Isnin, April 25, 2011

PERKARA YANG BUAT AKU HAPPY GILA BERUK

Benda yang selalu buat aku happy bukan kepalang ialah..


1.Family




Family dikategorikan sebagai benda ka?hahahha...

Aku taktau nak gambarkan family aku ni macam mana..Memang gila-gila la..Mak abah aku lagi gila-gila..Aku taktau la family orang lain macam mana kan..Tapi memang family aku macam ni...Hari-hari balik rumah ja,memang selagi tak tidoq selagi tu la dok gelak memanjang.Dah la pak lawak..Riuh plak tu..Kaki menyembang..kaki gosip..Paling kuat gosip abah aku..Ya Allah..macam perempuan..Kadang-kadang aku rasa macam abah aku tu mak..Mak aku plak abah..ahahhahahahha...Walaupun aku kaki gaduh dengan adik-adik aku bertumbuk bagai..(terutama sekali dengan Aloyah) tapi depa la yang buat aku happy selalu..Dengan gelagat masing-masing yang takbleh blah..memang aku sayang depa la..Walaupun kat rumah aku suka cakap kat depa aku menyampah kat depa..hahahahha..Oleh sebab itu la aku paling Happy sekali bila bersama dengan family aku..Bagii la family paling terkaya kat dunia pun..Memang tak boleh ganti tempat family aku..Tapi kalau family terkaya tu nak tukar kedudukan dengan family aku..aku mau la..heh! apa aku merepek ni?

hahhahaha...













2. Incik Bachok

Walaupun aku dengan mamat Kelantan ni berlainan perangai,tingkah laku,jantina..pendek kata berbeza gila macam langit dengan bumi tapi aku rasa happy la dengan dia.Walaupun kami selalu bergaduh sebab berlainan pendapat tapi aku taktau la pasaipa aku happy dengan dia..Walaupun dia tu tak banyak cakap sangat tapi kalau dia sanggup dengaq aku buat lawak bodoh,dengar aku tanpa henti..ketawa kalau aku buat lawak(selalunya tak pun..U ni mai dari planet mana hah?) Tapi tu dah cukup buat aku happy..Memang misteri betul la kalau hati orang yang bercinta ni..Semuanya happy..huhuhuhu..




3.Televisyen



Aku memang hantu tv..Kalau tak tengok Tv sehari memang tak sah la..Ni semua mak punya pasal la..Takmau aku kacau dia punya tugas sebagai suri rumah tangga..dia sogok aku dengan tengok TV..hahhahaahhaha...Jadi sampai ke besaq la aku gila tengok tv..Kalau tak tengok tv memang tak happy la..





4.Baby


Baby adalah satu-satunya binatang peliharaan yang aku bela boleh bertahan samapi setahun lebih..Kalau yang lain-lain tu..takdan setahun..ada yang mati..hilang..kena buang dengan abah sebab buat onar berak dalam rumah..Tapi Baby ni bertahan lebih dari setahun woii..Dari dia kecik sampai la dah besaq gatai nak mampus ni aku bela dia..mau Tak sayang kan..Gelagat Baby ni memang buat aku happy la..Kalau sehari tak peluk cium Baby..Main-main memang tak sah la..Lagiun bila main ja dengan Baby ni..aku rasa macam satu aura happy tau menusuk hati aku ni..Ewaahhh!! hahahahhaha











5.Duit

Orang gila pun happy tau dak kalau dapat duit..Inikan pulak yang normal macam aku..Lagi la super duper happy kalau dapat duit..hahahhahhahah...Kiranya duit ni memainkan peranan penting la dalam menhappykan aku..Yela..kalau takdak duit..nak boleh buat apa kan..dengan duit kita boleh buat macam-macam..Termasuk buat anak kembar..Hmmmm...idea ni..hehehehehe...









6.Bercuti


Haaa..Aku kalau bab bercuti memang happy gila..Bukan kata aku..satu family la...Sebab tu setahun kami bercuti tak kira time..Rasa nak bercuti ja..terus pi..Tak rancang pun..Kadang-kadang sebulan dua kali pi bercuti..Kalau bercuti ni dapat release otak aku dari problem opis..bebanan kerja aku..Tu yang happy tu..hihihihi..Incik Bachok pernah cakap..gila betul..kalau macam ni punya cara..boleh parak duit..hahhahaha...Tapi kami bercuti,kami takdak la tidoq hotel-hotel mewah pun..standard biasa-biasa ja..pernah tau kami tidoq dalam kereta ja sebab hotel penuh..hhahaha..lagi pun kita pi bercuti bukan untuk tidoq..untuk berjalan maa...hahhahaha...




7. Jun Matsumoto

Hhahhahahahhaa..apa kejadahnya mamat Jepun ni masuk senarai plak ni??hahhahhaha...Aku taktau la pasaipa bila aku tengok Mamat ni..aku rasa Happy..Dari dia kecik sampai la dia dah masuk umoq 28 tahun tahun ni,bila aku tengok muka dia ja..aku rasa syok..hahahahahaha..Bila aku tengok dia menyanyi kat konsert dia ka..atau tengok filem-filem or drama lakonan dia..aku jadi gila..Perempuan lain pakat minat mamat korea muka jambu..Aku minat mamat Jepun ni plak,muka tak jambu takpa..janji nampak gagah yoo....hahahahhahahahha...Kalau la dia mai buat konsert ngan ahli kumpulan dia yang lain kat Malaysia ni..harga tiket seribu lebih pun aku sanggup beli...Waaahhh! sukanya!!







8.Rumah


Rumah yang aku dok sekarang ni adalah tempat yang paling menhappykan aku..Walaupun rumah aku takla besaq mana..Standard rumah kampung ja..tapi dah cukup nak mengembirakan aku..Banyak la aktiviti aku buat dengan family aku kat dalam rumah ni..memasak..menonton TV,main dam..bergaduh dengan abah sebab berebut siaran TV..Bergaduh dengan adik-adik..tempat adik beradik mak mai berkumpul..Sebab tu la aku paling suka rumah aku..Happy la sangat-sangat..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!