Samurai dalam pakaian Perang depa.
Samurai ni adalah golongan tentera bangsawan yang mahir dalam bermain pedang dan memanah sera mempunya disiplin yang tinggi dalam kehidupan depa.Mengikut sejarah Jepun la..Samurai ni wujud sejak dari sebelum zaman Tempoh Heian lagi.Pada masa tu Samurai di sebut sebagai Saburai(hahaha..huduh gila sebutan dia...hahahhaha).Samurai ni berasal dari petani yang terpaksa mengangkat senjata untuk menentang hakim yang yang dilantik maharaja untuk mengutip cukai.Oleh sebab cukai tinggi dan hakim yang kejam taktau hati perut,depa pun menubuhkan puak perikatan dari puak-puak yang berkuasa. Ada jugak yang cakap samurai ni berasal dari dari pengawal istana yang bertindak sebagai polis mengawal keslamatan Jepun ketika zaman dolu-dolu.. Kebanyakan Samurai menganut agama Buddha Zen dimana ajaran agama tu mengajar supaya tidak takut mati dan jugak tidak takut membunuh.Budaya Kamikaze jugak berasal dari golongan Samurai.Selama beberapa abad Samurai dikatakan amat setia pada maharaja depa sampai sanggup bermatian-matian untuk maharaja depa dan menjadi golongan bangsawan yang paling dihormati ketika zaman kegemilangan mereka sehinggalah pada abad ke 19,ketika pemerintahan Meiji,Samurai dihapuskan sebagai kelas yang berbeza dan digantikan dengan tentera moden yang menyerupai negara barat dan mengikut kod etika barat berbanding samurai yang mengikut kot etika Bushindo. Ini menyebabkan ramai samurai yang memberontak dan ramai berpendapatan yang memberontakkan tu terdiri dari golongan samurai rendah dari semua daerah.Tapi mereka berjaya dihapuskan.Ada sesetengah Samurai yang secara rela hati menawar diri menajdi askar dan dijadikan pegawai kerana mereka ni adalah golongan bijak dan rajin.Tentera Jepun memenangi peperangan Sino-Jepun pada tahun 1894 dan peperangan Jepun-Rusia pada tahun 19004 pun atas dari usaha pihak pegawai yang berasal dari golongan samurai ni la..
Filem The Last Samurai.Kisah mengenai pemberontakkan Samurai ketika pemerintahan Meiji. Seorang Samurai selain dari pandai bermain pedang dan jugak memanah,depa jugak mesti pandai matematik,pandai menari,penulisan,sastera dan ilmu Teh(Ok..Ilmu Teh ni yang aku tahu cara membuat Teh dan jugak cara menghidangkan Teh.Memang detail gila..).Samurai jugak pandai dalam ilmu botani dan jugak sains perubatan.Malah depa dikatakan pandai menterjemahan buku dari negara lain ke bahasa Jepun.
Samurai ketika zaman Pemberontakan Satsuma. Walaupun Samurai tidak lagi wujud dalam masyarakt Jepun moden kerana dikatakan samurai terakhir yang wujud pun pada tahun 1877 ketika pemberontakan Satsuma dan pertempuran Shiroyama tetapi sestengah cara hidup samurai ni masih lagi digunapakai..dan jugak diminati oleh bukan saja setakat Jepun ja,tapi seluruh dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan