Memaparkan catatan dengan label MAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAK. Papar semua catatan

Selasa, November 12, 2013

LAGU-LAGU

Aku dengan mak aku kadang-kadang ada jugak persamaan contohnya time masak kami suka dengar lagu atau menyanyi..Tapi aku nasib baik la sebab orang tua-tua cakap kalau menyanyi kat dapuq dapat laki tua..tapi aku dapat laki muda dari aku..hahhahaha..Mak aku la kot...dapat laki tua dari dia banyak jugak sebab abah aku dengan mak aku beza dalam 10 tahun kot..Bayangkan mak aku dok kat sekolah rendah lagi..abah aku dah siap kerja dah time tu..hahahahhaha...


So,aku bukan nak cerita sapa dapat laki tua..sapa dapat laki muda trang tang tang..aku nak cerita yang selama aku bercuti bersalin ni..aku banyak habis masa dengan mak aku memasak ja..sebab kami dua memang suka memasak pun kan..Aku baru perasan..bila dengar ja satu lagu ni..mak aku mesti menitik ayaq mata dia...dulu aku ingatkan mak aku pedih mata kupas bawang ka kan..tapi bila pikir balik mak aku kan pakar masak..takkan kupas bawang nak rasa pedih lagi kot..takat tonyoh bawang kat mata dia tu..tarak jadi apa aihh...

Jadi lama-lamaaku baru perasan..rupanya sebab lagu ni...Aku tanya mak aku awat mak nangis..ada kena mengena dengan mak ka kan..mak aku kata dak..saja tersayu..Aikkkk...saja tersayu pun ada ka...Sat nak tunjuk lagu yang mak aku menangis ni..



Sayu ka dengaq lagu ni?aku rasa cam biasa ja..ka aku tak dak perasaan..hahahahhaha...
Tapi,aku ada satu lagu buat aku rasa seram gila bila aku dengaq..lagu ni menghantui telinga aku sejak aku sekolah menengah tingkatan satu kat Ipoh sampai la dah beranak pinak bila dengaq lagu ni...bulu roma aku yang panjang ni meremang...


Aku paling seriau dengaq suara Waheeda....Dengaq lagu Nightwish tak seram macam ni...
Hahahhahahaha

Sabtu, Januari 21, 2012

NAK MASAK APA ESOK?

Aku tau..kalau suri rumah ni mesti akan pening nak pikiaq nak masak apa hari-hari nak bagi anak laki depa makan..sebab aku dok ikut mak aku pi market tiap kali hujung minggu,aku mesti nampak golongan makcik-makcik,kakak-kakak atau lebih senang yang bergelaq suri rumah dok terjengok-jengok kat gerai ikan sambil soal..

"Nak masak apa taktau.."

Walaupun pertanyaan tu depa tanya pada orang yang depa tak kenai(aku la yang jadi mangsa pertanyaan depa slalu..hahaha) tapi aku rasa dengan cara bertanya macam tu nak mengurangkan stress depa kot dok pikiaq nak masak apa..hahhaa..kadang-kadang apek jual ikan pun jadi nmangsa ppertanyaan depa..

Aku sebenarnya paham..bukan senang nak jadi suri rumah..tengok mak aku..dah lebih 20 tahun jadi suri rumah..dari aku kecik samapi aku besaq mak aku asyik tanya soalan tu ja...Kadang-kadang dia kol aku pagi-pagi kat opis semata-mata nak tanya aku,nak masak apa..haahaha..Yala,dia takut la..kalau masak ni aku tak makan..masak tu adik-adaik tak makan..atau pun laki diia tak makan kan..Satgi lauk tak abis macam rugi plak kan duit dapoq laki dengan anak-anak bagi tiap-tiap bulan...

La ni,aku pun sama la..walaupun tugas memasak aku hanya pada hari cuti,tak kira la cuti apa pun..kalau time cuti aku la kena masak,mak aku jadi mem besaq kan..haaha..Tapi aku dah tension dok pikiaq nak masak apa esok..aduhai..sakit kepala otak den pikior..tanya adik-adik nak makan apa,depa cakap ikut suka..tapi selalunya bila aku masak yang pelik-pelik sikit,depa takmau makan gak kadang-kadang..aku gak tukang perabih kan..

La ni aku dok pikiaq mak masak pa ni...takkan nak masak western kot..huhuhu..
Adoila..pening!!! ni baru layan adik-adik..nanti kalau ada laki..lagi pening..Waaaa!!!

