Selalu kita sering dok dengar seni mempertahankan diri seperti silat(siapa yang taktau apa tu silat,meh sini aku nak terajang tengok..hahahhahaa),Taek Kwan do,karate,Judo,muay thai dan Kungfu.Tapi kalau nak tau,selain dari Ilmu pertahankan diri diatas,ada satu lagi Ilmu pertahankan diri yang jarang orang dengar..tah-tah ada yang tak pernah dengar lansung pa..Iaitu Silambam.Aku dapat tau pasal Silambam ni pun time aku tengok filem Asoka lakonan Shah Rukh Khan beberapa tahun dahulu..Time tu ada satu adegan lawan-lawan..Aku heran la jugak kan..Apa punya teknik lawan la Si Shah Rukh guna ni..Pelik sangat aaihh..Jadi aku tanya abah aku yang masa tu tengah sakit hati sebab aku tengok hindustan teknik apa yang Shah Rukh Khan guna tu..dalam keadaan marah,abah aku jawab..
"Tu Silambam la ngokngek..!!"
Sejak tu tu aku jadi Sherlock Holmes menyiasat pasal Silambam ni kan..hahhahahahha..
Silamban ni merupakan teknik berlawan mengunakan tongkat.Menurut sesetengah buku,teknik ni berasal dari Bukit Kurunji.Tak silap aku kalau zaaman moden la ni,Bukit Kurunji dah bertukar jadi Kerala.Ilmu berlawan ni dah berumur lebih dari 5000 tahun.Tu dia...punya lama gila usia dia..huhuhuhu..Menurut sejarah,teknik ni asalnya dari sebuah kampung dimana penduduk dia guna buluh sebagai alat mempertahankan diri dari serangan binatang buas.Lepas tu depa guna kemahiran depa tu dalam upacara keagamaan la plak..Lepas tu sarjana agama hindu dan Ahli Yogi(yogi?apa tu??) yang pergi ke bukit Kurunji tu untuk bertakafur(bertapa la kot..hahahaha) pun tertarik dengan seni ni lalu beri gelaran sebgai teknik Chilambambo..Hamboihhh!! dah macam bunyi bahasa inggeris haihh..hahahhahaa...
Selepas tu,Silambam telah digunakan oleh tentera untuk berlawan dengan pihak musuh sejak dari zaman Dinasti Chola Silam,Dinasti Chera dan raja-raja Pandya dari Selatan India semasa tempoh Sangam.(Tempoh Sangam?fmacam filem Sangam plak..hahahahhaa).Lepas tu,Teknik ni digunakan secara meluas olej Maravar pada tentera Travancore.Maravar ni adalah salah seorang dari Raja pada Dinasti Travancore la..Lepas tu,pada tahun 1760 - 1799 tentera Raja Veerapandiya kattanbomman telah gunakan teknik ni untuk berlawan dengan askar British.
Sekarang ni,Silambam akan diajar pada sapa-sapa yang berminat macam aku dengan adik-adik belajar tae kwan do la..Pi kelas bila hujung minggu sabtu ahad kan..macam tu la...hohohoho...Teringin gak nak belajar..Ni orang minyak pun takut ni kalau aku belajar ilmu ni..Pantang orang minyak kan batang buluh kuning..hohohoho..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan