Hai..nama aku Junaidah Nabila Binti Jamil.Pada episod yang lalu aku ada cerita mengenai Fikrie,lelaki yang paling aku taksuka tiba-tiba jadi pengapit laki-laki dimajlis sanding adik aku kahwin.Walaupun aku takmau jadi pengapit bila dapat tau dia akan jadi pengapit lelaki,tapi aku terpaksa jugak atas arahan mak aku.Ini sambungan cerita aku....
Sekarang aku baru tau..kenapa tiba-tiba ja Fikrie muncul kat Penang.Rupa-rupanya Company dia dengan company aku bekerjasama dalam satu projek perumahan mewah kat Bertam.Sejak dia muncul,semua orang ofis aku kenal dia.Tambah-tambah dia baik betul dengan bos aku.Naik menyampah pulak bila tengok dia dengan muka perasan macho tak tahu malu tu hari-hari menapak masuk opis aku.Dia takdak kerja lain ka..Dah tu,semua perempuan dalam opis ni macam suka sangat dekat dia termasuk yang dah bergelar mak budak..heeiii..tolong la..
Satu tengahari.,semasa aku tengah layan makan mee tomyam kat Perda yang dekat dengan opis aku,tiba-tiba Fikrie muncul depan kedai..Allahh..hilang seleraaku bila tengok muka dia..bertambah tak lalu bila dia tiba-tiba ja menghampiri meja aku.
"Hai..seorang je layan makan..mana kawan yang lain?"Soal dia sambil mengambil tempat duduk dihadapan aku tanpa dijemput.Tak malu betul.
"Ye..aku sorang je..yang lain bawa bekal..biiasa la..tengah bulan.."Jawab aku acuh tak acuh.Dia hanya ketawa.Lucu barangkali bagi dia.Aku meneruskan aktiviti makan aku sedangkan dia sebuk membuat pesanan.Selepas dia membuat pesanan,dia hanya memerhati aku makan.Ala..apahal plak ushar aku ni..
"Apa tengok-tengok..tak puas hati?"Soal aku kasar.Dia sebaliknya ketawa.Lagi buat aku sakit hati.
"Takde pape la..lawak tengok kau makan..macam dulu gak.."Jawab dia sambil menyedut minuman yang tiba-tiba sahaja muncul atas meja.Amboii..laju betul pelayan tu hantar minuman.Tapi nanti dulu!! Macam dulu?bila masa plak dia pernah tengok cara aku makan??
"Aku dulukan couple ngan Sharlinie..roomate kau dari kelantan tu..masa aku ushar Sharlinie kat Cafe dulu..terushar kau sekali..buruk betul cara kau makan..hahahha"dia memberi jawapan pada aku sebaik sahaja aku bertanya soal itu pada dia..
Buruk pun buruk la..bukan aku awek kau pun..penyibuk..huh!
"Aku rasakan..kau patut cari kerja lain..macam mana kau kerja ngan Arkitek ni sedangkan kau belajar Kejuruteraan Awam dulu.Dah tu,dapat bahagian pentabbiran plak..tak pernah cari kerja lain ka??"Soalnya lagi.Aku hanya diam sambil menyumbat makanan ke dalam mulut.Malas la nak layan.Dia ingat senang nak cari kerja zaman sekarang ni?Apa yang ada kat depan mata aku rembat je la bangang oii dari takdak kerja.Nasib kau baik la sebab kau dapat kerja yang menepati piawaian hang masa belajar dulu.
Sebaik sahaja sudah makan,aku terus bangun dari tempat duduk nak ke kaunter bayaran,malas nak layan mamat ni yang bercakap dari tadi tanpa henti.Time mulut penuh makanan pun tringin nak cakap lagi..nasib baik tak tersembur kat muka aku.Kalau tak bukan takat dia aku terajang..sekali dengan tokey restoren ni,sama pelayan-pelayan dia sekali aku belasah walaupun pun aku tau depa tak salah.
"Eh..nak kemana ni.."Tiba-tiba Fikrie memegang tangan aku.Tersentap jugak la..Wahhh..kenapa aku terkedu plak ni bila dia pegang tangan aku ni..macam kejutan elektrik plak..huhuhuhu..Dengan kekuatan yang ada,aku tarik balik tangan aku..hiappp! berjaya jugak..
"Apahal hang pegang-pegang aku ni..?"Aku soal dia sambil buat muka garang.
"Loh..lepak la dulu..sembang ngan aku..awal lagi ni..baru pukul 1.30ptg..rehat abis pukul dua.."Fikrie cuba pujuk aku..walaupun aku tolak berkali-kali..tapi akhirnya aku mengalah jugak..hampeh..
Kami mula berbual walaupun aku mulanya rasa tak selesa langsung nak berbual dengan dia.Dari satu cerita ke satu cerita dia bualkan sampaikan ke cerita majlis persandingan adik aku yang bakal berlangsung 3 hari lagi.Aku tengok ada kelainan pada mamat ni berbanding dulu kecuali gaya machonya yang tak pernah berubah.Dia sekarang dah jadi seorang yang banyak cakap dan suka ketawa.Tapi agaknya memang dari dulu kot perangai dia macam ni..yela kan..aku bukan cakap sangat dengan dia pun dulu..kenal-kenal macam tu ja..Sebab tu aku taktau perangai sebenar dia.Bukan tu saja..mata dia pun tak meliar pun tengok perempuan cantik yang lalu di depan kami macam yang Sharlinie ceritakan dulu..Mata keranjang katanya si Fikrie ni.
"Kenapa kau tak dulu dari adik kau hah??"Pertanyaan Fikrie membuatkan aku tersentap sekejap.aPA aku nak jawab ni.
"Mesti ak laku kan..sebab tu adik kau kawin dulu..hahahahaha"
Ciisss,..kau kata aku tak laku..tak guna..bukan tak laku la..aku takmau kawin lagi la..
"Kau cakap baik-baik sikit,,aku tibai kang.."Aku bagi amaran.Sakit hati jugak la dia kata macam tu.
"Hahahahahha..Aku gurau jela..tapi kalau betul kau tak laku pun..aku dudi kahwin dengan kau..hahaha"
Heh..nak kawin ngan aku konon..
"Kalau hang sorang ja kat dunia ni..aku rela tak kahwin dari bersuamikan buaya macam hang.."Aku balas balik kata-kata dia..
"Kalau aku cakap aku dah berubah dan sudi kahwin ngan kau macam mana?"Soalan Fikrie buatkan aku diam sketika dan kemudian aku ketawa.Dia pun turut ketawa.Bergurau pulak mamat ni.Tak kuasa aku..
Bersambung...
5 ulasan:
Hai Junaidah Jamila.
Tak mau kahwin dengan Fikrie ke?
Ha ha ha.
bijan..
xmau la..muka mcm jebon..
hahahha
hehe..kawen je ngn ai~
Hiro..
u da berapa juta ekar tanah ek..kalau berekar-ekar Junaidah mau la.. nak la..
hahahha
sekangkang gajah.
Catat Ulasan