Selasa, Ogos 23, 2011

MAT PIT BERNAMA CASTELLO DAN SELIPAR JEPUN

Kawasan tempat tinggal abah aku dulu adalah kawasan hitam.Maksud aku kawasan hitam ni bukan sebab semua benda kat situ hitam..Tapi kawasan hitam sebab Pakngah aku cakap dia kawasan tempat mat piit banyak lepak..so,depa panggil kawasan hitam la..Kalau takat selipar jepun hilang depan rumah ni kira perkara biasa la...Ni mesti kerja Mat Pit curi pastu pi jual plak..Apa punya low class punya mat Pit la..selipar Jepun pun nak rembat jual kat orang ka?




Satu pagi yang nyaman dan damai..Tak pagi sangat la..mybe tengahari hari kot..Hmmm..Tak tengah hari sangat kot mybe petang dalam pukoi 2 3 petang..Mybe la..Ahh!! aku taktau la waktu kejadian..Senang!


Maksu aku nak keluaq bersuka ria bersama suami..Err...bukan..kawan dia kot..huhuhuhuhu..Jadi bila dia keluar ja depan pintu rumah dia..Dia dapati yang selipar jamban kesayangan dia..tak la jamban sangat..Tak jamban la sebab budak-budak la suka pakai selipar jenis tu tiba-tiba hilang..Jadi maksu aku pun cari la sekeliling rumah dia..tapi tak jumpa jugak..Kecewa sebab dia punya selipar hilang,maksu aku pun menyumpah jugak la barang dua tiga das makian..Pastu dia pun contact Castelo..






Castelo ni bukan la Rosyam Nor mahupun mamat cina mana ka yang nama Castelo..Castelo ini adalah seorang mamat melayu yang tak murtad lagi walaupun dia nama castelo..Nama dia tu pun bukan la mak pak dia beri atau dia sendiri yang nak orang panggil dia dengan nama tu..tapi orang kat kawasan tu panggil Castelo ni sebab kepala dia botak macam Rosyam Norr dalam filem Castello.Pekerjaan Castello jugak tak la gangster sangat sebab dia punya kerja hanya tukang curi selipar..seluar di penyidai kain orang dan kadang-kadang pasu bunga orang pun dia curi untuk dijual bagi memenuhi hobi dia yang unik iaitu menghisap dadah..








Hmmm..da jugak yang ingatkan aku noh!!







Jadi maksu call dia bukan la untuk menyiasat sapa yang ambik selipar dia yang kurang lawa tu..tapi nak beli selipar baru kat Castello.Mana tau Castello ada stok baru ka..Malam tadi maksu dengar Castello ada buat Opss rembat dan lari disekitar kawasan kampung..Mana tau..untung-untung dapat kasut jenama Jimmy Choo ka dengan harga RM15.Jadi Castello pun datang la bersama karung guni dia yang dia bawa selalu kemana dia pergi termasuk la time dia buat Opss rembat dan curi..Dalam karung guni tu mau tau la..Macam-macam ada termasuk la Blander..




"Lu mau apa?"soal Castello elok sampai ja kat rumah Maksu..Cara dia cakap pun dah tau dia ialah penghisap dadah yang sejati..


"Aku nak kasut..ada tak?"Maksu soal plak Castello dengan muka garang..Orang macam Castello mana leh buat baik..nanti naik lemak..


"Kasut tumit tinggi gua takdak..semalam depa simpan dalam rumah..selipar gua ada.."Jawab Castello dengan mata kuyu macam di gam.

"Selipar nak buat apa..mana padan selipar orang laki.."Maksu cakap plak..




"Helo brader..ni bukan selipar laki..ni selipar perempuan..aku rembat semalam..baik punya..RM10 wa kasi lu..ni selipar mahal ni..bukan selipar jamban.."Kata Castello sambil mencari-cari dalam karung guni dia..Tengok la betapa teruknya si Castello ni samapi jantina orang pun tak leh cam.Maksu aku yang perempuan dia panggil Brader..Rosak..rosak..



Maksu aku pun tunggu la dengan sabar Castello nak tunjuk selipar baik punyeerr dia tu kat maksu..Muka maksu yang berseri sudah menjadi masam bila tengok selipar tu..Matanya yang bersinar-sinar dah bertukaq jadi mata hantu raya...



"Cilaka hang!! ni selipar aku bangang!!! hang rembat kat rumah aku lepaih tu hang nak jual balik kat aku..b**i Castello!! P**i betoi la!!"Tiba-tiba maksu sumpah Castello..Rupanya selipar yang nak dijual oleh Castello tu adalah selipar maksu yang hilang tu.



"Selipar lu ka brader??wa tak perasan la selipar lu.."Castello bagi alasan..Semalam beliau lalok..mana la nak perasan rumah sapa yang dia mai rembat..



"ahh!! Aku tak peduli..aku nak balik selipar aku!!"Kata maksu sambil merampas selipar beliau dari tangan Castello.



"Lu jangan macam ni brader..wa penat tau tak cari rezeki ni..lu nak amik free plak..wa bagi lu RM5 dah la..diskaun sebab ni selipar lu.."Kata Castello separuh tak puas hati dengan tindakan maksu itu.



"Kepala hotak hang..Ni selipar aku..apasai plak aku nak kena bayaq!! Ah!! tarak..aku nak amik balik selipar aku!!"Kata maksu kasar sambil memkai seliparnya itu..


"Ok..ok..wa bagi lu RM1 je,,boleh la.."Rayu Castello.Tapi rayuan beliau langsung tak dipedulikan maksu..Maksu teruihh naik motor skuternya lalu berlalu dari situ..



"Apala lu ni...wa nak buat bisnes pun dengki.."Kata Castello sambil berlalu dari situ dengan muka tak puas hati.





Apahal plak muka gua masuk sini!! Arrgghh..wa bukan gila glamer la!!Tutup muka!!

2 ulasan:

Amir Syahir berkata...

mana2 kg mesti ade kn.

Mrs Poyo berkata...

Hiro..

btul tu..kiranya mat pit ni merta kg ada..nk trminate depa ssah..hahha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!