Semalam...aku tak tulis kat sini sebab aku pi Baling,Kedah.Tokwan Im aku(abah kepada abah aku) sakit.Biasa la orang tua umur 98 tahun kalau tak jatuh sakit secara tiba-tiba agak hairan jugak la melainkan beliau minum tonik..uhuhuhuhu...Dan sampai la aku heran..awat la tokwan Im beli tanah jauh kat pendalaman kat Baling sana noh..Takut ceq..dah la kampung tu jarak rumah ke rumah jiran jauh-jauh..Lepaih tu rumah Tokwan aku paling hujung sekali kat kampung tu..lepas tu..hutan banat..dan...tanah tokwan aku yang luas nak mampus tu..termasuk bukit la..dusun atas bukit..Dah tu,,jarak dari umah tokwan aku ke pagar 500 meter lebih la...bayangkan la...Aku takut wei..tambah-tambah malam plak..gulap gulita.
Sebenarnya tak banyak yang aku dapat cerita pasal tokwan Im sebab aku dengan dia tak banyak kenangan sangat pun berbanding aku dengan arwah Tokwan Non..Yela kan..aku masa kecik-kecik dulu banyak habiskan masa kat rumah Tokwan Non.Berbanding dengan Tokwan Im.Sebabnya Tokwan Im banyak rumah..paham-paham la kan maksud aku..bleh dikatakan sebulan sekali nak jumpa dia pun susah..Jadi macam mana nak dapat kenangan dengan dia kan..masa besaq ni lagi la jarang jumpa...
Tapi aku masa kecik boleh dikatakan cucu feverat dia la..Walaupun dia ada kat rumah dia yang lain,dia akan call jugak rumah aku nak bercakap dengan aku.Apa yang aku cakap dan apa yang aku mau..dia memang akan turuti dan buat la..Pernah dulu masa aku dok kat Ipoh,aku ada berkenan kat satu basikal yang harga RM1000 lebih..aku bagitau dia ja pun kata teringin sangat nak beli basikal tu..dengan segera dia hulur duit kat abah aku suh abah beli basikal tu kat aku..haaahaa..kiranya time tu kat taman perumahan aku tu,aku la orang first yang pakai basikal macam tu..la ni bersepah la orang pakai..harga pun da murah sekarang ni..uhuhuhuuuuhu..Mybe aku jadi feverat dia sebab aku ni merupakan cucu sulung dia dengan Tok aku..Tapi kalau campur dengan cucu-cucu dia dengan Tok tiri aku,mybe aku cucu yang ke 4 atau 5 kot..huuhuhu..
La ni Aloyah la yang jadi cucu feverat dia sebab Aloyah pandai amik ati dia..Aloyah yang banyak suap dia makan berbanding aku..Tapi kalau dengan Arwah Tokwan Non..memang aku jaga dia betul-betul la..sampaikan balik kerja pun aku akan singgah dulu kat hospital melawat arwah..Selagi makgud takmai suh aku balik sebab masa lawatan dah tamat..selagi tu la aku melepak bersembang sakan dengan Arwah.Kadang-kadang aku rasa macam diri aku tak adil pulak sebab melebihkan Arwah Tokwan Non berbanding Tokwan Im walaupun Tokwan Non dah 3 tahun meninggal dunia..Huuuuu..
Adoi..aku taktau la nak cerita apa pasal dia..sungguhh aku blur gila..Takat tu ja kot aku cerita pasal dia..uuuuuuu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan