Khamis, April 28, 2011

I BELIEVE I CAN FLY :PART 4

Rupa-rupanya Pak gad bukan panggil aku pun..Dia panggil budak lelaki kat belakang aku.Ciss! buat penat jantung aku ja mengepam darah dia dengan laju samapi jantung aku punya bunyi sampai aku rasa satu sekolah boleh dengaq dia punya degupan dup dap dup dap...
Aku terus berlari mendapatkan Nab yang dah tinggalkan aku ke tempat tunggu bas.Takmau la aku tunggu lama kat situ..Satgi tengah Pakgad Jo tu tak perasankan aku..terus dia perasan plak..Lagi naya..

Dalam perjalanan nak balik rumah tu,aku diam ja sedangkan Nab dok potpet potpet dari tadi berceritakan hal budak kelas dia sehinggakan ke gosip artis terkini.Aku bukan tak minat nak dengar atau menyampuk sebab sebelum ni aku memang kaki sembang tapi fikiran aku jauh menerewang dok pikiaq macam-macam.Lagi satu hati aku ni rasa tak tenteram.Macam mana perbuatan onar aku diketahui warden?Mampuih la aku..Tah-tah kena buang asrama..Lepas tu kena lucut jawatan sebagai pengawas macam Rahmah.Paling teruk dalam sijil berhenti aku nanti tang kelakuan tu depa tulis buruk.Nanti habis la cita-cita aku nak jadi arkitek cun kat Malaysia ni...Nak jadi awek kilang pun belum tentu boleh kalau macam ni punya cara.Tak kenaya aku ni..

Tapi tu la orang tua-tua cakap..terlajak perahu boleh diunduq..terlajak perbuatan buruk padahnya..kalau la benda tu jadi kat aku,..memang padan dengan muka aku..berani fly sangat kan..Mesti mak aku marah gila..Kalau nak dibandingkan antara mak dengan abah aku..Mak aku memang marah kalau anak-anak dia kaki ponteng buat kesalahan kat sekolah..Mau kena penyepak jugak la..mak aku dah la ganaih..Abah aku relax ja...kalau dia tau aku fly..mesti dia ucap tahniah kat aku..Apa ke pelik abah aku ni..

Bila Nab dah samapi kat rumah dia..Tinggal la aku sorang dalam bas dok pikiaq apala nasib aku bila sampai rumah nanti..Tapi ternyata aku punya pikiran tak sama dengan apa yang terjadi..Aku bajet mak mesti marah aku sebab lari dari asrama..Paling kurang pun aku kena tampaq barang dua tiga das,tapi mak relax ja tak marah..Tapi nampak gembira la plak..Walaupun aku bagitau yang aku lari dari asrama..Mak cakap takpa...Nanti abah aku boleh hantar aku pi sekolah esok pagi..Jalan nak ke tempat kerja abah sama ja dengan jalan nak pi sekolah aku..Abah aku kerja kat belah pulau sana..Setiap hari memang abah aku naik feri la...dan hari-hari kalau nak ke jeti abah aku lalu depan sekolah aku.Jadi dah alang-alang nak ke jeti..bleh hantar aku dulu..Jadi aku rasa happy gila la..Gila aku tak sangka mak aku jadi sporting plak kalau bab-bab macam ni..caya la mak!

Dari sehari ke dua hari..lama-lama sampai seminggu jugak la aku dok fly tanpa diketahui sesiapa..Kira hebat jugak la aku ni..ingat senang ka nak fly secara terbuka macam aku buat ni..dah la kena lalu depan pak gad plak tu masa nak fly..memang dah terer aku ni..
Satu petang lepas ja waktu sekolah aku pun bersiap-siap nak balik..Tengah jalan baik punya kat korider..tiba-tiba ada orang tahan kaki dia samapi aku tersadung jatuh tersembam kat lantai koridor..bebrapa budak lelaki yang ada kat situ gelak ja bila aku jatuh terkangkang depan depa

"Cibai la!! sapa buat ni??"
Aku jerit kuat..tak guna..time hati tengah happy dia buat spoil plak!!

"Aku la bangsat..!!"

Aku pandang kat suara yang menjawab tu..Aku tengok dia..dia tengok aku..Dia tersenyum,aku buat muka terkejut over macam drama indonesia..


Bersambung....

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!