun tu bukan syarikat mak pak depa.Aku jugak tak dapat kereta no plate Penang sebab kereta aku bernombot plate KL.Bila tahun aku nak pakai kereta Satria Neo bernombot plate Penang pun aku tak tau.Nak beli tanah kat Penang pada abad 21 ni memang payah.Sekurang-kurangnya kalau kau orang Cina baru boleh beli yang mahalnya berganda tu.Nak beli tanah sebelah tanah sebelah rumah mak aku pun mau setengah juta ada kat tangan baru Mr Mercedes mau lepas.Kalau tak aku pandang jela kat tingkap bilik aku.Nak beli rumah reres setingkat pun mau ada seratus ribu dalam tangan.Nak rumah harga murah kena pi Kedah ar..paling dekat.Tapi apa kes?sudah terkeluar dari Penang walaupun Kedah dengan Penang penah bersatu.Tambah-tambah cadangan nak brlakikan orang Penang jugak lari tah kemana.Tiba-tiba pulak muncul Incik Bachok.Haaaaa..apa kes?hihihihi...
Bila dah dengan orang yang jauh berkilo-kilometer ni,macam-macam pikiran muncul.Kalau la ada jodoh,apakah nasib impian aku nak bermaustatin kat Penang ni berjaya?Adakah aku akan ikut laki aku pi bermaustatin ke tempat kelahiran dia,ataupun ke tempat kelahiran aku..?Ataupun kami sama-sama berpindah ke negeri lain.Bila difikir-fikir balik,adakah aku boleh duduk di tempat lain selain Penang.Adakah aku boleh?boleh macam kawan-kawan aku yang banyak bermaustatin ke negeri lain,KL terutamanya bersama-sama laki mereka.Adakah aku boleh sesuaikan diri dengan suasana persekitaran tempat lain walaupun aku setahun 5 kali pi cuti-cuti malaysia bersama family aku?Adakah keindahan semasa bercuti sama dengan keindahan jika kita terus tinggal di tempat itu.Adakah?adakah?adakah?

Kadang-kadang aku rasa aku ialah seorang insan yang takut menghadapi masa depan,takut akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.takut nak kawin..ya,aku takut nak kawin.Sebab tu aku merepek.Dan aku takut orang lain datang pinang aku dahulu sebelum incik Bachok.Waaaaa!



Tiba-tiba ja aku takdak mood nak tulis..
huahuahuahuahuahua....!!



P/s:jangan takut.itu cuma spekulasi liar sahaja.Ingat...27,25..pastikan dalam tangan kita!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!