Sabtu, November 13, 2010

GANGSTER YANG TAK BERAPA GANGSTER

Walaupun Pakngah aku boleh dikatakan otai sebab sampai sekarang walaupun umur nak masuk 50 tahun,tapi perangai suka membelasah orang ikut mood dan keadaannya itu,tapi Pakngah ada satu sifat yang memang jarang ada pada otai-otai geng iaitu takut dan hormat pada abang dia yang jenis muka ganas tapi dalam hati ada taman iaitu abah aku..

Menurut cerita dari mulut saksi-saksi dan dari mulut tuan empunya diri,masa zaman kedua beradik ini muda belia dulu dan masih lagi tahap budak-budak sekolah,kedua mereka mempunyai geng masing-masing.Abah aku mempunyai geng yang boleh dikatakan 1Malaysia sedangkan Pakngah aku gengnya terdiri daripada budak-budak melayu..
huuuuuu...

Pada suatu hari..ketika abah aku sedang melepak kat ruang tamu rumah,abah aku terdengar la macam sesuatu pergaduhan telah terjadi kat dapuq rumah dia..dia pun apalagi,blah la ke dapur..rupanya Tok aku tengah berleter dekat Pakngah aku yang asyik cari gaduh kat sekolah.Besa la budak lelaki baru nak besaq,mau melawan jugak la cakap tok aku.Abah aku,yang pantang kalau ada siapa-siapa yang berani tinggikan suara pada mak dia apa lagi..

Dushhh!!!!..paaang!!!!!! dush!! dush!!! dush!!! kebabommmm!!(ok..yang kebabom ni aku tipu)

Terpelanting la Pakngah aku sampai badan dia terperosok masuk bawah meja makan.Sekali dengan meja makan terbalik sekali.Nak..ambik hang..melawan cakap mak hang yeerrr..Ganas gila abah aku..huuuuu!

Tidak puas hati dengan abah aku,maka Pakngah aku yang takut nak belasah abah aku balik telah menjemput para-para rakannya yang terdiri dari parti UMNO dan PAS(masa depa dah tua ni la..) untuk memukul abah aku balik semasa abah aku layan perasaan kat tepi pantai depan rumah tok aku..Malangnya bila kawan-kawan pakngah aku dapat tau yang sebenarnya depa kena pukul abang kawan depa yang otai tu..maka depa pun berkata..

"Lohhh..penat kami bawa segala rantai..kayu hoki..rupanya nak bantai abang hang sendiri??takpala..hang bantai la sendiri..kami takmau.."

Abah aku pulak yang dapat menghidu tujuan depa mai tu plak dengan gaya gangsternya berkata..

"Hah!! mai la..hampa ingat aku takut..mai masuk sorang-sorang..!!"
Maka Pakngah aku dengan muka hampa dan kaciwa terus belah dari situ..

Di riwayatkan jugak abah aku pernah terajang pintu bilik air rumah dia kerana pakngah aku pernah bawa balik ramai kawan-kawan time abah aku pi kerja sampai mak aku tak berani turun dari tingkat atas rumah..memerap dalam bilik ja..Sebaik sahaja abah aku tendang pintu bilik air sampai pintu tu tercabut..kawan-kawan Pakngah aku sekali dengan dia jugak segera blah dari situ..
Fuuuuuuu!

Tapi orang cakap adik beradik kalau bergaduh,gaduh-gaduh manja jugak la kecuali aku dengan adik-adik aku kalau bergaduh main angkat kaki tangan jugak la..bukan kategori manja dah tu..
Walaupun abah aku berlainan idealogi dengan Pakngah aku,depa still baik dari dulu sampai la..
Apa-apa hal..Pankngah aku mesti rujuk abah aku dulu..
Hehehehe..



Pakngah : Men..gambaq kita kat mana ni?
Abah:gambaq kita dalam blog bakal anak aku pada 30 tahun akan datang..
Pakngah:Hang dah kawin ka masa tu..??
Abah :Ofcoz la..Anak aku nak masuk umoq 24 tahun time tu..
Pakngah :Gila hebat hang..
Abah : Mesti la bai..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!