Non bingung,samada dia mahu menerima atau menolak pinangan Cik Ah itu.Cik Ah adalah tokey kantin sekolah menengah yang menjadi tempat dia mencari sesuap nasi untuk keluarganya sebagai tukang sapu sampah.Cik Ah adalah golongan Ada2.Rumah Cik Ah sangat besar.Cik Ah ada kereta,masa zaman tu,memiliki kereta berjenama seperti kereta yang Cik Ah pakai sekarang dikira kaya.Sedangkan dia,hanya mampu membeli sebuah basikal tua sebagai kenderaan untuk dia ke sekolah itu.Baru sekejap tadi,kawan-kawan yang sama pangkat dengannya,tukang sapu sampah,ada memberi nasihat.
"tak payah la trima pinangan Cik Ah tu..nanti suma cucu2 hang hitam.Cam laki Cik Ah"Mat memberi nasihat.Nasihat Mat disokong Abu dan Husin.
Hitam.Kerana laki Cik Ah hitam maka dia patut tolak lamaran Cik Ah tu?
Kerana laki Cik Ah berdarah arab dari Madinah jenis kulit hitam macam Bilal bin Rabah maka dia patut tolak lamaran Cik Ah itu?
Selama ni dia tak pernah tengok muka anak lelaki Cik Ah itu yang hendak di padankan dengan anak perempuan dia.
Mungkin anak Cik Ah bekulit cerah..sama macam Cik Ah yang dikatakan berdarah campuran siam itu.
Adakah kalau dia menerima lamaran Cik Ah itu,maka bakal cucunya akan hitam ataupun putih.
50-50..
Pening Non dibuatnya.
Pagi ini non rasa gementar,menunggu menantunya Men membawa khabar berita.
Tiba2 kereta milik Men meluncur laju masuk ke perkarangan rumah.
Menantunya itu adalah anak kepada Cik Ah.Yang dia keliru samada mahu terima tau menolak pinangan dia itu 2 tahun yang lalu.Menantunya tidak hitam,tidak putih.Yang sedang2 saja...
"Ayah,jom pi hospital..dah selamat.."kata menantunya sambil menarik tangannya.Dia tersenyum sambil mengekor di belakang menantunya itu diikuti isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil.Adakah Cucunya hitam,atau putih?
Bila melihat dia gembira..
cucuku putih melepak,matanya hitam bulat,rambutnya lebat..
Cucunya putih melepak..
Non gembira.
Angin petang bertiup nyaman.Setelah pulang dari kedai makan yang diusahakannya sejak 3 tahun yang lalu Non bersiap2 mahu keluar,membawa cucunya.Hasil perkahwinan antara anak perempuannya dengan anak lelaki Cik Ah,yang berkulit sedang2 sahaja..
Dia tersenyum girang,sambil membawa motor dan cucu perempuannya yang duduk di dalam raga motor,dia melawat rakan2 sama pangkatnya dulu semasa bekerja di sekolah.
Dia mahu tunjuk pada mat,Abu dan Husin.
Walaupun besannya hitam,menantunya yang sedang2 sahaja..tapi mereka mampu memberi zuriat yang putih melepak.Dia mahu memberitahu bekas rakan sejawatnya itu..
"walaupun putih atau hitam cucu aku ini.Dia tetap cucu aku.Yang bakal menjaga aku hingga akhir hayat aku"katanya bila dia bersantai di depan rumah kawan2nya.
P/s:cerita ini adalah kisah benar hasil penceritaan arwah Encik Non dan di tokok tambah oleh cucunya yang cerah masa kecil dan gelap semasa besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan