Khamis, April 02, 2009

Aku Anak Abah

Orang selalu berkata yang aku dan abah amat berbeza..wajah aku tidak seperti wajah abah berbanding adik2 aku yang seiras abah..mereka kata aku seiras mak.Tapi ada jgk mmberitahu aku bahawa aku langsung tidak seiras kedua orang tua aku.Tapi ramai yang tak tahu aku dan abah mempunyai banyak persamaan yang dimana adik2 aku tidak pula ada persamaan itu.Abah adalah anak yang sulung,begitu juga dengan aku.Abah seorang yang agak lucu di sebalik wajahnya yang nampak serius itu.Abah suka mmbuat kelakar shingga kami sekeluarga ketawa terbahak2 hmpir setiap hari mndengar cerita klakar abah.Aku juga seperti abah.Kawan2 sering mmberitahu aku seorang yang klakar dan setiap kali aku bercerita.Mereka akan ketawa terbahak2 juga.Abah seorang yang gila2 juga.Abah tidak malu jika menari2 diruang tamu ketika kami sedang mnonton AF.Abah juga tidak malu mnari2 ketika aku sedang 3G dengannya.Abah sering mmbuat memek muka yang mnjelikkan sehingga kami ketawa smpai nak termuntah..Abah juga sering membuat mak mengejarnya keliling rumah kerana abah suka mngusik mak.Bila aku mnonton filem sepet ketika adegan harith iskandar mengejar ida nerina,begitu juga la keadaan mak dgn abah..cuma abah dan mak berpkaian sopan la..heeee...
Aku pun seperti itu juga.Sering menari2 di depan tv,mmbuat memek muka hodoh dan mngusik adik bungsu aku sehingga dia mengejar aku dengan keadaan marah sambil mmbaling barang permainannya..hahaha..
Abah seorang yang cakap lepas.Cakap tanpa memikirkan perasaan orang lain.Begitu juga dengan aku.Bagi kami kata-kata itu cuma satu gurauan.Perkataan mangkuk ayun,toya la hang,hampeh betul hang,muka hang macam punggung kuali,badan hang macam tong dram dan perkataan yang seangkatan dengannya dalah perkataan rutin harian kami.Bagi yang sudah lama mengenali kami sudah tidak kisah lagi kecuali bbrapa orang yang kadang2 tidak tahan dengan mulut kami ni.Abah juga seorang yang cepat simpati dengan keadaan orang lain.Begitu juga aku.Setiap kali orang datang meminta sedekah dirumah,walaupun kami tahu org itu menipu kami tetap menderma.Kadang2 ada jugak pakcik tua datang mnjual ikan kering dirumah,aku dan abah tetap beli walaupun abah tidak makan ikan kering,cuma aku ja boleh jagan nak makan kadang2.
Abah juga seorang yang agak setia dengan satu2 barang miliknya..abah akan mngunakan sesuatu barang sehingga barang tersebut tidak boleh digunakan lagi.Abah juga seorang yang boros.Abah juga kadang2 boleh menjadi seorang yang pemarah jika kesabaranya hilang.Kesemuanya sifat2 itu ada pada diri aku.Jadi kenapa orang selalu cakap aku berlainan dari abah?Oh,aku lupa..organ sex kami tidak sama la...sebab itu kami berbeza..;p

5 ulasan:

a.b geldofg berkata...

sb organ sex bbeza tu yg saling mmerlukan

Mrs Poyo berkata...

To a.b:

ya btul!!

MiSs. iEkA berkata...

hoo.. yg last 2 kanak2 di bawah umor tidak akan memahaminya..
hehehe

Mrs Poyo berkata...

to eika..:

tau xpa..hahahaha..

Lacrymossa berkata...

ang memang anak abah ang..wlau fizikal berbeza tapi dalaman ang sama..abah ang mmg klakar cam ang..
so..xda sapa leh pertikaikan nya...

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!