BALAS DENDAM

"Malam ni dengan malam esok kita derita sat la..dok pelempang..pelempung..da bunyi macam hujan pun ada..depa nak balas dendam la tu..dulu depa kena"kata mak.

Aku dengan adik-adik hairan gak..apala yang mak kami ni dok berletiaq kan..


"Mak crita pasai pa ni?"Aku tanya..


"Aku cerita pasai mercun..Cina-cina ni dok main mercun sampai pekak la kita nanti.."



Lar....aku ingatkan crita pasai apa..cissss!

Jumaat, Januari 20, 2012

BERANI DAN TAKUT

"Esok mak buat nasi beriani ka?"Mirul tanya..


"Dak.."mak jawab...

"Larrr pasaipa???!!"


"Sebab aku nak buat nasi takut...hahahahhahahhaha"



"??????!!!!!!"

Selasa, Oktober 25, 2011

PAKCIK BASIKAL

Pagi tadi..sekarang memang pagi lagi pun kan..hahahhaha..masa aku dalam kereta nak gerak pi kerja,tiba-tiba pakcik basikal yang pernah aku langgar dua tahun yang lalu(time aku kerja dengan Incik Arkitek) lalu depan umah aku.Secara tiba-tiba ja dia berhentikan basikal dia..

Dia pandang aku,aku pandang dia..dia ushar aku,aku ushar dia..Rasa macam cerita koboi plak time adegan nak lawan-lawan sapa tempat paling pantas tu..hahahahhaa...Mak pulak pandang kami berdua(sebab mak pagi-pagi akan tunggu kat depan pintu tengok aku gerak pi kerja)Lama jugak la kami lawan berushar...hahahahhaha..Last-last aku buka cermin tingkap aku then cakap kat dia..


"Pakcik jalan la dulu..."


Lepaih aku cakap macam tu,dengan muka serius nak mampus..dia pun mengayuh balik basikal dia..Nampak sangat dia fobia dengan aku..Hahahahahahahahhahahahhahahhahahha...

Ahad, Ogos 14, 2011

EDISI PUASA : BERBUKA DENGAN KOREK TAHI HIDUNG

Masa aku kecik-kecik dulu...abah dengan mak kalau nak beli baju raya untuk kami adik beradik mesti pi kat Sungai Petani..Ala kat jam besaq tu..depan kamdar tu..depa ada buka kedai-kedai jual baju kurung,baju melayu..segala baju ada kecuali baju dalam...hahahahahahahaha...




Satu hari di bulan puasa tahun 1996..masa tu nak penghujung bulan puasa la..Abah dan mak bawa kami adik beradik yang masa tu ada 3 orang ja..Azhan tak wujud lagi..Aloyah pun baby lagi pi la kat Sungai Petani..Time tu memang bizi gila..jalan kat Sungai Petani sesak..Dah tu nak beli baju raya pun bersesak jugak..Time tu peniaga pakat-pakat nak lelong barang yang depa nak jual terutama sekali kuih raya..Mau tak ramai kan..Lepas ja beli apa yang patut..Kami pun bergegas la pi kat kereta..Sampai ja kat kereta dah start enjin bagai..abah aku tak boleh keluar plak dari parking sebab jalan kat parking pun jem jugak..yang dok cari parking..yang nak keluar dari parking..Semua bercampuq aduk..mau tak sesak kan..





Agak lama jugak la abah aku nak kuaqkan kereta dia petak parking sebab kereta lain tak bagi jalan..macam sial jugak la perangai..korang dok cari parking tapi orang yang nak kuaq dari parking hampa tak bagi laluan..samapi tahun depan pun blum tentu dapat parking kan..Akhirnya..ada jugak sebiji kereta yang aku tak ingat jenis apa bagi laluan..Lega rasanya..Yela kan..time tu dah pukul 6 lebih nak masuk pukul 7 dah..nak cepat-cepat pi kedai makan la nak berbuka kan..





Tapi masalah plak timbul kat ataih jalan raya sebab jem sakan plak kan.dok dengaq bunyi pin pon pin pon..Mak pulak dah berletiaq panjang sebab rasa kami memang tak sempat dah nak pi ke kedai makan.Lepas tu rasa tak puas hati jugak kat abah sebab sebelum nak balik tadi..mak nak beli air la kat situ..kot-kot la kalau tak sempat pi kat kedai makan..boleh berbuka dalam kereta..dah abah tak bagi plak dah..katanya sempat..sekarang..nah ambik..memang pada firasat aku time tu..memang takdan la..huhuhuhu..






Last-last azan dah berkumandang kat Radio...Aku tengok mak dok tercari-cari sesuatu dalam laci kat dashboard kereta tu..cari apa taktau la..Yang tu aku tak peduli..yang aku peduli la ni ialah kata-kata tokwan Non kat aku sehari sebelum tu..






"Mira..kalau hang buka puasa..jangan dok lengah-lengah..tak baik..."






Oleh sebab kata-kata tokwan aku tu tergiang-ngiang kat telinga aku macam kata-kata Yoda tergiang kat telinga Luke Skywalker dalam cerita Star Wars tu..Aku pun panik,..Tokwan kata tak baik ni..mana boleh jadi ni..kena buka jugak cepat-cepat walau apa pun trjadi..Jadi aku teringat yang Tokwan pernah bagitau..kalau korek taik hidung boleh batalkan puasa..sama macam kita makan masa time puasa la..secara otomatik terbatai puasa kita..Jadi oleh sebab pada pikiran aku kedua-keduanya sama jala kalau time berbuka pun..Jadi aku secara otomatik korek hidung aku..hahahahahha...




Tengah baik punyeerrr korek hidung..tiba-tiba mak hulur botol air mineral kat aku..Rupanya dalam laci kereta ada botol air..tapi aku tolak pemberian mak tu dengan elok..






"Takpa mak..Ceq dah buka puasa pun ni.."




Mak yang hairan pandang aku..



"Hang buka puasa dengan apa?"Soal mak.








"Dengan korek taik hidung.."Jawab aku sambil tunjuk taik hidung setempek kat jari aku..ahhahahahhahahhahahha...




Abah yang tadi muka tension terus gelak sakan..Mak pun sama la..

Aikk..awat gelak?salah ka?hahahahhahhahahaha...









Haiya..tak senonoh la hang ni Miss Poyo..ada ka berbuka puasa dengan korek lubang aku..chuiiissshhhh!

Isnin, Jun 20, 2011

CEMUIH!!

Mak yang dari tadi lagi dok gelisah tanpa suara(ayat novel lagi..hahha)Tiba-tiba ja bawa keluaq suara dia..


"Abah hang ni asyik tengok cerita orang putih ja....dah cemuih aiihh tengok orang putih punya muka!! sekali sekala nak jugak tengok muka melayu!!!"


Serta merta abah buka drama Juvana kat TV3...hahahhahahahahahah

Ahad, Jun 19, 2011

DOWNLOAD CEPAT!!

Pagi-pagi la mak dah jerit kat pintu bilik aku..

"Mira!!! cepat bangun!! download cepat!!!"

Aku yang mamai-mamai blur ni pun bangun la.Keliru pun da..Apa bendanya mak aku ni..nak aku download?lagu Lady Gaga kufur tu ka?Kan orang sekarang minat lagu Lady Gaga tanpa tafsir lirik dia..hahahahahhahhaa...Jadi sambil dok bertinggung atas katil aku,aku pandang mak yang dok berdiri baik punya depan pintu bilik aku bercekak pinggang macam mandur lalu bertanya(gila ayat novel tu..semalam baca buku tamar Jalis..hahahahha)


"Mak nak akak download apa?"


"Cerita Nora Elena la..apa lagi!!"




Hahahahahaha..mak oo mak..Drama tu dah habis dah pun..mak baru nak tengok episode sepuluh..Lagi 14 episode dok menanti tu mak ooiii..Lawak betoi la mak aku ni..hahahahhaha...



"Cepat la bangun pi download nohh..pagi-pagi ni trafik server tak bizi...download laju sikit...!!cepat!!!"




Aiii mak?dah pandai sebut-sebut trafik server??hahahahhaha..biaq betoi mak aku ni..hahahahhahahhahahhahahhahahha..Jadi aku pun bangun la buka laptop aku.Download Nora Elena kat mak..Haiyaaaaa!!!






Gua la Setan paling macho dan romantik dimuka bumi ni sehingga golongan gadis-gadis dan golongan mak-mak termasuk mak Miss Poyo minat gila kat gua..

Isnin, Mac 21, 2011

PI BERBULAN MADU

Hari ni mak ngan abah takdak sampai esok sebab depa pi bulan madu yang ke berapa kali taktau la kat Tasoh Lake Resort..Tempat tu la dimana penyanyi Alyah buat pengambaraan video klip dengan Remy Ishak.Ahhh..jeles I..


