Selasa, November 16, 2010

TANAM POKOK GANJA

"Hujan lebat gila...takut banjir balik kat belah kedah perlis sana noh..tempias kat kita jenuh la.."Jiran aku yang merupakan adik Tok aku bersuara kat depan pintu dapur rumah aku sambil pakai baju hujan kaler hitam.Tadi memang lebat sungguh..la ni rintik-rintik ja..

"Bumbung rumah macam nak tercabut ja.."adik ipar Tok aku pulak bersuara.Serta merta mat Leh datang perbetul bumbung rumah Toksu aku dalam keaadaan hujan rintik-rintik.Langit masih hitam.

"Hang tengok Ziah..pokok betik dah tumbang.."Adik Tok aku brsuara balik..

"Tu la..Ceq tanam..besaq elok ja..ingat nak makan buat dia la dalam dua tiga hari lagi.."mak plak bersuara.

"Tanah ni lembut Ziah..aku dah tanam dulu..bila angin ja..tumbang terus..."Adik tok aku bersuara balik.

Tiba-tiba abah aku muncul kat depan pintu sambil pakai tuala saja.Baru lepas mandi katakan..

"Ni apa dok buat ramai kat sini ni?Mesyuarat agung mana plak ni??"Abah soal sambil garu pipi.


"Ni..pokok betik tumbang.tanah lembut sangat..hujan sikit ja..tumbang la.."mak aku jawab sambil belek-belek buah betik yang tumbang sekali ngan pokok..kasihan..

"Tu la...tanam pokok ganja gerenti tak tumbang.."abah aku bersuara balik.Serta merta semua pandang abah dengan muka pelik

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!