Selasa, November 16, 2010

TERUK BETUL LA ANAK WAN AMAIRRUDIN NI...

Tadi masa aku nak mai kerja..dengan memandu secara berhemah berbanding hari-hari lain,aku tengok kat tepi-tepi jalan ramai pulak orang jual daging lembu.Jalan yang sebelum ni memang sesak bertambah-tambah sesak tahap luar biasa sampai aku rasa aku nak pasang kaki kat Mira aku.Gamak tersangkut,boleh la dia keluarkan kakinya lalu berlari ke tempat kerja..Gila pengaruh Tranformer otak aku ni..

Lepas tu..gerai orang jual kuih raya pun merebak secara merata jugak kat tepi-tepi jalan.Apa jadahnya pagi-pagi buta jual kuih raya ni?bukan nak raya pun..So..aku dengan sifat aku yang tak amik port sangat teruskan perjalan ke opis.
Masuk ja kat perkarangan opis,aku tengok kereta aku ja masuk ke dalam pintu pagar.Selalu nak amik turn jugak la nak masuk dalam kawasan pagar..beratur bai..sesak jugak la gara-gara orang TM nak masuk dalam ibusawat.Tapi hari ni kereta aku meluncur laju ja masuk dalam kawasan opis umpama pinggan nasik adik aku meluncur laju masuk dalam singki lepas makan nasi tanda beliau takkan basuh pinggan tu..Apajadahnya aku cerita pasal pinggan nasik adik aku plak ni??

Aku pi Parking kereta aku pun senang,kalau tak berebut-rebut nak parking bawah bumbung.Selalu aku menang la sebab kereta aku kecik.Honda Arcord baru pun kalah..hahahahahahaha
Aku pi punch card..aikkk..aku dengan Incik pegawai ja dok punch..mana yang lain..??
lepas tu aku menapak pi opis aku..masuk ja dalam opis..sunyi sepi...ada 2 orang ja..termasuk aku dengan Incik Pegawai..jadi la 4..Aiiii....pelik ni...selalu pagi-pagi opis aku kecoh bagai..

Pakcik Nizar,yang dulu partner abah aku masa zaman Payphone dulu tegur..
"Wooii..hang tak cuti ka?"

"Cuti pa plak Pakcik ni??"

"Raya woooiiii..raya..raya haji...!!"Pakcik Lah..partner baru Pakcik Nizar bersuara..

"Loh..esok dah raya haji ka?"

"Rosak anak Wan ni rosak...jahanam habis"Kata Pakcik Nizar sambil blah keluar dari opis nak pi buat kerja.

Hahahahhaa/..
macam mana aku boleh lupa esok raya?patut la ramai takdak..
esok raya la...hahahhahahahha...
Teruk betul aku ni..

2 ulasan:

Nerzhul berkata...

selamat bekerja di hari raya!

Mrs Poyo berkata...

Nerzhul..

esok aku start cuti sampai rabu depan..depa yang cuti awal masuk kerja awal..bijak tak aku?
hahhhaa

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!