Rabu, Mac 30, 2011

AMOI..BOLEH KASI NOMBOT EKOR SAMA WA TAK?

Masa aku belajar kat Politeknik dulu,aku pernah buat praktikal kat sebuah company perumahan yang memang glamer kat Penang.Bertam Properties Sdn Bhd sebagai penyelia tapak.Time tu aku ditugaskan penyelia sebuah projek commercial center yang sekarang ni dah siap dan makin maju pun dibawah seliaan penyelia tapak dari company tu sendiri yang memang kaki berleter setiap masa pantang silap sikit..hahahahhahaha...


Turut sama buat praktikal kat situ ialah Imah Bachok yang sekelas dengan aku,seorang budak perempuan dari IKM Sungai Petani yang aku tak ingat nama dia dah,Seorang kakak yang boleh dikatakan tua dah sebab masa tu dia umuq 24 sedangkan kami baru 19 tahun dari ILP Kuala Lumpur dan dua orang student lelaki dari Uitm Seri Iskandar,Perak. Kontraktor yang diupah untuk jalankan projek tu adalah kontraktor milik seorang cina.Jadi kedua penyelia tapak dari company kontraktor tu pun berbangsa cina.Jadi kami berlima memang baik la dengan dua orang cina ni. Satu hari,selepas ja solat johor kat kabin yang disediakan untuk kami,tiba-tiba ja salah seorang dari dua orang penyelia tapak tu datang berjumpa kami sebab hal kerja.Jadi time tu,akak yang berumur 24 tahun tu baru sudah semayang teruih ja keluaq dari kabin dengan bertelekung lagi berbual pasal kerja dengan cina tu sehingga la tiba-tiba cina tu cakap..

"Ah moi aarr..u baru mau semayang ka atau sudah semayang?"

Jadi akak tu pun jawab.. "Wa baru sudah semayang..apa pasat?"

"Haiya..wa baru mau minta tolong u maa..."

"Tolong apa?"kakak tu tanya lagi..

"Wa tau u olang punya doa tuhan senang makbul ma..tolong doa kita nombot cantik punya amoi.."

Masa tu kami semua gelak gila-gila punya la..Mereng ka cina ni..gila nak doa minta nombot ekoq..hahahhaha..Tapi bila kami tengok muka penyelia tapak tu serius sangat kami tau dia tak bergurau..Tapi kakak ni yang memang suka bergurau try nak pekena penyelia ni..jadi dia pun bagi la nombor kat cina tu..

"U amik nombot ni aaa....@#$%..."
Tak boleh bagitau nombot tu..nanti orang try plak..hahahhaha

"Haaaa..ok-ok..thank aa amoi..wa yakin dapat punya la..hihihi.."

Lepas tu penyelia Tapak tu blah dari situ sedangkan kami dok gelak sakan sebab dia kena tipu dengan kami sampai la kami dapat tau dia menang besaq untuk nomboq tu..hahahahahha.. Akak tu rasa berdosa gila..hahahhaha...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!