Sabtu, November 27, 2010

FILEM FEVERAT:DANDAN SETIA

Sebenarnya,selain dari filem-filem fantasi Hollywood,aku pun minat jugak filem klasik melayu.Filem dongeng hitam putih.Memang best layan filem klasik ni.Tambah-tambah yang jenis kayangan-kayangan..binian segala ma nenek..burung garuda..nenek kebayan la..apa-apa yang pelik-pelik magis-magis tu.Kan bagus kalau filem-filem tu dibikin balik..mesti da macam magika dah..wahhh!! suka-suka.

Salah satu filem klasik dongeng melayu yang aku minat ialah filem Dandan Setia.Lakonan Jins Shamsudin dan Saadiah.Aku minat jins Shamsudin tu...lagi seorang yang aku minat,Musthapa Maarof..Hensem tu..jalan pun ada stail..hihikhikhik..gatainya aku..



Poster Filem Dandan Setia
Filem Dandan Setia ni menceritakan tentang peperangan dewa-dewa dikayangan yang berebutkan puteri kepada raja segala dewa yang bernama Adinda Kesuma Gemala Dewi.Bagi mengelakkan peperangan berterusan.Raja segala dewa ni(bukan Zeus ya..hahahhaha) telah menukarkan puterinya itu menjadi buah Pauh lalu dicampaknya ke bumi.Huhuhuhu..sedihnya..terpaksa korban anak kesayangan demi kesejahteraan bersama.Kalau aku jadi Dewi tu,aku lari..hahahhahahaha..
Pada masa yang sama dibumi,Seorang Sultan dan permaisuri dia yang agak lanjut usia..mybe dalam umur 40an gitu takdak anak lagi.Baginda Sultan yang aku taktau nama dia ni sangat sayang pada permaisurinya lalu bawa la permaisuri dan dayang-dayang dia melepak kat pantai,salah seorang dayang depa jumpa buah Pauh ni terapung dalam air lalu disembahkan la pada permaisuri tu,prmaisuri tu pun makan..dengan agak ajaibnya,permaisur tu pun hamil.
Malangnya semasa baginda nak lahirkan,baginda pun mangkat la..Lebih parah,anak yang dilahirkan baginda tu seorang puteri yang hitam legam macam dayang senandung!
Walaupun hitam,Sultan sangat sayangkan puteri dia tu yang diberi nama Puteri Intan Terpilih.
Tapi malang menimpa lagi pada Puteri Intan Terpilih bila Sultan plak mangkat.Nasib baik la abang kepada ayahanda dia pun Sultan jugak.Ambil bela diamacam anak sendiri.Disayang-sayang gitu.Maklum la..paklong dia ni(paklong??hahahhaha..) takdak anak perempuan.Tapi macam biasa la,kehadiran Intan Terpilih kat istana Paklongnya tu tak disenangi sepupunya sendiri yang bernama Tengku Dandan Setia.Hari-hari kena kacau,kena bulu..kena ejek la..Tapi sebenarnya Tengku Dandan Setia ni bukan jahat pun..biasa la budak laki-laki kan..
Tapi bini Tengku Dandan Setia ni pulak buat onar..dia taruk racun dalam susu yang diminum Intan Terpilih..koma la plak pompuan ni..Tengku Dandan Setia dapat tau bini dia punya angkara apalagi,jatuhkan hukuman la..padan muka kan..muka saja lawa..hati manyak busuk la..dia ingat dia lawa dia boleh terlepas..piraahhhh!
Eh..pehal plak aku emosi ni?hahahhaha..
Masa time berubah Intan ni kat tengah taman(apa punya dukun..berubat tengah taman..dah la panas),tiba-tiba seekor burung Garuda Muncul(part ni aku suka)nak sambar Intan..tak dapat..tersambaq kulit dia saja..jeng-jeng-jeng...!!! maka terserlah lah kulit putih gila Intan Terpilih ni..hihihi..Tapi Intan terpilih still sakit lagi..nak tak hendak..atas nasihat dukun jugak la..Tengku Dandan Setia kena belayar membawa jasad koma Intan Terpilih ni semata-mata nak bagi pulih..
Pelbagai rintangan la Tengku Dandan setia ni tempuh nak selamatkan sepupunya yang hitam jadi putih tiba-tiba tu..
Dan part paling tak best bila jasad Intan Terpilih dapat dekat seorang Puteri jahat.Dengan dukun dia yang terer nak mampus,Intan Terpilih pulih la..tapi kena paksa kawin plak ngan Putera jahat ta hensem tu..huuuuuu..
Ayahanda Putera Jahat,Intan Terpilih dan Putera jahat dalam adegan penuh emosi dan berani
Dipendek cerita,dengan bantuan Dewa Shakri yang merupakan tunangan Intan terpilih semasa beliau dikayangan sebagai Adinda Kesuma Gemala Dewi,maka depa berjaya merampas kembali Intan Terpilih dari Putera Jahat tu.
Macam biasa la..last-last jadi apa kan..Hero ngan Heroin Kahwin..Hero kedua bawa kedamaian kat Kayangan..memang Peace betul..
huhuhuhuhuhu...
Al kisahnya macam tu la...menurun pahaman aku la..puisi pasal Dandan Setia ni ditulis sebelum kedatangan Islam kat wilayah melayu ni..sebab tu cara dewa-dewa ni mirip agama hindu sikit..kan dulu sebelum islam datang..wilayah melayu ni ada pengaruh hindu..huuu..kalau salah aku silap la..aku bukan ahli sejarah pun..
Kwang..kwang..kwang..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!