Aku tengah bawa kereta,maklumlah baru balik dari kerja kan..Tapi tah macam mana hari ni aku balik ikut jalan jauh.Aku ikut jalan Sungai dua.Gila hapa aku hari ni tetiba ja naik Highway dari Permatang Pauh ke Sungai Dua..hahahahahah..buat habis minyak ja..dah la minyak mahal la ni..
Sampai ja kat sungai dua..Jalan jem gila babi la..Kenapa la aku ngok sangat pi lalu kat Sungai dua ni yang memang konfom hari-hari jem.Adoila..tension betul la..yang ptong kiri ada..yang main menyelit ikut suka hati dia pun ada..Aku nak menyelit tak bleh la plak..Sebab aku bukan naik MIRA..Aku naik Honda Civic plak dah..bila masa aku beli Honda Civic pun aku taktau la..Banyak jugak duit aku ni noh..Dalam dok tension jem teruk ni..baru aku tau..Jem buka sebab apa pun..Ada Roablock plak kat simpang tiga Sungai Dua tu..What the hell time saat genting macam ni Polis buat roadblock plak dah..Dah la puasa..memang hilang sabaq la walaupun aku cuba bersabar..
Sekali aku sedaq yang aku tak pakai tali pinggang keledar..hahahha..Aku ni memang kalau bawa kereta memang tak pakai tali pinggang keledar..Memang habit aku la..Walupun mak aku dok berletiaq hari-hari suh pakai tali pinggang keledar..Tapi masuk telinga kanan keluaq telinga kiri jela...hahahahaha..Bila ada roadblock macam ni baru la terocoh-kocoh nak pakai kan..Tali tah macam mana tah masa aku tarik tali pinggang keledar ni..tali dia tersangkut plak dak..Aku tarik berkali-kali pun sangkut jugak..Adoi!! kereta aku dah makin dekat dengan mamat polis ni..Mati la aku..aku takmau kejadian kena tahan dengan brader JPJ 2 tahun lalu berulang..Satgi tak pasai-pasai aku pi mengaku sekali lagi aku ni budak miskin sebab takmau bayaq saman..hahahhaa..Panik punya pasal....Sampai ja giliran kereta aku lalu kat tepi mamat polis tu,aku terus pecut kereta aku gila-gila punya lauju..Tetiba ja aku pi menyelit potong memotong kereta kat depan aku..Aikk..tetiba ja Honda Civic aku bertukar jadi MIRA plak.??Magic betoi..!!
Dengan kuasa enjin yang ada pada MIRA,aku pun pecut gila la..Aku tengok polis tu dok kejaq aku..tapi last-last aku nampak dia berhenti berlari.Jadi aku pun gelak la..Padan muka kau bang pulis..sapa suh buat roadblock time ni..Orang semua kalut nak pi buka puasa la bai..Tengah gelak kuat-kuat sorang diri..Tetiba aku tengok kat cermin sisi aku..Mamat polis tu berlari kejaq aku.
Aiikk!!! macam mana dia boleh lari laju ni..tetiba ja dah ada kat belakang aku.Aku pun apa lagi..Pecut lagi laju ja..Berdecit-decit bunyi MIRA aku bila aku tukaq gear..Tudia punya power enjin dia..mau tau arr beribu habis..kepuasan memuaskan.Gerenti mamat polis tu tak dapat ligan kereta aku..Tapi malang jugak nasib aku sebab makin laju MIRA aku..makin laju dia berlari..Gila aku teringat adegan Terminator 2 yang mana robot jahat yang menyamar jadi bang pulis ligan kereta yang bang Arnold pandu tu..gila laju dengan muka serius..oh!!
Aku pun jerit kuat-kuat la takut punya pasai sebab aku nampak tangan dia macam nak capai belakang MIRA aku..Tiba-tiba..
"Woi Mira!!! hang nak bangun pi kerja pukoi berapa ni dah pukoi 6.30 woiiii!!!"
Sekali mak aku gerak aku bangun pi kerja da..Mimpi rupanya..Ciss!! Ingatkan bulan puasa ni aku tak mimpi merepek..Tapi mimpi jugak..Haiya!!
Ciss..jangan hang samakan aku dengan Bang polis tu Miss Poyo..Sebab aku ni polis Special hang tau..Boleh caiq-caiq jadi liquid Metal..bang pulis tu pa barang..hak tuiiii!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan