Mak aku merupakan ahli sebuah parti politik merah.Kat kampung aku,mak aku salah seorang ahlinya.Hari ni ada mensyuarat tahunan kat dewan kampung.Tapi mak aku tak boleh nak attend sebab adik aku si Azhan masuk wad.Jadi mak telah paksa aku ganti tempat dia pi hadirkan diri dalam mesyuarat tu..Waaaa!!! Aku kalau bab-bab mesyuarat ni memang la aku tak suka..tambah-tambah yang melibatkan politik-politik ni..Tapi bila mak aku jegilkan mata dia sambil soal aku..
"Hang nak pi ka tak mau??!!!"
Aku terus jawab nak pi..hampa taktau macam mana muka mak aku kalau dia jegilkan mata..Seram siot..Jadi aku pun pi la dengan anak jiran aku..Aku yang memang taktau apa-apa ni pi la dengan baju serba hitam sedang depa semua pakai baju kaler merah..Lepaih tu dok suruh aku dok depan sekali..aarrggh!! Tension gilak!! tapi aku pi la jugak dok tang depan sekali..betul-betul depan orang yang dok kat meja depan tu..orang penting la tu.siap bermeja bagaikan..Dah tu..kena berdiri menyanyi plak.kalau takat lagu Negaraku takpa lagi..dia dia taruk plak suh nyanyi lagu parti..arrgghhh!! tension gilak..!!
Selesai menyanyi..dengan plak ucapan..pung-pang..pung-pang..itu ini..sana situ..aku dah mula mengantuk ni...depa domba apa pun aku dah tak dengaq dah.memang tak tahan..depa buat lawak kat depan tu pun aku tak gelakah..Last-last tak tahan sangat..aku pun berdiri serta merta..Oleh sebab aku ja pakai kaler hitam,berdiri kat depan tu..mesti aku jadi perhatian kan..hahahha.
"Hnag nak apa?"Makcik yang aku rasa ketua wanita kat situ tegur aku.Mesti dia terkejut,..tengah berucap aku boleh berdiri..
"Saya nak kencing!!"Aku jawab kuat.Malu tak malu tolak tepi..
Aku jawab..Lepas tu aku berjalan keluar.time nak keluaq tu.aku rasa macam aku ni jadi tumpuan plak..semua ushar aku..hahha..Sampai ja kat luar,aku tengok ada la dalam 5 6 orang pakcik-pakcik layan sembang kat luaq dewan sambil minum-minum..Depa tengok aku..aku tengok depa.aku senyum kat depa.haram tak balas pun..cisss..!!
Jadi aku jalan pelan-pelan..aku tau pakcik-pakcik tu dok tengok aku.makin lama makin laju aku berjalan dan akhirnya aku berlari tak toleh belakang dah..yang aku dengar cuma salah seorang dari pakcik-pakcik tu jerit..
"Wooi.anak Ameen(nama manja abah kat kampung)!! Hang nak pi mana??!! mesyuarat tak abis lagi ni!!!"
Aku pun jawab..
"Saya nak kencing!!!"
Saat tu jugak aku rasa satu kampung dengaq suara aku..hahahah..
"Ni makan dak lagi ni..!!"Sorang lagi pakcik jerit.
Eleh..takat buat bihun goreng 'bogel',dah la keras macam dawai.tawaq plak tu.dengan karipap dua biji..ayaq sirap.aku pun boleh buat sendiri..hahahhahaha..Jadi aku teruskan larian aku sampai la kat rumah aku..
Akhirnya..terlepas jugak aku dari benda-benda politik bagai ni..hahahahahhaha..
Leganya!!!!
Kencing tu cuma alasan ja..
Bijaknya aku....hahahhahaha
4 ulasan:
poyo, dah lama aku x baca blog ko. sibuklah, kambing aku nak start bisnes restoran sate kambing. poyo? politik? kahkahkah..kencing? kahkahkah..oit, jamah sikit lah bihun tu. apada..
Dakwat basah...
ko yg buka bisnes sate kambing ke or kambing buka bisnes sate kampung..hahahha.ada kekeliruan di situ yaaa...
sbgai seorang atas pagar..aku jad mangsa keadaan hari ni..gila tension!!
lu dah rembat karipap lima nam ketul lpas lpas tu trus blah.. licik btul lu.. abih tu mcammana la gua nak undi lu.. gua baru jer berbincang dengan orang kampung gua nak lantik lu jadi kitorang nyer PM..
pENANGGAH..
lARRR..Apasal lu tak gitau awal-awal lu nak calonkan gua jadi PM..
kALAU tak gua dengar ucapan depa dengan penuh semangat patriotik..hahhahaha
Catat Ulasan