Jadi mak bagitau tempat tu cantik sangat sampai mak ngan abah jalan berpimpin tangan kat tepi tasik yang indah tu..Waaa...jelesnya aku..
Bila la aku nak kawin..???Bleh jalan berpimpim tangan macam tu..hahahhahahhahha..

Kalau nak tau pasal Tasoh lake Resort ni..
Sila la klik sini yerr..

http://www.tasohlakeresort.com.my/

Ah..apahal cerita pasal mak ngan abah pi bulan madu ni.
huhuhuhu..

Rabu, Januari 19, 2011

MAK DAN KEGANASANNYA YANG BAWA BANYAK KEBAIKAN

Sekarang ni aku tengok,tahap budak-budak remaja melawan cakap mak depa..siap pukul balik mak depa bukan main tinggi lagi..Bukan takat budak sekolah rendah sama sekolah menengah ja..yang dah kahwin beranak pinak pun bukan kemain lagi tunjuk lagak samseng kat mak depa..Aku rasa Ah Long Bukit beruntung pun tau hormat mak depa..haiyya..

Yang si mak pun satu hal..anak macam tu disayang-sayang lagi...kasih pada anak punya pasal..anak terajang pun kira halal je kan...haaaa...kasih anak pun pun pada-pada la makcik..huii...
Tapi aku bukan nak cerita pasal mak orang..aku nak cerita pasal mak aku.Dari kecik sampai besaq,benda yang paling aku takut sekali kat mak aku ialah bila dia jegilkan mata dia..gila seram baiii..Mak kalau marah..dia punya suara..kalah orang yang berucap guna mikrofon.
piuuu..piuu..piu...dia kasi punya..Ingat mak aku kemetot mak aku tak ganas?Kalau la mak aku masuk gusti..habis kalah semua ahli gusti yang ada..hahahhahahahhahaha..Walaupn mak aku suka melawak,mengusik..buat lawak bodoh bangang dia..tapi time dia serius..huiii...takut nyahh!! berbeza gila dengan abah aku yang lembut dengan anak-anak.


Masa time aku kecik-kecik dulu..aku asyik rasa penampar mak aku ja..Umum semua dah tahu betapa ganasnya aku masa kecik-kecik dulu kan..gila aktif sampai orang cakap aku ni pompuan ka jantan..lain macam punya aktif..Panjat pokok,msuk bendang,kayuh basikal sampai maghrib.Samapai habis comot-comot baju aku..kotoq muka aku..kaki berdarah..muka dah makin ceme..Balik ja rumah,aku tengok mak dah berdiri depan pintu..

"Miraa!!!! hang buat apa???!!!"

Bergegaq rumah aku dengan dia punya perrtanyaan..Tak jawap ja..Pang!!!! pap!! pap!! pap!!..Nah amik hang..dua dua belah muka aku kena penampaq..macam tangan dinosour daa yang tampaq aku..Gagap jugak barang sejam dua..Tu dia mak aku punya penampaq kan..gila babeng sampai la dok rasa lagi dia punya pedih kena penampaq.Haa..buas lagi kan masa kecik..mau tak kena tampaq.


Nah..rasakan penampaq manja gue!!



Aku jugak masa kecik-degil gila punya degil..ketegaq nak mampuih..apa yang mak aku larang,aku buat jugak..kenapenampaq berkali-kali tak jalan..jadi dia balun plak dengan tali pinggang.Aku ingat lagi,aku pernah makan ais-krim diam-diam tanpa pengetahuan mak aku.Aku kan masa kecik-kecik dulu ada penyakit asma..Kalau makan ais ja..mesti batuk..kalau dah batuk tanpa henti..mesti la asma menyerang kan..sebab tu mak tak kasi aku makan Ais-krim..tapi aku makan gak..bila mak dapat tau..dia marah gila-gila la..mau tak marah..dah berkali-kali pesan,buat jugak.Sekali dia amik tali pinggang abah aku..dia balun betis aku..



Piap..!!piap..!! piap!!..



Tudia punya la ganas..sampai berbirat kaki aku hampa tau..Meraung sampai suara hilang.Lepas tu tak berani buat dah.Berkesan gila cara mak aku.Dengaq cakap teruih..hahahahhaha..selagi mak aku tak bagi makan ais krim..aku tak makan..tapi nakal tang lain..still buat jugak..hahhahaha..




Selain dipakaikan pada pinggang..kegunaan lain aku ialah membalun budak nakal macam miss poyo..hahhaha



Selain daripada penamapaq dan tali pinggang.Mak aku jugak ada beli rotan.Gila kena penangan rotan memang sakit gila...boleh tak tidoq malam lepaih kena,Mengigau ja.Tapi tiap-tiap minggu aku rasa mak beli rotan baru sebab aku selalu curi-curi amik rotan tu..patah-patahkan...hahahahhahahah..Pastu mak beli lain..aku curi-curi amik..patahkan jugak.Mak aku sorok la kat mana pun rotan tu..bila aku jumpa ja..haaaa..aku patah-patahkan..pastu aku bakaq..hahahaha...sebab tu kalau mak nak ajaq aku..dia main penampaq ngan tali pinggang ja..huhuhuhuhu..




Rasakan la pedihnya tubuh badan kami..Yeaah!!

Selain daripada kelakuan-kelakuan kat atas ,mak aku jugak suka pulas telinga aku..gila rasa macam nak tercabut.huhuhuhuhu..tapi ku tahan jugak labu sakitnya tu..Aktiviti mak berkurang bila aku makin membesaq..last aku kena penampor mak masa tingkatan 2.Lepas tu mak dah mula aktiviti membevel plak..mybe sesuai dengan usia aku,mak rasa membebel ialah paling bagus nak menegoq aku kan..Aktiviti tu mak sambungkan kat Mirul plak..hahahha..rasakan kau Mirull..dulu time aku..pastu turn hang plak..hahahhaah..

Tapi bukan nak puji diri aku sendiri ngan Mirul la..Kami masa kena marah..kena pukull,kena rejam kepala dalam air..(tu Mirul yang kena..hahhaha..padan muka),tapi lansung tak melawan mak..lansung tak balas balik..atau nak menepis sikit pun apa yang mak buat kat kami..Kami diam,kami takut..kami hormat..biaq la mak pukul kami gila-gila punya sakit..janji kami tak dapat menambah dosa melawan mak..sakitnya balasan derhaka kat mak lagi dasyat oii..

Tapi aku perati budak-budak la..Waah..bukan main lagi..bila mak depa nak pukul ja..tepis menepis lagi..mak tinggikan suara..depa lagi tinggikan suara depa..mak membebel ja pun,tendang habis segala macam benda yang da kat depan mata tak puas hati..

Hahahahahhaha..bodoh betul la budak zaman la aku rasa..

Isnin, Januari 17, 2011

ULTRAMAN DAN MAK

Masa aku kecik dulu..mybe dalam umur 4 atau 5 tahun.Aku tinggal kat Bukit Mertajam time tu sebab abah aku da beli rumah kat sana.Time tu aku berkawan ngan mak aku je..Mirul pun time tu baby lagi..Mak ngan aku suka layan tengok kartun sama-sama.hahahhahaha...
Salah satunya ialah kartun ultromen...
Selalunya bila kartun altromen dah start mesti mak jrit panggil aku..

"Miraa!!! otomen dah start..mai tengok lekas....!!!"


hahahhahahaha..
Aku dok cari balik ultromen yang aku tengok dulu..tapi tak ingat la..sampai la aku jumpa video ni..





Walaupun ni cuma lagu permulaan untuk ultramen ni..tapi aku memang dah sahkan dalam pala otak aku..memang ultramen ni yang aku layan dulu (Ultramen kan banyak jenis..taro la..seven la.)


Abaikan satikata dibawah..
tapi bila baca lawak sial..
hahhaha

Sabtu, Januari 08, 2011

TAHUN NI AKU NAK KAHWIN KA??

Aku tengah tidoq baik punya.Tiba-tiba hanset aku berbunyi plak..Bunyi ringtones memang dah tau Incik Bachok yang kol..jadi aku jawab la..

"Helloo...."

Hello sayang.."

Sayang?? akupun diam jela..pastu dia ckap lagi..

"Hari sabtu U cuti tak?"dia soal aku.

"Lohh..hari sabtu dah hari cuti..I cuti la..tapi kadang-kadang I kerja gak..nak buat OT..tapi memang cuti la.."Aku jawab balik..

"Sebab tu I tanya sayang ni..sebab I nak tmpah bilik hotel untuk kita ni.."

Bilik hotel??!!

"Apa yang U mengarut macam orang sangap ni..kita tak kahwin lagi nak tempah bilik hotel buat apa...nak kahwin free ke apa ni..hahahahhahahahaha"Aku rasa nak tergelak la plak bila dia ak tempah bilik hotel plak..

"Loh..kita memang nak kahwin pun tahun ni kan.I tempah bilik hotel untuk bulan madu kita la.."Incik Bachok jawab ngan nada serius macam cikgu disiplin plak dah..Tapi tu tak bermakna aku tak gelak sakan..Ofcoz la aku gelak sakan..bila masa plak kami nak kahwin ni..

"Hahahahahhaha.U ni apa hal plak ni..bila kita nak kawin..mai habaq sat kat ceq.."

"Kita kan nak kahwin masa Hari Malaysia nanti."

"Yala la...hari malaysia?Bila 16 Sptember..??"Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati la plak..

"Yala..16 September..Hari Malaysia..Tu la..terpengaruh dengan pesrta raja lawak yang lupa semalam tu la tu..dia pum lupa sama.."

"Hah!!! kita kahwin tahun ni 16 September??biaq betooiii!!!!"
Tiba-tiba Incik Bachok ketawa..aku suruh dia diam..dia glak sakan pulak dah..

"Benar.kita akan brkahwin..kahwin..kahwin..kahwin....."
Incik Bachok cakap lagi sambil diiringi gema..Aikkk..macam dalam gua daa...

Tiba-tiba mak aku muncul..

"Oiittt..budak!! bangun-bangun!! subuh-subuh..simpan mimpi untuk malam satgi plak..!! bangun-bangun!!"
Mak aku jerit kat depan pintu bilik aku..

Cissss..aku ingatkan betul daaa nak kahwin tahun ni....rupanya mimpi ja..hahahahhhahaahaa
Nampa sangat tahun ni aku memang tak seru nak kahwin lagi..hahahahhaa..

Isnin, Disember 27, 2010

TAHNIAH..ANDA LAKI BINI TELAH DAPAT JUBLI PERAK..!!

Pada 25 Disember yang lalu,genaplah 25 tahun usia perkahwinan mak abah aku(permulaan ayat cam karangan da..).Ingat senang ka nak mencapai usia perkahwinan yang ke 25 tahun pada zaman la ni.Alhamdullilah la sebab mak abah aku bahagia sampai sekarang dan masih lagi gila-gila macam dulu.Dah aku kagum sekali sebab mak abah aku kahwin bukan atas dasar cinta pun,atas pilihan family ja..

Bukan senang jugak dua laki bini ni nak hidup senang lenang macam sekarang walaupun si laki pernah hidup dalam keluarga ada-ada.Penuh onak dan duri gak la..dah kahwin,kena berdikari la hidup sendiri..makan ka tak makan ka..tak pernah kasitau orang mahupun family sendiri..bukan macam orang la..susah sikit ja..cari la mak pak walaupun dah kahwin..moga-moga aku pun dapat bersabar macam mak abah aku jugak dalam menempuh alam rumah tangga..tu pun kalau aku kahwin la..hahahahhahaha..

Bukan senang jugak nak jaga 4 orang anak yang macam 10 orang anak ni.Yang nakalnya..hiperaktif la..yang lengai pun ada..yng mulut bising,kaki gaduh bagi masalah kat sekolah jenuh mengadap cikgu..macam-macam perangai anak-anak depa ni haa...Depa sabar jugak la..Sampai terpaksa balun anak depan dengan tali pinggan dan jugak pengangkut baju..(aku dan Aloyah ja rasa..Mirul ngan Azhan tak..).


Bukan senang oiii..nak dapat mak pak macam depa...apa kami nak semua bagi..nak makan apa,semua depa kasi..nak berjalan pi mana..bawa ja..tanpa ada bangkangan..haaa..sampai macam tu la..tapi diselang seli dengan ketegasan jugak la..kalau tak kami jadi anakku sazali la bai..hahahahhahaha..

Setakat ni..kami tak pernah tengok depa bergaduh besaq..sikit pun tak..takat kecil-kecilan tu adala..kalau takdak selisih paham,tak normal plak kan..
Macam mana filem arwah Yasmin Ahmad buat pasal kemesraan suami isteri dalam filem-filem dia..macam tu la mak abah aku.Sebab tu la aku suka tengok filem arwah yasmin Ahmad.
Melawak suami isteri..melawak,bergurau senda depan anak-anak..main kejar-kejar..Buat apa nak malu kan apa yang depa buat..tunjuk jela..kami lagi rasa bahagia tengok mak abah kami macam tu..

