Isnin, April 02, 2012

25 TAHUN

Hari sabtu lepaih..Genapla umur aku 25 tahun..hahahahha..Lagi 5 tahun..aku genap umur 30 tahun..selangkah ke alam kewanitaan la plak..sekarang ni alam remaja-remaja lagi..muahahahhahaa..

Dan untuk umuq 25 tahun ni..aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab masih lagi dapat hirup udara yang tak berapa segaq kat Penang ni(Penang kan banyak kilang..pencemaran udara la katakan..ngeee), dan aku bersyukur jugak pada Maha Pencipta sebabkan buat aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia..mak abah yang sporting dan gila-gila..adik-adik yang suka cari gaduh dan berlawan tumbuk dengan aku..Kawan-kawan yang sangat baik dengan aku..Saudara mara yang baik-baik belaka walaupun ada spesis yang menyebok(biasala tu kan..hahahahhah) dan Incik Bachok selaku tunang yang amat memahami diri aku yang tak seberapa ni..Yala..Aku  ni pun kadang-kadang otak senget jugak la kan..kira dia boleh tahan dan sayang aku..harap-harap sayang dia tu berpanjangan la kan..hati manusia kan boleh berubah..wuuuuu!!

Jadi hari sabtu tu aku ada buat makan-makan sikit..aku masak Mee kari dengan puding jagung(haram tak sedap puding aku..aku memang tak berbakat buat puding..hahahahhaha) panggil la saudara terdekat ngan kawan-kawan terdekat jugak..hahahhaa..Bayangkan masa depa sampai rumah aku..aku dok pakai apron lagi dok masak kat dapuq..tu la akibatnya buat makan-makan last minit baru terpikiaq nak buat kan..Aku pi market ngan mak aku..aku tengok ayam tergolek atas meja penjual tu..teruih aku terasa nak buat makan-makan..ayam dengan nak buat makan-makan tak dak kena mengena pun..apasal bila aku tengok ayam aku teringat nak buat makan..apasal tengok ikan tak terpikiaq pun...kikiki..


Terima kasih jugak la kat Kak Gee sebab bagi hadiah kat aku..frame gambaq dengan satu lagi tu apa orang panggil taktau..phasma..pashima..fatimah..pashmina..taktau la..hat pakai kat kepala macam selendang tu..aku nama aku taktau la. sebab aku pukoi sama rata panggil selendang ja..hahahahha..

Dan pada Incik Bachok sebab belikan aku kek aiskrim..sedap giloss...Dia tau aku suka makan aiskrim..kalau mandi aiskrim pun aku mau kalau boleh..hahahha...Kek tu memang cantik gila..dan dia kata dia pilih sendiri bentuk kek tu(bulat ja pun..hahahha) sebab kek aiskrim..asalnya design lain skit..
Lepaih tu dia bagi hadiah handbag kat aku..Seumur hidup aku..ni la first time aku dapat handbag semahal tu..macam tak percaya..pandai jugak dia pilih handbag kat aku..hahahahhah...


Terima kasih jugak kat family aku (parent dengan adik-adik) sebab bila aku tanya mana hadiah untuk aku..depa jawab kasih sayang yang depa bagi tu bukan hadiah yang tak ternilai ka untuk aku..Awwww!! Aloyah cakap serupa pujangga ja..hahahhahaha..

Ok la...sampai sini ja la ucapan aku yang merata-rata lagi dok ucap kat orang sana-sini serupa baru menang anugerah bintang popular plak..wakakakkaka...


P/S : Gambaq kek takdak kat aku..ada kat Incik Bachok..sebab tu tak taruk dalam ni..kalau dak mesti banyak yang jeles tengok kecantikan kek yang Incik Bachok bagi kat aku..hahahahahaha

3 ulasan:

Penanggah berkata...

walau pun kira dah agak lewat tp camno pun gua nak ucapkan gak happy besday to you miss poyos.. smoga happy slalu..

Kaki Merapu berkata...

sila buat aku jeles...hahahahahaha...

Mrs Poyo berkata...

penanggah...


timo kasih...happy mmg slalu smpai guling3 dlm opis..kikikki




Kaki Merapu..

ni hg tak jeles lagi ka?

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!