Memaparkan catatan dengan label Friend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Friend. Papar semua catatan

Selasa, Mac 23, 2010

Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sndiri.Adakah aku di negeri orang?

Apa yang ditulis kat bawah takdak kena mengena dengan tajuk.Tapi kena la jugak sikit-sikit.Dalam 2 peratus saja.Tak banyak sangat,tapi banyak la jugak...


Semua orang ada semangat cintakan tempat kelahiran.Aku pun macam tu jugak.Dan oleh sebab aku betul-betul sayangkan tempat kelahiran aku ni,jadi masa kecik-kecik aku ada impian.Akan duduk kat Penang ni sampai tua.ingat budak macam aku takdak impian berbaur patriotik ka?Aku berangan kalau boleh bila dah kerja nanti,biar la kerja kat penang saja.beli kereta bernombot plat Penang.Nak beli tanah kat Penang.Beli tanah mesti la beli dekat-dekat dengan rumah mak aku.Bak kata pepatah,duduk di bawah celah ketiak mak la.Peduli apa aku kalau aku nak duduk bawah ketiak mak aku.Bukannya ketiak orang lain.Mak aku jugak.Apa-apa komplikasi yang bakal terjadi kalau aku duduk di bawah udara ketiak mak aku,aku tak kisah.dah ketiak mak aku,bukan ketiak mak orang.
Apa aku merepek ni labu....

Bila dah ada tanah dengan rumah dekat rumah mak aku,dalam Penang,mesti la cari laki pun orang Penang jugak kan...senang nak balik kampung..kalau boleh nak cari satu kampung,sebelah rumah.tak payah gaduh-gaduh merebut nak balik kampung sapa dulu.Tapi mengenangkan kat kampung aku takdak lelaki ciri-ciri yang dikehendaki,aku abaikan.
Tapi bila besar baru aku sedar,impian aku langsung tak boleh menjana masa depan impian aku.Aku dah kerja kat Penang,tapi bila-bila masa ja aku boleh di posting kemana sahaja yang syarikat aku nak suka hati mak bapak depa walaupun tu bukan syarikat mak pak depa.Aku jugak tak dapat kereta no plate Penang sebab kereta aku bernombot plate KL.Bila tahun aku nak pakai kereta Satria Neo bernombot plate Penang pun aku tak tau.Nak beli tanah kat Penang pada abad 21 ni memang payah.Sekurang-kurangnya kalau kau orang Cina baru boleh beli yang mahalnya berganda tu.Nak beli tanah sebelah tanah sebelah rumah mak aku pun mau setengah juta ada kat tangan baru Mr Mercedes mau lepas.Kalau tak aku pandang jela kat tingkap bilik aku.Nak beli rumah reres setingkat pun mau ada seratus ribu dalam tangan.Nak rumah harga murah kena pi Kedah ar..paling dekat.Tapi apa kes?sudah terkeluar dari Penang walaupun Kedah dengan Penang penah bersatu.Tambah-tambah cadangan nak brlakikan orang Penang jugak lari tah kemana.Tiba-tiba pulak muncul Incik Bachok.Haaaaa..apa kes?hihihihi...
Bila dah dengan orang yang jauh berkilo-kilometer ni,macam-macam pikiran muncul.Kalau la ada jodoh,apakah nasib impian aku nak bermaustatin kat Penang ni berjaya?Adakah aku akan ikut laki aku pi bermaustatin ke tempat kelahiran dia,ataupun ke tempat kelahiran aku..?Ataupun kami sama-sama berpindah ke negeri lain.Bila difikir-fikir balik,adakah aku boleh duduk di tempat lain selain Penang.Adakah aku boleh?boleh macam kawan-kawan aku yang banyak bermaustatin ke negeri lain,KL terutamanya bersama-sama laki mereka.Adakah aku boleh sesuaikan diri dengan suasana persekitaran tempat lain walaupun aku setahun 5 kali pi cuti-cuti malaysia bersama family aku?Adakah keindahan semasa bercuti sama dengan keindahan jika kita terus tinggal di tempat itu.Adakah?adakah?adakah?

Kadang-kadang aku rasa aku ialah seorang insan yang takut menghadapi masa depan,takut akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.takut nak kawin..ya,aku takut nak kawin.Sebab tu aku merepek.Dan aku takut orang lain datang pinang aku dahulu sebelum incik Bachok.Waaaaa!



Tiba-tiba ja aku takdak mood nak tulis..
huahuahuahuahuahua....!!



P/s:jangan takut.itu cuma spekulasi liar sahaja.Ingat...27,25..pastikan dalam tangan kita!!

Jumaat, Julai 10, 2009

Sabar Jela..

Kadang-kadang aku rasa pelik,bila seseorang tu cakap..

"Aduh..aku dh apply keja byk tempat..dok x dapat2..takkan sampai tua aku takdak keja tetap kot..fedup dah!"

Bila kita cuba tenangkan dia dengan cakap camni..

"Sabar2..bkan rezeki hang lagi..try lagi.."

tetiba dia nak naik angin..

"Hang cakap memang senang..cuba hang dok kat tempat aku!!! sabar2!! aku naik benci dh dengar perkataan tu!!"

Memang cakap adalah benda yang senang dan mudah,siapa bagitau hang cakap tu susah?budak kecik pun leh bercakap gak ngn senang walaupun da pelat sikit2.....cuma mengeluarkan suara ja..

camna aku nak duk kat tempat hang,hang adalah hang..aku adalah aku..kita lahir dari mak yang berlainan..cuba bagitau aku cara nak duduk kat tempat hang.wat pembedahan plastik ka..tukar identiti ka..tapi aku still aku,hang still hang..

Habis tu,kalau aku tak sebut perkataan sabar kat hang,takkan aku nak kata kat hang macam ni plak..

"Padan muka hang..tak dapat kerja lagi..hahahahha"

Atau aku nak cakap camni plak..

"Sungguh la noh..kalau aku jadi hang..aku pun fedup..toksah dok apply apa2 kerja dh la..senang!"

Hang dah tengah sedih,mestila aku tenangkan hang dengan perkataan sabar..bukankah sabar itu satu benda atau sifat yang mulia..

Tapi nape plak hang macam tak puas hati bila aku ucap perkataan tu..

Kadang-kadang manusia ni pelik..
Kita dengar masalah mereka..
kita dengar luahan hati mereka..
kita tenangkan mereka..

tapi mereka marahkan kita hanya sebab kita sebut perkataan SABAR..
Aku dah banyak kali alami situasi macam ni..

masalah dengan boyfriend..
bila aku cakap sabar..semua orang dalam perhubungan mesti da juga prob..
mereka mesti cakap dengan nada tak puas hati..
"Hang cakap senang ar..hang takdak masalah ngn boyfriend hang.."

masalah dengan family..
bila aku cakap..sabar..tu suma dugaan tuhan..
mereka mesti cakap dengan nada tak puas hati..
"hang cakap senang ar..family hang bahagia.."

masalah pelajaran..
bila aku cakap sabar la..pelan2 kayuh..lama2 bleh la pickup tu..
mereka mesti cakap dengan nada tak puas hati..
"hang cakap senang ar..exam nak dekat..hang xpa la cepat boleh.."

HABIS TUH AKU NAK CAKAP CAMNA LAGI!!!!!???

Sabar jela....

Jumaat, April 03, 2009

Suphai yang mamai

pagi2 lagi Suphai call aku n tnya bila politeknik nak cuti lagi.
errkkkk!
sejak bila aku jadi student poli smula..
bermimpikah kau wahai suphai..?
hahahaha....

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!