Wah..rasa sayu plak nak cerita kan..padahal ni kisah happy.hahaahahhaahha..
Punya la bahagia hidup aku sebagai anak depa sampai tak tergambar dengan tulisan dan kata-kata la..hahahhahhhaaa..

Jadi,aku ucapkan selamat ulangtahun abah..mak..
semoga kebahagian hingga ke akhir hayat..
Sekarang dapat jubli perak dah..nanti tak sabaq nak tunggu jubli emas plak..
hehehehe..



Sabtu, Disember 11, 2010

UNTUNGNYA BELIAU..

Tadi aku tengah layan tv kat dalam bilik.Tiba-tiba mak aku mai masuk..

"Kak Long..lepas certa ni habis tutup TV sat.."Mak aku kata.

"Loh..awat plak..?lepaih i crita best plak nak tayang.."

"Hang masak mee kari dulu..aku nak makan ngan abah hang.Lepaih tu hang nak tunggang terbalik tengok tv lepaih masak hang punya pasai..aku tak kacau dah.."

Huuuuuu..
Dengan langkah yang pasrah aku pi dapuq mulakan adegan masak-memasak.
Untung mak aku ada anak perempuan yang pandai masak macam aku..
Nak makan apa main ordrer ja..
Huuuuuuu

Khamis, Oktober 28, 2010

BILA NAK KAHWIN?SEMUA ORANG NAK KAHWIN..TAPI...

Bila mak tanya aku bila nak kahwin dan kumpul duit cepat-cepat sebab nak suh kahwin cepat-cepat tiba-tiba aku jadi tension...

Wahhhhhh!!
Betul-betul tension...

Aku rasa tegang gila..tak pernah aku rasa tegang macam ni sebab mak aku kali ni memang serius gila ja..
Macam-macam benda aku pikir la ni..memang macam nak menangis pun ada..tah la..
Ya Allah..tenangkan hati aku...
wwoooooohhhh!!!

Siapa yang takmau kahwin,semua nak kahwin..Tipu la kalau aku cakap aku takmau kahwin..Tapi memandangkan kedudukan kewangan Incik Bachok yang tak stabil,takkan aku nak paksa dia pinang aku jugak kan..dia pun baru start kerja tahun ni..baru nak menapak.Kalau aku anak orang kaya..dia pun anak sultan,aku rasa masa dia belajar lagi kami dah kahwin.huhuhuhu..
Dia pun hari-hari bagitau aku.Kalau kewangan dia kukuh,dah lama dia suruh orang tua dia pinang aku,bukan takat pinang ja..terus nikah tak payah tunang..Tah pape betul dia ni..
huhubhuhuhu..
Memang betul kalau kami kahwin,dapat mengelakkan maksiat..dosa pun kurang..takdak langsung..aku tak nafikan benda tu..Ingat aku tak pikir ke pahala dosa ni..
Sejak aku bertudung ni..aku asyik pikir dosa pahala ja tau tak..
Tapi..tah la....Aku takmau la jadi perempuan terhegeh-hegeh beria nak kahwin padahal dia mungkin tak pikir apa pun lagi walaupun kadang-kadang dia bagitau aku dia runsing betul bila pikirkan hubungan kami...Aku pun lagi rungsing..


Memang tak boleh tenang..sapa-sapa tolong aku aku...!!!


P/S:Aku rasa mak aku lagi tension sebab dia mak..mak mesti pikir macam-macam pasal anak perempuan dia..anak sulung dia plak tu..huhuhuhuhu

Rabu, Oktober 06, 2010

SAYANG BINI

"Lepas ni,Ziah nak masak sikit ja.Takat makan tengahari.Malam,kita makan luar ja,senang sikit"Mak tiba-tiba bersuara masa kami tengah layan main online dengan laptop masing-masing.Abah yang tengok tengok tv pandang mak,kami yang dok layan online pandang mak.Bunyi macam tak puas hati ja..



"Ha laa...ok gak..tapi takkan tiap-tiap hari nak kena makan kat luar??"Abah macam setuju,tapi tak berapa setuju.

"Hai..abang kata abang sayang kat Ziah.."mak cuba guna kuasa seorang wanita..

"yala..yala..hari-hari kita makan malam kat luar.."Abah buat ayah pasrah..
Kuasa mak berjaya..

Huhuuhuhuhuhuhu..

