"Woi Wan,hang deret ja bagi aku terkejut..kalau aku da sakit jantung camna.Kang mati terbungkang kat sini jugak kot"marah Nab tiba-tiba.Aku hanya tersengih..
"Sorry la Nab..terbiasa dah..aku da benda penting nak gitau hang ni.."
"Pa dia?"soal Nab..
Aku pun cerita la tujuan aku jumpa dia dan kenapa..mata dia sekejap kecik..sekejap membesar dok dengar cerita aku.Kemudia dia angguk..sat kemudian menggeleng plak.
"Jadi hang nak fly ar ni?"soal Nab setelah aku abis bercerita.Bengong betul la minah ni..dalam penceritaan aku tadi aku rasa da dalam lima nam kali jugak aku sebut perkataan 'fly' ni..lagi mau tanya ka?mangkuk betul..
"Yala..takkan aku nak berenang plak.."jawab aku.Nab hanya tersengih..dia tau mesti aku dah bengang dengan dia.Selepas kami buat perjanjian bodoh iaitu Nab akan jumpa aku kat kelas aku,aku pun blah dari kantin,konon2nya nak menuju ke Bangunan Teknik la..tengok2 loceng berbunyi..Ah..lega..tapi malang plak nasib aku bila aku terserempak dengan Pak jek..mukanya nampak menyinga..
"Wan,ko datang sini kejap!!"jerit Pak Jek pada aku.Cisss...memalukan betul,ada la 2 3 budak laki tersengih-sengih pada aku.Mesti depa boleh menjangka nasib aku lepas ni.
"Aku dapat tau ko tak pegi Blok Akademik,btul ke?"soal Pak Jek sebaik sahaja kami berdua sampai di bengkel Kimpalan.Bengkel ni memang tempat hukuman rotan dijalankan.Maklumlah.Bengkel ni tersorok sikit.Dan muka aku nilah hari2 datang bertandang kat bengkel ni.
"Betul la Sir.."jawab aku..Pak jek terus gelak kuat.Suka la tu..dapat merotan,hobi ke ketagihan merotan guru bahasa inggeris aku ni.Tanpa di suruh,aku terus hulur tapak tangan aku.Pak Jek ni,tanpa belas kasihan terus merotan aku.Sakit siot..tak guna..Tapi takpa..nak balik punya pasal aku sanggup kena rotan walaupun seratus kali pun.
Petang tu jugak,waktu balik sekolah,aku tunggu Nab kat kelas.Aku sengaja menyuruh Putri balik dahulu..dan kawan aku tu macam heran ja tengok tingkah laku aku..tapi aku tak peduli.Biarkan...Setelah agak lama,Nab muncul.Hangin jugak la aku sebab Nab lambat sampai.Padahal jarak antara antara blok Akademik dengan blok Vokasional bukan jauh sangat pun.
"Hang dah nekad ka?"soal Nab.
"Mesti ar..apa hang ingat aku takut ka?eleh..takat pakgad Jo tu,sekali aku jentik dah melayang"Aku jawab dengan angkuh.Padahal dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.Takut gila..firts time weh wat benda macam ni.Aku takut sampai aku rasa macam nak terkencing dalam kain.Kemudian kami berdua sama-sama menuju ke pintu pagar sekolah.Dari jauh aku nampak Pakgad tu tengah bersembang dengan 2 3 orang budak laki yang menunggu bas kat tepi pagar tu dan semakin aku nak berdepan dengan pintu pagar,semakin aku rasa banyak gila peluh meleleh kat belakang badan aku dan aku rasa baju kurung aku dah basah.Nasib baik tudung yang aku pakai dapat la jugak melindungi kesan peluh kat belakang badan aku ni.Menyesal gila aku suruh Tini pendekkan tudung aku ni.Kalau aku biarkan tudung ni labuh melayut pun takpa.Selain dapat lindung kesan peluh,aku nampak alim sikit..Cisss..
Semakin lama,aku semakin dekat dan semakin lama aku rasa peluh keluar dari batang tubuh aku macam air paip.Sebaik saja aku melalui betul2 depan pakgad tu,tiba2 pakgad tu ushar aku..dari dia duduk terus berdiri..dia memandang aku dengan pandangan yang tajam.
"Hang mai sini sat"arah Pakgad jongang itu.Habisla aku kali ni.Habis la kerjaya aku sebagai pengawas yang tak berwibawa lepas ni .Mesti aku kena lucut jawatan sebab ditangkap cuba keluar asrama tanpa izin...mAti la..
Pakgad aitu aku tengok makin menghampiri..Aku tengok Nab relax ja muka dia.Macam takdak benda yang tak best berlaku lepas ni.Sebaliknya dia menarik2 tangan aku.
Aku keliru,samada nak ikut Nab atau ikut arahan Pakgad tu.Aku dalam dilema sekarang..
Bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan