Khamis, Mac 03, 2011

KEGLAMERAN RAJA TUT DAN KEHIDUPAN DIA

Aku rasa,dalam banyak-banyak Firaun yang terdapat kat Mesir,aku rasa Raja Tut paling glamer kan?Bila aku tengok Discovery ja pasal Raja Tut ni,aku rasa Raja ni macam misteri gitu..cara hidup dia..bagaimana dia mati..Kehebatan dia..Wah..segala-galanya misteri la..



Topeng Milik Raja Tut





Mengikut yang aku paham la pasal Raja Tut ni sebab aku bukan pakar sejarah ka,ahli Arkeologi ka..Nama sebenar dia adalah Khutankhaten yang lahir pada 1341 SM sebelum baginda telah menukarkan nama dia kepada Tutankhamun sebaik sahaja dia mengambil
alih pemerintahan bapanya,Akhenaten atau lebih dikenali sebagai Amenhotep IV.Haii.nama bapak dia nak sama dengan nama watak Imhotep dalam filem The Mummy plak..hahahhaha..



Ingat yerr anak-anak..Aku ni Imhotep..Watak rekaan dalam filem The Mummy ok!Bukan Amenhotep..Sebab aku hensem dari dia..





Dipahamkan yang ibu Raja Tut ni adalah salah seorang dari kakak kandung Amenhotep IV sendiri.Berkahwin antara adik beradik,berkahwin dengan bapa sendiri mahupun bapa saudara atau mak saudara sendiri adalah perkara biasa dalam keluarga Firaun..Ya Allah..Sumbang Mahram betul la depa ni..huhuhuhuhuhu..




Raja Tut menjadi Firaun ketika dia berumur 9 tahun dan merupakan pemerintah Dinasti kelapan belas atau lebih dikenali sebagai Temph Kerajaan Amarna.Sepanjang pemerintahan beliau,baginda telah banyak membina kuil-kul baru untuk menyembah tuhan-tuhan Mesir Purba terutama sekali Tuhan Amun-Ra.Raja Tut juga mengahwini kakaknya sendiri dari ibu yang berlainan iaitu Ankhesenepatan dan kemudiannya si bini a.k.a kakak dia ni telah menukar nama kepada Ankhesenamun.Haaa...sekali lagi nama dia sama macam nama watak dalam filem The Mummy..yang jadi girlfriend Imhotep tu..



Ni pehal taruk gambar separuh bogel gua ni??Gua bukan fasha sandha okeeyyy!!








Sebelum mengahwini Raja Tut,Ankhesenamun terlebih dahulu mengahwini bapanya sendiri iaitu Amenhotep IV selepas kematian ibunya Nefertiti yang merupakan permaisuri bapanya..Apakejadahnya anak kahwin dengan bapak sendiri ni.Tak bermoral langsung la...Lepas tu kahwin plak dengan adik sendiri plak dak..Memang gila la geng-geng Firaun ni..Nak termuntah dah aku weeii..Uweeeekk!!





Lukisan dinding yang menunjukkan Anknesenamun memberi bunga kepada Tutankhamun sebagai lambang cinta...Uweekk!!







Bagaimanapun,pemerintahan Raja Tut hanya bertahan selama 10 tahun sahaja.Kegemilangan dia sebagai Firaun tamat sebaik sahaja beliau mangkat dalam usia yang terlalu muda iaitu 19 tahun.Meninggalkan Ankhesenamun menjadi janda pada usia 21 tahun dan dua orang anak perempuan.Punca kematian Raja Tut ni menjadi perdebatan antara ahli sejarah,saintis mahupun ahli arkeologi sejak dari makannya ditemui oleh seorang ahli Arkeologi,Horward Carter dan Majikannya,George Herbert pada tahun 1922.Ketika itu Horward baru 17 tahun..Tak silap aku la..kalau aku silap..hampa pun tertipu la..hhahahha..






Gua la Horward Carter tu..Jangan Jeles..hahhaha


Ada yang berpendapat yang Raja Tut ni mati akibat dibunuh oleh kerabat Firaun sendiri dan ada yang mengatakan yang Raja Tut ni mati akibat dari pelbagai penyakit yang dia hadapi terutama sekali penyakit berkaitan genetik akibat hubungan sumbang Mahram yang berlaku antara Amenhotep IV dan kakaknya sendiri sehingga lahirnya Tutankhamun.Tapi pada 18 Februari 2010,kajian DNA telah membuktikan yang Raja Tut ni mati akibat dari penyakit Malaria yang dibawa oleh nyamuk Tiruk.Kajian ni telah dijalan oleh Saintis Jerman dan Mesir.




Aku nyamuk Aedes la bangang!!







Walaupun punca utama kematian Raja Tut akibat Malaria tapi saintis jugak berpendapat yang tubuh badan Raja Tut ni terlalu lemah dan mempunyai pelbagai lagi penyakit lain akibat dari hubungan sumbang Mahram tu la..Raja Tut jugak dikatakan mengunakan tongkat untuk berjalan..Ishh..Isshh..Issshhh..Kesian.... Kalau tak silap aku la..dulu National Geografic ada jugak siarkan kajian pasal wajah sebenar Raja Tut ni..Berdasarkan tengkorak beliau..Saintis telah berjaya melukis semula wajah Raja Tut ni..Nah..amik ni tengok..


Macam perempuan plak aku tengok muka Raja Tut ni..

Selepas Kematian Raja Tut,Takhtanya kemudian diambil alih oleh Ay.Ay menaiki Takhta sebagai Firaun sebalik sahaja mengahwini janda Raja Tut..hehehe...Sebenarnya,Ay adalah penasihat Raja Tut semasa pemerintahan Raja Tut.

Makan Raja Tut ni dikatakan mempunyai sumpahan yang dasyat sehinggakan Kematian Horward Carter dan jugak beberapa orang lagi yang terlibat dalam penemuan makan Raja Tut ni menemui ajal adalah berkaitan dengan sumpahan dari makan tersebut.Tapi seingat aku la..kematian Harword and the gang bukan akibat dari sumpahan.Tapi akibat dari bakteria yang berbahaya yang terdapat dalam makam tu..Maklum la..makam tu kan tak pernah dibuka dan ditemui..Ofcoz la banyak bakteria yang terdapat dalam tu..Yang si Horward and the geng ni main masuk ja..mau tak kena bakteria tu..Tu yang aku rasa dan ingat la masa aku tengok National Geografic beberapa tahun yang dulu..

Begitulaha alkisahnya pasal Raja Tut ni..Kalau nak diikutkan banyak lagi la kisah pasal Raja Tut ni..Tapi tu la kan..aku kan pemalas..hahahahahahaha...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!