Hari ni Men rasa gembira.Tengahari nanti dia akan bertemu dengan tunangnya.Lagi beberapa bulan mereka akan berkahwin.Hari adalah first time Men berjumpa dengan bakal isterinya itu.Maklumlah ni pilihan mak dia.Bukan dia yang cari sendiri.Walaupun kawan-kawan mengejek sebab nak kahwin pun mak kena pilih,dia tak peduli..ganas-ganas macam mana pun dia..gangster macam mana pun dia..kata-kata ibunya kena ikut.Nanti derhaka namanya kalau tak ikut.
Sambil menyikat-nyikat rambut,Men bersiul.Turut melepak dalam biliknya ialah Man yang tinggal satu kampung dengan bakal tunang dia yang bernama Ziah tu.Man la bersusah payah menjadi posmen tukang hantar surat dari men untuk Ziah.Man kawan baik men sejak sekolah menengah lagi.Macam mana Man boleh bersekolah sampai Bagan Pun Men taktau.Padahal jauh jugak jarak antara Tasek Gelugor ke Bagan..mau naik dua biji bas jugak tu..Ahhh! buat apa dia nak fikir pasal Man.Baik dia fikir keseronokan dia mahu bertemu dengan Ziah.
Man yang dari tadi melihat telatah Men hanya mengelengkan kepala.Macam mana la dia nak beritahu Men perkara sebenar ni.Dia tengok Men dah Happy sangat ni..Kalau bagitau hal sebenar kang hancur luluh plak perasaan Men ni.Dah la Men kawan baik dia.Men anak orang senang.Masa dia susah Men yang banyak tolong.Jadi,dia tak sampai hati nak bagitau hal sebenaqnya.
Masih dia ingat lagi 2 hari lepas.Dia terpaksa meminjam basikal tua ayahnya semat-mata nak mengantar surat pada Ziah.Kalau dia naik motor srambler dia kang bunyi bising plak.Tak pasal-pasal Pak Non,ayah Ziah yang garang nak mampus tu tersedar dengan kehadiran dia,tak pasal-pasal jugak la rancanagn Men nak bertemu dengan Ziah secara bawah tanah tak jadi.Perlahan-lahan dia mengayuh ke rumah Ziah.Beberapa kali dia berulang dua tiga kali didepan rumah Ziah.Nak cari line.Akhirnya dia nampak jugak Ziah sedang menyapu sampah di depan rumahnya.Tapi agak malang nasibnya bila sebaik sahaja dia nak mendekati Ziah.Pak Non Muncul di depan mata dia sambil mengcekak pinggang.Takutnya dia sampai nak terkencing.
"apahal hang ni Man..dari tadi aku tengok hang tawaf rumah aku??"Soal Pak Non.Tiba-tiba Man rasa seluarnya basah.
Men masih lagi bersiap.Disemburnya minyak wangi sampai Man rasa nak termuntah dan pening dengan bau minyak wangi tu.
"Men..aku rasa hang tak payah keluaq la ngan Ziah tu hari ni.."Man tiba-tiba bersuara.
"Awatnya??hang kata Ziah setuju..awat tak boleh plak??"Soal Men panik.Tak kan Ziah tak setuju plak..dalam surat kata setuju.
"Memang la setuju..tapi..."Man terdiam.Dia hanya mengaru-garu kepala.Tiba-tiba dia terdengar motor RXS Men berbunyi.Aiikkk..dah start enjin motor?semangat gila!! Tak sempat dia nak menahan.Men dah lesap.
Men gelisah.Mana la Ziah ni..tak muncul-muncul lagi.Janji pukul dua nak tunggu kat Jetty.Ni dah pukul 2.20 tak muncul lagi.Nanti lambat plak dah naik feri ke seberang Pulau sana.Nak dating kat Komtar ni.Beberapa minit kemudian Men Nampak seorang perempuan muka mirip Ziah dalam gambar.Haaaa..tah-tah ni la Ziah..Mak aiii....lawa gila bakal bini dia ni.Pandai betul mak dia pilih.Tak sabar rasanya nak menarik dengan Ziah ni..
"Abang Men??"Ziah tiba-tiba datang menegur.Men segera mengangguk.Serta merta Ziah tersenyum.Tu dia..lawanya bakal bini dia senyum..Menyentap jantung laki dia.
"Jom..abang bawa halmet ni.."ajak Men terus...
"Errr..tapi bang.."Kata-kata Ziah berhenti bila seorang lelaki tua muncul depan mereka berdua.
"Takkan kita nak naik motor ni 3 orang sekaligus kot....??"Soal Paknon yang tiba-tiba muncul.
Waaaa......tiba-tiba Men rasa dunianya gelap gulita..
huuuu!
4 ulasan:
salam..
aaah betul tu...kang kena saman kan naik 3 orang..
follow ur blog..
sekamar rindu..
amboi..shahdu aiihh nama u..
hahahha..
thank la yerrr
pandai tul wat ni.. haha...
Hamzah..
ni 50% benar 50% palsu pnya crita ni..
hihihihi..
Catat Ulasan