Khamis, September 30, 2010

TERKENCING DALAM SELUAQ

Aku tengah sembang baik punyeee ngan mak kat bilik dia masa abah tiba-tiba ja masuk dalam bilik tu.

"Wei budak,bos hang tau ka hari ni pun hang MC?"Soal abah sambil bentangkan sejadah dia.Dia nak semayang la tu.


"Tau la..hantar mesej kat dia pagi tadi..semua tau akak MC.Tadi pakcik-pakcik kat meja uji pun dah kol akak tau"Aku jawab pertanyaan abah sebelum dia mula bersembahyang.

"Sungguh ka?depa kol hang?depa tanya apa?"Mak soal plak dah.


"Depa tanya batuk teruk ka?suara dah ok ka?pi klinik dah ka?makan ka dak lagi.."Aku jawab balik pertanyaan mak sambil sumbat pelan-pelan roti gardenia dalam mulut aku.

"Habis tu hang jawab apa?"Mak soal balik plak kat aku.

"Ceq jawab la ceq batuk teruk..batuk tanpa henti sampai terkencing dalam seluar"Aku jawab sambil tergelak sikit.

"Hang tak senonoh betoila..ada ka jawab macam tu"kata mak sambil ketawa sikit,nak hormat abah yang tengah semayang.

"Alaaa..depa tau la ceq melawak..mak ni punnn..."aku jawab balik..

Tiba-tiba Abah yang tengah Ruku' jatuh tergolek kat lantai.Aku dengan mak panik.

"Hahahahahahahaahhahaha.."abah ketawa sampai tersembur air liur.

"Awat abah hang ni?buang tebiat?"soal mak dengan muka terpana.

"Wei mangkuk,nak sembang lawak pun tunggu la aku habis semayang dulu..hahahahhaha..pi keluaq noh..hahahaha"Abah tolak badan aku ngan mak keluar bilik lepas tu tutup pintu bilik.

Apala Abah..tak khusyuk ni....
huhuhuhuhu..

Isnin, September 20, 2010

UNTUK LAP HINGUS LA..

Aku tengok mak ke hulu ke hilir seolah-seolah mencari sesuatu.Tapi seolah-olah tak jumpa.Jadi mak masuk dalam bilik Aloyah kuih lapis.Aloyah yang tengah study kat atas katil tak pedulikan mak.Tiba-tiba mak ambil tuala kecil yang bersepuk atas katil Aloyah lalu diciumnya tuala kecil tu.

"Hmmm..ni tuala baru ni.Mak nak bawa pi kedai la"kata mak setelah dia mencium tuala tu.Kemudian diciumnya semula.Aloyah yang melihat aksi mak tergaman.

"Eh,mak! mak nak bawa tuala tu pi mana?"Soal Aloyah bila dia melihat mak mahu keluar dari biliknya.

"Mak nak bawa tuala ni pi kedai esok"Jawab mak.

"Tak boleh mak"Aloyah cuba mengambil tuala tu dari mak tapi tak boleh la plak.

"Mak,dah dua hari Aloyah guna tuala tu lap hingus Aloyah,mak nak bawa pi kedai plak"Aloyah bagi penerangan.

"Cisss!! awat hang tak bagitau awai-awai kat aku???Mangkuk punya budak!!"Marah mak sambil campak tuala kecil tu ke muka Aloyah.

Hahahahahahhahahahahhahahahah!

(Adik aku marah bila aku panggil dia Aloyah..hahahhaah)

Ahad, September 19, 2010

PENGADIL

"Makcik tak makan?"Soal Incik Bachok bila dia lihat mak aku hanya hidangkan makanan untuk kami,tapi tak makan sekali.

"Makcik hang tak makan.Dia tengok kita ja..dia jadi pengadil"Jawab abah aku sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

PINDAH BILIK

Sekrang ni sebenarnya aku dengan Aloyah kuih lapis tengah mengemas bilik mak.Sebenarnya Aloyah dan mak bertukar bilik.Asalnya bilik yang Aloyah duk ni adalah bilik mak,tapi entah macam mana tah Aloyah beria ja nak bilik mak.Siap pi beli cat lagi kaler pink dengan jubin lantai bilik dia kaler pink.Beria betul.Silau mata aku masuk bilik dia..otak trus blur.Hahahahaa..Dah stahun dok bilik tu tiba-tiba nak tukar plak..
tak pasal-pasal aku kena tolong ngemas..
huhuhuhu..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!