Rabu, Mei 20, 2009

Aku Sebuah Kancil

Namaku perodua kancil..warna bajuku maroon..aku lahir pada tahun 1995..Tuan pertamaku seorang wanita..nama dia Suria binti abdullah..orgnya cun la sangat..kecil molek..dia jaga aku dengan elok..2 tahun dengan dia tiba-tiba Cik Suria nak tukar aku dgn model lain..aku sedih..makanya aku pun dijual pada seorang lelaki..namanya Harith Bin Adam..orangnya serius..tapi hensem..dia ada byak keter lain..lagi mahal dari aku..tapi bila dia nak pegi opis je..baru dia guna aku..dengan bantuan aku yang pandai menyelit2 ni..maka encik harith selalu sampai awal ke tempat keje..maka encik harith sangat sayang pada aku..tapi malangnya..ibu yang melahirkan aku telah melahirkan seorang adik..namanya Perodua Kelisa..Dan encik harith mahu membela Kelisa pula..aku dihantar kesebuah kedai..di kedai itu aku berkenalan dengan byk jenis model kereta..besar kecik..mcm2 ada..baru berbaik..mereka dibeli orang..tinggal la aku menjadi old skool disini..

beberapa tahun kemudian..seorang lelaki datang..dia melihat2 aku..kemudian dia terus membeli aku..hairan,kenapa ya..punya banyak kereta baru yang dilahirkan kenapa aku pula dibelinya..aku dibawa pulang..rupanya lelaki ini mempunyai 3 buah kereta..dan sekarang 4 termasuk aku..aku berkenalan dengan mereka..yang 1st sekali namanya Citreon..bajunya sangat indah sekali..setiap malam atau hujung minggu..Citreon akan membawa tuan baru aku yang hanya dikenali sebagai Syam ni bersiar2..aku ada mendengar gosip2 liar yang mengatakan si Citreon ni berlumba haram.Yang kedua namanya Citra..bdannya besar..selalunya bila Encik Syam mahu pulang ke kampung atau bercuti..pasti dia kan bawa Citra..untung btul dia..yang ketiga namanya Perodua kancil juga..dia muda 10 tahun dari aku..biasala..bdk remaja...agak sombong..dia sering digunakan oleh isteri encik Syam ke tempat keja..
aku pulak?
aku dijaga elok oleh syam..baju aku berganti..kaki aku berganti..malah jantungku diubah suai menjadi lebih laju..tempat dudukku juga ditukar..mewah btul hidup aku..tapi malangnya..aku hanya membawa isteri encik syam ke pasar..tapi aku gembira..kadang2 adik encik syam akan membawa aku bersiar2 bertemu rakan2nya..

Satu hari..seorang perempuan datang kerumah encik syam..orangnya agak kasar..lagaknya kadang macam lelaki..tapi pemakaian agak feminin..aku rasa dia ada krisis identiti..Dia melihat2 aku sambil tersenyum..kemudian encik syam berkata sesuatu pada dia..dia melompat kesukaan..gila ke hape perempuan ni..3 hari dia disini,setiap hari melayan aku..kadang dia usap..kadang2 dia pandu aku..dia nampak macam sudah jatuh cinta pada aku..ah...! sudah..
Aku mula berfikiran macam2..

Apa yang difikirkan aku jd kenyataan..perempuan yang di kenali sebgai miss Penang ni akhirnya mahu mengambil aku pulang ke negerinya..aku sngat sedih..aku sayang sama encik syam dan isterinya..mereka sangat baik..tapi apakan daya..aku cuma pkerja..hari terakhir aku dirumah encik syam..aku sedih..tambah2 aku lihat muka sedih encik syam...

Miss penang mmg agak gila..mentang2 la jantung aku laju dan menjadi kegilaan..dia memaksa aku melajukan pergerakanku..kadang2 aku takut..iyalah..miss penang suka menyelit2 diantara lori tanah yang besar..aku takut aku terpenyek pula..Miss poyo sangat baik..setiap hari bila hendak ke kuliah..dia sering berckap2 dgn aku..kdg2 miss penang akan bawa kawan2 dia menaiki aku..Sekarang miss penang sudah bekerja..tapi dia tetap menggunakan aku..malah dia penah memberitahu abahnya yang dia xkn jual aku..aku gembira sgt2..tapi aku cuma tidak tahan akan keganasan miss penang..dia suka melanggar orang sesuka hati..luka aku di sana sini..tapi miss penang bertindak pantas..pasti dia akan ubatkan aku cepat2..
Walaupun miss penang agak poyo n ganas..aku sgt syang padanya..x lama lagi..aku akan dapat baju baru..mesti aku bertambah kiut lepas ni..hehe..

I LOVE YOU MISS PENANG..

P/S:Kekasih miss Penang yang bernama Encik Bachok itu sangat lemah lembut ketika membawa aku..kan bagus kalau miss penang begitu..aku jeles sama proton satria..bos kau mmg baik!

9 ulasan:

a.b geldofg berkata...

aku pulak sepuluh ringgit minyak
kancil tk akan mampu bgerak tanpa aku

Mrs Poyo berkata...

to ab:

hanya tapak kaki ko bisa menggerakkan kancil..hohoho..

a.b geldofg berkata...

apsal?
kaki ko tk smpai ye?

Mrs Poyo berkata...

to ab:

oleh sbb aku kategori pndek maka kaki aku xsmpai..kusi keta sampai ke dpn rapat ngn stering baru sampai..bleh pinjam kaki ko?

a.b geldofg berkata...

usahkan kaki
smua yg ada kt aku
aku kasi free je kt ko
heheheheh

Mrs Poyo berkata...

to ab:

ko biaq btoi..wahhh!!

best2..!!
(senyum nakal)

a.b geldofg berkata...

bila ko nk
ko nak aku hantar ke ko nak ambil sndiri?
(senyum sorg plyboy :))

Mrs Poyo berkata...

ikut suka ko..jnji gua dpat..muahahahahaha..

(gelak jahat+nakal+gatal+playgurl tahap gaban)

a.b geldofg berkata...

kasi nbo hp ko
nak hntar ni
(ekor buaya tgh mula nak mlibas2)

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!